NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
HIDUP DARI GAJI KE GAJI

Saya percaya ramai yang masih berada di dalam kitaran hidup dari gaji ke gaji atau juga dipanggil 'Rat cycle'.

Ia adalah keadaan di mana kita bekerja semata-mata untuk menampung perbelanjaan.

Jika berlaku sesuatu musibah atau diberhentikan kerja, kita akan berisiko mengalami masalah yang lebih besar seperti bebanan hutang dan tekanan perasaan.

Berikut adalah beberapa strategi bagaimana kita boleh keluar daripada kitaran ini.

📌 Pendidikan Kewangan dan Perubahan Mindset:

* Bezakan antara aset dan liabiliti
* Fokus untuk memperoleh aset.
* Buat bajet untuk menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
* Utamakan keperluan berbanding kehendak.

📌 Tingkatkan Pendapatan:
* Bangunkan Pendapatan sampingan dan dapatkan passive income

📌 Kurangkan Perbelanjaan:

* Pantau ke mana wang anda pergi untuk mengenal pasti kawasan untuk pengurangan.
* Potong kos yang tidak perlu seperti kurangkan makan di luar
* Kurangkan hutang

📌 Bina Aset:
* Pertimbangkan pelaburan jangka panjang dalam portfolio yang pelbagai seperti emas dan hartanah


Keluar dari kitaran tikus adalah maraton, bukan pecut. Dalam kata lain, ianya memerlukan masa dan keazaman yang kuat.

Dengan memfokuskan pada strategi ini, anda secara beransur-ansur boleh membina kebebasan kewangan dan keluar dari kitaran hidup dari gaji ke gaji.

Semoga bermanfaat ☺️

#PG1M
Kenapa kita tukar RM kepada ASET EMAS jika RM kita tu tak digunakan dlm jangka masa panjang ;

Bahasa mudah untuk faham tentang konsep jutawan dalam emas dan wang kertas.

Harga emas pada tahun 2000 ialah RM35 segram.

Harga emas pada tahun 2020 ialah RM300 segram.

Pada tahun 2000, wang RM1,000,000 boleh membeli sebanyak 28,571.4286 gram (28.6 kg) emas.

Pada tahun 2020, wang RM1,000,000 hanya boleh membeli sebanyak 3,333.333 gram (3.3 kg) emas.

Ini bermaksud, RM1,000,000 tersebut tidak mampu lagi mengekalkan kuasa belinya terhadap emas kerana nilainya telah susut walaupun angkanya tidak berubah.

Buka minda untuk mula faham perbezaan NOMBOR & NILAI.

Dapat sesuatu?
Semalam, saya bertugas di Gold ATM, Pasar Raya CS Bangi Avenue. Ramai orang semalam yelah nak shopping sempena masuk bulan Ramadan kan.

Alhamdulillah dapat bantu ramai oang buat simpanan emas yang mudah, selamat dan menguntungkan.

Salah seorang yang saya bantu semalam pesara yang nak alihkan sebahagian simpanan KWSP beliau sebanyak lebih RM115,000 ke dalam bentuk emas fizikal!

Beliau pilih item :

1️⃣ 50 gram x 4 pcc
2️⃣ 10 dinar (42.5g) 1 pcs
3️⃣ 1 dinar (4.25g) x 4 pcs

Saya tanya beliau kenapa nak alihkan KWSP kepada emas?

Beliau kata :

“Elak duit cepat habis, simpanan dalam bentuk wang mudah terguna tanpa sedar”.

“Kalis inflasi simpan duit dalam bank hanya simpan angka, tapi nilainya makin susut (3% setahun).”

“Emas sentiasa meningkat nilai, tahun lalu naik 45%, purata kenaikan 10% setahun dalam tempoh 20 tahun!”

Oh rupanya beliau dah study tentang emas. Tahniah.

Beliau yakin, simpan emas lebih selamat dan menguntungkan.

Tuan puan bagaimana? Sudahkah kita lindungi nilai simpanan kita?

#PG1M
Penat Pantau harga emas setiap hari.

Kalau simpan emas, tak perlu pantau harga setiap hari dan tunggu harga rendah baru beli emas

Kalau simpan emas, tak perlu pantau harga setiap hari nak tengok emas dh naik ke belum

Cukup tahu..
bila ada duit, beli emas..
Bila dapat gaji, beli emas dulu..
Kalau tahu emas turun, borong terus. Semudah itu sahaja.

FOKUS kepada pertambahan gram emas. Soal harga, yakin sahaja ia akan meningkat dalam jangka masa panjang

Semoga bermanfaat ☺️

#PG1M
BASIC STRATEGI

Bagi siapa yang nak mula simpan emas sebagai forgotten saving, antara cara berkesan ialah mulakan dulu dengan 1gram 1bulan. Disiplinkan yang tu dulu.

Simpan sikit-sikit tapi berterusan adalah lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Sebab, perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya.

Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang, insyaAllah. Walaupun cuma satu gram sebulan, nanti sedar2 setahun dah ada 12 gram.

Apa yang kita boleh buat, dapat je gaji beli dulu emas 1 gram. Anggaplah itu sebagai simpanan untuk dilupakan. Selebihnya boleh simpan dalam instrumen kewangan lain kalau nak.

Boleh ye semua. 😁

#PG1M
Gais.

Selagi perang perdagangan antara US dan negara-negara lain masih berlaku, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Jadi potensi emas naik masih lagi tinggi.

Ringkasan untuk hari ini (13/3/2025)

Presiden Trump telah mengenakan tarif 25% ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada dan Mexico, serta duti tambahan 10% ke atas barangan dari China.

Ia telah meningkatkan ketegangan perdagangan global secara mendadak.

Langkah ini, berkuat kuasa mulai 12 Mac, bertujuan untuk mengurangkan defisit perdagangan AS dan merancakkan semula industri pembuatan domestik.

Sebagai tindak balas, Kesatuan Eropah dan Kanada telah mengumumkan tarif ke atas produk Amerika seperti wiski bourbon, bot, dan motosikal, yang secara keseluruhan memberi kesan kepada sekitar $28 bilion eksport AS.

China juga telah mengenakan tarif ke atas barangan AS, yang semakin memburukkan keadaan.

Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan dalam pelbagai industri, terutamanya automotif dan pertanian, yang boleh menyebabkan harga pengguna meningkat dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Pasaran kewangan telah menunjukkan reaksi negatif, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap konflik perdagangan yang semakin meruncing.

Tarif ini juga telah merenggangkan hubungan dengan rakan dagangan utama AS, menyebabkan Kanada dan Mexico mempertimbangkan semula strategi ekonomi mereka serta pergantungan terhadap pasaran AS.

Keadaan ini masih berubah-ubah, dengan rundingan yang sedang berlangsung dan kemungkinan tindakan balas tambahan dijangka berlaku.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasMentor
Gais.

Malam nie harga emas naik lagi.

Sebabnya?

Bahang daripada ancaman perang perdagangan antara US, Euro, Kanada dan Perancis.

Kanada dan EU membalas tarif US terhadap aluminium dan besi.

Lepas tu Trump mengancam mengenakan tariff 200% ke atas semua alkohol yang diimport daripada EU.

Ini kerana EU mahu mengenakan tariff terhadap Whiskey daripada US.

Kesimpulan, kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan niaganya menyebabkan pelabur lari kepada emas.

Simpan emas dengan senyuman 😃 gais.

#NotaEmasMentor
Konsisten 1 gram 1 bulan

Kaedah paling mudah dan berkesan untuk berjaya sebagai penyimpan emas adalah simpan secara KONSISTEN. Biarkan pemurataan harga memainkan peranan.

Tahun 2025, mula simpan secara konsisten 1 gram 1 bulan.

1 Jan 2025: RM409
1 Feb 2025: RM438
1 Mac 2025: RM443

Purata harga
= (409 + 438 + 443) / 3
= 1290 / 3
= RM430/g

Walaupun kita beli pada harga yang meningkat tinggi, purata harga hanya RM430/g. Gram emas terkumpul adalah 3 gram.

Hari ini, 14 Mac 2025 harga emas capai rekod baru lagi iaitu RM461/g.

Ini bermakna gram emas kita telah meningkat nilai RM31 per gram!! Iaitu 7.2%.

POV:: Berapa nilai purata jika kita tambah gram pada harga hari ini?

Purata harga untuk 4 gram
= (409 + 438 + 443 + 461) / 4
= 1751 / 4
= RM438/g

Dengan tambah gram pada harga ATH hari ini, purata harga keseluruhan masih lagi rendah.

Sekarang kita nampak kan kenapa mentor emas sentiasa sarankan untuk terus konsisten dan fokus kepada pertambahan gram.

Tenang-tenang saja simpan emas dengan konsisten, walaupun pada harga rekod tertinggi.

#PG1M
Walaupun harganya sama macam sebuah rumah (sekitar RM450k), gold bar 1 kilogram ni jauh lebih mudah dijual berbanding jual sebuah rumah ataupun jual sekeping tanah.

Dengan kenaikan harga emas secara purata 10% setahun, ia sesuai sangat bagi jutawan yang nak adakan 'bot penyelamat' kekayaan mereka.

Emas aset privasi kita. Tiada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tiada siapa boleh bekukan emas kita sebagaimana aset-aset yang lain.

Tukarkan 10% kekayaan kepada emas. Supaya kalau apa-apa terjadi, kita masih boleh teruskan kehidupan dengan 10% itu.

Langit tak akan sentiasa cerah...

Dengan rahmat kasih sayang Tuhan, emas 1 kilogram pernah bantu 'selamatkan' isteri dan anak-anak saya ketika 2 tahun saya dihumban ke penjara! Alhamdulillah...

#TabahHadapiMusibah
#TipKayaDenganEmas
#1keluarga1kilogram
EMAS NAIK TETAP BELI?

Memang betul, harga emas makin naik, tapi orang tetap beli. Kenapa? Ada beberapa sebab yang buat emas ni tetap hot walaupun mahal:

1. Pelaburan Jangka Panjang

Orang beli emas sebab tahu harganya akan terus naik dalam jangka panjang. Walaupun sekarang mahal, 5-10 tahun lagi mungkin lagi mahal. Jadi, beli sekarang lebih baik daripada nanti.

2. Emas Sebagai Simpanan Nilai

Duit kertas boleh susut nilai sebab inflasi, tapi emas sentiasa ada nilai. Kalau ekonomi jatuh atau duit jadi lemah, emas tetap laku. Sebab tu ramai anggap emas macam ‘insurans kewangan’.

3. Trend & FOMO (Fear of Missing Out)

Bila orang lain beli, kita pun rasa nak beli. Lagi-lagi bila nampak orang post dekat media sosial tunjuk gold bar, rantai tebal, atau simpanan emas mereka. Takut nanti harga makin naik, kita tak sempat beli.

4. Kegunaan & Prestij

Orang Melayu memang suka emas, bukan setakat untuk pelaburan, tapi juga sebagai perhiasan. Rantai, gelang, cincin – semua ni ada nilai tambah. Pakai emas rasa ‘ada class’ dan nampak kaya.

5. Duit Simpanan Tak Berapa Kukuh

Kadang-kadang orang yang tak reti simpan duit, dia beli emas sebagai cara paksa diri menyimpan. Sebab kalau ada emas, susah sikit nak belanja sesuka hati berbanding duit dalam akaun.

6. Boleh Gadai Bila Terdesak

Kalau ada kecemasan, emas boleh dicairkan dengan mudah. Pegang emas rasa lebih selamat sebab tahu boleh gadai kalau ada hal urgent.

7. Hadiah & Mas Kahwin

Dalam budaya Melayu, emas selalu jadi pilihan untuk hadiah, hantaran kahwin, atau mas kahwin. Jadi walaupun mahal, orang tetap beli sebab dah jadi adat.

Kawan kawan,

Benda ni memang menarik, sebab walaupun harga naik, permintaan tetap tinggi.

Anda sendiri ada simpan emas ke, atau tengah fikir nak beli?
BAGAIMANA?

“Assalamualaikum tuan. Saya masih tak faham. Sebenarnya macam mana saya boleh untung dengan simpan emas ni?”

Baiklah.
Saya cuba terangkan.
Mudahan faham.

Tujuan utama simpan emas ini adalah untuk kita menyelamatkan nilai simpanan kita dari terus susut disebabkan oleh inflasi.

Senang nak faham begini,

RM50 tahun 2000 tak sama kuasa beli dengan tahun 2010. Dari tahun ke tahun nilainya semakin susut. Menurut pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki,

“Nilai wang kertas pasti akan susut dalam jangka masa panjang.”

Sebab itu dalam buku tulisannya iaitu “Guide to Invest in Physical Gold and Silver” beliau ada menyebut,

“Keeping gold is to preserve our money value from inflation."

Saya bagi contoh.

10 tahun lepas kita dapat membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM200,000. Tapi pada tahun 2021, RM200,000 yang sama kita hanya dapat membeli sebuah ‘studio apartment’ sahaja.

Tapi jika diukur dengan emas, nilainya kekal walaupun berpuluh-puluh tahun berlalu. Nilai aset hartanah jika diukur dengan emas ia adalah lebih stabil.

Saya beli rumah dua tingkat intermediate berharga RM206,000 pada tahun 2010. Jika kita tukarkan kepada gram emas pada masa itu, ia bersamaan 2 kilogram emas.

Hari ini tahun 2021, harga rumah saya sudah mencecah RM500,000.

Dan tak disangka jika ditukar kepada gram emas pada tarikh 25 Februari 2021 (RM255 per gram) ia bersamaan 1.96 kilogram emas.

Hampir stabil!

Sebab itu kalau kalian simpan emas, jangan fokus pada harga tapi lihat berapa gram berjaya disimpan.

Dan pastikan matlamat simpan itu jelas!

Simpan hari ini, bukan nak jual esok. Kalau semua simpanan untuk jual, apa lagi yang kita boleh dapat simpan nanti.

Begitulah.

Kredit nota: Tuan Hafizul Hakim
*TIADA SIMPANAN: TERPAKSA BEKERJA DI USIA EMAS*

Kedengaran seolah tidak mungkin, tetapi ini sebenarnya kenyataan yang perit untuk diterima.

Simpanan sangat penting untuk kesejahteraan hari tua kerana ia menyediakan jaring keselamatan kewangan dan membolehkan individu menikmati persaraan yang selesa.

Berikut adalah beberapa kepentingan simpanan untuk hari tua:

📌 *Kebebasan Kewangan:*
* Simpanan membolehkan kita mengekalkan gaya hidup kita semasa bersara tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

* Kita boleh membayar perbelanjaan harian, bil perubatan, dan perbelanjaan lain tanpa rasa bimbang.

📌 *Ketenangan Fikiran:*
* Mengetahui bahawa kita mempunyai simpanan yang mencukupi, kita boleh menikmati persaraan dengan lebih tenang dan fokus pada perkara yang kita gemari.

📌 *Perbelanjaan Perubatan:*
* Apabila kita semakin tua, kita mungkin memerlukan lebih banyak penjagaan perubatan.

* Simpanan membolehkan kita membayar bil perubatan dan penjagaan kesihatan tanpa membebankan keluarga.

📌 *Pelan Kecemasan:*
* Kehidupan tidak dapat dijangka, dan perkara yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

* Simpanan dana kecemasan membantu kita menghadapi situasi yang tidak dijangka.

📌 *Peluang Melancong dan Beriadah:*
* Persaraan adalah masa untuk menikmati hasil kerja keras kita.

* Simpanan membolehkan kita melancong, menikmati hobi, dan melakukan perkara yang kita gemari.

📌 *Mengelakkan Beban Kepada Keluarga:*
* Dengan adanya simpanan, kita tidak akan membebankan keluarga untuk menampung perbelanjaan di hari tua.

Oleh itu, adalah penting untuk mula menyimpan seawal mungkin dan merancang kewangan untuk persaraan yang selesa.
#TabungDiri

FASA KEHIDUPAN DAN KEWANGAN

Kita ada jangka masa sekitar 30 tahun untuk bekerja sebelum bersara.

Mula kerja usia 25 dan jangkaan bersara pada usia 55 tahun.

1. Tamat belajar sekitar umur 25 tahun, kita mulakan 'perlumbaan' kehidupan ini. Kita berlumba dengan keluarga, kawan sekolah, mencari calon hidup.

Maka perlumbaan ini bermula. Waktu ini kita akan jumpa banyak lubang, kadang kita jatuh dan bangun untuk mula berlumba lagi.

2. Bila dah mula kenal ramai orang, kita akan mula jumpa calon jodoh hidup kita. Kos untuk 'satukan hati' zaman ini banyak belanja.

Angaran sekitar RM15k-RM20K itu pasti kena ada. Nak himpun itu sahaja makan masa 3-5 tahun juga, kecuali kita ambil jalan mudah buat loan.

3. Bila dah kahwin tentu nak ada kereta buat pasangan hidup kita, mula hidup cari kereta bawah RM35K sahaja dah cukup.

Beli sedan terus yang ada bonet luas macam Saga atau Bezza. Kita akan pakai sampai 9-10 tahun kedepan sampai habis loan. Biar besar terus senang nak masukkan troli anak nanti.

4. Rancang nak ada anak berapa orang, zaman kita dan mak bapak kita dah jauh sangat berbeza. Anak datang bersama tanggujawab, belanja urus anak bukan kecil lagi hari ini.

Pendidikan mereka tanggujawab kita. Rancang baik baik jumlah anak yang kita nak ada. Belanja besarkan anak (21 x 12 x 300) hari ini sekitar RM75,600 bergantung apa yang kita beri pada mereka sehingga usia 21 tahun.

5. Rumah antara hutang terbesar yang kita akan hadap sepanjang hidup kita. Hutang ini paling lama sekitar 35-40 tahun. Jika kita beli rumah RM300,000, biasanya jumlah keseluruhan hutang kita adalah RM900,000.

6. Sebagai muslim, pastinya kita ingin menunaikan haji semaktu masih lagi sihat dan mampu.

Mulakan menabung untuk diri dan pasangan kita. Kos haji sekitar RM11,000 bagi setiap orang.

7. Kita pastinya ada impian untuk melancong, berjalan dan cipta memori indah bersama keluarga dan pasangan kita.

Kawan kawan,

Dalam menuju semua ini,

Adakala pendapatan kita semakin naik dan semakin menurun.
Kesan pandemik, ramai orang kena potong gaji sekarang.

Kos sara hidup, tiada peri kemanusiaan. Apa yang berlaku ia tetap naik tanpa pedulikan sesiapa.

Rancanglah kehidupan kita dari sekarang.

Menabung dan Penuhkan ASB dan Tabung Haji.
Belajar buat simpanan emas untuk jangka panjang.
Belajar belilah hartanah untuk diri dan pelaburan
Belajar ilmu saham dan pelaburan baru yang baik buat kita.

Cari apa yang kita minat, buat ikut profile kewangan kita. Fahami diri kita sesuai yang mana.

Selamat berjuang kawan, menabung untuk masa berkabung

Azizul Azli Ahmad
Berjuang Untuk Hidup