NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
2024 :: 1 gram 1 bulan

Tahun 2024 menyaksikan pergerakan harga emas yang luar biasa.

Harga terendah tahun 2024 adalah RM329/g pada 4 Januari 2024.
Rekod harga tertinggi dalam sejarah adalah RM426/g dicatatkan pada 30 Oktober 2024.

Kenaikan harga emas 2024 adalah sekitar 25%.

Ramai penyimpan emas ragu-ragu untuk membuat belian secara konsisten. Ada yang berhenti membeli dan beranggapan bahawa harga emas sangat mahal. Ada yang masih menunggu harga emas “turun” ke suatu paras yang telah menjadi sejarah.

Hakikatnya harga emas sentiasa mahal.

Dalam situasi trend menaik ini, strategi terbaik adalah beli secara KONSISTEN. 
Dengan cara ini kita akan dapat 2 kelebihan:
1️⃣   Gram emas bertambah
2️⃣  Purata harga yang rendah

Simulasi data sebenar adalah seperti pada poster.
🔸 Konsisten 1 gram 1 bulan daripada 1 Januari hingga 1 Disember 2024.
🔸 Jumlah gram terkumpul = 12 gram
🔸 Jumlah RM yang dibekukan kepada emas = RM4,506
🔸 Purata harga = RM375.50/gram

Purata harga ini jauh lebih rendah daripada harga hari ini RM412 (5 Disember 2024).
Keuntungan simpanan adalah RM36.50/gram, iaitu hampir 10% !! 

Bila harga berada dalam trend menaik, kita teruskan saja membuat belian secara konsisten. Biarkan pemurataan harga memainkan peranannya. 

2024 telah hampir ke penghujungnya.
Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk set matlamat simpanan tahun 2025. 

Jom terus konsisten dan fokus tambah gram hingga capai matlamat.

#PG1M
Ini satu contoh yang selelu terjadi.

Gambar atas - Mas kahwin sayang nak guna. Gambar bawah - Lepas beberapa tahun , terus tak boleh guna 😭

Lepas ini tukar mas kahwin bagi gram emas ya . Bagi setengah dinar atau 1 dinar pun ok

Kalau boleh simpan wang emas kenapa nak simpan wang kertas ?

Emas tak reput, terbakar pun masih kekal emas, tahan lasak, anai2 pun tak berani gigit 🤭

Jom menabung kecil-kecilan serendah RM100 pun boleh!
DI MANA NAK SIMPAN EMAS?

Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat setelah saya membelinya?
Takkan nak simpan kat rumah pula kan?
Nanti kalau orang curi macam mana?
Adakah anda juga berfikiran begitu?

Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah.

NAK TAHU KENAPA?

1. Emas jongkong ni tak jauh beza pun dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas ketul tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas. Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas ketul atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya dan kurang pula kawalan sekuritinya.

2. Namun begitu, jika kita memang rasa tak selamat untuk simpan emas tu di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan hangus terbakar) atau sebagainya, kita boleh simpan emas tu di "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Tapi jika emas simpanan kita hanya setakat 1 dinar atau 10 gram sahaja tak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau kita ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit 😉.

Berapa kos safe deposit box ni?

1. Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.

2. Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.

3. Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :

1. Kita wajib mempunyai akaun simpanan di bank tersebut.
2. 2 Unit Kunci diserah kepada kita dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya  kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Kita hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya setakat RM10 ribu sahaja.

Jadi, terpulang kepada kita, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, kita boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya.

Seperti masukkan dalam bekas susu Dutch Lady ke,  peti ais ke, bekas rempah-rempah kat dapur kita, pasu bunga dan sebagainya. Kita boleh fikirkan secara kreatif eh 🤣

Ramai orang takut nak simpan emas sebab masalah kat mana nak simpan emas ni, padahal ramai je orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah, dalam kereta dan akaun bini (eh!) tak takut pula 😜.

Dapat sesuatu?

#PG1M
𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗚𝗼𝗹𝗱.

Bagi pelanggan Public Gold yang belum tukar password, mohon berbuat demikian dengan segera. Ikut langkah berikut:

---- >  
Public Gold telah mengemaskini sistem keselamatan akaun Public Gold dan kita perlu tukar password baru untuk keselamatan yang lebih baik.

Cara 1️⃣   : Kemaskini password
1. Layari www.publicgold.com.my
2. Klik Login
3. Masukkan username & password (lama) 
4. Klik Send TAC
5. Lihat mesej SMS utk dapatkan no TAC 
6. Masukkan password lama, password baru (2 kali), klik Send TAC
7. Lihat mesej SMS (dapatkan no TAC) 
8. Masukkan no TAC - Klik Confirm
9. Selesai. Pastikan ingat password yg baru dimasukkan
10.Boleh login apps PG dengan password yang baru

Cara 2️⃣  : Kemaskini password
1. Buka website atau aplikasi Public Gold.
2. Klik 'Forgot Password'.
3. Masukan email yang anda gunakan semasa pendaftaran.
4. Request dan masukkan no TAC 
5. Masukkan 6 digit terakhir dalam nombor kad pengenalan anda.
6. Kemudian reset password baru (tidak dibenarkan nombor IC)
7. Selesai. Pastikan ingat password yg baru dimasukkkan

𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗿𝘂𝗳 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥, 𝗵𝘂𝗿𝘂𝗳 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹, 𝘀𝗶𝗺𝗯𝗼𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗮𝘀𝘀𝘄𝗼𝗿𝗱 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁.

Semua WAJIB buat sebagai langkah keselamatan.

Jika anda tidak terima no TAC di mesej SMS, sila rujuk kepada introducer anda. 
Terima kasih.

-- Rozita Yakkop
Pembimbing emas anda
https://publicgold.me/rozitayakkop
Kisah inspirasi 100 dinar emas
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais.

Nak dengar cerita hamba Allah yang kumpul 100 keping Dinar Emas?

Ini adalah satu pengalaman menarik yang pernah saya jumpa sepanjanag terlibat dengan emas sejak 2008.

"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".

Ceritanya macam nie...
Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.

Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.

Dia tak beli item lain. Dia hanya fokus simpan 1 Dinar.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas 👍👍👍

Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.

Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit.

Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas.

Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama).

Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.

Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.

Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"

"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.

"Saya nak beli tanah" jawab dia...

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset 👍😃😃" Balas saya.

Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.

Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.

Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.

Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.

Silakan #share

#NotaEmasSyukorHashim
AKAUN EMAS DI BANK LEBIH SELAMAT?

Ramai yang menyangka bahawa buka akaun emas di bank lebih selamat sebab bank ada PIDM.

Tak, PIDM tak cover akaun simpanan emas.

PIDM hanya cover deposit tunai dalam akaun bank sahaja.

Jika berlaku kegagalan kepada bank seperti yang berlaku di Lubnan, maka akaun emas di bank tersebut akan lesap sekali.

Apa yang Penyimpan Emas wajib utamakan ialah tentang emas fizikal.

Akaun emas di bank memang disandarkan kepada emas fizikal, tetapi adakah proses menuntut emas fizikal dibank mudah dan murah.

Kebiasaannya proses untuk menuntut emas fizikal di bank sangat renyah dan kosnya pula mahal.

Sebab itu harga emas di bank murah berbanding Public Gold, sebab mereka tiada kos untuk proses emas fizikal.

Kebanyakan bank membuka akaun emas adalah bertujuan untuk menarik aliran tunai masuk ke bank tersebut.

Kerana tanpa aliran tunai masuk yang aktif, bank berisiko untuk gagal.

Jadi, jika anda berfikir untuk melabur dalam emas, pastikan anda dapat emas fizikal, ataupun proses menuntut emas fizikalnya mudah dan murah seperti yang disediakan oleh Public Gold.

Kredit : Pn Diana Othman
Cantik packing 5 dinar Publicgold yang terkini 👍👍👍

5 dinar ni kita boleh beli serendah RM100 dalam GAP.

Cukup 21.25 gram dalam GAP, dah boleh terus keluarkan 5 dinar emas seperti dalam gambar ini.

Apa fungsi 5 dinar ini? Saya kongsikan ye

Boleh dijadikan dana kecemasan
Boleh dijadikan dana pendidikan anak2
Boleh dijadikan deposit beli rumah.
Sebagai modal untuk buat umrah.
Hantaran / mas kahwin

Jom simpan emas 💪🏻

#PG1M
*HUTANG MINTA HUTANG*

Lagak senang hidup mewah
Semuanya hutang
Siang malam pagi petang menambah hutang

Sudah menjadi seakan budaya masyarakat sekarang berbelanja mengikut gaya hidup dan buknnya berdasarkan kemampuan kewangan

Natijahnya, ramai yang ketagih membuat hutang. Belum habis lagi bayar pinjaman lama, sudah mula buat hutang baru

Sedar atau tidak, sikap begini akan memberikan kesan yang mendalam terhadap individu berkenaan

📌 Risiko terjerumus dalam kebankrapan di usia muda

📌 Hubungan antara rakan dan masyarakat menjadi renggang

📌 Konflik dalam rumah tangga

📌 Resah, gelisah dan masalah emosi

Jadi, muhasabah diri dan berfikir dengan teliti sebelum berhutang

Sekiranya tidak dalam keadaan terdesak dan tidak yakin dapat menguruskan hutang, maka elakkan daripada berhutang

Sebaiknya, kita FOKUS untuk  disiplinkan diri untuk:

Mengurus kewangan atau hutang sedia ada terlebih dahulu

Menabung sebagai persediaan kes kecemasan dan luar jangka

Fikir-fikirkan..
Semoga bermanfaat 🙂

#PG1M
Kos Haji 1446H/2025M meningkat?

Tabung Haji telah mengumumkan kos mengerjakan haji bagi tahun 1446H/2025M mengikut kategori seperti berikut:
B40 :  RM15,000
M40 : RM23,500
T20 :  RM33,300
Tahniah Kepada Semua Bakal Jemaah Haji 2025.

Berikutan pengumuman ini, terdapat pelbagai ulasan mengenai kenaikan kos haji bagi kategori B40 & M40 berbanding tahun 2024. Betul, dalam nilai RM kos haji meningkat banyak.

Jom kita buatkan sedikit kiraan di sini. 
Kos haji bagi tahun 2024 dan peratusan kenaikan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:
B40 :  RM12,356 -> RM15,000 : 21.4% 
M40 : RM19,152 -> RM23,500 : 28.7%
T20 :  RM33,300 -> RM33,000 : 0%
Meningkat 21.4% untuk B40 dan 28.7% untuk M40 berbanding tahun 2024. 

Namun, tahukah anda bahawa kos Haji 2025 TIADA PENINGKATAN dengan simpanan EMAS.

Bagi tahun 2024, dengan harga emas sekitar RM330/gram, kos haji adalah:
B40 :  RM12,356 : 38 gram (9 dinar)
M40 : RM19,152 : 58 gram (14 dinar)
T20 :  RM33,300 :  101 gram (24 dinar)

Bagi musim haji tahun 2025 pula, dengan harga emas sekitar RM415/gram, kos haji adalah:
B40 :  RM15,000 : 37 gram (9 dinar)
M40 : RM23,500 : 57 gram (14 dinar)
T20 :  RM33,300 :  81 gram (20 dinar)

** dibulatkan kepada gram & dinar 

Daripada analisis ringkas ini, kita dapat lihat bahawa dengan simpanan emas, kos mengerjakan haji bagi 2024 dan 2025 untuk kategori B40 dan M40 adalah sama iaitu masing-masingnya 9 dinar dan 14 dinar.

Bagi kategori T20 pula, kos mengerjakan haji bagi 2025 adalah 4 dinar lebih rendah berbanding kos untuk 2024.

Dengan simpanan EMAS, kos Haji 2025 tidak naik untuk kategori B40 dan M40, malahan lebih rendah untuk untuk kategori T20. 

Bagi anda yang menunggu giliran haji untuk beberapa tahun akan datang, mulakan simpanan dana haji dalam bentuk emas. Ini kerana emas dapat memegang nilai dengan lebih baik berbanding matawang.

#PG1M
TIP PILIH ITEM EMAS YANG TERBAIK

Mana lebih baik, item gold bar 5 gram x 20 keping (total 100 gram), atau

gold bar 100 gram sekeping?

Saranan saya;

Kalau nak mudah jual (atau pajak) sikit-sikit bila nak pakai duit, saya cadangkan pilih item kecil tapi banyak keping.

Pilih;

🛒 Gold bar 5 gram x 20 keping, atau
🛒 Gold bar 10 gram x 10 keping

Dua-dua pun total 100 gram.

Mudah jual / pajak sikit-sikit
Mudah dibahagi-bahagikan bila nak diwariskan

Tapi kalau plan nak jual sekaligus pada masa depan, beli item besar terus seketul.

Contohnya untuk tujuan tunaikan haji.

Pilih;

🛒 Gold bar 100 gram sekeping, atau
🛒 Gold bar 50 gram x 2 keping.

Lebih jimat caj premium, dan
Spread lebih nipis (lebih cepat untung)

Kalau tak pasti kegunaan masa depan, ambil item kecil banyak keping lebih baik.

Supaya lebih mudah...

Baca selanjutnya DI SINI

Sumber
Tahniah Sahabat Dealer Kami Tn. Sadikin

S H I P M E N T  O F  T H E  Y E A R

Cerita semalam saya bersama dengan salah seorang pelabur tegar emas dibawah bimbingan saya buat collection di Menara Public Gold (MPG).

Sebanyak ±RM8 juta duit tunai sudah selamat jadi 20kg emas untuk dijadikan aset untuk masa depan.

Emas ni bukan untuk kegunaan sekarang tapi backup untuk lagi 3-5 tahun akan datang.

Mungkin pada waktu itu harga emas untuk 20kg ini boleh cecah RM16 juta. 😳

Tiada siapa yang tahu secara tepat turun naik harga tapi sejarah harga emas banyak mengajar kita potensi kenaikan harga emas untuk jangkamasa panjang.

Ikut pengalaman saya simpan emas Public Gold bermula tahun 2015 cuma harga RM147 per gram, dalam masa 5 tahun (tahun 2020) harga boleh naik melebihi RM300!

Kadar kenaikan 100% untuk tempoh masa 5 tahun, purata keuntungan 20% untuk setiap tahun.

Nak untung besar dalam simpanan dan pelaburan emas kena ada gram yang banyak dan ‘hold’ lagi lama.

Beli emas pada harga rendah belum menjamin untung besar dalam emas, ada beza untung orang yang hanya simpan 1g dengan orang yang simpan 1kg emas.

Sebab itu kita kena fokus tambah gram sebanyak mungkin ikut poket kita setiap bulan. Dapat simpan #satugramsatubulan pun dah cukup bagus.

Paling kurang 2-3 bulan sekali dapat simpan RM100 pun okay sebenarnya, walaupun tak dapat banyak tapi jangan sesekali abaikan simpanan.

Jangan malu dapat topup GAP RM100, ±0.25 gram tetap emas. Kumpul emas sikit-sikit lama-lama membukit!

Sifu emas saya ajar; sebelum dapat gaji tanam niat nak simpan emas siap-siap dulu, dapat gaji terus pejam mata simpan emas tanpa tengok harga.

Amalkan ‘simpan dulu baru belanja’ baru tenang hidup kita setiap bulan bila dah ada simpanan.

Semoga perkongsian ini memberikan idea untuk kita mula simpan emas dengan konsisten. Insyaallah!
Sahabat,

Cuba fikirkan 5 minit;
Berapa tahun dah kita kerja?

5 tahun?
10 tahun?
Mungkin ramai yang dah nak pencen pun.

- berapa agaknya simpanan kita ada sekarang?
- apa bentuk simpanan kita ada?
- berapa pula hutang kita?
- dah banyak ke hutang yang dah diselesaikan?

Kawan,
Simpan duit boleh kekal berapa lama?
Sebulan?
2 bulan?
Setahun?

Jika simpanan kita asyik bocor, maknanya kita kena tukar bentuk simpanan kita ke dalam bentuk lain yang susah nak bocor iaitu EMAS. Aura emas memang lain macam, segram pertama akan membawa gram berikutnya.

Emas ni mahal la.
Ya, emas tak pernah murah, tapi di Public Gold kita boleh menyimpan emas dengan cara yang mudah dan murah. Melalui akaun GAP kita boleh simpan emas dari serendah RM100 sahaja. Selain itu, Public Gold tawaran SEPP - Syariah Easy Payment Plan, bayaran ansuran patuh syariah.

Mudah sangat nak simpan emas dengan Public Gold ni. Tak percaya? Cuba dulu segram. Jom, saya bantu.

#PG1M
EMAS DIGITAL ATAU EMAS FIZIKAL?

Ramai kawan-kawan saya pujuk saya untuk beli dan simpan emas digital. Katanya jauh lebih menguntungkan berbanding kaedah lama. Tapi saya tetap dengan pendirian saya - BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS DAN PEGANG SENDIRI.

Pengalaman tengok kawan-kawan yang jatuh terduduk dengan skim-skim emas yang dok nampak digit saja terlalu ramai. Ramai yang bergolok gadai semasa skim-skim tersebut tengah kencang. Tapi hasilnya - semua orang tahu 😔. Lebur.

Kawan, bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah. Kita dah bekerja membanting tulang menyabung nyawa mencari wang. Hargai hasil penat lelah kita. Usah dibazirkan ke skim-skim cepat kaya tersebut. Bila wang yang kita cari dengan susah payah itu lebur, kita dan keluarga kita yang merana. Kita terpaksa bermula kembali mencari wang. Sakit mat!

Maka itu, kita usahalah semampu kita. Simpan emas sikit-sikit melalui akaun GAP. Bila kita kesempitan, InsyaAllah emas ni boleh bantu kewangan kita.

Begitulah.

#PG1M
🎆 Edisi Gold Bar Khas 2025: Public Gold Bar 1G (Au 999.9) - Happy New Year 2025 bakal dilancarkan! 🎆

Top Up GAP anda hari ini! 💫

Sambut kedatangan tahun baru 2025 dengan penuh gaya bersama gold bar edisi khas Happy New Year! Reka bentuknya yang moden dan berinspirasi masa depan menggambarkan semangat dan harapan baru untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahukah anda? Tahun baru adalah peluang terbaik untuk memulakan langkah baru dan mencipta kenangan berharga iaitu dengan memiliki gold bar istimewa ini! 🎇

🎁 Jadikan ia hadiah eksklusif buat insan tersayang atau koleksi peribadi yang penuh bermakna. Dengan ketulenan 999.9, pastikan anda menjadi antara yang pertama memilikinya!

🔥 Pengeluaran GAP bermula 30 Disember 2024 pada jam 10 pagi! Pastikan akaun GAP anda mencukupi untuk merebut peluang memiliki gold bar ini.