NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Harga semakin mendakiโ€ฆ

Ada lagi yang masih ragu2 untuk mula menyimpan dengan emas?

Untuk berjaya dalam simpanan emas satu2nya kunci adalah KONSISTEN.

KONSISTEN tambah gram.
Beli masa kita ada duit.
Bukan tunggu masa harga emas jatuh.
Sebab bila mana harga emas jatuh, boleh jadi masa itu kita sudah tidak punya duit.

KONSISTEN tukar 10% gaji setiap bulan kepada gram emas. Bila ada duit lebih, kita tambah lagi!

Beli emas jangan sampai lemas.
Tapi jangan pula terus jadi penunggu yang cemas.

KONSISTEN!!

Selamat berjaya semua ๐Ÿ˜˜

#PG1M
4 bulan menuju Ramadhan
Moga kita sempat meraikannya ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ•Œ

Pejam CELIK Pejam CELIK lagi 4 bulan nak masuk Ramadhan Dan dah hampir penghujung October untuk tahun 2024 ni,

Cuba check tabung simpanan.

Kalau simpan RM50, sepatutnya dah ada RM450
Kalau simpan RM100, sepatutnya dah ada RM900
Kalau simpan RM200, sepatutnya dah ada RM1800

Ke masih bagi alasan gaji tak cukup, duit entah kemana & banyak guna untuk keperluan?

Kalau simpan dalam bentuk duit sahaja, memang itulah cycle kita setiap bulan. Awal bulan masuk tabung, hujung bulan korek!

Pantang nampak duit banyak, terus nak belanja.  Pantang nampak sales, terus layan.

Apa kata, kita cuba alihkan kepada simpanan emas pulak.  Jadikan simpanan emas ni simpanan yang dilupakan.  Alaa..anggap je macam tengah beli makanan, setakat seratus apalah sangat kan!!

So ? Macam manaโ€ฆkalau dah ready RM100 & nak paksa diri menyimpan emas, terus je cari saya okay?

#PG1M
SIAPA SANGKA?
KASUT TEMPAT SIMPAN EMAS

Sekali pandang, kasut ini adalah kasut sukan yang biasa dipakai oleh ramai orang.

Namun, siapa sangka ianya boleh memuatkan sehingga 3 KILOGRAM emas dengan nilai mencecah 1 JUTA!

Ini buktinya emas mudah dibawa ke mana - mana kerana bentuknya yang padat dan kecil.

Ini menjadikannya salah satu pilihan yang tepat untuk dijadikan simpanan dan aset

Jadi, lain kali jika anda melihat orang memakai kasut sukan, boleh jadi ada emas di dalamnya ๐Ÿคญ

#PG1M
Harga emas melambung tinggi malam nie.

Apa sebabnya?

Jam 10 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi US yang penting iaitu US JOLTS job opening report.

Laporan Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) di AS, yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh (BLS), menyediakan data bulanan tentang pasaran buruh.

Ia meliputi pembukaan kerja, pengambilan pekerja, dan pemisahan (seperti berhenti kerja atau pemberhentian).

Laporan ini adalah penunjuk utama permintaan buruh dan dinamik tenaga kerja, yang sering digunakan oleh ahli ekonomi dan pembuat dasar untuk memahami trend pekerjaan, tekanan gaji, dan keadaan ekonomi keseluruhan.

Laporan JOLTS report malam ini menunjukkan penurunan besar dalam pembukaan kerja.

Anggaran pembukaan kerja = 7.980 juta
Data sebenar = 7.443 juta

Data ini menunjukkan penguncupan di dalam pasaran pekerjaan US sekali gus menunjukkan ekonomi US kurang memberangsangkan.

Justeru itu, harga emas memberikan reaksi positif malam nie apabila ia melonjak kepada USD2769.22.
1. Biar saya berterus terang di sini: besar kemungkinan yang anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan selepas anda bersara nanti. Ya, wang yang anda simpan (termasuk wang KWSP dan/atau pencen) itu tidak cukup untuk menyara kehidupan anda selepas bersara nanti.

2. Berita yang lebih tragiknya ialah wang itu bukan tidak cukup dengan sikit; ia tidak cukup dengan banyak!

3. Mengapa saya berkata demikian? Senang saja: apabila anda bersara, anda sudah tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi anda masih membelanjakan wang setiap hari. Walaupun ada kos yang turun selepas bersara e.g. kos perjalanan dan pakaian, anda masih juga akan berbelanja. Malah ada kos e.g. kos perubatan yang akan naik selepas bersara.

4. Kemudiannya, dana itu perlu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun (bersara umur 60 tahun + 20 tahun.) Dan itu adalah satu jangka masa yang lama untuk hidup tanpa pendapatan tetapi asyik berbelanja!

5. Jadi semua ini bermakna anda memerlukan wang yang banyak untuk menampung hidup selepas bersara. Dan jika anda mahu hidup yang senang dan selesa (and who doesnโ€™t?) selama 20 tahun itu, jumlah wang itu akan berganda. Dan angka yang saya maksudkan disini ialah sekurang2nya RM100,000 untuk kebanyakan orang. Angka ini juga adalah on the lower end of the spectrum, yang bermakna besar kemungkinannya anda memerlukan dana yang lebih besar, mungkin RM300,000 atau RM500,000! Malah, seorang klien saya memerlukan dana berjumlah RM5 juta untuk maintain kehidupannnya dan isteri selepas dia bersara.

6. Oleh kerana jumlahnya yang besar, anda tak boleh menunggu setahun atau dua tahun sebelum bersara untuk membuat simpanan tersebut.

7. Jadi jawapannya ialah anda perlu membuat simpanan untuk persaraan anda seawal mungkin. Malah, lebih awal dan lebih cepat, lebih bagus kerana anda boleh menyimpan jumlah wang yang sederhana umpamanya RM500 sebulan, dan bukan RM1,000 atau RM3,000 sebulan, yang secara realistiknya tak boleh dibuat oleh kebanyakan kita.

8. Satu cara yang simple tetapi efektif untuk membuat simpanan in adalah dengan membuat pelaburan emas fizikal di Public Gold. Buka akaun dan kemudian transfer wang ke dalam akaun tersebut setiap bulan.

9. Insya Allah, wang simpanan ini akan cukup untuk membiayai persaraan anda.

Kredit : Tn Azizi Ali
MAAF, BREK TAK MAKAN!

Bulan ini mungkin menjadi satu titik tolak penting dari segi KENAIKAN harga emas.

Mana tidaknya, hampir setiap hari kita melihat HARGA TERTINGGI dicatatkan!

Jika diibaratkan kereta, lajunya tidak lagi boleh ditahan - tahan dengan brek sahaja.

Beruntunglah mereka yang telah menjadikan emas sebagai simpanan.

Bagi yang ingin bermula pun masih belum terlambat. Anda boleh mulakan dengan hanya serendah RM100 sahaja melalui akaun GAP PublicGold

Jangan tangguh lagi ya. Saya nak lihat kita sama - sama mengubah tahap kewangan ke arah yang lebih baik.

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š

#PG1M
'NANTI ADA LEBIH, SIMPAN DALAM TABUNG YA'

DULU.. Inilah pesanan yang sering diulang - ulang setiap pagi sebelum ke sekolah.

Ada mereka yang berjaya, ada juga yang tidak. Selalunya ramai yang GAGAL kerana tidak pernah ada lebihan.

Berapa pun duit poket yang diberikan akan habis dibelanjakan. Jika tidak membeli makanan, pasti ada saja permainan atau jajan yang dibawa pulang walaupun sedar ianya tidak sihat, walaupun sedar ianya tidak perlu.

Apabila dewasa, keadaannya tidak jauh berbeza. 'Nanti ada lebihan gaji baru simpan'. Sudahnya, sampai bila-bila pun tidak ada lebihan, tidak ada simpanan kerana seiring bertambahnya pendapatan, keinginan berbelanja kita juga bertambah.

Apa kata bermula hari ini, ubah cara kita mendidik.

Didiklah simpan dahulu sebelum belanja. Didiklah asingkan sebahagian duit poket ke dalam tabungan sebelum mereka ke sekolah.

Tindakan kecil kita hari ini akan memberikan kesan yang besar pada masa hadapan.

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š
Tahun 2015 dulu, emas 100 gram cuma RM15,000.

Hari ni 100 gram emas dah cecah RM42,000!

Kenaikan 180% dalam 9 tahun.

Setahun naik harga 20%.

ASB bagi dividen 5% jerr? Aduhhhh kenapalah tak kenal emas awal!

Itulah sebab saya selalu cakap, beli emas tak perlu risau pasal harga. Yang penting berapa banyak gram dah yang kita ada.

Asal itu duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Tak perlu risau pasal inflasi, kemerosotan ringgit atau ketidakstabilan ekonomi dan politik (yang menjejaskan nilai kekayaan kita).

#PG1M
Kelebihan lock epp 10 bulan

Siapa penah buat epp mesti mereka akan continue lagi dgn next item sebab nampak the benefits.

Kalau tanya saya, saya suka epp sebab boleh lock harga siap-siap!

Item 1 dinar dan 10gm gold bar adalah 2 hot item di kalangan gold savers ๐Ÿ˜

Boleh cuba ya!
Emas vs Tanah

Ada di antara kita berdebat untuk menang dalam menentukan keperluan aset.

Ada orang simpan emas berkilo-kilo.

Ada yang pilih beli tanah dan rumah.

Apa pun pilihan kita, ianya bukanlah suatu kesalahan.

Pandang dari sudut positif.
Kedua-duanya di kategori sebagai ASET. 
Ianya bukanlah jaminan untuk kaya tetapi untuk kesenangan hidup pada masa akan datang.

Elakkan untuk menjadikan aset sebagai liabiliti. 
Contohnya bila tanah dibeli berekar-ekar tetapi dibiarkan kosong tanpa diusahakan.

Beli dengan kemampuan bukan dengan nafsu atau ikut-ikutkan. 

Nak beli tanah memerlukan kos yang besar, dan biasanya dengan pinjaman.

Tapi,

Saya ada satu tips & rahsia :
Emas boleh dimiliki serendah RM100 dengan nilai berat 0.2xxxgram. ๐Ÿ˜

Kalau nak ada simpanan 10 gram, kita boleh mulakan dengan 1 gram.

Kalau nak ada simpanan 100 gram, kita boleh mulakan dengan 1 gram.

Kalau nak ada simpanan 1 kilogram, kita boleh mulakan dengan 1 gram.

Dapat sesuatu?

Jom mula simpan emas hari ini

Kredit team #PG1M

---- 
Bagi anda yang belum ada simpanan emas, daftar di link. 
Terus mulakan simpanan emas segera sebelum harga terus melonjak naik.
https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula

PM saya untuk bantuan.
Dulu, ramai tak beli emas sebab alasan tak ada duit dan takut harga naik. Tapi percayalah lima tahun dari sekarang, ayat sama akan kedengaran lagi, 'Menyesal tak beli dulu, sekarang nak beli dah tinggi sangat, tak ada duitโ€ฆ'

Begitulah kisahnya dengan emas. Menyesal seribu kali pun tak guna kalau alasan 'tak ada duit' itu masih dipegang.

Hakikatnya, kalau kita tak mula sekarang, sampai hujung nyawa pun emas tu tetap jadi angan-angan.

Nak simpan emas, perlu ubah cara berfikir. Mulakan walau sedikit, sebab lambat atau cepat, emas ni sentiasa berharga dan nilainya terus meningkat.

Okay? Jom semangat menyimpan emas.

#PG1M
#TabungBersara

Persediaan untuk persaraan: pengalaman saya

Berapa cukup wang untuk bersara?

Soalan ini kerap ditanya kepada saya memandangkan saya sudah bersara 10 tahun secara opsyenal dari perkhidmatan Kerajaan.

Memandangkan saya masih mampu tersenyum, ianya satu soalan yang mudah untuk dijawab jika anda ingin bersara awal.

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah mengurangkan gaya hidup (downsizing your lifestyle) selepas bersara berbanding semasa zaman bekerja.

Saya rasa ia mudah untuk dilakukan oleh orang pencen yang tidak lagi bernafsu besar.

Lainlah jika anda seorang ahli politik.

Kunci merancang hidup selepas bersara ialah menyenaraikan semua aliran duit keluar setiap bulan dan usahakan untuk mengurangkan ketirisan wang dari poket anda.

Misalnya jika anda makan di restoren sepuluh kali sebulan, anda boleh kurangkan kepada dua kali sebulan.

Berpindah kepada rumah yang lebih kecil boleh mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan.

Jika kaki golf, anda boleh kurangkan bermain golf atau bertukar hobi lain yang lebih murah seperti ber-camping.

1. Perancangan paling penting sebelum bersara ialah anda perlu melupuskan semua hutang anda.

Ini bermakna tiada lagi hutang rumah atau hutang kereta.

Membuat hutang baru sebelum bersara adalah satu kesilapan besar.

Ada orang yang hobinya berhutang sepanjang zaman bekerja.

Apabila hutang lama selesai mereka akan gatal tangan untuk membuat hutang baru kerana berhutang itu menyeronokkan. 

Tabiat ini mesti diberhentikan jika anda ingin bersara dengan bergaya.

2. Jumlah wang yang diperlukan semasa bersara.

Kiraan mudah ialah anda perlu ada 80% dari last pay setiap bulan.

Jika anda bergaji RM6000 sebelum bersara, anda perlu RM4,800 (6000x0.๐Ÿ˜Ž untuk hidup selesa setiap bulan selepas bersara.

Ini bermakna anda perlu RM57,600 setahun dan RM1.15 juta untuk 20 tahun selepas bersara.

Satu lagi cara kiraan ialah cara 25.

Jika pulangan dividen KWSP adalah 4%, anda boleh mengeluarkan 4% (1/25) setiap tahun disamping menikmati 4% setiap tahun sebagai dividen.

Ini bermakna simpanan di KWSP anda tidak akan berkurangan.

Jika anda perlu RM4,800 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM57,600 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM1,440,000 (RM57,600x25) dalam dana KWSP sebelum bersara.

Jika anda seorang pegawai Kerajaan yang berpencen kiraannya lebih mudah. Anda sudah tahu gred dan gaji paling minima yang akan diterima dan boleh kira berapa duit pencen bulanan nanti.

Ini semua hanya panduan untuk kiraan mudah dan masing-masing perlu menyesuaikan dengan kehidupan dan gaya hidup sendiri.

3. Apakan perbelanjaan bulanan yang perlu dibayar selepas bersara?

CONTOH kiraan mudah :

1. Bil utiliti rumah - RM500
2. Transportation (petrol, repair, service kereta) - RM250
3. Makanan - RM300
4. Insurance - RM200
5. Percutian - RM500
6. Entertainment - RM300
7. Kontigensi - RM200

Jumlah sebulan = RM2250.

Ini contoh perbelanjaan mudah sebulan dan dari kiraan di atas anda hanya perlu RM675,000 dalam dana KWSP sebelum bersara (2250x12x25).

Kiraan boleh rendah atau tinggi mengikut lifestyle atau gaya hidup anda selepas bersara.

4. Umur sesuai untuk bersara.

Jika anda baru bekerja dan berumur 28 tahun tentunya mustahil bersara pada umur 30 kerana anda belum mempunyai โ€˜net worthโ€™.

Dari pemerhatian saya, kebiasaan mereka yang bekerja melebihi 20 tahun sahaja mampu memiliki โ€˜net worthโ€™ diri yang mencukupi untuk bersara awal dengan perancangan rapi.

Pastikan tiada lagi 'commitment' kewangan pada keluarga ketika bersara. 

Kita hanya boleh merancang dan tentunya banyak situasi di mana plan asal tersasar.

Buat 'adjustment', olah, rangka kajian semula dan betulkan rancangan untuk mencapai sasaran bersara.

Orang Parit Jawa kata 'The only thing that is constant is change'.

Ubah suai rancangan asal mengikut kesesuaian kehidupan dan bina acuan mengikut impian sendiri.

Wallahua'llam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ?

Berapa keping nak simpan DINAR? Dan untuk apa?

โœ”๏ธ 24 keping - Belanja kahwin (RM31600)
โœ”๏ธ 26 keping - Deposit beli rumah (RM34200)
โœ”๏ธ 16 keping - Dana Haji (RM21000)
โœ”๏ธ 35 keping - Duit kecemasan (RM46100)
โœ”๏ธ 35 keping - Duit anak masuk U (RM46100)
โœ”๏ธ 153 keping - Duit belanja untuk pencen (RM201500)

Ini anggaran target saja. Nak lebih pun boleh.

Kalau tak ada duit kecemasan, ๐—™๐—ข๐—ž๐—จ๐—ฆ simpan 35 keping 1 dinar emas. Salah satu #FungsiKewujudan menabung emas ialah ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐˜‚๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ถ.

Nak mula simpan emas, Cepat roger saya!

#PG1M
Emas edisi terhad keluaran PG Jewel, 0.1 gram
'TERASA MURAH TETAPI TIDAK BERBALOI'

Menyimpan emas sememangnya menjadi trend di kalangan masyarakat sekarang.

Antara produk emas yang menjadi pilihan adalah wafer emas bersaiz kecil 0.2 gram dan ke bawah.

Sekali pandang, apa salahnya beli emas bersaiz kecil begini untuk tujuan pelaburan. Harga mampu milik dan lekat pada kad dengan design yang menarik

*APA MEREKA FIKIR?*

๐Ÿ“Œ Item kecil mudah dijual, mudah dicairkan pada bila - bila masa

*APA YANG  MEREKA TIDAK TAHU*

๐Ÿ“Œ Emas bersaiz kecil ini tidak semua kedai akan terima untuk jualan balik

๐Ÿ“Œ Emas yang terlalu nipis melekat pada plastik dan sukar untuk dikeluarkan.

๐Ÿ“Œ Emas terlalu nipis susah dikesan oleh densimeter. Maka susah untuk mengukur berat emas tersebut

๐Ÿ“Œ Atas faktor ini, kebanyakan kedai akan menolak untuk ambil emas bersaiz terlalu kecil. Jika ada pun, mereka akan ambil dengan harga yang sangat murah

MAKA, BERHATI - HATI!

Nak simpan emas tu dah bagus, tapi kalau salah pilih produk dan sukar untuk dijual semula, ianya tidak berbaloi

JADI, BERAPA YANG SESUAI?

๐Ÿ“Œ Belilah emas sekurang - kurangnya 0.5 gram ke atas. Atau mulakan saja serendah RM100 dalam akaun GAP

Jadilah pembeli dan penyimpan emas yang bijak.
Simpan bukan sekadar mengikuti trend, tetapi simpan dengan ilmu

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š

#PG1M
Tiada siapa yang tahu, harga emas akan naik atau turun, esok hari.

Tapi yang pasti, semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, kita boleh belajar daripada SEJARAH harga emas itu sendiri.

Simpan duit, bila dah banyak, automatik fikir untuk berbelanja.

Simpan emas, tak banyak gram lagi pun, dah tak sabar nak tambah, tambah, dan tambah gram lagi..

Jadi,
masih bertangguh simpan emas?
Masih berkira-kira nak simpan emas?
Masih tunggu harga emas turun?

Ambil tindakan hari ni! Jom, saya bantu..๐Ÿ˜Š
Hari ini saya nak kongsi 5 ILMU ASAS TENTANG EMAS, sebelum anda memulakan simpanan emas :

1. Beli emas mesti boleh dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas tu boleh simpan sendiri.

2. Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB atau Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat untung.

3. Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Ia tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat.

4. Simpan emas sikit-sikit hingga capai target 200g, boleh guna untuk deposit rumah 5 tahun akan datang.

5. Simpan hingga cukup 10 Dinar, dua tahun lagi boleh guna untuk pergi umrah (bagi yang muslim).

#PG1M