NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Konsisten & Pemurataan Harga

Tahun 2024 menyaksikan harga emas dalam trend menaik. 

Harga terendah tahun 2024 adalah RM329/g pada 4 Januari 2024.
Rekod harga tertinggi dalam sejarah adalah RM403/g yang dicatatkan pada 17 Julai 2024.

Ramai penyimpan emas yang ragu-ragu untuk membuat belian secara konsisten. Ada yang masih menunggu harga emas “turun” ke suatu paras yang telah menjadi sejarah.

Dalam situasi trend menaik ini, strategi terbaik adalah beli secara KONSISTEN. 
Dengan cara ini kita akan dapat 2 kelebihan:
1️⃣   Gram emas bertambah
2️⃣  Purata harga yang rendah

Contohnya seperti dalam poster
Konsisten 1 gram 1 bulan pada 1 hb daripada Januari hingga Oktober 2024.
Jumlah gram terkumpul = 10 gram
Purata harga = RM367.50/gram

Purata harga ini jauh lebih rendah daripada harga hari ini RM392 (10 Oktober 2024).
Keuntungan adalah RM24.5 /g, iaitu ±6.67% untuk 10 gram emas.

Dengan teknik pemurataan harga kita akan dapat keuntungan kenaikan harga dalam jangka masa panjang.

Kaedah terbaik untuk penyimpan emas tetap konsisten membuat simpanan tanpa emosi harga turun naik adalah secara auto-debit akaun GAP.
Setkan jumlah RM, tarikh dan tempoh potongan setiap bulan, gram emas akan auto bertambah setiap bulan. 

Dengan auto-debit GAP, 
auto konsisten tambah gram,
dan dapat kelebihan pemurataan harga jangka panjang.

Jom terus konsisten dan fokus tambah gram hingga capai matlamat.

#PG1M
#TabungGaji

GAJI SELALU HABIS?

Berikut adalah beberapa tips ringkas dan sempoi untuk mengatasi duit gaji yang cepat habis sebelum hujung bulan:

1. Buat Bajet Bulanan – Tetapkan bajet untuk setiap perbelanjaan seperti makan, transport, hiburan, dan simpanan. Bila ada bajet, lebih senang kawal perbelanjaan.

2. Asingkan Simpanan Dulu – Bila dapat gaji, asingkan sebahagian untuk simpanan terlebih dahulu sebelum guna untuk belanja.

3. Kurangkan Perbelanjaan Tak Penting – Elakkan beli barang yang tak perlu atau sekadar nafsu. Tanya diri sama ada betul-betul perlukan barang tu.

4. Guna Sistem Sampul – Sediakan beberapa sampul untuk kategori perbelanjaan berbeza (makan, hiburan, bil). Bila dah habis duit dalam sampul, berhenti belanja untuk kategori tu.

5. Pilih Gaya Hidup Sederhana – Jangan terikut dengan gaya hidup orang lain. Sesuaikan perbelanjaan dengan kemampuan diri.

6. Catat Setiap Perbelanjaan – Catat semua perbelanjaan kecil dan besar supaya boleh nampak mana yang membazir.

7. Buat Sumber Pendapatan Tambahan – Cari kerja sambilan atau peluang bisnes untuk tambah pendapatan.

Kawan kawan,

Dah beratus ribu tips orang tulis dialam maya, tapi kalau sekadar baca lepas tu buat buat bodoh macam Fizura.

Lepas tu tuduh suami bawak pompuan lain naik kereta kita beli dengan emosi. Baik kau jangan baca dah tip kewangan tiap tiap hari.

Moga tips ini dapat bantu jimat dan kawal kewangan dengan lebih baik!

Khalas

Azizul Azli Ahmad
Qari, qariah Malaysia Johan Kategori Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2024🇲🇾🕌

Qari dan qariah Malaysia dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2024 bagi kategori lelaki dan wanita yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi, 12 Oktober 2024

MENARIKNYA;

Johan qari dan qariah kategori tilawah Al-Quran menerima kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai daripada kerajaan Malaysia berjumlah RM40,000, hadiah iringan dan sijil.

Kepingan emas menjadi hadiah terbaik buat pembaca Al-Quran yang bertanding mengalahkan 92 peserta dari 71 buah negara Islam 🥳🇲🇾

Jom jadikan kepingan emas sebagai tanda penghargaan anda pada yang tersayang 😍👳‍♂️🧕
Mulakan menabung dulu...

Ya, walaupun gaji tak cukup pun menabung juga. Saya tak ragu-ragu dengan apa yang saya sarankan.

Walaupun ikut logiknya, nak menabung macam mana kalau gaji tak cukup?

Nak menabung macam mana kalau hutang pun masih banyak?

Nak menabung macam mana kos harga barang makin naik?

Tak kisah apa alasan pun, saya tak ragu-ragu untuk sarankan sesiapa sahaja mula menabung.

Nak kaya, kena menabung...

Ia bukan tentang berapa jumlahnya, tapi nak tune otak kita supaya sama macam otak orang kaya; menabung dan kumpul harta.

Kita kena tune cara kita berfikir dulu supaya sama macam orang kaya berfikir.

Walaupun terpaksa korek balik tabungan tu pada pertengahan bulan pun tak apa. Koreklah dulu tabungan tu... Tak ada masalah..

Baca tulisan penuh DI SINI

Sumber
SIMPAN EMAS UNTUK HARI TUA

Memikirkan hari tua, pastinya kita ingin masa depan yang lebih tenang dan bebas dari kebimbangan kewangan.

Salah satu cara terbaik untuk memastikan kestabilan kewangan di hari tua adalah dengan menyimpan emas. Emas adalah aset yang tidak terjejas oleh inflasi dan sentiasa bernilai dari masa ke masa.

Dengan menyimpan emas, anda bukan sahaja melindungi diri dari ketidaktentuan ekonomi, tetapi juga menyediakan simpanan yang boleh diwarisi atau digunakan di saat memerlukan.

Emas bukan sahaja simbol kekayaan, tetapi juga perlindungan yang kukuh untuk hari tua. Dengan memiliki emas, anda akan merasa lebih tenang mengetahui bahawa anda mempunyai aset yang boleh dijadikan sandaran di kemudian hari. Jadi, jom mulakan simpanan emas sekarang.
*BUAT DULU BARU FAHAM*

Belajar simpan duit dalam bentuk emas lebih mudah. Ramai orang bila tengok segram emas dia cuma nampak itu Emas.

Bila beritahu Emas ni boleh elak DUIT BOCOR, dia pun masih tak faham dan tak pasti mana yang dikatakan duit tak bocor.

Nak faham mudah aje, beli dan simpan sekeping 1 gram. Lepas 3 bulan tengok balik sekeping 1 gram tu masih wujud atau tidak.

Kalau masih ada, tahniah! sebab itu ialah duit yang dah dapat di selamatkan pada 3 bulan lepas dari terbelanja yang tak perlu melainkan kita betul-betul terdesak.

Tahniah yang dah berjaya jadikan emas sebagai simpanan jangka masa panjang.

Emas ni juga akan membantu kita masa tengah terdesak dan susah.

Jadi kita tak payah buat muka kesian nak pinjam duit orang lepas tu buat buat lupa. Jangan buat begitu, tak baik tau.

Jadi kesimpulannya simpanlah emas untuk keluarga sendiri. Simpanlah 1gram setiap bulan atau minima RM100 dalam akaun GAP kita.

Moga istiqamah menyimpan emas.
#PG1M
Daftar akaun percuma di sini
https://bit.ly/3Eoer9D
"Eh, betul ke tak ada yang tahu berapa banyak emas kita simpan?"

Ya, emas adalah aset yang unik. Tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita simpan, kecuali, kita sendiri yang bagitahu satu dunia.

Kalau kita penjawat awam, setiap aset dan harta kita kena isytihar kan?

Ya betul! Tapi tak perlu isytihar simpanan emas kita! Syyyy! 🤫

Orang bankrap sebaiknya simpan emas berbanding aset lain kerana segala harta, aset dan akaun bank akan dibekukan oleh pihak berkuasa terbabit. Nak buat pembiayaan dengan bank pun tak layak. Jadi, emas adalah jawapannya.

Kalau berlaku kematian?.

Ya, tak ada siapa yang dapat bekukan emas. Anak-anak boleh ambil terus emas arwah berdasarkan wasiat, hibah atau hasil perbincangan antara ahli keluarga. Tak perlu Surat Kuasa Mentadbir pun.

Mudahkan?

Maka itu kita kena simpan aset emas banyak-banyak sebagai harta.

Kekayaan tu milik kita sepenuhnya tanpa perlu jaminan sesiapa.

Simpanlah emas. Kita simpan aset yang merdeka. 1gram bulan, lama lama jadi sekilo jua.

Begitulah.

#PG1M
Misi menabung 5 dinar dalam masa kurang 2 tahun

5 dinar ini beratnya 21.25 gram. Hari ini harganya sekitar RM8,500.

Dengan 5 dinar ni kita dapat sediakan dana untuk: 
Umrah – 1 keping
Majlis kahwin – 4 keping 
Deposit rumah idaman -  4 keping
Dana kecemasan – 5 keping
Dana pendidikan anak – 6 keping
Dana persaraan – 20 keping

Mudah saja untuk dapatkan 5 dinar. 
Ikut sahaja langkah berikut:
1. Daftar akaun emas GAP
2. Konsisten simpan 1 gram emas setiap bulan
3. Selepas 22 bulan dah ada 22 gram emas
4. Boleh terus withdraw item 5 dinar (21.25 gram) 

Mudah kan!

Jom mulakan misi 5 dinar mulai bulan ini, Oktober 2024. 
Bulan Julai 2026 akan dapat tuai hasilnya.

#PG1M
EMAS TANPA RISIKO....


Tanpa risiko?
Ini bohong belaka.


Setiap sesuatu pasti ada risikonya.  Cuma yang membezakannya ialah skala risiko itu. Kecil atau besar.


Begitu juga dengan simpanan emas ada risikonya.

1. Emas bukanlah matawang yang digunakan secara rasmi sesebuah negara. Tetapi emas mempunyai pegangan nilai pada semua jenis matawang seluruh dunia. WOW!

2. Emas memegang nilai matawang dengan pegangannya berkelompok dalam jumlah yang besar.

Contoh: 1gram emas = RM405, hilang seketul 1gram maka kita hilang duit RM405.

Berbeza kita ada 4 keping duit RM100 dan sekeping RM1 (5keping duit tunai).

Kehilangan mungkin sekeping sahaja dan kita masih ada 4 keping duit tunai).

Tetapi HARUS BERINGAT nilai matawang boleh hilang keseluruhannya bila berlakunya hyperinflasi, peperangan dll.


Masih ada yang ingat bagaimana not RM500 dan RM1000 tidak laku (hilang) lagi digunakan?


Begitulah nilai matawang boleh dipengaruhi oleh kuasa sesebuah kerajaan.


TETAPI nilai emas melangkaui sempadan masa, sempadan tempat, sempadan kuasa.


Itulah kehidupan, sentiasa ada risiko. Risiko ni akan membahagiakan jika dihadapi dengan ilmu yang betul, dengan cara yang betul. 🥰🥰🥰

#PG1M
𝟭𝟬 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

𝟭. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗶𝘁.
Emas adalah duit sebenar. Nilainya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. Semakin berat dan tinggi ketulenan emas tersebut semakin mahal harganya.

Sebagai contoh Dinar Emas pernah digunakan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu.

𝟮. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝗲𝗻.
Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.

𝟯. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 𝘃𝗮𝗹𝘂𝗲.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolah-olah 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.

𝟰. 𝗚𝗼𝗹𝗱𝗯𝗮𝗿/𝗱𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗷𝗮𝗸.
Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.

𝟱. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas.

𝟲. 𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻.
Ini disebabkan susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi kerana caj upahnya yang tinggi. Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.

𝟳. 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀.
Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita.

𝟴. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚.
Masa terbaik ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

𝟵. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁.
Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

𝟭𝟬. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗲𝗹𝗮𝗸 𝗖𝗧𝗢𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗖𝗥𝗜𝗦.
Ia akan menyukarkan kira untuk membuat apa-apa pinjaman bank pada masa akan datang jika sudah ada rekod nama kita dalam CTOS dan CCRIS.
Kata orang emas adalah logam mulia.

Atok nenek kita dulu, zahir mereka nampak susah dan miskin, hakikat sebenar mereka sangat kaya.

Kebun dan sawah yang mereka usahakan adalah harta millk mereka. Simpanan mereka mungkin tada di bank-bank, tetapi bila dibuka laci di rumah, emasnya bertimbun.

Kita?

Kita sering kali tersilap dalam menafsirkan erti kaya. Zahir kita kaya, punya rumah besar, kereta import, tapi hakikatnya itu milik bank, kreditnya belum habis di bayar.

Kita melihat emas sebagai bukan harta dan tidak beri apa-apa faedah kepada penyimpan nya.

Tetapi ketika terdesak, encik suami akan cari si isteri untuk pinjam emas yang ada di badan.

#PG1M
BAGAI MENUNGGU KUCING BERTANDUK

Hari ini harga emas melonjak sehingga RM5 menjadikan harga 1 gram adalah RM414.

Jika anda masih lagi menunggu harga MURAH, boleh jadi kucing bertanduk sekali pun harga emas tak akan kembali ke paras seperti suatu ketika dulu.

Boleh jadi harga TERTINGGI hari ini akan menjadi harga yang MURAH pada 5 hingga 10 tahun yang akan datang

Apa yang PENTING adalah kita bermula dan terus KONSISTEN dalam menyimpan.

Setelah itu, anda akan mula melihat perubahan demi perubahan ke arah yang lebih positif

Jom saya bantu anda bermula hari ini 😊

#PG1M
SELAMATKAN DUIT GAJI

Apabila tibanya hari gaji, semua orang akan berpusu-pusu untuk ke bank bagi mengeluarkan duit gaji. Situasi sebegini adalah satu kebiasaan kerana setiap hari kita berhujan panas selama sebulan dan hasilnya pasti kita ingin belanjakan.

Pastikan kita berbelanja duit gaji dengan cara yang betul. Gunakan formula mengikut saranan pakar kewangan, "Simpan dahulu, selebihnya berbelanja".

Jadi untuk kekalkan duit yang kita simpan, tukarlah duit kepada emas. Simpan duit tak kekal lama. Otak kita ligat berfikir untuk boros berbelanja bila melihat nombor pada RM.

Berbeza pula dengan emas. Lagi banyak nombor yang kita lihat pada GRAM emas, lagi rasa nak simpan. Itulah Aura emas.

Sangat berbaloi dan puas hati apabila hasil penat lelah anda kerja ada juga dialihkan kepada simpanan emas sebagai dana backup kewangan dan sebagai aset tabungan masa hadapan untuk peribadi dan anak anak.

“Ada duit belum tentu ada emas, Ada emas sudah tentu ada duit”

Pm saya ya
https://bit.ly/3QCHSKF
Pesan kat adik-beradik kita!

Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri. Beli rumah, beli tanah, beli aset.

Bagi ada harta dengan nama sendiri.

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka, bertelagah.

Tak guna.

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap. Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta.

Jangan.

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nk marah, nak bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti. Tup² bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat² "hak" kita.

Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.

Ini tak, kita buat mereka seperti bola. Sekejap pass sana, sekejap pass sini.

Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka.

Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan. Tapi banyak yang jadi bod0h dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka". Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.😥

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita mengambil ibrah dan muhasabah.

Kredit: Shahros
Berapa banyak nak simpan emas setiap bulan?

10% saja daripada pendapatan.

Kalau gaji RM1000, tukarkan kepada emas RM100

Kalau gaji RM2000, tukarkan kepada emas RM200

Kalau gaji RM3000, tukarkan kepada emas RM300

Kalau gaji RM5000, tukarkan kepada emas RM500

Percayalah, sepanjang saya kenal emas, inilah cara yang paling berjaya bagi penyimpan emas.

Bukan tunggu harga emas murah atau tunggu ada duit hujung bulan.

Namun, jika kita dah banyak simpanan dalam bentuk cash, sudah tiba masanya untuk kita alihkan sebahagian besar drpd simpanan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas..untuk melindungi kekayaan daripada dimakan inflasi.

Ambil iktibar krisis matawang yg berlaku di beberapa negara di dunia seperti Turki, Lubnan, Greece, Zimbabwe dan sebagainya. Matawang negara hampir tidak bernilai, jatuh teruk akibat krisis ekonomi dan politik negara.

Ayuh kita bina aset emas sebagai harta sehingga dapat diwarisi.

#PG1M
3 Pola Fikir Orang Kaya yang tak Dimiliki Kebanyakan Orang

Semua orang pasti ingin sukses, ingin punya rezeki yang berlimpah ruah

Tapi kenapa hanya sedikit yang benar-benar boleh mencapai itu?

Salah satu alasan utamanya adalah Pola Fikir.

1. Wang itu Bukan Tujuan, tapi Alat.

Bagi orang kaya, wang hanyalah alat untuk mencapai tujuan yang lebih besar, bukan tujuan akhir.

2. Kaya itu Pilihan, Bukan Kebetulan

Orang kaya boleh jadi kaya, kerana dari awal sudah yakin bahawa mereka boleh kaya, bukan kebetulan, bukan cuma nasib.

Sementara orang biasa selalunya tidak yakin duluan kalau mereka boleh kaya.

Inilah 3 Pola Fikir Orang Kaya yang tak Dimiliki Kebanyakan Orang:

3. Fokus pada Peluang, bukan Halanyan

Kebanyakan orang hanya melihat halangan, orang kaya melihat peluang.

Mereka faham bahawa setiap cabaran membuka peluang baru.

Dengan mental ini memungkinkan mereka berkembang walaupun dalam situasi sulit.

Sementara kebanyakan orang hanya melihat risiko dan mudah takut  untuk mengambil peluang tersebut.

AAA