NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungGaji

JANGAN MALU MAKAN GAJI

1. Tidak semua orang pandai berniaga, ada orang selesa makan gaji sahaja.

2. Jangan hina kawan kita yang makan gaji saja, bila kita baru mula berniaga.

3. Peniaga yang bijak juga makan gaji dari perniagaannya, bukan 'rompak' semua hasil perniagaannya.

4. Jangan guris dan hina kawan yang makan gaji, mereka terluka bila kita tanya "sampai bila nak makan gaji". "Tak akan kaya makan gaji nie"

5. Jangan kecil hati, dalam dunia GST ini kena ada 3 sumber pendapatan.

+ Pergajian
+ Pasif
+Pelaburan

6. Jika kita makan gaji, kita dah selangkah kehadapan, cipta pendapatan Pasif & Pelaburan sebagai tambahan.

7. Jangan berniaga sampai hina kengkawan, kata nak jadi lelaki beriman, hati kawan kena jaga.

Gegadis tak kisah kita makan gaji, janji ada duit pinang mereka nanti :-p

#JanganMaluMulaBerniaga
#Kongsi bagi kawan baru balik seminar faham
#TabungGaji

GAJI KITA KECIL SANGAT

Gaji kita kecil atau kita yang belanja besar sebenarnya.

+ Kita gred N19 tapi beli kenderaan lebih RM55 000. Gaya lebih dari gaji.

+ Kita tinggal di rumah yang harganya lebih 6.5 tahun gaji tahunan kita. (Gaji x 12 x 6.5)

+ Kelayakan Pinjaman Perumahan kita guna sampai  'maksimumkan'. Selagi ada.

+ Lebih terbeban bila kita gabungkan gaji abang tersayang dan isteri tercinta untuk beli kediaman idaman malaya.

+ Kita gred gaji N21 dah gaya macam gred gaji N54 atau JUSA.

+ Baru jadi Doktor Umum dah gaya Doktor Pakar Puan.

+ Baru jadi 'technician' dah gaya jurutera petroleum.

+ Beli kereta sebab ada promosi Raya Cina.

+ Baru sebulan kerja dah berani shopping di LAZADAH dan Pavilion.

+ Tak ada impian menyimpan sebab rasa masih muda dan baru nak kerja

Gaji kita kecil atau kita yang belanja besar, kita tak faham kenapa orang menyimpan.

Azizul Azli Ahmad

#UkurGajiDiAkuanSendiriBukanOrang
#TabungGaji

GAJI CEPAT HABIS LA!

Cuba semak simpanan kita, jika dah kerja 5 tahun dan masih belum ada simpanan 6 bulan gaji.

Pasti ada yang tidak kena.

Apakah kita sekadar tempat gaji tumpang lalu?

"Baru gaji semalam dah habis gaji aku nie?"

"Takkan gaji besar macam kau cepat habis, aku lain la, kerani saja"

Maka,

Baiki kewangan kita dengan Reward Diri dengan menyimpan, bukan belanja sampai lupa dunia.

Dapat gaji = SIMPAN + LABUR = Baki Baru Belanja

Tiap kali dapat gaji pastikan 10%-25% untuk simpanan bukan hanya belanja makwe sahaja.

Selamat bekerja kawan kawan

Kredit: Dr. Azizul

#BelajarMenyimpan
#TabungGaji

MATLAMAT GAJI RM10,000

Semalam saya kongsikan matlamat kewangan menjelang usia 35 tahun.

Ramai curiga bab matlamat pertama. Gaji RM10,000 pada usia 35 tahun.

Saya kongsikan pendapatan suri rumah yang jadi dealer Public Gold.

Mereka hanya didik orang awam menyimpan emas dan mereka juga penyimpan emas.

Kawan kawan,

Tak mustahil sebenarnya ada gaji RM10,000 pada usia 35 tahun.

Sahabat saya di UM tamat PhD pada usia 28 tahun. Mulakan kerjaya dengan Gred 51 gaji dan elaun RM7000

Ejen ejen takaful sahabat saya jana lebih dari RM10,000 sebelum usia 30 tahun.

Ejen ejen hartanah ramai yang jana lebih dari ini kawan kawan saya sebenarnya.

Sebenarnya ramai yang jana gaji besar, tapi diam diam sahaja. Mereka tak suka orang tahu.

Bila ada yang kata, "Mengarutlah gaji RM10,000". Mereka hanya senyum tanpa mempamerkan gigi sahaja

Kredit : Azizul Azli Ahmad

Berminat nak jadi Dealer Emas?

Hubungi saya ya,
https://publicgold.me/rozitayakkop
#TabungGaji

GAJI SELALU HABIS?

Berikut adalah beberapa tips ringkas dan sempoi untuk mengatasi duit gaji yang cepat habis sebelum hujung bulan:

1. Buat Bajet Bulanan – Tetapkan bajet untuk setiap perbelanjaan seperti makan, transport, hiburan, dan simpanan. Bila ada bajet, lebih senang kawal perbelanjaan.

2. Asingkan Simpanan Dulu – Bila dapat gaji, asingkan sebahagian untuk simpanan terlebih dahulu sebelum guna untuk belanja.

3. Kurangkan Perbelanjaan Tak Penting – Elakkan beli barang yang tak perlu atau sekadar nafsu. Tanya diri sama ada betul-betul perlukan barang tu.

4. Guna Sistem Sampul – Sediakan beberapa sampul untuk kategori perbelanjaan berbeza (makan, hiburan, bil). Bila dah habis duit dalam sampul, berhenti belanja untuk kategori tu.

5. Pilih Gaya Hidup Sederhana – Jangan terikut dengan gaya hidup orang lain. Sesuaikan perbelanjaan dengan kemampuan diri.

6. Catat Setiap Perbelanjaan – Catat semua perbelanjaan kecil dan besar supaya boleh nampak mana yang membazir.

7. Buat Sumber Pendapatan Tambahan – Cari kerja sambilan atau peluang bisnes untuk tambah pendapatan.

Kawan kawan,

Dah beratus ribu tips orang tulis dialam maya, tapi kalau sekadar baca lepas tu buat buat bodoh macam Fizura.

Lepas tu tuduh suami bawak pompuan lain naik kereta kita beli dengan emosi. Baik kau jangan baca dah tip kewangan tiap tiap hari.

Moga tips ini dapat bantu jimat dan kawal kewangan dengan lebih baik!

Khalas

Azizul Azli Ahmad