NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungKehidupan

"CARA PALING MUDAH MENANGKAP IKAN DENGAN MENGERUHKAN AIRNYA".

1. Ketika air jernih dan tenang, ikan akan mudah kelihatan apa sahaja yang ada dipermukaan air. Burung helang yang terbang,  jala yang dilebarkan dan manusia yang memancing.

2. Jika air menjadi keruh,  ia akan naik kepermukaan air dan ia lebih merbahaya.

3. Waktu jernih dan tenang ikan boleh merancang pergerakkannya dengan lebih aman. Ia tidak bergerak laju dan terburu buru.

Kawan kawan,

4. Dalam kehidupan adakalanya keadaan 'dikeruhkan' supaya kita terperangkap dan membuat keputusan yang salah.

5. Semua orang bercerita tentang harga rumah yang mahal,  ramai jadi panik dan terburu buru membeli rumah.

6. Dalam keadaan 'keruh' ini pemaju menjual rumah yang mahal dan kita terbeli rumah yang salah dan melebihi harga pasaran.

Sifu hartanah ajarkan harga hartanah naik sepanjang zaman.

7. Ketika keadaan 'keruh' ambil sikap bertenang dan matang,  ia perlukan ilmu untuk hadapi ini.

8. Ada kelompok yang suka 'keruhkan' air agar mudah menjala ikan. Hasilnya lumayan kawan.

9. Ketika orang bermusuh dengan kita,  jangan layan kerana dia sedang 'keruhkan' keadaan.

10. Seorang raja tidak akan mengirim pasukan tenteranya atas dasar kemarahan. Seorang panglima perang tidak boleh memulakan perang selama dirinya masih marah.

11. Waspadalah dengan sikap cemas, marah dan putus asa kerana ia musuh paling bahaya.

Azizul Azli Ahmad

#BeliRumahSecaraBijak
#SampaikanBuatIngatanKawanKawan