NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Sebelum memulakan apa-apa pelaburan, kita boleh semak status syarikat tersebut di SC's Investor Alert ni.

Pastikan Syarikat itu bersih dan tidak tersenarai dlm apa-apa kes sebelum kita melabur pada Syarikat tersebut.
#TabungSimpanan

TANGAN TERBAKAR

Jangan ambil Pembiayaan Peribadi untuk simpanan 'duit dalam tangan'.

Tangan kita akan terbakar hingga lengan. Sekali dah 'hitam' sukar nak padam.

#Share lelaju bagi ramai tak tertipu

#JanganBermainApiPembiayaanPeribadi.
#TipKayaDenganEmas

Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat saya sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic!
Nota dari Mentor Tn Syukor Hashim

Gais.

Hari ini harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tapi harinine gold spot market ditutup sebab cuti Good Friday.

Trader forex dan spot gold tak boleh berjual beli. Platform ditutup dan bagi error “Off Quotes”.

Ada syarikat jual beli emas yang tutup urusniaga sebab spot market tutup. Customer berkicap kena tunggu Isnin walaupun harga emas tinggi depan mata 🥹

Tapi Public Gold nie jual emas fizikal. Oleh yang demikian, sistem website Public Gold buka 24/7.

Anda boleh lock harga untuk beli dan jual anytime kat website Public Gold walaupun harga tak bergerak asbab market close.

Jadi tuan puan.

Dipersilakan membeli dan menjual emas Public Gold seperti biasa 😀🥳👍

Ajommm

#NotaEmasSyukorHashim
Nota emas Tn Zulkifli Shafie

Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".

Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".

Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.

Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!

Ada yang beli bulan lepas dan jual bulan ni pun dah untung, khususnya yang beli item gold bar 250 gram dan 1 kilogram.

Kalaulah saya nasihatkan jangan beli emas pada harga RM340 (bulan lepas) dan lebih baik tunggu dulu, dah tentu-tentu saya akan dipersalahkan...

Jadi saya kena bersikap jujur sahaja yang saya sendiri tak tahu tentang keadaan sebenar harga emas dalam jangka pendek.

Nasihat saya cuma satu, kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, bila-bila masa pun sesuai beli emas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm ada naik turun. Kalau jangka panjang, confirm akan naik disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit.

Apa pun keadaan harga emas, yang paling utama ialah dah berapa gram emas yang dah kita ada?

Siapa ada lebih banyak emas, dah confirm dia lebih kaya dari sebelumnya. Tak perlu bimbang tentang harga. Kenaikan harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

#TipKayaDenganEmas
Menyimpan ini bukan soal Gaji tapi,
Soal Mentaliti (Tabiat)

Lagi kita hidup susah lagi kita perlu menyimpan demi kelangsungan hidup yang akan datang.

Belajarlah menyimpan, adakan simpanan minimum 3 bulan hingga 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan supaya kita tidak meminta-minta dimasa depan.

Salah satu cara yang boleh dipraktikkan untuk simpanan dana kecemasan adalah dengan menyimpan emas.

Kenapa simpan emas, sebabnya emas ni sukar dibelanjakan kerana ia ada tempoh bertenang untuk dicairkan kepada tunai. Daripada situ simpanan kita susah untuk dibocorkan.

Berbanding menyimpan dalam bentuk tunai ia mudah dibocorkan, sebab itu ramai terbukti susah berjaya simpan duit.

Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun simpanan kecemasan langsung tak pernah ada. Sampai bila nak macam ni?

Jom kita berubah, letakkan satu keAzaman untuk belajar mengumpul emas. Bukan perlu jutaan ringgit atau ribuan ringgit untuk mula menabung emas.

Dengan Public Gold kita boleh mulakan tabungan emas dari serendah RM100 saja. Ini beli emas fizikal tau bukan beli emas "bunian" yang tak ada emas.

Setiap apa yang kita beli semuanya disandarkan dengan emas fizikal 100%!

Kredit: Khaja Nazimudeen

Nak tahu macam mana nak mula menabung emas dengan Public Gold boleh terus klik link dibawah:

https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
Gais.
Salah satu kelemahan emas adalah;
Anda selalu berprasangka “emas nie mahal”
Maklumlah. Kalau anda tengok harga emas semasa, jarang sekali anda cakap emas nie murah, melainkan anda tengok balik harga emas lepas-lepas.
Waktu saya start simpan emas tahun 2008, harga emas masih di bawah RM100 segram.
Saya rasa mahal.
Lepas tu harga naik kepada RM100++ , saya cakap “alamak… harga emas dah naik lah… mahal”
Sekarang tahun 2024…
Hari ini 30/3/2024 harga emas 999.9 dah RM368 segram 😆
Sewaktu harga emas RM300 segram, ramai orang tarik nafas dan mengeluh… fuh! Dah cecah RM300 segram nie… bapak mahal harga emas 300 segram nie!
Sekarang… anda akan rasa RM300 segram tu sebenarnya murah giler 🤭
Gais..
Dari segi psikologi… anda memang rasa harga emas semasa nie mahal.
Tapi percayalah… lepas beli dan simpan emas.. lepas tu bila anda toleh ke belakang balik setelah beberapa tahun, maka anda rasa harga sewaktu anda beli tu murah banyak!
Saya dah kena! 🤭🤭
Siapa lagi yg terkena macam saya?
Komen sket
p/s: Kesimpulannya. Beli emas dan tunggu. bukan tunggu bila nak beli.
Siapa nak bekukan duit dalam RM90,000 untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas, saya suggest gold bar 250 gram ni. Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji.

Bahkan masa dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi. Itulah sebab kenapa pakar kewangan no. 1 Malaysia (Tuan Azizi Ali) sarankan hijrahkan duit dari ASB kepada emas.

Dulu ubi, sekarang beras.
Dulu ASB, sekarang emas!

Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.

Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

Kredit nota: Tuan Zulkifli Shafie

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di whatsapp.          
https://wa.me/60122258480
#TabungSimpanan

"CUBA CUBALAH DAHULU"

Dalam menabung tiada istilah 'cubalah dulu'. Jika ingin menabung mesti bersungguh sungguh.

Manusia yang suka cuba tiada kesungguhan. Hasilnya nanti sekadar cuba cuba sahaja.

Mencuba tidak menghasilkan sesuatu yang kongkrit.

+ Kita cuba buat kek nie dulu, tak jadi kita bagi kucing makan.

+ kita cuba 'apply' loan tengok, kalau dapat kita tempah pelamin dalam taman.

+ kita cuba pakai Camry dulu, kalau tak mampu baru kita beli City.

+ kita cuba la ngorat Aida Jebat dulu, kalau tak dapat kita ngorat la Nabila Husna!

Kawan kawan yang baik,

Dalam usaha menabung tidak boleh cuba cuba. Semakin kerap anda sebut cuba semakin banyak hasil yang sekadar cubaan sahaja.

Berhentilah menyebut cuba dululah. Nak buat, Buat betul betul, baru hasilnya kita kagum

Gegadis tak suka kita cuba cuba 'hati' mereka, mereka rapuh dan mudah menitis air mata bila kita tinggalkan mereka.

Jangan cuba cuba perasaan dan hati mereka, mereka mudah terluka.

Azizul Azli Ahmad

#HidupBukanUntukDiCubaCuba
Perkongsian bermanfaat daripada Tuan Mohammad Syafiq Rohaizad

𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦

Bila tiba 1 syawal, orang yang paling gembira ialah anak-anak kita.

Saya masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu raya inilah peluang nak kutip duit raya banyak-banyak.

Pergi beraya rumah ke rumah dengan kawan-kawan. Kira-kira, dapat juga RM200.

Besar sangat rasanya RM200 waktu tu. Sekarang nilai RM200 tak sama lagi dah berbanding zaman kita dulu.

⚠️Ibu bapa perihatin sekalian‼️‼️

Bila menjelang hari raya, ambil kesempatan ini tukarkan duit raya anak-anak kita kepada emas

Nilai emas yang kekal dalam jangka panjang sangat sesuai untuk tabungan pendidikan anak-anak kita. 👍👍

Emas yang disimpan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mereka ketika masuk universiti nanti.

Emas juga sangat kalis inflasi dan sesuai mengikat nilai duit RM daripada kejatuhan nilai dalam jangka panjang.

Walaupun 10 tahun kita menyimpan duit raya anak-anak kita dalam bentuk emas, nilainya tetap dapat membeli barang yang sama masa akan datang. 🤩

Duit raya yang ditukar menjadi emas tidak mudah dibelanjakan sesuka hati. Jika duit raya dalam bentuk duit tunai. Kebarangkalian duit itu terbelanja amat tinggi. 😰

Sebelum duit raya itu terguna tanpa sedar. Alih cepat-cepat menjadi emas. Ibu bapa hebat pasti mahu melihat anak-anak mereka mempunyai simpanan emas masing-masing

Syawal bakal menjelma, ayuh mulakan misi alihkan duit raya kepada emas.

Sesiapa yang ingin mula menabung duit raya jadi emas serendah RM100 boleh jom wasap atau klik website kami.

https://publicgold.me/rozitayakkop
Nota dari Tn Azizi Ali, Mentor Kewangan

Salah satu berita buruk terkini ialah kejatuhan nilai RM berbanding dengan US dollar. $1 pada bulan Jan 2023 bersamaan RM4.30. Nilai RM pada Feb 24 telah jatuh ke paras RM4.75. Ini bermakna yang RM telah jatuh nilai 10.5% dalam masa hanya setahun. Kejatuhan ini adalah ketara.

Kejatuhan ini juga bermakna kuasa belian RM telah jatuh berbanding dengan USD.

Sebagai rakyat, kita tidak dapat menahan kejatuhan ini. Kita bukan menteri kewangan atau menteri ekonomi. Tetapi sebagai individu, kita boleh dan malah perlu mengambil beberapa tindakan untuk mempertahankan kuasa belian kita.

Diantara langkahnya ialah untuk menghijrahkan sebahagian daripada cash kita di dalam savings, current account, fixed deposit dan malah Tabung Haji ke aset yang kalis inflasi dan kalis kejatuhan nilai RM. Diantara aset ini ialah hartanah, saham, kripto dan emas fizikal.

Bagaimanapun, memandangkan hartanah memerlukan wang besar sementara saham dan kripto memerlukan ilmu pelaburan yang dalam, saya mengesyorkan anda untuk menghijrahkan sebahagian daripada cash kepada emas dahulu. Memandangkan emas telah memberikan pulangan hampir 10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan, langkah ini merupakan langkah yang bukan sahaja bijak tetapi menguntungkan anda.
BERHENTI BERHARAP

"Saya nak tunggu harga emas turun sikit."
"Tak dapat dah ke harga bawah RM300/g?"
"Dulu RM100 dapat 0.5gram, seronok kalau beli masa tu."

Sudah! BERHENTI BERHARAP!

Jangan harapkan benda yang tak berlaku. Move on!

Tambah tabungan emas sikit-sikit, RM100 setiap bulan pun tak apa. Kejar target masing-masing. Penuhkan simpanan. Letak target berapa yang nak simpan.

30 gram
100 gram
50 dinar
100 dinar
250 gram
1000 gram

Tak kisah berapa target, menabung dan capai target idaman masing-masing! Jangan tengok harga.

Nak mula simpan emas cara GAP, klik sini:

https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula