NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Nota dari mentor Tn Syukor Hashim
16 Februari 2024

Untuk orang yg nak simpan emas, ada sedikit tips untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, emas wujud di dalam 4 jenis alam.

1. Alam fizikal - ini adalah emas di alam nyata. Anda boleh pegang, boleh timbang, boleh gadai, boleh simpan, boleh sembunyi dan boleh diberi kepada orang lain.

2. Alam digital - ini adalah emas dalam sistem komputer. Anda boleh lihat gram dalam apps atau dalam website. 

Ada emas digital yang boleh difizikalkan. Nak senang faham, dia macam duit dalam apps MAE Maybank. Kita boleh withdraw cash kat mesin ATM.

3. Alam bunian / alam jin - Emas anda dalam alam di sebalik mata. Ada ke tak emas tu? kita tak tahu.

Anda kena dapatkan khidmat bomoh kalau nak “tarik” emas nie ke alam nyata.

Banyak syarat bomoh bagitau kalau nak “tarik” emas alam jin nie masuk ke alam nyata.

Saya pernah didatangi oleh beberapa hamba Allah yang mengaku berjaya “menarik emas dari alam sana”. Siap bagitau emas nie emas muda. Siap kena balut dalam kain kuning.

Tapi bila check, rupanya tembaga aja. Semua kena tipu dengan jin / bunian🤭

Ciri-ciri emas alam jin adalah: Tak nampak fizikal. Nak fizikalkan punyalah susah. Tok bomoh bagitau ada syarat itu ini. Kalau nak jual balik pun punya susah.

Orang yang terrer pasal emas alam bunian nie, biasanya dia sembang kencang. Takde sikit-sikit kilo. biasanya main level tan-tan.

Maklumlah, emas duduk kat alam sana. Jin / bunian takde bank untuk fasiliti nak beli balik. Mungkin kena tunggu beberapa bulan. Jual tahun lepas, tahun nie pun belum tentu dapat duit.

4. Emas alam barzakh - Maksudnya. Emas takde. Korang kena tipu. Mula-mula anda sangkakan yang anda beli emas di alam bunian / jin. Rupanya, terbeli emas di alam barzakh 🤦🏻‍♂️

Gais.

Jika nak selamat, anda beli emas alam fizikal.

Kalau anda beli emas digital, pastikan boleh difizikalkan. Macam emas Public Gold GAP.

Kalau beli emas tapi tak boleh difizikalkan, maka berkemungkinan besar anda membeli emas alam bunian/jin atau emas alam barzakh. Nahas.

#NotaEmasSyukorHashim
I N V E S T O R
Oleh Tn Sadiqin Sulong

Dua hari lepas salah seorang pelabur emas saya bagitahu hajat dia nak beli 1.5kg emas sementara duit tunai masih ada di tangan dia.

Ngam dengan harga emas turun mendadak 2 hari lepas, saya advise untuk buat pembelian berkala untuk dapat harga yang terbaik.

2 hari lepas dia beli sekeping 250g dan hari ini tambah lagi sekeping 250g, total dah setengah kilo untuk 2 hari ini. Ada lagi baki 1 kg untuk dia beli.

Pelabur ni dah lama melabur dalam emas dengan Public Gold, katanya mudah sebab boleh monitor dan lock harga secara online.

Buat bayaran pun secara online dan collect di cawangan Public Gold berdekatan. Buat appointment ikut tarikh dan masa yang kosong terus dapat emas fizikal.

Sangat mudah bagi yang dah biasa dengan sistem dan platform Public Gold, mula-mula kekok tak tahu nak tekan mana tu biasa. Hahahaha

Di Public Gold setiap penyimpan dan pelabur emas ada seorang dealer yang akan guide cara beli, simpan dan jana untung dengan emas.

Cuma perlu hubungi dealer tersebut dan bagitahu urusan apa yang nak buat, insyaallah dealer akan bantu sebaiknya.

Dealer yang baik akan advise ikut pada keperluan penyimpan dan pelabur, apa yang baik pada penyimpan dan pelabur itulah yang terbaik untuk dealer.

Hujung-hujung dealer nak penyimpan dan pelabur emas semuanya gembira dapat untung.

Doakan saya berjaya lock lagi 1kg untuk pelabur saya ni. Insyaallah.
Khas untuk ibu bapa yang ada akaun GAP Junior anak-anak.

Alhamdulillah atas permintaan ramai, PG telah membuat penambahbaikan pada sistem untuk memudahkan ibu bapa uruskan akaun emas anak-anak terus dari akaun sendiri.

Tak perlu lagi susah payah log in log out akaun setiap kali nak tambah emas anak-anak.

Jimat masa!

Lagi mudah untuk kita tambahkan simpanan emas untuk masa depan anak-anak!

😍

Yang belum daftar akaun GAP anak-anak, mulakan hari ni ya.

Jadikan simpanan emas ni satu habit sihat dan pengalaman yang menyeronokkan dengan anak-anak.

Daftar sini,
https://publicgold.me/rozitayakkop
Perkongsikan tip untuk maximize kan pulangan daripada pelaburan emas anda, oleh Tn Azizi Ali

Harga emas goldbar 5 gm di PG adalah harga retail. Dan harga retail ini tidak banyak berubah walaupun harga emas di pasaran naik turun. Sebagai contoh, harga goldbar 5 gm pada 9 Feb 24 ialah RM1,750.

Harga emas 1 gm di akaun GAP pada 9 Feb 24 adalah RM338. Jadi untuk mendapatkan 5 gm, anda perlu bayar RM338 x 5 gm = RM1,690 + RM10 (gold premium) = RM1,700.

Jadi ini bermakna anda akan save RM1,750 - RM1,700 = RM50 apabila membeli emas 5 gm ini di akaun GAP instead of membelinya outright (sama ada buat full payment ataupun secara EPP).

Rumusan pertama: beli emas yang ringan-ringan (di bawah 10 gm) di akaun GAP dahulu, kemudian terbitkan emas fizikalnya kemudian.

Rumusan kedua: pilih penasihat emas anda dengan berhati-hati! Jika penasihat emas anda kurang berilmu, anda mungkin menanggung kerugian instead of buat duit!

Rumusan ketiga: Mulakan sekarang.
Klik : https://publicgold.me/rozitayakkop
Kisah benar yang patut dijadikan panduan. Jangan salah "sayangi" anak ya 😢


Baru-baru ni, kawan baik aku minta bantuan untuk aku kutip hutang dari satu keluarga ni. Dek kerana dia memang kawan baik aku, tanpa banyak tanya, aku pun pergi minta. RM5000 juga, tak sikit.

Seperti yang aku jangkakan, setelah aku sampai depan rumah penghutang (orang yang berhutang), orangnya adalah golongan B40.

Setelah berbincang dengan baik, dia tidak dapat melunaskan hutang tersebut. Memandangkan penghutang tersebut mengenali aku, aku pun bertanya secara peribadi apakah tujuan dia pinjam RM5000 itu.

Alangkah terkejutnya aku, RM5000 itu adalah untuk membeli handphone iPhone.

Dan lebih mengejutkan, iPhone itu dibeli untuk anaknya yang baru berumur 16 tahun. Baru nak masuk tingkatan 4!

Mula-mula aku ada perasaan nak marah yang amat sangat pada penghutang itu, tapi makin lama datang perasaan sedih pada anak perempuannya. Langsung takde empati pada ibu bapanya yang sebenarnya tiada kemampuan untuk membeli handphone semahal itu. Allahuakbar.

Dan akhirnya, aku ambil keputusan untuk merampas handphone itu, kerana penghutang sendiri sudah memberitahu tidak mempunyai pekerjaan tetap yang pastinya tidak akan dapat membayar hutang bernilai RM5000 itu.

Aku dapat cari IG pelajar perempuan itu, sungguh bergaya, sungguh cantik. Tapi memandangkan aku dah tengok anak perempuan dia secara berhadapan, fahamlah aku, anak dia terlalu pandai guna FILTER.

Dan aku cari juga anak perempuannya bersekolah di mana, dan aku dapat bersembang dengan gurunya (aku kan bekas cikgu, bukan susah pun aku nak cari). Ternyata, terlalu banyak masalah di sekolah, malah, gurunya memberitahu, mak ayah nya pernah menyerang sekolah kerana anak perempuannya pernah dimarah oleh gurunya atas masalah disiplin. Allahuakbar.

Masa aku serahkan iPhone dekat kawan baik aku, aku sempat bertanya, kenapa sanggup bagi pinjam RM5k itu, katanya, pasangan itu adalah orang yang mengasuh anak keciknya dahulu. Dia tak sampai hati tak bagi, memandangkan pasangan itu pernah memudahkan hidupnya dahulu, sebab itu dia tidak sampai hati nak kutip hutangnya itu.

"Hang tak sampai hati nak mintak, pastu hang suruh aku, last-last aku yang jadi watak jahat dalam cerita ni sebab rampas enpon anak dia, gampang betui", huh, lega aku dapat gampangkan kawan baik. Lega sangat.

Baru-baru ni, kawan baik aku minta bantuan untuk aku kutip hutang dari satu keluarga ni. Dek kerana dia memang kawan baik aku, tanpa banyak tanya, aku pun pergi minta. RM5000 juga, tak sikit.

Seperti yang aku jangkakan, setelah aku sampai depan rumah penghutang (orang yang berhutang), orangnya adalah golongan B40.

Setelah berbincang dengan baik, dia tidak dapat melunaskan hutang tersebut. Memandangkan penghutang tersebut mengenali aku, aku pun bertanya secara peribadi apakah tujuan dia pinjam RM5000 itu.

Alangkah terkejutnya aku, RM5000 itu adalah untuk membeli handphone iPhone.

Dan lebih mengejutkan, iPhone itu dibeli untuk anaknya yang baru berumur 16 tahun. Baru nak masuk tingkatan 4!

Mula-mula aku ada perasaan nak marah yang amat sangat pada penghutang itu, tapi makin lama datang perasaan sedih pada anak perempuannya. Langsung takde empati pada ibu bapanya yang sebenarnya tiada kemampuan untuk membeli handphone semahal itu. Allahuakbar.

Dan akhirnya, aku ambil keputusan untuk merampas handphone itu, kerana penghutang sendiri sudah memberitahu tidak mempunyai pekerjaan tetap yang pastinya tidak akan dapat membayar hutang bernilai RM5000 itu.

Aku dapat cari IG pelajar perempuan itu, sungguh bergaya, sungguh cantik. Tapi memandangkan aku dah tengok anak perempuan dia secara berhadapan, fahamlah aku, anak dia terlalu pandai guna FILTER.

Dan aku cari juga anak perempuannya bersekolah di mana, dan aku dapat bersembang dengan gurunya (aku kan bekas cikgu, bukan susah pun aku nak cari). Ternyata, terlalu banyak masalah di sekolah, malah, gurunya memberitahu, mak ayah nya pernah menyerang sekolah kerana anak perempuannya pernah dimarah oleh gurunya atas masalah disiplin. Allahuakbar.
Masa aku serahkan iPhone dekat kawan baik aku, aku sempat bertanya, kenapa sanggup bagi pinjam RM5k itu, katanya, pasangan itu adalah orang yang mengasuh anak keciknya dahulu. Dia tak sampai hati tak bagi, memandangkan pasangan itu pernah memudahkan hidupnya dahulu, sebab itu dia tidak sampai hati nak kutip hutangnya itu.

"Hang tak sampai hati nak mintak, pastu hang suruh aku, last-last aku yang jadi watak jahat dalam cerita ni sebab rampas enpon anak dia, gampang betui", huh, lega aku dapat gampangkan kawan baik. Lega sangat.

Kredit kisah : Tn Azizul Azli
14 BAHAYANYA ORANG BERHUTANG

1. Penyebab seorang hamba terhalang memasuki Syurga.
(Sunan Ibnu Majah, hadis no. 2412).

2. Pahala penghutang akan diserahkan kepada pemberi hutang.
(Sunan Ibnu Majah, hadis no. 2414).

3. Roh penghutang akan tergantung (Sunan At-Tirmidzi, hadis no. 1078).

4. Penghutang kembali kepada Allah dengan status sebagai pencuri pada Hari Kiamat
(Sunan Ibnu Majah, hadis no. 2410).

5. Allah akan memberi kehancuran kepada penghutang
(Shahih Al-Bukhari, hadis no. 18).

6. Dosa hutang tidak akan diampuni sekalipun mati sebagai Syahid
(Shahih Muslim, hadis no. 1886).

7. Nabi enggan menyembahyangkan jenazah orang yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang
(Shahih Bukhari, hadis no. 2289).

8. Menjadi sebab wujudnya permusuhan dan dendam dalam masyarakat.

9. Terputusnya tali silaturahim.

10. Membawa kepada pergaduhan bahkan pembunuhan.

11. Hilangnya keberkatan rezeki. Meskipun seseorang itu memiliki harta yang banyak tetapi jiwanya tak pernah merasa cukup dan puas.

12. Hidup orang yang berhutang sentiasa terumbang ambing dan hilang ketenteraman.

13. Harga diri (maruah) semakin terhakis kerana kebiasaan berhutang di sana sini.

14. Hutang menyebabkan pelakunya terdedah kepada sifat orang munafiq kerana seringkali cuai dan mungkir janji untuk melunasi hutang.

Kredit : Dr Azizul Azli

Semoga bermanfaat. Cuba Elakkan berhutang. Mulakan menabung dari sekarang.
Rezeki bermusafir,

Hari ini bantu seorang pelanggan yang baru berpencen beli emas 100gram sebanyak 3 ketul yang menyamai hampir RM100 ribu.

Daripada duit pencen tu selepas tolak segala duit yang nak dibayar hutang, ada lebihan katanya nak selamatkan daripada habis terpakai kepada perkara tidak bermanfaat.

Duit kalau nampak banyak depan mata memang kita akan jadi kelabu asap, semua benda nak beli, semua benda nak tukar.

Jalan terbaik adalah tukarkan iaitu bekukan dalam bentuk emas, pasti dah selamat daripada terpakai.

Semoga penyimpan emas ini terus konsisten menyimpan emas.

Sekiranya ada dikalangan rakan fb saya ni yang baru berpencen dan nak selamatkan sebahagian duit pencen tu kepada bentuk emas, boleh wasap saya untuk dapatkan bimbingan secara peribadi.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami. Klik link https://publicgold.me/rozitayakkop
Di Public Gold, jual la seberapa banyak pun emas kalian, segala jenama emas.. inshaAllah Public Gold akan beli dan membayar nya.

Biasa dengar kan Kedai-kedai emas bagi alasan tidak ada cukup tunai di kedai? 😅

Mulai sekarang, terus pergi ke Public Gold.. InshaAllah selamat.

Terbaik Public Gold, tak ada masalah langsung untuk beli emas dan bank in dengan kadar segera!
Kalau tidak disebabkan trafik yang tinggi, Public Gold mampu untuk bayar cash sebenarnya 🎉

Lagi menariknya, 3 ketul goldbar milik penyimpan emas Tuan Imran ni adalah dari jenama lain 🔥

Inilah kekuatan Public Gold, the real gold company yang kukuh dan ada kredibiliti tinggi.

Tahniah Tuan Imran yang berjaya tunjukkan jalan ke goldsaver untuk berjual beli di platform yang tepat.
Terbaru dari Public Gold.
Untuk ibu bapa yg memiliki beberapa akaun simpanan anak-anak, tak perlu nak log in satu-satu akaun anak utk top up savings.

Senang dah sekarang ni boleh bind terus akaun anak-anak . Terima kasih Public Gold 😍
*Cara untuk _Bind_ Akaun Junior & Akaun Dewasa*

1⃣ *Login* ke *Akaun Junior*.

2⃣ Klik *My Profile*, pilih *Bind Junior*.

3⃣ Isi Bind Form :
- Masukkan *PG code Parent*
- *Tick* kotak *T&C*
- *Request TAC*

4⃣ *Masukkan TAC*, dan tekan butang *Submit*.

5⃣ Sebelum logout, *Copy Verify Code* dari Akaun Junior.

6⃣ Kemudian, *Login* ke *Akaun Parent*

7⃣ Tekan *My Profile*, pilih *Bind Junior*.

8⃣ Tekan butang *Bind* pada akaun yang nak di'bind'.

9⃣ *Paste Verify Code* dalam kotak Verify Code, dan tekan butang *Bind*.

🔟 Klik *Ok* pada pop up.

Selesai.

*Nota*
* 1 Akaun Junior hanya boleh _bind_ dengan 1 akaun parent sahaja.*

*1 akaun parent boleh _bind_ dengan lebih daripada 1 Akaun Junior*
#TabungDuit

KEMBANGKAN DUIT

Ada orang dia langsung tak mahu belajar, dia mengharapkan orang untuk gandakan duit yang dia ada.

Dia akan mudah terdedah kepada penipuan.

Ramai orang terdedah pada penipuan sebab mereka tiada pengetahuan bagaimana duit membiak dan berkembang.

Apa yang mereka mahu, duit yang mereka ada harus digandakan.

Bagaimana caranya, mereka tidak mahu ambil peduli.

#AAA
"Diam, diam dia naik!"

Sebenarnya, apa sahaja
duit simpanan untuk simpanan jangka masa panjang.

Saya prefer simpan dalam bentuk aset fizikal sahaja, sama ada emas atau hartanah.

Bukan apa.
Nilainya lebih terjamin berbanding duit yang disimpan di bank.

Kelebihan emas, ia aset fizikal paling mudah dicairkan.

Boleh jual atau pajak bila nak pakai duit segera.

Dan dia juga aset fizikal paling mampu milik. Boleh beli sekecil R M 100 setiap bulan.

Kelebihan hartanah.
Selain nilainya terjamin, ia ada pendapatan bulanan berbentuk sewaan.

Dan kita boleh dapat pegangan 100% dengan hanya modal 10-15% sahaja.

Saya suka aset fizikal sebab barang nampak depan mata dan tak perlu monitor sangat sebab barangnya ada.

Dalam kesibukan kita, sedar-sedar. Eh, nilainya meningkat dah!

Ia aset kalis inflasi..

Dah faham kan?

Simpan aset fizikal hari ni untuk masa depan lebih baik.

Kredit: Tn Steven Blanda

Bermula di sini:
https://publicgold.me/rozitayakkop
Bila masa yang sesuai untuk beli emas?

1- Bila ada wang dan kesedaran. Teruskan niat beli dan jangan berlengah lagi.

2- Beli secara konsisten setiap bulan. Manfaatkan simpanan emas melalui akaun simpanan emas GAP di Public Gold. Simpan ikut kemampuan. 1 gram 1 bulan.

3- Guna cara disiplin simpan emas melalui kaedah Ansuran EPP. Kaedah ini kita simpan gram emas yang besar dengan lebih disiplin.

Emas sentiasa tinggi dan meningkat setiap tahun. Dah mula simpan, baru faham dan cepat belajar ilmu emas.

Kredit: Dr Khairuddin
Nota dari Tn Zulkifli Shafie
-->
Ringgit dah cecah RM4.80!

Sejak setahun lalu, ringgit dah jatuh sebanyak 22.57%. Dari RM4.43 (pada 20 Februari 2023) kepada RM4.80 pada hari ni, 20 Februari 2024.

Maksudnya apa?

Siapa simpan kekayaan dalam bentuk duit ringgit, kekayaan dia dah hilang 22%.

Kalau ada hutang luar negara, dia kena bayar extra 22%.

Kos barang import naik 22%. Ingat, barang makanan dan keperluan yang kita gunakan kebanyakannya import.

Walaupun ayam kita beli di sini, makanan ayam diimport dari luar negara.

Secara tak langsung, kesan berantainya menyebabkan harga barang keperluan kita juga naik sampai 22% dalam setahun hanya disebabkan kejatuhan ringgit.

Walaupun bukan salah kita, tapi kita tetap yang tanggung akibatnya!

Sudahlah harga barang makin naik, gaji pula naik cuma 5% sahaja, duit dividen yang dapat dari ASB atau Tabung Haji pun sekitar 5% sahaja...

Hidup sempit makin terhimpit...

Jadi buatlah sesuatu... Berhentilah salahkan sesiapa... Sebab walaupun siapa yang salah, kita juga yang kena...

Buatlah side income... Berusahalah upgrade skill supaya majikan sanggup bayar lebih mahal... Dan kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukarkanlah kepada emas.

Sekurang-kurangnya walaupun ringgit terus jatuh, kita taklah rasa sakit macam orang lain yang cuma mengeluh tak sudah-sudah tu...

Apapun keadaan ekonomi di luar sana, kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun ekonomi kita sendiri.

Biarlah arah mana pun angin bertiup. Yang penting kita kena tahu jaga layar untuk sampai ke destinasi kita.

Apapun keadaan ekonomi, yang penting kita kena makin kaya. Atau sekurang-kurangnya dapat bertahan... InsyaAllah...
Save your family, buy gold.
Help our nation, keep gold.
Follow your religion, use gold

Dato’ Wira Louis Ng —— July 2009

Harga emas hari ini mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah!

Manakala nilai Ringgit juga mencatat kejatuhan paling teruk dalam sejarah sejak 25 tahun.

Inilah yang berlaku, nilai wang kertas saban tahun semakin mengecil disebabkan oleh INFLASI.

Inflasi memakan kuasa beli terhadap wang kertas, yang mana kita terpaksa keluarkan wang lebih untuk dapatkan barang yang sama setiap tahun.

Sebab tu kata Robert Kiyosaki "Savers Are Losers" maksudnya ialah siapa simpan kekayaan dalam wang fiat mereka adalah orang yang rugi kerana kekayaan mereka dimakan inflasi dalam keadaan tidak sedar.

Cara terbaik untuk selamatkan nilai kekayaan yang disimpan selama ini dalam bentuk wang fiat adalah tukarkan sebahagiannya dalam bentuk emas.

Emas adalah pelindung kekayaan sebenar, kerana emas tidak dimakan oleh inflasi. Kita boleh lihat sendiri sejarah sejak zaman Nabi SAW nilai 1 dinar boleh beli seekor kambing, pada hari ini 1 dinar masih kekal boleh beli seekor kambing yang sama!

Jadi adalah lebih baik kita beralih atau belajar simpan emas sebagai pelindung kepada kekayaan sedia ada supaya nilai kekayaan dalam bentuk wang fiat tidak terus ditelan oleh inflasi yang rakus.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi saya ya     
https://publicgold.me/rozitayakkop