NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungDuit

BERAPA LAMA DUIT KITA BOLEH JADI 2X GANDA.
Oleh: Dr Azizul Azli

1. Semakin rendah kadar dividen yang kita dapat, semakin lama jumlah duit kita menjadi sekali ganda.

2. Pulangan dari fixed deposit sekitar 1%-2% sahaja biasanya. Ia makan masa yang lama untuk jana pulangan. Bank yang banyak buat untung dari simpanan kita disini. Dia pinjamkan pada orang lain dengan kadar 6%-7% setahun.

3. Kadar yang diberikan oleh Tabung Haji dan SSPN-I sekitar 3%-4% setahun. Kita perlukan sekitar 18-24 tahun untuk kita gandakan duit kita.

4. Pulangan 5%-6% boleh kita dapatkan dari KWSP, ASB, AHB dan jangkaan untuk jadikan sekali ganda hanya 14 tahun penantian.

5. Pulangan purata bagi hartanah sekitar 6%-8% setahun biasanya. Duit kita menjadi aset dan susah dicairkan. Tetapi ada peningkatan nilai dan pendapatan sewa darinya setiap bulan.

6. Simpanan emas fizikal beri pulangan purata sekitar 8%-10% setahun kebiasaannya. Mudah dicairkan juga. Emas adalah penyimpan nilai yang baik, ia bukannya aset pelaburan bagi saya.

Kawan kawan,

Semunya bermain dengan MASA dan KESABARAN.

Jika kita tak boleh korbankan MASA dalam pelaburan, jangan melabur nanti kita kecewa.

Jika kita tak mampu SABAR, kita akan mudah terpedaya dengan tipu helah scammer dimana mana.

#Nota : Semalam seorang guru bercerita pada saya dia kehilangan RM24,000 akibat terpedaya dengan skim gandaan duit di Telegram. Lepas masuk RM3000, dia masuk lagi hingga RM24,000 hilang begitu sahaja.

Kita mungkin rasa ia bukan kita tak mengapalah. Suatu hari nanti kitaran itu mungkin akan berlaku pada ahli keluarga kita.

Buang jauh jauh sifat TAMAK dalam diri, semakin kita tamak nak cepat kaya, peluang kena tipu sangat luar biasa.

Azizul Azli Ahmad
Tak Tamak Cuma Ensem Sahaja 😌