NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Tips mengelakkan Scammer dari Tn Azizi Ali, Mentor Kewangan Malaysia.

Anda mungkin mendengar atau membaca berita yang pelakon Dynas Mokhtar kehilangan RM29K dari akaun bank beliau baru-baru ini. Jadi berita ini adalah wake-up call kepada kita yang semua pelaburan – termasuk akaun simpanan di bank juga – mempunyai risiko.

Saya akan berkongsi 4 tip di sini supaya anda tidak menjadi mangsa seperti Dynas. Tip keempat dan terakhir boleh menyelamatkan wang anda dan dalam masa yang sama, mempermudahkan kehidupan anda. Jadi baca sampai ke akhir post, ya?

Tip pertama: Pelbagaikan tempat simpanan wang anda. Sebagai contoh, simpan wang di savings akaun, ASB, Tabung Haji dan juga dalam bentuk emas fizikal.  On top of mempelbagaikan - diversifying - wang anda, anda juga sebenarnya menyelamatkan wang anda. Apabila anda bertindak begini, jika berlaku kebocoran di sesuatu akaun, anda tidak akan kehilangan semua wang anda.

Malah, saya amat mengesyorkan anda untuk menyimpan sebahagian daripada wang anda dalam bentuk emas fizikal, yang merupakan salah satu simpanan yang selamat. Apabila emas fizikal itu berada dalam tangan dan simpanan anda sendiri, anda selamat daripada kebocoran akaun dan malah kegagalan bank.

Tip kedua: Jangan install apa-apa aplikasi yang bukan di Google Play Store atau App Store. Jika anda tidak tahu, sesetengah aplikasi ini adalah perangkap yang dipasang oleh hackers untuk mendapatkan maklumat peribadi anda termasuk password akaun bank anda.

Tip ketiga: Jangan gunakan password yang sama untuk semua akaun anda. Malah, pastikan password untuk akaun bank anda adalah unik, dan tidak digunakan di akaun atau website lain.

Tip keempat: Gunakan password yang panjang – sekurang-kurangnya 10 digit. Gunakan kombinasi capital letters, huruf, angka dan simbol dalam password tersebut. Dan untuk memastikan anda tidak lupa password tersebut, gunakan salah satu lirik lagu favourite anda. Anda pasti tidak akan lupa password tersebut.

Semoga perkongsian ini menolong anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.
Ada 11 keping dinar di tangan bermakna simpanan tuan puan bernilai lebih RM15,500

Ada apa dengan 1 dinar emas ini:

1. Kumpul 7 keping boleh buat hantaran kahwin
2. Kumpul 15 keping boleh buat kos kenduri kahwin
3. Kumpul 21 keping boleh buat deposit rumah pertama
4. Kumpul 10 keping boleh buat dana haji

Selamat menabung dinar emas untuk semua.

Rozita Yakkop ❤️
ULTIMATE SAVING PAKSAAN ADALAH GAP AUTO-DEBIT

1. Ultimate simpanan paksa kita ialah GAP Auto-Debit.

2. Kalau setiap kita ada buat GAP Auto-Debit minimum RM200 setiap bulan, maksudnya setiap kita ada *auto-simpanan ~0.6+++gram setiap bulan*.

3. Setahun auto-simpanan sebanyak 8gram+; dah confirm boleh withdraw 1keping 1dinar & beberapa keping goldbar 1gram dalam masa setahun dari sekarang.

4. Kita kerap culas menyimpan kalau tak buat GAP Auto-Debit.

5. Jadi mana-mana penyimpan emas yang serius nak tambah simpanan dan capai at least simpanan kukuh 200gram pertama melalui simpanan emas, pastikan subscribe GAP Auto-Debit.

6. Semua penyimpan emas pastikan subscribe auto-debit. Promosi Lucky Draw campaign masih berjalan bagi subscriber RM200 keatas untuk Auto Debit.
Perkongsian dari Tn Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia

Saya bersyukur sangat sebab bisnes Public Gold sangat mudah.

Sejak hari pertama (2008) sehingga tahun ke 16 (2024) bisnes model Public Gold sama aja.

Customer beli emas, customer dapat emas. Customer boleh nampak, customer boleh pegang. Customer simpan sendiri.

Customer beli 1 gram, dia dapat 1 gram.

Namun, kalau beli 250g, dia dapat 251g (sebab Public Gold bagi percuma 1gram)

Dan ehem-ehem kalau anda beli 1 kilo, anda dapat 1kilo + 5g (sebab Public Gold bagi percuma 5g).

Simple ajer jual beli emas nie gais 🥳

#NotaEmasSyukorHashim
Jualan Hebat Barang Kemas di Wisma Public Gold, Bayan Lepas Pulau Pinang 🌟

Inilah masanya untuk anda melihat dengan lebih dekat koleksi barang kemas PG Jewel yang modern dan eksklusif! Dengan harga menarik yang ditawarkan, anda berpeluang membawa pulang design idaman anda atau diberikan sebagai hadiah buat yang tersayang! Istimewa buat anda yang berada di Utara! 💓

Antara aktiviti menarik pada hari tersebut juga adalah seperti
Jual Emas Terpakai - Buy Back
Tukar Emas Lama Kepada Baru - Trade In

Jangan lupa ajak rakan dan keluarga untuk berkongsi kegembiraan di Jualan Hebat Barang Kemas PG Jewel di Wisma Public Gold Bayan Lepas Pulau Pinang!🎉💍

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
📅Tarikh 2 & 3 Februari 2024, Jumaat & Sabtu
Masa: 10.00 a.m. – 6.00 p.m.
📍Lokasi: Wisma Public Gold, Bayan Lepas

*Untuk maklumat yang lebih lanjut, layari ke:

🎉 𝙁𝙖𝙘𝙚𝙗𝙤𝙤𝙠 (http://www.facebook.com/publicgoldinternational)

🎉 𝙄𝙣𝙨𝙩𝙖𝙜𝙧𝙖𝙢 (https://www.instagram.com/publicgoldinternational/)

🎉 𝙏𝙞𝙠𝙏𝙤𝙠 𝙖𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 (https://www.tiktok.com/@publicgold_official)

#JualanHebatBarangKemas #WismaPublicGold #BuyBack #BeliEmasTerpakai #JualEmasLamaTukarEmasBaru
Photo from Rozita Hj Yakkop
Perkongsian ilmu dari Dr Azizul Azli

#TabungKerja

RULE OF TUMB MULA KERJA.

1. Cari bilik sewa,  jangan sewa sebuah rumah.

2. Belajar naik motor atau kenderaan awam, elakkan beli kereta.

3. Jika perlu kereta, cari yang terpakai atau ikut setahun gaji kita saja.

4. Jangan berkira jadi kuli, kena suruh fotostat, buang sampah, kemas meja buat sahaja.

5. Buka akaun ASB dan Tabung Haji segera. Pastikan caruman KWSP masuk setiap bulan.

6. Kerja untuk cipta pengalaman, bukan gaji semata mata.

7. Belajar skill baru hujung minggu. Hadir kelas atau seminar mana mana yang ada. Belajar online pun tak apa.

8. Usahakan menabung 30%-40% dari gaji, zaman masih bujang belum besar komitmen.

9. Jangan malu buat bekal dari rumah ketempat kerja.

Mula kerja gaji kecil, bina pengalaman hidup dulu.

Jangan berlumba dengan sesiapa.

#AAA
"PRIHATIN Duo Hearts" kerjasama antara Yayasan PRIHATIN Nasional & Public Gold! 🎉

Jom keluarkan Gold Accumulation Program (GAP) untuk dapatkan 2 kad Edisi Istimewa: Prihatin Caring Heart 🩷 dan Prihatin Loving Heart yang dinanti-nantikan!  💙

Rekaan unik berbentuk 🩷💙 untuk emas 1 gram (Au 999.9) setiap satu!

Pengeluaran melalui GAP hari ini tau!
30 Januari 2024, jam 10 pagi.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Semak harga emas terkini: www.publicgold.com.my

💳🌟 #GAPWithdrawal #PublicGold2024 #PrihatinDuoHearts
Harga GAP hari ini 😊
Hati-hati ya semua. Emas tidak ada untung bulanan. Pastikan beli Emas, dapat Emas.
Semoga kisah ini menjadi panduan kita semua.

Pesara menjadi mangsa penipuan 

Baru-baru ini banyak berita mengenai kes pesara kerugian disebabkan tertipu dengan skim pelaburan yang scam.

Jumlah yang hilang adalah sangat besar, ratusan ribu dan juga jutaan ringgit. Sudah pasti ini menjejaskan kehidupan mereka selanjutnya.

Kebanyakan penipuan ini berlaku di media sosial dan juga melalui telefon

Berhati-hatilah sahabat-sahabat yang telah bersara. 
Elakkan daripada melayan panggilan daripada orang yang tidak dikenali
Cepat-cepat keluar daripada group yang mencurigai sekiranya anda dimasukkan tanpa pengetahuan

Kenal situasi ‘red-flag’, antaranya:
Pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang luar biasa dalam masa yang singkat
Pelaburan yang mengelirukan dan sukar difahami
Pelaburan yang sukar dicari rujukan untuk cross-reference dan semakan

Semoga kita semua dijauhi daripada penipuan seperti ini. 

---- 

Berikut adalah antara kes yang dipaparkan dalam akhbar baru-baru ini

Harian Metro, 23 Januari 2024,
Lebur lebih 6 juta diperdaya skim pelaburan emas tidak wujud
Ipoh - Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM6 juta apabila diperdaya skim pelaburan emas tidak wujud yang ditawarkan di media sosial sejak Oktober lalu.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, peniaga berusia 61 tahun itu hanya menyedari ditipu pada 22 Januari lalu apabila gagal untuk mengeluarkan sebahagian dari wang pelaburannya berjumlah RM2.2 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1053232/lebur-lebih-6-juta-diperdaya-skim-pelaburan-emas-tidak-wujud
https://shorturl.at/azJMO

Sinar Harian , 25 Januari 2024
Pesara guru rugi lebih RM400,000 ditipu 'scammer'
IPOH - Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 69 tahun berasal dari Taman Bercham Jaya di sini dan merupakan pesara guru itu membuat laporan polis semalam apabila menyedari dirinya telah tertipu dengan skim pelaburan berkenaan.
https://www.sinarharian.com.my/article/646260/berita/semasa/pesara-guru-rugi-lebih-rm400000-ditipu-scammer
https://shorturl.at/cpEQX

Awani, 23 Januari 2024
Pelaburan tak wujud: Pesara kerugian lebih RM1.4 juta
KUANTAN: Seorang pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.4 juta selepas menyertai skim pelaburan saham yang diketahui menerusi akaun Facebook sejak Oktober lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 70 tahun mendakwa berminat untuk menyertai pelaburan itu kerana menjanjikan keuntungan lumayan.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelaburan-tak-wujud-pesara-kerugian-lebih-rm14-juta-455229
https://shorturl.at/kBCZ4

Rozita Yakkop
Master Dealer
https://publicgold.me/rozitayakkop
Baca ulasan Tn Syukor Hashim mengenai kenaikan harga emas malam ini

Kenapa harga emas naik malam nie gais?

Sebab 11 malam nie akan keluar 1 report penting iaitu JOLTS REPORT (The Job Openings and Labor Turnover Survey) Amerika Syarikat.

Ia dikeluarkan pada hari Selasa oleh Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat, Biro Statistik Tenaga Kerja (BLS).

Laporan ini akan menyediakan data mengenai perubahan dalam jumlah pembukaan pekerjaan pada bulan Disember, juga jumlah peletakan jawatan dan berhenti kerja.

Data JOLTS akan diteliti oleh peserta pasaran dan pembuat dasar Rizab Persekutuan (Fed) kerana ia boleh menyediakan maklumat berharga mengenai dinamik permintaan-penawaran dalam pasaran tenaga kerja, faktor utama yang mempengaruhi gaji dan inflasi.

Untuk pengetahuan anda, data pembukaan pekerjaan telah menunjukkan trend menurun sepanjang tahun 2023

Ia menunjukkan permintaan tenaga kerja yang melemah.

Permintaan tenaga kerja yang melemah menunjukkan perkembangan ekonomi US lemah.

Jadi ia akan melonjakkan harga emas.

Ps: Artikel ini ditulis sebelum laporan rasmi keluar. Namun pelabur telah berpendapat JOLTS akan menunjukkan penurunan dalam pembukaan kerja US.

Sebab itu harga emas naik sebelum laporan rasmi keluar.

#NotaEmasSyukorHashim
Setelah data JOLTS meningkat kepada 9.03 juta diumumkan, harga emas menjunam turun.
Begitulah respon harga emas terhadap data ekonomi.
Harga emas GAP naik RM1 hari ini.
Dalam tamadun Islam, ada 3 jenis duit:
Dinar (emas), Dirham (perak) dan Fulus (tembaga)

Satu lagi kaedah berjual beli ialah barter trade, tetapi tidak ada catatan sejarah yang jelas, kaedah ini dilaksanakan secara sistematik, di peringkat negara.

Emas ialah wang sebenar. Berbanding wang fiat yang disandarkan kepada spekulasi;
emas memiliki nilai intrinsik, iaitu nilai bergantung kepada ketulenannya dan beratnya, bukan pemaksaan nilai oleh pihak negara yang mengeluarkan matawang.

Kredit : Tn Sabri
Simpan emas tidak menjadikan kita kaya serta merta.

Namun sekurang-kurangnya emas bertindak sebagai 'wealth protection', pelindung kekayaan dari inflasi.

Inflasi adalah musuh senyap yang memamah nilai duit kita dalam diam.

Tanpa sedar, saban tahun duit kita semakin jatuh nilainya akibat inflasi.

Belajarlah menabung emas. Diversify aset dan portfolio simpanan kita kepada emas selain menyimpan wang tunai.
EMAS SEBAGAI BOT PENYELAMAT KEKAYAAN KITA

Berapa banyak duit kita dalam akaun bank, bila-bila masa boleh dibekukan oleh kerajaan kalau nama kita terpalit dengan AMLA.

Walaupun kita tak bersalah, tapi kalau terkena, hidup kita akan amat susah bertahun-tahun sebelum kita dapat buktikan kita tak bersalah.

Tak ada belas ihsan!

Jadi kalau ada harta beratus ribu atau berjuta, tukarkan sebahagiannya kepada emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10%.

Kalau harta RM1 juta, RM100k tukarkan kepada emas.

Itu akan jadi 'bot penyelamat' kewangan keluarga kita.

Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan baru di tempat baharu. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
Gais.

Salam satu kaedah belian emas yang popular di Public Gold adalah syariah EPP10x.

Nama pendeknya EPP10x.

Melalui kaedah ini, anda hanya perlu kunci harga emas ikut harga semasa. Kita panggil lock price.

Harga ini adalah harga yang anda setuju untuk beli.

Kemudian Public Gold akan buat jadual pembayaran bulanan selama 10 bulan untuk emas ini.

Setiap bulan anda akan buat bayaran 10% dari harga yang anda kunci ini.

Pembayaran ini dipanggil security deposit (bukan bayaran ansuran).

Selepas habis bayar, barulah pembayaran tersebut dikira sebagai harga belian emas dan Public Gold akan serahkan emas kepada anda.

Jika anda habis bayar awal, maka anda boleh ambil emas awal.

Kelebihan epp10x adalah:

1. Anda kunci harga emas ikut harga semasa. Dalam masa 10 bulan membayar, harga emas itu tidak akan berubah. Kalau harga emas naik dan turun dalam tempoh 10 bulan tu, anda boleh abaikan.

2. Ini ibarat simpanan secara paksaan.
Ia menyebabkan anda komited membayar selama 10 bulan mengikut jadual bayaran. Ada orang nie dia kena paksa diri untuk disiplin. Kalau tak paksa maka tak menjadi.

3. Ianya patuh syariah.

4. Anda boleh buat beberapa epp serentak, jika ada modal. Maksudnya, jika ada duit lebih, anda boleh buat 1,2,3,4,5 atau lebih ikut kedalaman poket anda.

5. Kalau anda ada target simpanan emas fizikal setahun, gunakan kaedah epp10x dengan senyuman 😃

Untuk anggaran kos setiap bulan, sila tengok gambar.

#NotaEmasSyukorHashim