NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
"Apa pakej yang Public Gold ada?"

Ini soalan yang ditanya oleh beberapa orang.

Ini saya jawab:

Public Gold tiada pakej.

Semuanya bergantung kepada bajet masing-masing. Dari situ, saya akan advise item dan cara terbaik.

Tapi... Public Gold ada 3 benda besar.

Gold bar : 0.5, 1, 5, 10, 20, 50, 100, 250 dan 1000 gram.

Dinar : 1/4,1/2, 1, 5 dan 10 dinar.

Akaun Emas GAP : minimum RM100.

Dan, penyimpan emas dibawah saya akan dapat FREE bimbingan seumur hidup.
Itu saja.

Kredit: Cikgu Steven Blanda

Jom mula di sini:
https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
PENGURUSAN KEWANGAN

Tiga asas utama untuk capai kewangan yang sihat adalah:

(i) Kenali diri sendiri dengan analisa kedudukan kewangan semasa kita. Adakah sihat, okay atau tenat.

Caranya mudah, berapa peratus dari gaji kita dapat simpan setiap bulan. Penanda aras:
a. 20% dari gaji - sihat
b. 10% dari gaji - okay
c. Tiada lebihan gaji, malah negatif - tenat.

Ini merujuk kepada perbelanjaan. Perlu tahu mana keperluan dan juga kehendak. Senaraikan dan tanda yang mana boleh dijimatkan atau dihentikan. Sebagai contoh jenis kereta dibeli dan berapa RM dibelanja untuk tujuan itu.

(ii) Persediaan untuk beli rumah, yang kita perlu tahu dan sediakan adalah:
a. Had maksima boleh dibeli dengan gaji semasa.
b. Sediakan 15% dari harga rumah untuk bayaran deposit, peguam dan sebagainya.

Jumlah 15% kita boleh peroleh dari simpanan di langkah (i) dan juga pengeluaran akaun II KWSP.

(iii) Orang muda kena faham perangkap hutang, paling menakutkan pinjaman kereta. Untuk mula hidup, ikut saranan pakar kewangan dengan beli kenderaan yang harganya tidak lebih dari gaji tahunan.

Kalau gaji RM3,000 maka maksima harga kereta kita patut beli sekitar RM36,000 sahaja.

Kalau lebih dari itu maka ia beri kesan kepada:
- Langkah (i) simpanan mungkin jadi tenat.
- Langkah (ii), deposit rumah tak mampu dikumpul.
- Ia akan buka perangkap seterusnya masa kahwin dengan buat personal loan (pinjaman peribadi).

Apa yang saya kongsikan ini, untuk panduan kita bersama untuk capai tahap status kewangan yang sihat.

Insha Allah, pengurusan kewangan kita teratur daripada elemen dan akan ubah kehidupan jadi lebih baik:
- analisa kewangan peribadi
- matlamat kewangan
- pengurusan hutang
- belanjawan yang efisien

Kongsikan kepada pasangan anda, supaya punya matlamat dan kefahaman yang sama. Tahu tak, topik pengurusan kewangan menjadi teks khutbah di negara Brunei Darussalam.

Maksudnya, ia sangat penting!
Item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.

Selain 1 dinar, saya suggest gold bar 5 gram ni sebagai item paling kecil dan terbaik dikeluarkan dari #AkaunEmasGAP.

Saya dah mula tersuka item ni bila sedar;

Caj premium jauh lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Cuma RM10 sekeping.

Mudah pajak atau jual sikit-sikit kalau nak pakai duit. Nilai sekarang sekitar RM1,600 ++

Mudah dibawa, boleh sorok dalam jahitan baju macam pelarian Vietnam bawa lari emas Kim Thant.

Tak melekat pada sarung plastik. Mudah dipajak tanpa perlu koyakkan sarung plastik macam item 1 dinar terbaru.

Item ni cuma terbaik kalau keluarkan dari Akaun GAP. Kalau beli kaedah biasa, harganya mahal. Hari ni RM1,750. GAP cuma RM1,695 termasuk premium dan postage.

Jimat RM55.

#TipKayaDenganEmas
Sumber
MELABUR ATAU MENYIMPAN TERLEBIH DAHULU?

1. Sebelum terfikir untuk melabur, pastikan tabung kecemasan 3 bulan gaji dah ada.

2. Selagi tiada tabung kecemasan ini, jangan terfikir melabur. Nak pastikan tidak bocor, simpan dalam bentuk emas fizikal. Pasti tak dibelanjakan.

3. Katakan 3 bulan gaji berjumlah RM10,000 maka ia bersamaan 50 gram emas (kurang lebih).

Cara kira mudah je. Katakan gaji sebulan RM2,000 maka tabung kecemasan anda berjumlah RM6,000. Kalau tukar dalam gram emas sekitar 40 gram!

Dalam jangka masa panjang, seronok tengok nilai 50 gram jadi semakin tinggi.

Jom mulakan. Daftar akaun percuma just. Klik link, https://publicgold.me/rozitayakkop
Nota dari Mentor Syukor Hashim
3 Disember 2023

Gais.

Sempena kenaikan harga emas yang tinggi pada minggu ini,

Public Gold menawarkan harga belian balik yang menarik kepada anda yang nak jual barang kemas atau gold bar jenama x kepada Public Gold.

Jenama x merujuk kepada jenama emas bukan Public Gold.

Anda bawa sahaja emas tersebut ke opis Public Gold untuk ditimbang berat dan ketulenan.

Untuk jenama X, anda boleh dapat tunai serta merta (tertakluk kepada cash availability kat branch).

Gais. Harga yang Public Gold tawarkan memang menarik dan tinggi.

Sebagai contoh, saya ada 4 keping gold gold bar Habib Jewel dan 2 keping gold bar Yapiem.

Saya dapat gold bar ini sebab customer saya trade in dan topup duit untuk beliau beli 10gram jongkong bungamas.

Jadi, sebelum saya jual gold bar nie kat Public Gold, saya ada buat survey harga sikit. Saya ada call satu kedai emas besar kat Melaka dan tanya berapa harga mereka beli balik?

Mereka cakap RM296 untuk emas 999.9

Memandangkan Public Gold offer harga RM301, maka saya untung lagi RM5 segram kalau jual kat Public Gold 😄

Jadi saya pun terus ke Public Gold Melaka dan jual 6 gram ini.

Apa yang menarik, saya dapat tunai serta-merta RM1806 👍😄

Jadi gais, kalau anda ada gold bar atau barang kemas jenama X dan nak jual pada harga tinggi, boleh datang ke cawangan Public Gold.

Hari ini, Ahad 3/12/2023, Mereka buka dari jam 10.00 pagi sehingga jam 5 petang.

Harga hari ini:

RM301 untuk segram 999.9
RM275 untuk segram 916

Jemput jual emas anda kat Public Gold!

#NotaEmasSyukorHashim
m[2279] Spread emas Public Gold

Spread bergantung kepada harga jualan dan harga beli balik item emas oleh sesebuah syarikat.

Kita beli item emas berdasarkan harga jualan suatu syarikat. Manakala apabila kita ingin menjual semula item emas kepada syarikat itu, ianya adalah berdasarkan harga beli-balik (buy back) yang ditawarkan.  

𝐒𝐩𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 (𝐧𝐢𝐩𝐢𝐬) 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧. 
Jika dirujuk harga gold bar & dinar pada laman web PG, tertera nilai PG Sell dan PG Buy untuk setiap item. Nilai ini yang kita gunakan untuk mengira spread item goldbar & dinar.

Formula untuk mengira spead adalah:
    𝐬𝐩𝐫𝐞𝐚𝐝 = ( (𝐏𝐆 𝐒𝐞𝐥𝐥 – 𝐏𝐆 𝐁𝐮𝐲) / 𝐏𝐆 𝐒𝐞𝐥𝐥 ) ) 𝐱 𝟏𝟎𝟎%

Contohnya, berdasarkan kepada harga pada 3 Disember 2023:
   spread gold bar 10g =  ( (3,375 – 3,072) / 3,375) x 100% = 9%

   spread gold bar 1kg = ( (332,559 – 312,605) / 332,559) x 100% = 6%

Apabila kita guna formula yg sama untuk item lain, kita dapati nilai spred item emas PG adalah antara 6% hingga 9% sahaja.

Lebih besar item, lebih rendah spread.

Ini adalah nilai spread antara yang rendah berbanding dengan syarikat lain.

Satu daripada 5 kriteria untuk beli emas -- pilih syarikat yang menawarkan spread yang rendah.

Kredit : Marini Abu Bakar  
Tidak ada fomula lain bagi "Penyimpan Emas" melainkan beli saja bila korang ada lebihan duit yang tidak digunakan dalam jangkamasa 2 tahun.

Jangan kata korang adalah penyimpan emas yang berjaya kalau hanya beli emas sekali saja lepas tu tunggu harga emas naik harga.

Orang yang betul berjaya dalam simpanan emas ni adalah orang yang KONSISTEN membeli (kumpul) emas.

Semakin banyak emas yang berjaya dikumpul, itu bermakna semakin kaya (berharta).

Jadi, usah buang masa melihat atau memantau harga, sedangkan sepatutnya adalah pantau berapa gram emas yang berjaya korang kumpul.

Harga emas sudah pasti semakin lama, ia semakin mahal. Bukan kata emas, nasi lemak yang dijual ditepi jalan tu pun semakin tahun semakin mahal harganya.

Jadi buat apa kita nak pening kepala pasal HARGA?
Fokus kepada gram emas saja
H A R G A  M E R O K E T
Oleh Tn Sadiqin Sulong

Pagi-pagi lagi harga emas buat hal, pacak naik RM10 per gram berbanding semalam.

Ingatkan harga 2-3 hari lepas harga dah tinggi, rupanya ada yang lagi tinggi. Hahahaha

Begitulah sifat harga emas yang sangat sensitif dengan isu semasa dunia, bila berlaku apa-apa krisis semua duk pakat cari emas.

Buat apa cari emas di waktu krisis?

Emas adalah penyimpan nilai yang paling kukuh. Di saat instrumen kewangan yang lain jatuh, emas adalah alat untuk kekalkan kekayaan kita.

Dihujungnya simpan emas bukan lagi sebab buy low sell high, tapi lebih kepada insurans kewangan di masa depan.

Untuk penyimpan emas yang berilmu; harga emas turun senyum, harga emas naik lagi senyum. 😁
𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦  𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚

Harga Emas dunia bergerak setiap saat dan pergerakannya sangat-sangat tidak menentu (volatile).

Bagi penyimpan Emas Fizikal seperti saya adalah sangat tidak berbaloi kalau saya nak kaji harga Emas setiap saat, setiap jam, setiap hari malah setiap minggu.

Ya sangat tidak berbaloi.
Sebab saya simpan Emas bukan untuk short term investment tapi lebih kepada 𝗹𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗺 𝘀𝗮𝘃𝗶𝗻𝗴 (lebih 2 tahun).

Harga Emas dalam jangka masa panjang telah terbukti akan meningkat naik tanpa gagal dan saya sangat yakin harga Emas akan terus meningkat naik. InsyaAllah.

Bayangkan harga murtabak mamak pun naik harga setiap tahun. Inikan pula Emas yang tidak boleh dihasilkan dan tidak boleh dihapuskan.

Saya sudah menyimpan Emas sejak 2002 lagi dan kekal istiqamah menyimpan Emas hingga ke saat ini. InsyaAllah

𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝘆𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 sebab harga Emas pasti meningkat naik untuk jangka masa panjang.

Jangan kita bazirkan emosi untuk fikirkan dan kaji naik turun harga Emas dalam tempoh jangka masa singkat.

Fokus saja penambahan gram Emas sebanyak mungkin supaya kita akan gembira bila harga Emas naik tinggi kelak.

Mana satu pilihan kita 5 tahun nanti.
• Ada Emas 1 kilogram dan harga RM500/g
• Ada Emas 1 gram dan harga RM500/g

Pilihan ditangan kita.
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Bila nak menabung emas fizikal, jangan peduli pasal harga tinggi rendah. Saya konsisten menabung emas sejak 2010 lagi. Saya cuma beli, beli dan beli saja.

Sejak dulu lagi, setiap tahun pun orang cakap harga emas sekarang mahal. Tapi lepas beberapa tahun, orang masih cakap perkara sama. Harga emas mahal berbanding tahun sebelumnya.

Kalau tunggu harga rendah, alamat sampai ke sudah kita tak menabung emas.

Mereka yang tahu pasal emas, harga tinggi dia beli, harga rendah dia beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Sebenarnya siapa dah pernah beli emas sebelum ni (dengan ilmu), dia mesti sangat peka tentang harga. Sebab dia dah ada benchmark tersendiri.

Dia faham; harga rendah tahun ni tak akan sama dengan...

Baca tulisan penuh DI SINI

#TipKayaDenganEmas

Sumber
Gais.

Walaupun harga emas naik tinggi hari ini, namun ada orang yang mengaku dia beli emas dah bertahun tetapi rugi.

Walaupun begitu, ada orang mengaku untung banyak kalau jual emas hari ini.

Adakah orang yang rugi itu salah?

Jawapan. Oh tidak. Dia tak salah.

Faktor-faktor lain yang bersalah, yang menyebabkan dia rugi.

1. Salah pilih emas (emas yang salah)
2. Salah timing beli emas (timing yang salah)
3. Salah strategi pelaburan, contohnya tak gunakan averaging cost (strategi yang salah)
3. Salah timing jual emas (timing yang salah, sekali lagi)

Dia betul… benda lain yang salah.

Memandangkan dia rugi. Maka dia beranggapan orang lain pun akan rugi. Tak payahlah beli emas katanya.

Kalau dia melabur benda lain dan rugi. Dia tak salah.

Benda lain yang salah.

#NotaEmasSyukorHashim
1.  3 berita baik untuk pencinta emas perhiasan

2.  Sepertimana anda mungkin maklum, kebanyakan emas perhiasan seperti gelang, cincin dan rantai adalah emas 916 (22 karat) atau emas 750 (18 karat). Situasi ini berlaku kerana emas is relatively lembut. Jadi jika emas perhiasan itu emas 999 - 24 karat – pure gold, ianya boleh kemek, calar dan rosak, yang sudah tentu bukan situasi idaman. Jadi untuk mengelak emas perhiasan itu rosak, logam lain termasuk perak dan tembaga ditambah kepada emas untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak.

3.  Berita baik yang pertama ialah negara China telah berjaya menghasilkan emas perhiasan 999 dengan menggunakan teknologi terkini. Jadi walaupun emas itu adalah emas 999, ianya memang keras dan tahan lasak. Jadi emas itu tidak akan kemek, calar atau rosak.

4.  Berita baik yang keduanya ialah tuan puan dan adik adik sekarang boleh membeli emas perhiasaan 999 ini di syarikat PG. PG mengimport emas perhiasan 999 dari China, dan menjualnya di TaiFook di website PGMall.

5.  Berita baik yang ketiganya ialah PG menjual emas perhiasaan 999 ini dengan harga upah borong. Ini menjadikan harga emas perhiasaan 999 ini menarik sekali.

6.  Semoga perkongsian ini menolong anda untuk menjadi pelabur yang lebih bijak dan lebih berjaya.
Kredit : Tn Azizi Ali
Pulangan Unit Amanah ASNB harga tetap 2023 berbanding 2022

ASB2 : 5%, naik  📈0.7% berbanding tahun lepas 4.3%

ASB3 : 5%, naik 📈0.75% berbanding tahun lepas 4.25%

ASM : 4.5%, naik 📈0.5% berbanding tahun lepas 4%

ASM2 : 4.5%, naik 📈0.75% berbanding tahun lepas 3.75%

ASM3 : 4.5%, naik 📈0.75% berbanding tahun lepas  3.75%

Bagaimana pula untuk kakak atau abang kawasan ASB? Kita sama-sama nantikan tak lama je lagi,  sama ada naik 📈atau turun 📉. Tahun lepas 4.6%.

Personally, MamiD sendiri berharap akan ada kenaikan dan perkembangan yang lebih positive.

InsyaAllah ☺️🤲

#HudaHjOthman
Hati-hati sahabat.. Jangan terpedaya.

GOSIP SKIM CEPAT KAYA

Saya dengar dari penganjur skim cepat kaya.

1. Jika mereka pernah buka skim cepat kaya, mereka pasti akan ada yang kedua selepas yang pertama tutup.

2. Bila dikalangan mereka hilang wang, mereka tidak akan serik untuk masuk dan cuba dalam skim yang lain.

Mereka harus cari wang yang hilang dari 'orang lain' pula.

3. Golongan yang bergelar dan ada latar belakang agama yang paling banyak dilaporkan terlibat. Malah ada yang masih mengajar dipondok pengajian.

4. Sasaran mereka golongan kerja kerajaan kerana mudah buat Pinjaman Peribadi.

5. Kebanyakkan mereka tidak serik, pada mereka inilah risiko 'perniagaan dan pelaburan'

6. Mereka tidak pernah rasa 'putus asa' dan akan 'mencari dan cuba' skim baru yang ada.

7. Mereka anggap orang yang menulis, menegur dan halang adalah orang yang 'tidak faham' pelaburan

8. Lapisan tertinggi dalam skim masih memiliki simpanan yang luar biasa banyaknya. Mereka kata emas hilang ditengah jalan, tetapi duit mereka simpan.

#JanganTerlibatDalamPelaburanYangKitaTakBolehKAWAL
Tukar eMADANI RM100 kepada EMAS GAP

Manfaatkan duit eMadani dengan top-up emas dalam akaun GAP anda!

Anda boleh tukar eMADANI RM100 kepada emas dalam akaun GAP dengan apps Touch & Go atau MAE (Maybank).

Pertama sekali anda perlu ada akaun emas Public Gold.
Jika belum ada, daftar dulu di link berikut:
👉 https://publicgold.me/rozitayakkop

Claim eMADANI RM100 sama ada melalui apps Touch & Go atau Apps MAE.
Selepas berjaya claim RM100 dan di kemaskini baki dalam apps MAE atau Touch Go, SCAN QR code dari dalam apps MAE/Touch & Go (rujuk poster)

Masukkan amoun RM100

Ambil gambar resit

Upload resit ke Apps Public Gold
    » Login apps Public Gold
    » Klik TOP UP
    » Masukkan amaun RM100.
    » Pilih option BANK IN (upload proof payment)
    » Masukkan butiran dan upload gambar resit tadi.

** Staff akan kemaskini baki gram anda dalam masa 24 jam bekerja.

PM saya untuk bimbingan
📱 https://watsap.my/0122258480/eMadani