NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Jongkong Emas 1kg Vs Jongkong Perak 1kg


1. Jongkong Emas dan Jongkong Perak walau kedua-duanya berbentuk segi empat tepat tetapi kandungannya adalah dari logam yang berbeza. Jongkong Emas adalah dari emas berketulinan 999.9, manakala Jongkong Perak dari perak berketulinan 999.9.

2. Walaupun kedua-duanya berat adalah sama tetapi size kedua-duanya berbeza. Jongkong emas 1kg lebih kecil dari jongkong perak 1kg kerana emas lebih tumpat dari perak.

3. Dari segi harga, satu kilo jongkong emas harga semasa hari ini adalah RM258,000.00 manakala satu kilo jongkong perak hari ini hanya berharga RM4,000.00.

4. Dari segi nilai tambah sebagai simpan kedua-duanya boleh dijadikan simpanan jangka panjang kerana sifat kedua-duanya kalis inflasi dan sebagai pengekal nilai.

5. Perak walaupun murah berbanding emas tetapi ia digelar emas masa depan kerana sebahagian dari fungsi emas telah di ambil alih oleh perak dalam industri elektronik dan barangan buatan elektrik. Dijangka harga perak akan lebih bernilai pada masa hadapan.

6. Jika anda penyimpan emas, saya juga sarankan agar anda pertimbangkan juga menyimpan perak sebagai pengimbang kepada simpanan emas.
Strategi sebagai penyimpan emas yang mempunyai budget kecil adalah simpan secara konsisten, konsisten dan konsisten.

Invest Big! Walau budget kecil, tapi anda INVEST BIG dengan cara konsisten menyimpan tambah gram.

Nasihat guru emas saya, lepas beli emas 1 gram jangan tunggu lepas 6 bulan baru nak tambah lagi. Memang kita tak kan nampak hasilnya.

Nak nampak hasilnya mestilah kena buat (simpan) dulu dan konsisten. Harga emas naik atau turun, tetap konsisten untuk tambah gram setiap bulan. Tak cukup nak tambah 1 gram, tambah at least RM100, akan dapat lebih kurang 0.3g±.

Kalau tak mula menyimpan, lepas tu dah tanya untung, itu adalah kesilapan bagi yang belum bermula.

Jadi, yang belum bermula teruslah bermula supaya keuntungan yang bakal anda dapat lebih cepat & lebih maksimum !

Belajar sesuatu ?

https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
Saya dah terbeli emas ketika harga tinggi. Adakah saya rugi?

TIDAK!

Bila anda dah beli, anda sudah miliki emas. Nilai gram emas milik anda tidak kira harga sedang rendah atau tinggi selepas anda beli.

TAPI...

Anda RUGI jika anda buat pilihan jual emas anda dan harga jualan emas anda itu lebih murah berbanding harga masa anda beli ia.

Kena INGAT dan FAHAM.

1. Emas ni investment jangka panjang.

Kalau beli hari ni dan anda nak jual minggu depan, kemungkinan besar anda terpaksa jual harga rendah.

Kalau nak guna duit, bawa emas yang dah beli tu ke arRahnu. 

Nak jual, buat la kira-kira. Semak harga BuyBack (harga jual) jika sudah melebihi harga masa beli, boleh la jual. 

2. Guna Strategi Pemurataan Harga.

Month 1: RM300
Month 2: RM310
Month 3: RM320

RM300+RM310+RM320= RM930/3months= RM310.00

Haa. Maknanya anda beli emas 3 bulan tersebut dengan harga RM310.00 je.

3. Bila harga RENDAH cepat-cepat tambah Gram.

Bila anda tengok harga emas RENDAH, tengok dengan mindset "ia peluang aku beli ASET MAHAL dengan HARGA RENDAH.
GOLD as safe haven aset.
Oleh The Chartist

Jumaat lepas, gold naik banyak lebih kurang $58 macam tu.
Faktor utama kenaikan adalah sebab perang antara BANGSAPALINGJAHAT DALAM dunia dengan pejuang Hamas.

Anda boleh baca di sini:
https://www.kitco.com/commentaries/2023-10-13/Gold-futures-gain-58-as-safe-haven-buying-moves-gold-dramatically-higher.html

Dari segi teknikal, kenaikan ini tidak ada kene mengena dengan kekuatan USDollar.

Perhatikan chart DXY yang saya sertakan sekali.
Nampak USD meningkat kan?
Maksudnya USD menguat.

Tapi still gold boleh naik banyak kan?

So, faktor utama yang mendorong kepada kenaikan ini ialah FEAR yang di sebabkan oleh perang ini.

Dan harus di ingat, selain gold, USD juga adalah safe haven currency.
Maksudnya, demand untuk USD juga akan meningkat dalam keadaan geopolotik yang tidak stabil.
(jangan lupe Yen. dia pun safe haven currency jugak)

Berapa jauh gold boleh naik?
Saya jangka atleast resistance 1 minggu ni boleh kene tapau.
Dan mungkin ada sedikit tentangan di resistance 2.
Mungkin di situ akan ada pullback.

Tapi tak mustahil untuk break dan menuju ke $2000.

Akibat dari pergerakan impulsive di chart gold oleh buyer,ini akan meninggalkan imbalance area yang cukup besar dan banyak.

So, its gonna be interesting untuk tengok sama ada imbalance area ini mampu di fill oleh traders atau tidak. (maksudnya kita akan lihat pullback).

Oh ya,. As a reminder, perhatikan apa yang berlaku ketika perang antara Russia dan Ukraine haritu. Masa dia mula2 start.
It might gives us some insight.

Semoga sukses

The Chartist
Perkongsian oleh Mentor Pn Suzie Isa
11 Oktober 2023

1 kilo gaiss..

250g x 4keping = 1000 gram = 1 kilo.

Kita dah terbiasa beli gula 1kilo kan?
Haa.. Apa perasaan anda apabila membeli emas 1kilo??

Lompat bintang tau!
Hati berbunga keriangan.
Tak tau nak suka sangat atau nak sengih aja..

Saya yang pegang emasnya pon sengih sampai ke telinga.. Inikan pula empunya emasnya. 😁

Okeh ini cerita semalam.

Saya menyantuni seorang penyimpan emas dari dealer saya yang mana Puan N ini menukarkan wang nya kepada emas.

Puan N baru sahaja berhenti kerja dengan mendapat sedikit wang gratia dari syarikatnya. Jadi, apa yang terbaik untuk dia elakkan dari wangnya cepat habis ? Maka dia tukarkan kepada emas.

Kenapa Puan N beli 250g x 4keping?

Sebenarnya Puan N beli emas ni dalam 4x order iaitu ketika dari awal September hingga hujung September.

Tuan puan tahu kan.. Harga emas hujung September tempohari turunnn... kann kann..

Maka Puan N ni membeli emasnya dengan setiap kepingan berbeza harga.

Kelebihan membeli pada harga berbeza ini adalah Puan N boleh dapat pemurataan harga pergram yang lebih kecil.

Maklumlaa. . Ini merupakan pembelian pertama Puan N untuk jumlah emas yang besar. Jadi dia ambil langkah berjaga-jaga, dengan membeli satu persatu.

Satu lagi, untungnya Puan N membeli emas 250g adalah, setiap keping ada percuma emas 1g. Haa.. Bayar untuk 250g, dapat 251g.

Beli 4 keping, maka dapat free 4g.

Siapa nak bagi?
Hanya di Public Gold aja tauuu..

Owh ya. Harga setiap emas 250g dalam rm75,000++ (harga hari ini)

----- >
Best kan dapat pegang 1 kilo emas! 😍😍
Jom kumpul laju laju sampai boleh withdraw item besar 250 gram & 1 kilogram gold bar.

Kak Ita
Priority Dealer (PG00312737) 
https://publicgold.me/rozitayakkop
6 tips simpanan modal kecil gaya orang muda:

1. Fokus berapa jumlah simpanan nak buat.
2. Letak sasaran nak capai berapa gram emas dalam masa setahun.
3. Dapat gaji atau bonus terus asingkan 10% jadi emas.
4. Belajar buat bisnes keciI-kecilan.
5. Belajar berjimat cermat 
6. Buka Akaun Emas GAP untuk belajar simpan emas.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Anak muda mesti bertindak segera membeli emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul emas fIzikaI melalui program akaun emas flzikal modal kecil.

Moga bermanfaat ❤️
ELAK MISKIN SELEPAS BERSARA

Seminggu dua ni, saya terima banyak penyimpan emas baru, nak alihkan sebahagian wang simpanan mereka ke dalam bentuk emas.

Target mereka nak capai 120keping dinar emas pertama, untuk bersara selesa.

1 Dinar hari ini, RM1300. Mampu tampung keperluan makan minum diri dan pasangan satu bulan.

Nilai 1 Dinar ni juga akan kekal sama bila mereka bersara nanti. Walaupun harga emas naik pun, nilainya tetap boleh dapatkan keperluan makan minum walaupun 20tahun akan datang.

Kalau dapat sedebuk wang KWSP nanti pun, tak perlu usik dah duit KWSP untuk tidak berlapar. Sebab dana asas bersara selesa sudah sedia ada.

Ramai pesara sekarang, dapat KWSP, sibuk nak melabur sana sini, sedekah dekat anak-anak, kesian katanya. Kawan ajak berbisnes walapun belum pernah ada pengalaman bisnes.

Akhir sekali, nak makan minum diri pun terpaksa ikat perut atau bekerja semula selepas beberapa tahun bersara.
Bukan emas buat kita kaya tetapi ilmunya.

Ramai mereka simpan emas tanpa ilmu. ”Simpan je asalkan emas”.

Tak boleh macam tu.

Kena tahu juga harga dia, spread dia, ketulenan dia. Baru senang nak kira untung. Kalau harga dah terciduk, yang lain lagi senang kita nak kena tipu.

Ambil tahu 5 kriteria terbaik memilih syarikat jual beli emas :

1. Harga emas per gram murah
2. Spread rendah
3. Stock tiada had
4. Cawangan jual beli yang banyak
5. Mudah untuk jual balik

5 kriteria ni semua ni ada pada Public Gold.

Kesimpulannya: Jangan lah mudah terperdaya, nak beli kat mana pun boleh, jangan cuma tengok harga murah je. Setakat ni Public Gold ada 5 kriteria ni.

Nak simpan emas dengan ilmu, jom Kak Ita bantu

https://publicgold.me/rozitayakkop
Nota oleh Mentor Tn Syukor Hashim
15 Oktober 2023

Throwback.

Posting saya tahun 2019.

Customer beli emas Public Gold RM1juta.

Ada 2 orang.

Total RM2 juta ++

So gais.

Orang beli emas juta-juta memang wujud ye 😄

Ps: Cuba tengok harga 1kg emas tahun 2019. Hanya RM180,000 sekilo.

Waktu tu kita rasa mahal. Sekarang?

Dah RM315,000 sekilo 😅

Pergh!!!
Posting Asal 👇

Nota oleh Mentor Tn Syukor Hashim
15 Oktober 2019

Gais,

Meh saya tunjukkan bukti orang beli emas RM1,000,000 (1 juta) dalam satu resit. Seorang beli pada 17/5/2019 dan seorang lagi beli pada 2/10/2019 (tengok gambar)

Banyak kan duit diorang? Orang-orang ini adalah dalam kategori pelabur. Biasanya mereka adalah businessman. Sebab tu duit mereka banyak.

Mereka dah banyak duit. Jadi mereka mencari tempat yang bagus untuk melabur duit yang banyak. Diorang bukan membeli emas sebagai simpanan.

Memandangkan emas dalam trend menaik dari tahun 2018 sehingga sekarang maka pelaburan emas adalah salah satu pelaburan yang bijak 😃

Ini kerana:

1. Trend harga emas menaik memudahkan dapat untung.
2. Kecairan emas adalah tinggi. Ia mudah dijual balik.
3. Ia patuh syariah (sebab mereka beli emas fizikal)

Saya nak cerita sikit tentang pelabur emas.

Definisi: Pelabur emas adalah orang yang membeli emas untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Mereka mahu melihat keuntungan dalam bentuk RM.

Mereka melihat emas ini hanyalah salah satu instrumen pelaburan, sama seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Saham dan hartanah. Jadi mereka aktif membuat perbandingan diantara pelaburan-pelaburan tersebut. Mereka pilih yang boleh untung dengan risiko yang mereka sanggup tanggung.

Pelabur emas ada exit plan. Mereka menjual balik emas ini apabila ia mencecah target keuntungan yang dikehendakki.

Contoh beli emas RM1 juta dan jual pada harga RM1.2 juta. Untung RM200 ribu. Sekian. Itu game pelabur emas.

Bila harga turun, mereka beli balik. Harga naik mereka jual.

Contohnya, pembeli RM1 juta pada 17 Mei 2019 tu dah jual sebahagian dari emas beliau sebab dah untung 😁

Tips menjadi pelabur emas yang baik. Anda sekurang-kurangnya menguasai analisis teknikal harga emas (untuk tahu harga support, resistance dan momentum). Pengetahuan ini boleh membantu memaksimakan keuntungan, InsyaAllah

Sila #share jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim

----

Tahun 2019, RM1 juta boleh dapat +- 5 kg emas. 
Hari ni 2023, RM1 juta boleh dapat hanya +- 3 kg emas.
Begitulah nilai emas berbanding nilai matawang.
Harga emas hari ni RM320 per gram. 

Jangan Peduli Harga Emas, Simpan Sampai 1KG dulu

Jangan terlalu risau dengan harga emas tinggi rendah dan ianya bertukar setiap saat dan setiap hari. 

Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak.

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Satu tips paling mudah, siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal. 

Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanya ada nombor dan kertas sahaja. 

Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. 

Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya. 

Mengikut rekod, belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. 

Oleh itu, jangan terlalu risau dengan pergerakan harga emas itu. 

Yang paling penting, kita target 1 keluarga 1 kilogram emas. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, itulah insurans kekayaan kita. InsyaAllah. 

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. 

Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya 1 gram 1 bulan. 

Sejak adanya kaedah belian akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!

Jom sasar 1 keluarga 1 kilogram emas!
[ Mulianya Logam Emas dan Perak ]

Dari Abu Hurairah Ra, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda,

"Dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah Swt, dinar yang kamu berikan kepada seorang budak wanita, dinar yang kamu sedekahkan ke pada orang miskin, dan dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu."

============================

Gais, saya harap posting ini memberi motivasi kepada kita semua terutamanya sahabat-sahabat saya yang beragama Islam. Kenapa kita perlu menjadi kaya? Kaya yang berlandaskan agama. Agar kita berpeluang memberi lebih banyak bantuan kepada golongan yang memerlukan.

hebatnya seorang hamba Allah ini menyumbangkan 5 gram emas 999.9 bagi kegunaan dakwah Multiracial Reverted Muslims (MRM) bawah bimbingan bro Firdaus Wong ke jalan Allah.Fi sabilillah!!! Tidak perlu mengangkat senjata dan menyertai perang, cukup sekadar mengeluarkan harta yang ada sudah dikira berperang ke jalan Allah.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafi’i, bersedekah itu boleh sama ada  berdasarkan nilaian emas atau perak manakala Mazhab Hanbali hanya mengehadkan pada nilaian perak sahaja.

Nampak tak betapa indahnya penggunaan dinar dan dirham (emas dan perak) dalam kehidupan kita? Kita kata nak ikut sunnah kan, inilah sunnah! 😉.

Just sharing. Love as always ❤️
Gais,

ketegangan di Gaza meningkat apabila hospital diserang Israel sehingga mengorbankan 500 nyawa.

Serangan ini mengundang kutukan daripada pemimpin-pemimpin dunia.

Ia boleh mengheret konflik ini ke aras yang baru. Sebab negara-negara lain terutamanya negara-negara arab boleh terbabit dengan konflik ini.

Harga emas melambung naik kepada USD1940 kesan daripada serangan berdarah ini.

Gais,

saya percaya konflik ini semakin meningkat, bukan semakin reda. Banyak nyawa hilang. Mari kita doakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza.

Kredit: Tuan Syukor Hashim
The government of Malaysia is actively exploring the idea of using the gold dinar as a reserve currency, the country’s leader said today.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim told the Dewan Rakyat, Malaysia’s lower house of parliament, that the use of the gold-backed currency will be discussed during an upcoming meeting on Islamic economics and finance to be held in December.

https://www.kitco.com/news/2023-10-17/Malaysia-is-actively-exploring-the-gold-dinar-as-a-new-reserve-currency.html

Macam kenal kan gambar 1 dinar dalam berita Kitco ni?

😉

Kredit : Ezzy & Zaza