NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
⚜️ *HARI BERSAMA PELANGGAN PG1M* ⚜️

Program santai-santai bual bicara ini bakal membuka peluang dan ruang untuk anda lebih faham tentang simpanan emas. Belajar dari pengalaman dan strategi bijak dalam usaha menabung emas!

📍 *Slot 1: Potensi Simpanan & Bisnes Emas*
Speaker: Adzlan Bin Yusuf (Founder Master Dealer)

📍 *Slot 2: Emas sebagai insuran anak istimewa*
Speaker: Suhaila Binti Ahmad Akhirudin (Normal Dealer)

Moderator : Siti Noraidah Binti Idris
(Priority Dealer)

Program ini diadakan secara #Live Di FB Page PG1M. Berikut merupakan butiran program :

Tarikh : 16 Sept 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : FB Page Public Gold By PG1M (https://www.facebook.com/publicgoldbypg1m)

SLOT ISTIMEWA
📌 Promosi Dealer yang menarik

Program ini terbuka kepada semua  orang dan paling penting ianya dibawakan secara PERCUMA.

Ajak rakan, kawan & sabahat.
Ajak abang, adik & kakak.
Ajak keluarga, adik-beradik & saudara mara.

Sama-sama meriahkan program menarik ini.

‘Santai Tapi Sampai’

Terima kasih!
*Team PG1M*
“Saya tidak dapat simpan jumlah banyak emas, hanya sikit sahaja dapat simpan”

Ini antara luahan hati pelanggan saya kepada saya.
.

Kawan-kawan,

Kita tidak perlu rasa malu menyimpan emas walaupun jumlah yang sedikit ataupun kecil seandainya kita ada usaha.

Kita tidak akan pernah tahu bagaimana keadaan ujian atau situasi yang memerlukan kita mendapatkan sejumlah wang. Untuk apa rasa malu, selagi kita konsisten menyimpan itu adalah kebanggaan buat diri kita.

Simpan sikit tanda kita ada.
Simpan banyak tanda kita beringat.

Di musim gawat begini, ramai penyimpan emas lama masih meneruskan simpanan. Situasi atau keadaan ekonomi sekarang membuatkan mereka faham dan jelas pentingnya simpanan emas.

Ada juga penyimpan emas yang baru mulakan simpanan. Jika ditanya kepada mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu disebabkan faktor eknomi .
.

Kawan-kawan,

Pelik kan simpanan emas ni??

Sepatutnya Ketika ekonomi tidak menentu ni, ramai yang akan pentingkan duit daripada menyimpan emas tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Ramai yang mulakan konsisten simpanan emas.
Ramai yang tercari-cari cara menyimpan emas.
Ramai yang mula berhubung dengan penjual dan pembimbing emas.

Itulah aura emas.

Bagi orang yang belum kenal emas, apa pun situasi atau keadaan samada ketika musim ekonomi gawat atau tidak mereka tetap akan beri alasan. Bagi mereka simpanan emas tidak penting.
.

Teringat salah seorang pelanggan saya. Beliau mempunyai anak seramai 5 orang. Oleh kerana komitmen tinggi dan besar itu, beliau hanya dapat peruntukkan minima 1gram 1bulan untuk setiap orang anak termasuk diri dan isteri beliau. Jika ada rezeki lebih, beliau akan masukkan lebih.

Suatu hari pelanggan saya itu menghubungi saya dengan tujuan untuk jual simpanan emas yang ada. Saya bantu beliau dengan memberi penerangan berkaitan prosedur untuk jual emas.

Ketika itu, anggaran simpanan beliau 20gram emas dan saya minta juga untuk beliau kira anggaran jumlah simpanan untuk 7 penama.

Selepas kira, jumlah keseluruhan menghampiri 250gram. Arhhhhhh mula hadir rasa sayang untuk beliau jual.

Bapa = Anggaran 20gram emas
Ibu = Anggaran 50gram emas
Anak Pertama = Anggaran 30gram emas
Anak Kedua = Anggaran 30gram emas
Anak Ketiga = Anggaran 30gram emas
Anak Keempat = Anggaran 30gram emas
Anak Kelima = Anggaran 30gram emas
Jumlah menghampiri 250gram emas.

Selang dua (2) hari, beliau hubungi saya dan maklumkan bahawa beliau menolak untuk menjual emas tersebut kerana beliau ada cara lain untuk selesaikan masalah itu.

Nampak?
.

Kawan-kawan,

Simpanan emas yang sedikit sebenarnya jauh lebih baik daripada tiada simpanan emas.

Sikit jika digabungkan akan menjadi banyak.

Jika 1bulan 1gram kita simpan.
Maka 12 Bulan pasti minima 12gram.

Tapi
Tapi
Tapi,

Kebanyakkan Penyimpan Emas tidak berlaku begitu. Mereka tidak simpan 1bulan 1gram, kadang-kadang 1bulan simpan bergram-gram. 1bulan 1gram itu hanya teori.

Asal ada lebih, mereka akan simpan kepada emas.
Asal ada lebih, mereka akan alihkan kepada emas.
Asal ada lebih, mereka akan tukarkan kepada emas.

Lama kelamaan, banyaklah simpanan emas mereka asbab #konsisten. Kata kunci disini K.O.N.S.I.S.T.E.N

Dapat sesuatu?
Moga perkongsian ini memberi 1001 manfaat. 🥳

Kredit Tn.Fairuz Aziz
“Saya nak minta pandangan. Saya dan suami dah mula simpan emas sejak 8 tahun lepas. Syarikat yang kami beli tu pun dah takde dah. Setakat ni, nilai emas kami dah cecah RM60,000. Suami saya cakap nak stop simpan emas sebab macam rugi je tiap-tiap tahun bayar zakat. Mungkin sebab kami tak tahu nak laburkan emas tu kot”.

Saya bagi beberapa informasi penting untuk dia dan suami fikirkan.

1. Beli emas ni bukan beli barang habis pakai terus buang. Kita tukar duit kita jadi emas saja. Harta kita bertambah dalam bentuk gram emas. Rugi ke?

2. Kalau kita simpan duit, duit tu mesti dah habis kita belanja. Sebab naluri duit ialah habiskan. Bila kita beli emas, duit kita selamat jangka panjang. Sebab naluri emas ialah kumpul dan kumpul lagi. Rugi ke?

3. Bagusnya simpan emas ni, kita akan ingat zakat emas. Padahal kalau simpan duit pun kena bayar zakat jugak. Zakat ni indikasi kita orang yang kaya. Kita tolong ramai orang lain dengan duit zakat kita. Rugi ke?

4. Nilai emas meningkat jangka panjang. Lagi banyak emas kita, lagi kaya kita. Lagi lama kita simpan emas kita, lagi meningkat nilai kekayan kita. Rugi ke?

5. Ramai orang berhempas pulas nak simpan duit tapi gagal. Simpan sikit, dah habis kena rompak dengan diri sendiri. Tapi bila kita simpan emas dah sampai RM60,000 nilainya, itu memang amazing. Maksudnya kita dah berjaya simpan duit. Rugi ke?

6. Orang yang ada duit, tak semestinya ada emas. Tapi orang yang ada emas, dah pasti akan ada duit. Sebab emas tu sendiri adalah duit. Ia akan tolong kita bila kita terdesak. Rugi ke?

7. Emas adalah aset paling bagus, mudah dan murah untuk dimiliki. Ia juga mudah dicairkan bila terdesak tak kira la sama ada kita perlu jual atau gadai saja emas tersebut. Ia akan jadi duit. Rugi ke?

8. Jangan sesekali ambil langkah yang salah dengan melabur tak tentu hala. Nanti habis semua duit simpanan kita selama ini. Nak kumpul sikit punya susah. Tapi nak habiskan dalam sekelip mata pun boleh. So, emas ni akan selamatkan duit kita dari pergi ke tempat yang tak sepatutnya. Rugi ke?

9. Sebenarnya, apa yang perlu dibuat oleh orang yang ada emas selain daripada konsisten menambah gram emas ialah upgrade ilmu tentang emas. Ilmu sebenarnya akan menyebabkan seseorang itu jadi jaya dan tenang. Beli buku dan baca. Join seminar dah belajar. Buka youtube dan tengok klip-klip video tentang emas dan kewangan. Barulah untung besar. Ke rugi?

Harap dapat manfaat semuanya ye.
FINANCIAL FREEDOM

Untuk mencapai tahap financial freedom,
kita mestilah berusaha untuk belajar menguruskan kewangan kita sendiri terlebih dahulu.

Jangan sesekali berharap kepada kerajaan akan pulihkan kewangan dan ekonomi kita, tapi kitalah yang bertanggungjawab 100% terhadap diri kita sendiri.

Walau apapun kerajaan yang memerintah, pastikan ekonomi kita kekal kukuh, apa yang guru kewangan saya pesan dan kita perlu lakukan ialah:

1. Cashflow sentiasa positif - minimum 10%.
2. Lunaskan semua hutang-hutang negatif, kecuali pada perkara yang benar-benar menjadi keperluan mendesak.3. Adakan dana rizab minimum 6 bulan pendapatan.

Kalau sudah pastikan ada ketiga-tiga ini, insyaAllah ekonomi kita boleh bertahan sekurang-kurangnya 1 tahun bila berlaku kegawatan.

Adakan yang ini dulu, kemudian baru pergi ke langkah seterusnya untuk mencapai matlamat akhir kewangan peribadi ialah FINANCIAL FREEDOM.
7 contoh dan sebab kenapa seseorang itu belum mulakan simpanan emas.

#Pertama
Kita beranggapan untuk mulakan simpanan emas perlukan modal yang besar sedangkan kita boleh mula dengan modal yang kecil serendah RM100 sahaja.

#Kedua
Pemikiran kita sering diracuni tentang mahalnya emas. Jika kita pandang dari sudut yang berbeza, bukankah bagus jika kita simpan ‘benda’ yang mahal?

#Ketiga
Kita kurang kesedaran untuk menyimpan emas walaupun kita tahu ‘Nilai’ emas meningkat untuk tempoh masa yang panjang.

#Keempat
Bertangguh adalah ‘makanan’ kita. Harga emas turun kita bertangguh. Harga emas naik pun kita masih bertangguh. Akhirnya kita bertangguh sampai bila-bila.

#Kelima
Kita fikir untuk tempoh jangkamasa pendek sahaja. Sebab itu harga emas naik resah. Harga emas turun gelisah. Jika kita pandang tempoh masa panjang, kita akan sedar nilai emas cukup berbaloi untuk simpan.

#Keenam
Mental dan pemikiran telah ‘Block’ kerana fokus kita kepada keuntungan RM Bukan fokus kepada GRAM. Fokus kepada RM akan buatkan kita berhenti menyimpan emas apabila Harga emas naik. Harga emas turun pun kita berhenti.

#Ketujuh
Persoalan tentang faktor persekitaran. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya. Jika kita bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita. Jadi jika berkawan dengan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap simpanan emas, kita juga akan terkena aura menyimpan emas.
.
Kawan-kawan,
Ada orang ada duit tetapi bertangguh.
Ada orang ada duit tetapi belum bersedia.
Ada orang ada duit tetapi tidak mahu bermula.
Ada orang ada duit tetapi tidak tahu untuk mula.

Jadi duit bukan persoalannya kerana persoalan yang lebih penting ialah #Mahu atau #TidakMahu

Sedar ke sangat sedar ?? 😊

Nak belajar simpan emas, jom pm utk bimbingan

Kredit: Diba & Miza
‘Saya takut lah beli emas’
‘Rugi lah beli emas’
‘Sekarang harga emas tengah naik. Saya tunggu harga turun’

Ini contoh penolakan berkaitan emas.

Sebenarnya siapa yang tak beli emas atau bertangguh, sangat sangatlah rugi.

Harga emas tidak pernah berhenti menunggu kita.

Dari segi jangkamasa panjang, harga emas naik dan terus naik.

Buktinya hari ini 1kilogram RM315,000 nanti 3-4 tahun lagi kita akan lihat harga baru.

Mungkin 1kilogram RM400,000
Mungkin 1kilogram RM500,000
Mungkin 1kilogram RM600,000

Berapa pun harga, percayalah kita akan menyesal sekiranya tak ambil peluang simpan emas.

Boleh tunggu dan lihat nanti.
ATAU
Boleh beli dan lihat nanti.

Ini pilihan kita.

Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold
5 Checkpoint untuk Capai Bebas Kewangan

Pertama :
Mempunyai Aliran Tunai Positif (Belanja Kurang daripada Pendapatan).

Kedua :
Cukupkan Simpanan Kecemasan sebanyak 3 bulan Gaji

Ketiga :
Mempunyai Kewangan Selamat (Simpan 6-12 bulan Gaji)

Keempat :
Bebas Hutang Negatif (Personal Loan, Kad Kredit, Hutang Kereta dll)

Kelima :
Bebas Kewangan (Mempunyai Pendapatan PASIF melebih kos sara hidup)

Sumber Nota: Buku Misi Bebas Hutang
Gold Accumulation Program (GAP).

Penerangan ringkas berkaitan akaun simpanan emas dari Public Gold yg telah banyak membantu rakyat Malaysia menyimpan emas dengan bajet yg rendah.

Diantara kelebihan dan kemudahan akaun GAP adalah seperti dibawah:

✔️Anda boleh menyimpan gram emas serendah RM100 atau 1 gram.

✔️Gram emas di dalam akaun GAP disokong oleh emas fizikal berketulenan 999.9 (24K)

✔️Anda boleh beli atau jual gram emas di dalam akaun GAP 24 jam sehari secara online.

✔️Anak anda seawal 1 bulan sudah layak menyimpan gram emas melalui akaun GAP.

✔️Tiada yuran pendaftaran atau upah simpan untuk simpanan gram dalam akaun GAP.

✔️Anda boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP di 17 cawangan Public Gold seluruh negara.

✔️Transaksi penyimpanan emas melalui akaun GAP mendapat sijil patuh syariah dari Amanie Group.

✔️Perkhidmatan Auto Debit disediakan untuk memudahkan potongan berkala setiap bulan.

Proses pendaftaran akaun GAP sangat mudah, segala transaksi jual beli emas melalui akaun GAP boleh dipantau setiap masa secara online. Anda boleh print statement untuk dijadikan rujukan di masa depan.

Proses mengeluarkan emas fizikal yg mudah dan cepat di cawangan Public Gold berdekatan anda, cuma perlu hubungi staf cawangan terlebih dahulu seterusnya bawa kad pengenalan dan duit Premium sahaja. Kini boleh juga dihantar ke rumah dengan perkhidmatan berinsurans Gold In Transit (GIT).

Minimum pengeluaran serendah 1 gram sehingga 1000 gram, setiap pengeluaran anda perlu tinggalkan baki 1 gram di dalam akaun GAP.

Hari ini begitu mudah untuk kita menyimpan emas, gunakan kemudahan ini sebaiknya untuk anda memperbaiki kewangan kearah yg lebih baik di masa depan.

Now everyone can buy gold.
Kisah inspirasi Tn Azizi Ali, seorang multi-millionaire

1. Saya menceritakan yang saya telah membaca lebih 1,000 buah buku, dan malah masih membaca 2 atau 3 buku seminggu sekarang.

2. Beberapa individu telah bertanya bagaimana saya membaca begitu banyak.

3. Jawapan pertamanya ialah kerana saya amat suka membaca. I love to read and IT MAKES ME HAPPY.

4. Jawapan keduanya ialah kerana saya suka – absolutely love – hasil daripada membaca. Membaca (dengan izin Allah) telah menjadikan saya lebih bijak, lebih pandai, lebih sihat, lebih bahagia, lebih berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, and yes, a lot richer.

5. Jawapan ketiganya ialah kerana saya telah mempelajari speed reading. Jadi saya boleh membaca dengan cepat, and in fact, can complete reading and digesting a book in a couple of hours (if I want to).

6. Bagi mereka yang ingin belajar speed reading, berikut adalah beberapa buah buku tentang subjek ini yang boleh menolong anda.

7. Even better, I have a super fast (ehem, ehem) answer for you! Watch this video by Tim Ferris, and a whole new world will open up for you – https://www.youtube.com/watch?v=ZwEquW_Yij0
35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN

1. Bergantung kepada satu mata pendapatan
2. Tak menyimpan wang
3. Menyimpan wang yang terlalu sedikit
4. Menyimpan wang hanya sekali sekala
5. Tak ada Dana Rizab/Kecemasan
6. Tak ada perlindungan insurans/takaful hayat
7. Tak ada perlindungan insurans/takaful perubatan (medical card)
8. Membeli polisi perlindungan insurans/takaful hayat yang salah
9. Perlindungan insurans/takaful hayat yang terlalu kecil
10. Membeli insurans yang tak penting
11. Tak melabur
12. Melabur terlalu sedikit
13. Melabur tanpa ilmu
14. Mempercayai kata-kata ejen pelaburan 100%
15. Tak memantau prestasi pelaburan setelah melabur
16. Melabur di instrumen yang salah
17. ‘Melabur’ dalam scam
18. Tak mahu menerima fakta apabila ‘pelaburan’ yang disertai dibuktikan sebagai scam
19. Tak cukup diversification
20. Over-diversification
21. Tak bayar zakat
22. Tak menderma
23. Tak buat wasiat
24. Membelanjakan wang ditempat yang kurang/tidak memberi manfaat
25. Boros
26. Berjudi
27. Memberi pinjaman wang
28. Meminjam wang untuk tujuan yang salah
29. Meminjam wang yang terlalu banyak
30. Menjadi penjamin
31. Memulakan bisnes tanpa ilmu yang cukup
32. Memulakan bisnes tanpa modal yang cukup
33. Tak mahu menambah ilmu kewangan dan pelaburan
34. Mengikut ‘nasihat’ kewangan dan pelaburan daripada sumber-sumber yang salah
35. Tak membaca kandungan agreement dengan teliti
Matlamat 100 gram emas

Untuk berjaya dalam simpanan emas, kita perlu ada matlamat.

Satu daripada matlamat adalah untuk simpan 100 gram emas
100 gram emas hari ini bernilai lebih RM31,000 

Bagaimana nak capai 100 gram emas?
Mudah saja, dengan konsisten simpan emas setiap bulan.
Simpan 1 gram 1 bulan selama 8 tahun 4 bulan
atau simpan 1.5 gram 1 bulan selama 5 tahun 6 bulan
atau simpan 2 gram 1 bulan selama 4 tahun 2 bulan

Untuk tujuan apa 100 gram emas?
100 gram emas boleh digunakan untuk dana haji 2 orang (kategori M40)
100 gram emas boleh digunakan untuk down payment rumah RM300k
100 gram emas boleh digunakan untuk dana pendidikan tinggi anak
100 gram emas boleh digunakan untuk percutian luar negara
100 gram emas boleh digunakan untuk majlis perkahwinan anak
100 gram emas juga boleh menjadi sebahagian daripada dana persaraan

Setkan matlamat simpanan emas
Fokus untuk capai matlamat tersebut
Pasti akan berjaya

Mulakan sekarang. Daftar percuma di https://publicgold.me/rozitayakkop
3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

#GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk mereka.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.

Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai 'life boat' dan 'insuran kekayaan' keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah... Sediakanlah payung sebelum hujan.

#TipKayaDenganEmas #1kilogram1keluarga
‘Saya takut lah beli emas’
‘Rugi lah beli emas’
‘Sekarang harga emas tengah naik. Saya tunggu harga turun’

Ini contoh penolakan berkaitan emas.

Sebenarnya siapa yang tak beli emas atau bertangguh, sangat sangatlah rugi.

Harga emas tidak pernah berhenti menunggu kita.

Dari segi jangkamasa panjang, harga emas naik dan terus naik.

Buktinya hari ini 1kilogram RM315,000 nanti 3-4 tahun lagi kita akan lihat harga baru.

Mungkin 1kilogram RM400,000
Mungkin 1kilogram RM500,000
Mungkin 1kilogram RM600,000

Berapa pun harga, percayalah kita akan menyesal sekiranya tak ambil peluang simpan emas.

Boleh tunggu dan lihat nanti.
ATAU
Boleh beli dan lihat nanti.

Ini pilihan kita.

Kredit Nota: Tuan Fairuz Aziz