NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Berapa jumlah simpanan emas setiap orang patut ada?

Pada saya, setiap kita patut letak target untuk ada...

Baca selanjutnya...

#TipSimpananEmas

Sumber
Antara barang kemas atau Dinar & Jongkong emas yang mana lebih Untung?


Pertama sekali, Barang kemas berketulenan (916), manakala Dinar & Jongkong emas berketulenan (999.9). Jadi semestinya lebih tulen emas tersebut, maka ianya lebih bernilai.

Kedua, barang kemas mempunyai Caj upah tukang berbanding Dinar & Jongkong emas yang tiada Caj upah tukang.

Caj upah tukang mengikut rekabentuk emas tersebut. Lebih susah atau sukar pembuatannya maka ianya lebih mahal.

Jadi pilihlah belian emas yang tiada upah tukang.

Ketiga,
Kesimpulan paling mudah untuk difahami,

Barang kemas = Untung
Dinar & Jongkong = Lebih Untung

Jadi, bukan bermaksud barang kemas tidak untung tetapi dinar & jongkong emas lebih untung daripada barang kemas. Yang tak untung apabila hanya melihat dan bertangguh memiliki emas 😁


Kredit : Tn Fairuz Aziz
Potensi Silver

Tempoh hari, aku borak dengan Tuan Hafizul Hakim. Katanya,

"Cikgu, nak tahu tak, orang Cina sekarang banyak beli silver dan simpan"

"Eh, mereka tak fokus emas sahaja ke?"

"Emas tetap mereka simpan juga. Namun pattern sekarang ni mereka mula kumpul silver banyak-banyak"

"Kenapa?" soalku.

"Sebab kalau ikutkan, harga silver ni masih jauh di bawah paras sebenar. So memang untung beli sekarang"

Lantas teringat pertemuan aku dengan tokey kedai emas, Kak Puteri Mas dua tahun lepas.

Pun benda yang sama beliau cakap. Potensi silver ni jauh boleh pergi. Ramai dah mula sedar.

Cuma masa tu aku sekadar angguk kepala tanpa tindakan apa pun. Hari ini, bila dah join Public Gold, aku mula beli silver setiap bulan. Kadang 50g, kadang 100g.

Alhamdulillah, sekarang dah ada 900g. InsyaAllah gaji nanti nak tambah 100g lagi. 100g baru RM441. Belian minima di Public Gold cuma RM100. Tu pun dah boleh dapat 22.68g silver tau.

Jom la kawan-kawan. Kita mula sekarang.

Kredit: FB Mohd Fadli Salleh
Kenapa pelajar di kolej atau universiti perlu simpan emas ☺️

1. Bayar Balik Pinjaman Ptptn

Dengan adanya simpanan emas, anda boleh buat full settlement loan PTPTN. Hati lebih tenang bila 1 hutang dah settle the moment mula kerja.

2. Simpanan Dana Kecemasan

Ada emas bermakna, anda ada back up Dana Kecemasan. Sebaiknya dana kecemasan tersebut bersamaan 3 bulan gaji.

3. Modal Miliki Aset Rumah Pertama

Nak beli rumah pertama anda perlu bayar 10% deposit dan juga duit peguam serta insurans. Jika rumah RM200,000 anda perlu ada sekurang-kurangnya RM25,000. Jadi perlu ada kesungguhan dan konsisten dalam menyimpan. Cadangan, simpan 100gm untuk deposit rumah

4. Tabung Perkahwinan

Percepatkan dana perkahwinan anda. Nilai wang hantaran akan meningkat saban tahun. Untuk selesa anda perlu ada RM15,000. Beli 1 dinar 1 bulan supaya ia cepat penuh. Hantaran tu pastikan ada dinar baru bernilai.

5. Modal Memulakan Perniagaan atau Modal Pusingan.

Pajak emas anda untuk dapatkan pinjaman segera. Apabila dah untung tebus balik emas dengan segera. Jadikan emas yang dipajak itu sebagai sumber motivasi supaya rajin bekerja mendapatkan keuntungan dalam bisnes.

6. Tabung kereta pertama.

Kereta ialah liabiliti jika anda beli sebelum kahwin. Jangan beli lagi. Naik saja motor. Tapi apabila sudah berkahwin dan mempunyai zuriat, kereta perlu ada. Jadi sebelum kahwin anda perlu ada tabung kereta pertama. Harga kereta sentiasa jatuh, dan sentiasa ada model terbaru. Jangan risau kalau beli lambat kerana lambat beli menjadikan anda beli yang ‘latest’.

Wahai anak muda. Berjinak-jinaklah dengan emas. Majoriti penyimpan emas menyesal beli emas sebab lambat beli. Kalau tahu lebih awal lagi best.

Kredit : pn Farra Aiza

Nak mula simpan emas, klik link ❤️

https://publicgold.me/rozitayakkop
SOALAN: Mengapakah premium syiling yang kecil (contoh: 1 dinar) lebih tinggi daripada syiling 10 dinar?

JAWAPAN: Kos membuat syiling lebih kurang sama tanpa mengira saiznya. Jadi, premium yang dikenakan untuk syiling lebih besar (contoh: 10 dinar) lebih rendah kerana kos pembuatan boleh diratakan kepada jumlah emas yang lebih besar.

Secara amnya, premium untuk jongkong emas lebih rendah daripada syiling kerana ia kurangnya kos pengendalian. Sudah tentu, sebaliknya bagi barangan kemas kerana premiumnya lebih tinggi bagi menampung kos pembuatan dan pengendalian.

Kredit : Tn Azizi Ali
A. Fakta Inflasi & Melawan Inflasi

Fakta:

Kenaikan harga emas sejak tahun 2000 ialah 400%.
Kenaikan nilai inflasi sejak tahun 2000 ialah 150%.

Apa maksud inflasi naik?

Inflasi naik = barang naik = nilai RM turun = kuasa beli turun = kita makin jatuh miskin walau ada banyak duit.

Maksudnya, dengan jumlah wang yang sama, kita sudah tidak boleh membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama. Nilai inflasi yang menaik merujuk kepada kuasa beli yang semakin melemah. Sejak tahun 2000 kita jatuh miskin 150% dengan jumlah duit yang kita ada.

B. Melawan Inflasi

1. Sekarang zaman kena buat dua kerja. Lagi-lagi untuk fresh graduate gaji ciput. Ataupun, kita kena buat satu kerja hakiki, tambah dengan dua pelaburan.

2. Isteri-isteri yang tak bekerja kena buat sesuatu menggunakan kemahiran sendiri utk menambahkan pendapatan keluarga.
Cthnya menjahit , buat kuih atau nasi lemak utk letak di gerai, mengasuh anak2 jiran, ambik upah iron pakaian dan macam -macam lagi.

3. Harga rumah naik lagi laju daripada kenaikan gaji kita. Harga barang pun naik bagai nak gila. Nak marah pun tak guna, tetap akan naik juga.

4. Kalau nak tau, kadar inflasi kita lebih kurang 3%. Jadi, nak tak nak, untuk melawan inflasi, kita kena buat pelaburan yang bagi untung 3% ke atas.

5. Tabung Haji dividen 5%. Jadi, kita dapatlah melawan inflasi dalam 5% - 3% = 2%. ASB dividen 7.25%, dapatlah dalam 7.25% - 3% = 4.25%.

6. Tukarkan duit2 simpanan kita dlm bentuk biskut kuning iaitu emas yang tak lut dek inflasi.
Tukar dalam bentuk goldbar dan dinar dalam simpanan jangkamasa panjang.
Nak guna boleh pajak dan kemudian bayar balik bulan-bulan.

7. Sebagai back up, tukarkan juga duit anda dalam bentuk batu-bata. Maksud saya, beli rumah. Rumah dapat melindungi duit kita daripada dimamah inflasi.

8. Kalau dulu masa kita sekolah, duit belanja sehari RM2. Budak-budak sekarang kena ada paling kurang RM4 sehari. Inilah kesan inflasi.

9. Kalau dulu, duit hantaran RM5K dah cukup sangat. Sekarang ni, paling kurang kena ada RM10K barulah ibubapa si perempuan tersenyum lebar.

Kredit Nota: PG1M
RAHSIA KEKAYAAN

1 dinar bersamaan 4.25 gram emas
Harganya?

Tahun 2000 - RM154
Tahun 2018 - RM743
Tahun 2022 - RM 1,170
Tahun 2023 - RM 1,330

Sekeping 1 dinar bernilai RM1,330
Jika memiliki 18 keping dinar?
Kira sendiri.

Diam-diam.
Perlahan-lahan.
Sedar tak sedar harga emas meningkat.
Jom belajar tentang GRED EMAS 🥰

# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
-------------------
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
-------------------
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
--------------------
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
--------------------
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)
Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
--------------------
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
--------------------
Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)
🌷🌺🌻🌸🌷🌺🌻🌸
7 Penyebab Anda Rugi Beli Emas

Sila baca sebagai ilmu pengetahuan baru buat diri anda. Membaca amalan mulia.

1. Beli emas tanpa ilmu

Ikut orang beli emas, kita pun sibuk nak beli emas. Tapi kita tak tahu sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.

Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik.

2. Join skim pelaburan emas

Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen, dapat hibah dan sebagainya. Asal dengar orang cakap “untung ” je terus join tanpa sempat buat kajian mendalam.

Halal haram dah tak peduli yang penting “masyuk”. Akhirnya tertipu sebab rezeki tak berkat.

3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

Emas bukan barang kawalan, harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa. Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga.

Jadi, pilihlah harga yang rendah dan susut nilai yang rendah. Ada juga syarikat harga emas murah tapi susut nilai tinggi. Lebih dari 30% susut nilai.

4. Tak tanya berapa susut nilai

Lupa tanya, kalau jual semula berapa susut nilai akan tolak?

"Kenapa saya jual barang kemas kat kedai, mereka tolak 30% dari harga semasa ya? Rugilah simpan emas!"

5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

Menjual emas tanpa sebab yang kukuh. Jual emas apabila :

- Jika nak mula berbisnes (perlu modal)
- Beli rumah
- Beli tanah
- Terdesak perlu wang tunai (pilihan selain jual terus, anda boleh gadai di Ar-Rahnu jika mampu tebus)

6. Terlibat dengan Ar Rahnu tanpa sebab munasabah

Ar rahnu adalah tempat cagar emas. Ia adalah hutang. Bukan tempat buat untung.

Gunakanlah kemudahan Ar Rahnu untuk keperluan dan modal bisnes, bukan untuk perkara di atas.

7. Beli tanpa mentor atau introducer betul

Pastikan introducer anda seorang yang komited. Dapat menjawab apa-apa persoalan dikemukakan dan bukan jenis touch and go.

Lepas bantu daftarkan kita, terus senyap bertahun tanpa update tentang emas atau promosi terkini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Kredit Nota: PG1M
Dalam banyak-banyak item emas di Public Gold, kenapa ramai orang suka 1 dinar ni?

1 dinar ni item yg sangat berbaloi untuk dimiliki. Nilainya sekitar RM1300. Nilai yg tak mahal sangat dan tak murah sangat.

Gold premium 1 dinar ni hanya RM10. Sangat murah dan berbaloi untuk emas seberat 4.25g

1 dinar ni sangat mudah dicairkan sama ada nak pajak atau jual. Nilai Rm1000 yang diperoleh boleh dikatakan munasabah untuk selesaikan masalah atau kecemasan yang kecil-kecil seperti bumbung bocor, paip tersumbat dan lain-lain.

Jika tak ada modal nak beli secara full payment boleh menabung sikit-sikit di akaun GAP serendah RM100.

Bila dah cukup tabungan emas boleh keluarkan item 1 dinar ni.
Melihat kepada gambar ini,

Level adrenaline saya membuak-buak,
Jantung berdegup laju dari biasa,
Semangat semakin membara,
Motivasi semakin meninggi.

Kenapa?

Kedua susuk tubuh ini sentiasa bersemangat untuk bangunkan Public Gold.

Kita semua beruntung,
Kita semua harus bersyukur,
Kita semua perlu gembira,

Kerana kita di lahirkan untuk bersama Public Gold.

Tahniah Public Gold atas pelancaran pembukaan branch ke4 Public Gold di Banjarbaru Indonesia.

Kami semua menjadi saksi melihat Public Gold membangun.

Kami akan setia bersama-sama bersama Public Gold kerana kami percaya Public Gold akan terbang jauh lebih tinggi.

Terima Kasih Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng.

Terima kasih Mentor Tuan Syukor Hashim.

Sedihkan?
Gembirakan?
Rasa bersemangat kan?

Tahniah!
Itu bermakna darah kita telah sebati dengan Public Gold.

We ❤️ Public Gold.

Rasa sebak & gembira,
Fairuz Aziz
Founder Council PG1M

Catatan saya : 9/9/2023 -11:00
Dibuka setiap hari.

Berita baik untuk semua penyimpan emas Public Gold.

Sekarang branch #MenaraPublicGold dibuka setiap hari.

10:00 pagi - 6:00 petang

Urusan jual balik emas lama pada harga tinggi.
Urusan collect emas fizikal item besar 50 gram & 10 dinar ke atas - kena buat appointment.
Beli barang kemas PG Jewel pelbagai design pada harga kilang.

Yang belum jadi customer #PublicGold, register dulu sebelum datang dengan mana-mana dealer untuk mempercepatkan urusan.
Lagi kerap kita tengok emas ni, lagi cepat simpanan kita bertambah. Ia jadi magnet kekayaan. Berbeza dengan duit dalam akaun bank. Lagi kerap kita cek bakinya, lagi cepat duit tu habis...

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Sumber
1. Pelaburan jangka pendek bermaksud meletakkan lebihan tunai ke dalam pelbagai aset untuk masa yang singkat bagi mendapatkan keuntungan yang cepat.

2. Pelaburan jangka panjang pula bermaksud meletakkan lebihan tunai ke dalam pelbagai aset untuk suatu tempoh yang panjang bagi mendapatkan keuntungan yang banyak.

3. Duit kertas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang sebabnya ia tidak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

4. RM50 hari ini sudah pasti tidak mampu untuk membeli barang yang sama 10 tahun akan datang disebabkan kuasa belinya semakin susut.

5. Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan sahaja.

6. Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah. Aset fizikal begitu, kita tidak perlu risau tentang nilainya sebab ia bukan sekadar nombor yang tertulis di atas kertas tetapi pada barangnya. Ia dapat dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal. Dan harganya makin meningkat dalam jangka panjang melebihi kadar inflasi.

7. Kalau menurut teori 1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 10 tahun akan datang. Emas terbukti mengekalkan kuasa beli sejak lebih 1,400 tahun yang lampau. Ia berbeza dengan duit kertas.

8. Duit kertas yang disimpan di bank, walaupun nombornya bertambah setiap tahun dengan pembahagian dividen, hakikatnya kuasa belinya semakin berkurangan disebabkan inflasi. Bahkan menjadi lebih teruk jika diambil faktor kejatuhan ringgit. Contohnya apa yang berlaku pada tahun 2015, meskipun dividen sekitar 5 hingga 8 peratus setahun, tetapi ringgit jatuh sekitar 30 peratus setahun yang menyebabkan harga barang dalam negara naik tidak kurang 10 peratus! Maksudnya nilai kekayaan kita semakin berkurangan walaupun nombor-nombor yang tercatat dalam akaun bank makin bertambah.

Jadi, apa sahaja simpanan untuk jangka panjang, kami percaya aset fizikal seperti emas lebih baik kerana nilai dan kuasa belinya terjamin.

Kredit Nota: PG1M
Bungamas 5gram, 10 gram, 20 gram memang comel sangat!

Ada 3 cara untuk dapatkan aset yang kecik molek tapi sangat bernilai ini;

1️⃣ FULL PAYMENT
• Belian emas secara bayaran penuh + gold premium (kos penghasilan)
• Order, bayar dan boleh ambil di cawangan atau buat GIT (pos berinsurans)
• Simpan sendiri

2️⃣ SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)
• Belian emas secara bayaran bulanan 6 atau 10 kali + gold premium + EPP premium pada bulan pertama
• Selesai bayar boleh ambil di cawangan atau buat GIT (pos berinsurans)
• Simpan sendiri

3️⃣ GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)
• Simpan emas melalui akaun secara belian terus dalam gram atau RM serendah RM100
• Tiada komitmen bulanan
• Emas disimpan secara percuma dan berinsurans
• Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa dari cawangan atau secara GIT (pos berinsurans)

Nak tahu lebih lanjut, hubungi Kak Ita ya!