NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Gais.

Antara buku yang saya miliki adalah “The Golden Constant” yang ditulis oleh Prof. Roy W. Jastram.

Saya nak kongsi dapatan penting dari buku ini.

Buku “The Golden Constant” mengkaji perjalanan harga emas selama hampir 450 tahun di England dan Amerika.

Apa yang beliau jumpa sangat menarik:

Emas bukanlah pelaburan cepat kaya.

Dalam jangka pendek, harga emas boleh turun naik dengan ekstrem.

Tetapi dalam jangka panjang, emas sentiasa kembali kepada nilai asalnya.

Bayangkan, sejak tahun 1560 lagi, emas terbukti:

1. Menjadi penyimpan nilai yang paling konsisten.

2. Lebih kuat bertahan semasa krisis kewangan, peperangan dan kejatuhan mata wang.

3. Membantu generasi demi generasi mengekalkan kuasa beli mereka.

Apa maksudnya untuk kita hari ini?

First sekali, emas bukan untuk spekulasi mingguan.

Kedua, emas adalah perlindungan jangka panjang bila duit kertas makin hilang kuasa.

Kalau matlamat anda:

Lindungi harta daripada inflasi,
Simpan nilai untuk masa depan anak cucu,
Miliki aset yang tak boleh dimanipulasi kerajaan,

Maka emas patut menjadi pilihan anda.

Gais.

“Emas tak menjanjikan kaya segera. Tapi ia sentiasa tepati janji untuk melindungi nilai.”

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas #TheGoldenConstant #SimpanEmasUntukMasaDepan
11/7/2025