NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
LIABILITI YANG DISANGKA ASET

Kebanyakan dari kita bekerja keras untuk mengumpul liabiliti yang kita sangkakan adalah aset contohnya seperti rumah besar, kereta, smartphone, superbike dan macam-macam lagi.

Macamana kita nk bezakan aset atau liabiliti?

ASET = Menghasilkan income atau beli sahaja harganya akan naik mengikut peredaran masa contohnya seperti rumah, tanah, kedai, duit simpanan, saham atau emas.

LIABILITI = Beli sahaja akan makan duit gaji kita tiap bulan untuk bayaran bulanan dan maintainance seperti kereta atau rumah besar, beli sahaja terus jatuh dan susut mengikut tahun.

Beli sahaja benda tersebut tak boleh dijual semula dan tidak mendatangkan income bulanan atau pulangan hasil dari modal yang telah dilaburkan seperti kasut, beg, kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain.

Kalau anda ingin mengira nilai kekayaan anda, anda boleh cuba kirakan jumlah aset-jumlah liabiliti. Jika nilainya negatif, bermakna anda berbelanja lebih dari pendapatan anda. Jika nilainya positif anda masih di trak yang betul dalam pengurusan kewangan anda.

Jadi jika anda fikir dalam hidup anda telah kumpulkan banyak benda yang anda sangkakan ASET, cek semula adakah ia mendatangkan hasil atau sekadar menelan gaji bulanan anda?

Jika tidak ia sebenarnya hanya LIABILITI sahaja semata-mata dan bukannya ASET.

#hutang
#nasihatkewangan
Akaun GAP tu macamana?

๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ ๐—”๐—ฐ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ (๐—š๐—”๐—ฃ) tu kaedah simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia. Ia disahkan patuh syariah.

Kelebihan Akaun Emas GAP:

1๏ธโƒฃ Boleh mula beli & simpan ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น secara online dengan bajet ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—บ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.

2๏ธโƒฃ Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.

3๏ธโƒฃ Emas tu boleh ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—š ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan.

4๏ธโƒฃ Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.

5๏ธโƒฃ Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.

6๏ธโƒฃ Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ฑ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, paling besar emas 1 kilo. Item ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.

7๏ธโƒฃ Boleh minta PG ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit).

Jom buka akaun GAP public gold.
Rozita Yakkop
Master Dealer Public Gold
https://publicgold.me/rozitayakkop
๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก

Emas disimpan dalam kuantiti yang banyak, dalam tempoh yang panjang memperoleh pulangan nilai yang ๐™—๐™š๐™ง๐™ก๐™ž๐™ฅ๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™–๐™ก๐™ž ๐™œ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–.

Rugi simpan sikit-sikit.

๐™‘๐™ค๐™ก๐™ช๐™ข๐™š tu penting guys.
Tak kira anda melabur dalam apa sekalipun.

So, macam mana volume emas masing-masing?

Bertambah dari bulan ke bulan, tahun demi tahun tak?

Ayuhhh๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป
Harga emas di Public Gold adalah telus. Kos premium emas (kos bentukkan emas dan pengurusan) dipaparkan di website Public Gold untuk rujukan semua. Apabila anda membeli emas, selain harga emas 999, anda juga membayar premium emas.

Cara untuk penjimatan kos premium emas ialah dengan membeli emas yang bersaiz besar. Contohnya jika kita membeli emas 1g, premiumnya ialah RM15. Tetapi jika kita beli emas bersaiz besar misalnya 100g, kos premium pergram jatuh kepada RM0.70 pergram. Jika kita beli emas seberat 1kg, kos premium pergram terjun tiruk kepada RM0.25 pergram!

Jadi kalau mahu cepat breakeven dan ROI, pilih emas yang bersaiz lebih besar seperti 100g atau lebih berat agar kos-kos seperti premium menjadi sangat minima.
Gais.

Salam satu kaedah belian emas yang popular di Public Gold adalah syariah EPP10x.

Nama pendeknya EPP10x.

Melalui kaedah ini, anda hanya perlu kunci harga emas ikut harga semasa. Kita panggil lock price.

Kelebihan epp10x adalah:

1. Anda kunci harga emas ikut harga semasa. Dalam masa 10 bulan membayar, harga emas itu tidak akan berubah. Kalau harga emas naik dan turun dalam tempoh 10 bulan tu, anda boleh abaikan.

2. Ini ibarat simpanan secara paksaan.
Ia menyebabkan anda komited membayar selama 10 bulan mengikut jadual bayaran. Ada orang nie dia kena paksa diri untuk disiplin. Kalau tak paksa maka tak menjadi.

3. Ianya patuh syariah.

4. Anda boleh buat beberapa epp serentak, jika ada modal. Maksudnya, jika ada duit lebih, anda boleh buat 1,2,3,4,5 atau lebih ikut kedalaman poket anda.

5. Kalau anda ada target simpanan emas fizikal setahun, gunakan kaedah epp10x dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ

Untuk anggaran kos setiap bulan, sila tengok gambar.

#NotaEmasSyukorHashim
#TabungDuit

BEZA ANTARA JIMAT DAN KEDUKUT AMAT!

"Abang, beras dah habis nie. Boleh beli beras tak?"

"Jimat la sikit makan tu. Banyak sangat makan nie. Orang makan sehari sekali jer" Itu kedekut bukan jimat namanya. Makanan adalah keperluan asas manusia.

Bezakan jimat dan kedekut kawan kawan.

Azizul Azli Ahmad
Dulu masa tak ada ilmu, bagi saya simpan duit dalam ASB atau TH yang paling selamat. Yela, duit tak berkurang satu sen pon. Dapat dividen lagi. kira selamat dan paling untung lah tu. Nak melabur bukan pilihan saya sebab saya bukan jenis risk taker

Rupanya saya silap..simpan duit dalam bank dalam jangka masa panjang memang ada dapat dividen, tetapi dividen yang dapat tidak dapat melindungi kekayaan kita dari inflasi dan kejatuhan wang ringgit.

Nilai Ringgit pernah pernah jatuh 50%. Tapi perkara ni tak pernah berlaku pada emas.

Inilah yang Robert Kiyosaki bagitau..'savers are losers'. Orang yang simpan duit dalam jangka masa panjang akan mengalami kerugian dan miskin tanpa sedar.

Kredit Nota : Hilyati
Penipuan dalam talian

Ambil iktibar atas berita penipuan seperti ini.
Semoga kita semua dilindungi daripada terpedaya.

---
SHAH ALAM: Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.

Bekas pensyarah berusia 61 tahun itu dalam laporannya menyatakan dia dihubungi suspek menerusi telefon yang menyamar sebagai Pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Beliau berkata suspek memaklumkan kononnya bekas pensyarah itu ada menjalankan aktiviti perjudian serta pengubahan wang haram.

"Wanita itu (bekas pensyarah), bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan diarah meletakkan dua kad banknya di tepi jalan untuk diambil suspek sebelum menyedari 262 tranksaksi wang berjumlah RM1.43 juta dibuat daripada kedua-dua akaun bank miliknya,"

Akauntan lelaki berusia 55 tahun itu pula kerugian berjumlah RM5.04 juta akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto.

"Pada Ogos tahun lepas, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai 'William' menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.โ€

"Mangsa yang berminat dan bersetuju untuk melabur, kemudian diajar suspek untuk memindahkan wang ke dalam akaun e-dompet menerusi 143 kali pindahan sebelum mendapati akaun pelaburan itu gagal diakses dan suspek menghilangkan diri,"

Baca selanjutnya
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penipuan-dalam-talian-bekas-pensyarah-akauntan-rugi-lebih-rm6-juta-457644
KUALA LUMPUR : HABIB menjangkakan harga emas tempatan meningkat di antara 10 peratus hingga 15 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, berkata terdapat jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya tahun ini.

Katanya, jika kadar faedah diturunkan, mungkin orang tidak akan menyimpan duit dalam dolar AS tetapi akan membeli emas, jadi secara tidak langsung akan menaikkan harga emas.

"Selain daripada itu juga di Malaysia (harga emas) bergantung kepada nilai ringgit. Jadi, kita dapat lihat lihat pada hari ini nilai ringgit telah susut kepada RM4.76 berbanding dolar AS, antara kadar paling rendah setakat ini.

"Apabila mata wang kita kurang baik, ia akan menyebabkan harga emas terus meningkat tinggi. Kadang-kadang apa yang berlaku di luar sana, di peringkat antarabangsa mungkin menyebabkan harga (emas) naik.

"Kalau ringgit kukuh mungkin (harga emas) tidak naik begitu banyak. Namun, secara keseluruhan kita dapat lihat harga emas sedang naik," katanya kepada media ketika ditemui selepas majlis pecah tanah pembangunan gedung utama HABIB di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Dengan keluasan 42,800 kaki persegi dan ketinggian tujuh tingkat, bangunan yang dijangka siap dibina akhir tahun depan itu akan menempatkan bukan sahaja ruang perniagaan, tetapi pejabat dan ruang acara.

Harga emas diniagakan pada harga RM310.86 segram ketika ditutup pada petang Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Meer berharap kerajaan tidak akan mengenakan Cukai Barang Bernilai Tinggi atau Cukai Barang Mewah terhadap industri barang kemas yang dijangka bermula Mei depan.

"Apa yang perlu kita tahu ialah kebanyakan orang yang membeli barang barang kemas ini adalah orang biasa kerana masih ramai yang ramai tidak mempunyai akaun bank.

"Golongan ini jika mahu menyimpan duit, mereka menyimpan dalam emas. Emas bukan sahaja boleh dijadikan sebagai perhiasan tetapi juga adalah sebagai instrumen pelaburan.

"Jadi, sebagai pelaburan saya rasa sepatutnya kita tidak kenakan cukai. Ini harapan kita kerana ia akan memberi kesan kepada orang ramai yang mahu melabur dalam emas.

"Ini kerana, jika dikenakan cukai 10 peratus,maka elemen pelaburan itu sudah tiada dan hanya jadi perhiasan sahaja, jadi saya berharap kerajaan tidak akan mengenakan cukai ini kepada barang kemas," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/02/1208991/harga-emas-tempatan-dijangka-naik-setinggi-15-peratus-habib
Bismillah.

Isnin, 13 Feb 2023

BETUL KE LEBIH BAIK?

Axia 39,000
Duit muka 11,700
Bulanan 535
3.5%, 5 tahun

Civic 144,000
Duit muka 43,200
Bulanan 1,974
3.5%, 5 tahun

1,974 - 535 = 1,439
Banyak juga beza dan lebihan setiap bulan

Memang boleh sangat kalau gaji 12k pakai Axia pergi Eropah, makan sedap, minum kopi mahal dan belanja member makan.

Tapi kalau dia beli Civic pun apa salahnya. Duit dia, dia punya suka lah. Kalau awak jenis suka jalan-jalan, jumpa orang belanja makan, tak semestinya awak lebih baik dan apa yang awak buat tu paling betul.

Mungkin awak beli Axia satu hari drive 40km saja. Tapi dia beli Civic satu hari drive 200km dan setiap hujung minggu dia balik jumpa anak isteri drive 600km pergi balik.

Mungkin juga dia jenis makan mesti kat rumah, tak suka travel dan kawan tak ramai. Dia simpan duit sungguh-sungguh kat TH dan UT dan beli kereta yang dia minat, penuhi keperluan dan yang dia mampu bayar.

Kita sama-sama chill dan raikan pilihan orang lain.

Wallahua'lam.

#betterfinancials
Gais.
Harga emas jatuh menjunam malam nie (13/2/24)
Apa sebabnya?

Jawapan: Malam nie telah keluar Index Harga Pengguna US (cpi index).
Data menunjukkan inflasi telah menurun daripada 3.4% pada bulan Disember 2023 kepada 3.1% pada bulan Januari 2024.

Apabila inflasi menurun maka ia menyebabkan harga emas turut jatuh.
Pada pendapat saya, harga emas sekarang tengah tinggi, jadi pelabur-pelabur mencari news yang boleh menjatuhkan harga emas.

Laporan CPI index yang keluar malam nie telah memberikan peluang untuk menjatuhkan harga emas.
Untuk pembeli emas fizikal, ini adalah peluang membeli aset mahal pada harga yang berbaloi ๐Ÿฅณ๐Ÿ‘

#NotaEmasSyukorHashim
Bila ada ILMU yang betul, mudah je nak buat keputusan yang tepat dan bijak.

Alhamdulillah
Renung-renungkan.. Banyak benar nya.

Ketika kita marahkan isteri
kita dan kecewa.

Ketahuilah,

Ada banyak ayam yang tidak dapat mewariskan baka mereka, kerana telur telur mereka semua telah dijadikan bunga telur kenduri kita.

Ketahuilah, bahawa ada orang terpaksa ambil cuti untuk datang majlis kita cuti sekolah dulu kala .

Ada jiran yang dua hari tak dapat masak, buat suami tercinta, kerana tolong gubah bunga telur untuk pelamin kita jadi raja.

Ada orang tempah baju baru, nak datang majlis kita dulu bagi nampak bergaya.

Ketahuilah, bahawa ada orang sanggup harungi tol berbayar untuk raikan hari cinta kita.

Ada orang terluka disindir, sebab tiada seurat gelang emas ditangan waktu ambil hidang lauknya.

Hutang bank baru bayar bunga, masih banyak bakinya. Nanti bank kecewa.

Ada orang cari homestay, agar dapat datang sekeluarga kemajlis kita.

Kawan kita buat kutipan dijabatan untuk beli hadiah kahwin kita. Duit itu duit terakhir yang dia ada dalam dompetnya.

Ada orang berebut parking, sebab kenduri kita ditaman perumahan sempit laluannya.

Ada kerbau dan lembu yang hilang laki dan bininya, untuk jamu orang makan rendang tok pembuka selera.

Kawan kawan, 

Maka janganlah mudah melafazkan talak hanya sebab perasaan kita yang kecewa sahaja.

Ha gittew!

Abah Qilah
Jiwa Ada Taman Bunga

#HargaiPerkahwinan
#HantaranMakinMahalTakMampuBayar
#HargaiPasanganKita
#Share bagi kawan yang gaduh baik semula
Jika budget kecil nak beli emas apa?

Jika Tuan/Puan ingin memiliki SMALL BAR berikut:-

1. 0.5 gram
2. 1 gram
3. 5 gram
4. Suku Dinar
5. Setengah Dinar

saya cadangkan pengeluaran melalui akaun GAP adalah lebih jimat.

Ini kerana, jika Tuan/Puan membeli dengan kaedah Outright Purchase/ retail/ belian runcit secara langsung di website public gold, harganya telah ditetapkan dengan kos retail yang berbeza.

Tetapi, jika dibuat melalui pengeluaran GAP, ianya dikira mengikut harga GAP yang berubah setiap hari yang kebiasaannya lebih murah dan ditambah dengan caj gold premium yang rendah.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Terima kasih, Datin Maznah
Nota dari Mentor Tn Syukor Hashim
14 Februari 2024

Gais.

Dalam tempoh 24 jam (13-14 Feb 2024)

Sekitar 60 kilogram emas bernilai RM20 juta telah diborong oleh penyimpan-penyimpan emas Public Gold!

Inilah yang dikatakan โ€œpeluang membeli aset mahal pada harga murahโ€

Apa yang menarik, semua penyimpan emas Public Gold memegang prinsip mudah.

Mereka beli emas, mereka dapat emas fizikal. Public Gold takde janji nak gandakan emas mereka. Customer pun taknak ganda-ganda nie.

Public Gold janji simple aje.

1. Beli emas dapat emas.
2. Customer jual emas, customer dapat duit.

Kalau anda nak dapat lebih gram emas, beli 250g gold bar dengan harga RM81 ribu ++, maka dapatlah free 1gram gold bar (tengok gambar).

Kalau anda beli sekilo, dapat emas fizikal sekilo dan hadiah 5gram seketul. Sekian wassalam.

Terima kasih kepada penyimpan-penyimpan emas Public Gold.

Anda semua telah berjaya menyimpan 60 kilo emas sebagai harta semalam ๐Ÿ‘

Kredit gambar customer beli 250g Farrah Aiza

#NotaEmasSyukorHashim
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita recap semula konsep Pemurataan Harga atau dalam English dipanggil 'dollar cost averaging'.

Konsep yang sgt mudah dan powerful jika kita apply sepenuhnya.

Harga jatuh today, so boleh tambah simpanan untuk rendahkan purata harga belian kita ๐Ÿ’ช