NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Nasihat seorang Peguam

Assalamuaikum Dr azizul..

Saya seorang follower Dr dan seorang peguam .Saya nak Minta tolong Dr sebarkan info ini berkenaan mana² syarikat pelaburan  tidak kira emas ataupun produk lain yang tiada lesen daripada Bnm supaya pendeposit/pelabur/ rakan niaga atau apapun istilah yang dirujuk bagi mereka yang telah mengeluarkan wang masing² untuk dilaburkan dalam syarikat tersebut supaya bertindak segera seperti berikut :

1) terus rujuk kepada syarikat dan mohon refund wang masing-masing;

2) jika membeli emas tetapi belum dapat physical gold, minta tolong claim secepat mungkin

Dua perkara ini mesti dibuat sebelum harta syarikat disita dan dibekukan.Ini kerana sekiranya dua proses ini berlaku nanti dan dijalankan oleh pihak suruhanjaya sekuriti Malaysia, jangan harap wang/gold/produk yang nak claim balik itu segera dapat. Status harta itu akan dibicarakan dimahkamah dan akan mengambil masa bertahun lamanya untuk selesai. Tuntutan pemulangan duit tersebut akan melalui perbicaraan penuh dan yang menuntut perlu memenuhi kriteria² yang diperuntukkan oleh undang² sebelum mahkamah memutuskan wang itu harus dipulangkan atau tidak.

(Mohon rahsiakan identiti FB sy ya Dr,sy hanya berkongsi pengalaman kes yang sy kendalikan. Apabila sesuatu syarikat itu tidak dilesenkan oleh BNM, itu suatu tanda yang tidak baik untuk kesemua pelabur.Kecuali jika syarikat berjaya mendapatkan lesen tersebut secepat mungkin (jika diluluskan)

Terima kasih Dr (edited)
Aduh... Buat malu profesyen je... Saya pun akauntan bertauliah juga. Tapi saya akui, akauntan ni cuma tahu urus duit syarikat. Kami belajar untuk urus kewangan syarikat, bukan untuk jadi kaya. Ilmu urus kewangan peribadi dan ilmu nak jadi kaya kena belajar dari orang kaya-kaya.

#TipKekayaan

Sumber
BUKAN MUDAH NAK JUAL BALIK EMAS

Beli emas memang mudah, tapi nak jual bila harganya tinggi tak semudah kita membelinya.

Itulah biasanya terjadi kepada sesiapa yang tak betul-betul selidik sebelum membeli emas.

Bila beli emas, salah satu faktor penting yang kita mesti selidik ialah; apakah penjual (syarikat penjual) jamin akan beli balik emas tu pada harga tinggi?  Dan apakah syarat penjual akan beli balik emas itu pada harga tinggi?  Kalau calar, kemek atau bengkok macam mana?

Bagi pembeli emas dalam jumlah yang besar, kena selidik satu lagi perkara penting; apakah syarikat penjual itu MAMPU beli balik dalam jumlah yang besar?

Sejak 2010 terlibat dalam jual beli emas, saya perhati sudah banyak syarikat tak mampu beli balik walaupun hanya sejumlah RM100,000. Apatah lagi jumlah jutaan ringgit ... Bahkan ada syarikat yang cuma jual sahaja, tetapi tak akan beli balik!

Tetapi berdasarkan track record, Public Gold pernah membeli balik sejumlah RM8 juta sehari tanpa sebarang masalah untuk pembayaran.

Ketika musim semua orang nak beli emas, memang syarikat penjual emas akan muncul seperti cendawan selepas hujan. Tapi nak tahu reputasi sebenar sesuatu syarikat, tunggu dan lihat ketika musim orang nak jual balik emas ketika harga tinggi!

Public Gold salah satu syarikat yang sudahpun terbukti reputasinya sejak 2008. Senang dibeli, senang dijual. Malah boleh dijual keluar negara dengan mudah. Peace of mind !

Kredit nota: Tuan Adam Fahmi Ghazali
1. Sepertimana kita semua maklum, dividen ASB untuk tahun 2023 ialah 5.25%. Bayaran dividen ini kira cukup makan sahajalah.

2. Emas pula telah naik harga sebanyak $174 atau 9.35% dari 9 Jan 23 hingga ke 8 Jan 24. Jadi pulangan daripada emas ialah hampir double pulangan ASB.

3. Lebih pentingnya, prestasi ini bukan satu abnormality tetapi satu kebiasaan kerana emas telah memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada ASB sudah bertahun-tahun. Seperti yang anda boleh lihat, emas telah memberikan pulangan tahunan 9.67% setahun sepanjang 5 tahun kebelakangan, dan pulangan tahunan lebih 8% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan. Pulangan ini adalah jauh lebih tinggi daripada pulangan ASB dalam tempoh yang sama.

4. Jadi rumusan post ini? Anda perlu melaburkan sebahagian daripada wang anda ke dalam emas. Malah, saya mengesyorkan anda untuk menghijrahkan sebahagian daripada wang ASB anda ke dalam emas kerana ia merupakan langkah yang baik, bijak dan menguntungkan.

Kredit nota: Tuan Azizi Ali
MATI BILA-BILA MASA

"Pakcik ni dah berusia, bila-bila masa boleh mati nak buat apa lagi simpan emas"

Ada sebilangan orang tak nak jadikan emas sebagai simpanan dengan memberi alasan usia sudah penghujung dunia.

Katanya kalau simpan emas pun nak buat apa, nanti mati tak merasa pun nak guna emas tu. Bukan boleh dibawa kedalam kubur.

Tuan puan, mati ni sebenarnya tidak kira usia, tua muda pun akan mati. Tapi apa bekalan yang kita nak tinggalkan kepada waris yang masih hidup? Harta atau hutang?

Antara kelebihan bagi orang yang simpan emas jika pemiliknya mati, waris mudah untuk buat pembahagian berbanding harta dalam bentuk lain.

Harta dalam bentuk tunai dalam bank, rumah & tanah proses pembahagian sangatlah rumit dan memakan masa yang lama.

Tapi bagi emas fizikal yang disimpan sendiri sekiranya berlaku kematian, emas tu mudah untuk dibahagikan kepada waris tanpa perlu melalui pelbagai proses yang rumit.

Tinggalkan lah harta yang mudah untuk diuruskan oleh waris.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen
5 perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold adalah

Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank. Ini mesti orang salah sangka pada mula.

Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’

Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang

Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya

Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian.

Dapatkan info sahih di sini. Ingat beli emas mesti dapat emas!

https://publicgold.me/rozitayakkop
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔!!

Jual barang kemas dengan harga tinggi.

Ramai di antara pelanggan-pelanggan team saya yang kongsikan pengalaman mereka menjual emas-emas mereka di Public Gold.

Rata-rata menyatakan amat berpuashati kerana Public Gold membeli balik emas-emas mereka samada barang kemas (emas 916) atau gold bar/ dinar (emas 999) pada kadar yang tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh kedai emas asal.

Kebetulan saya diamanahkan oleh ahli keluarga untuk menjual sebahagian besar dari barang kemas pusaka peninggalan arwah ummi.

Saya ke Public Gold cawangan Ampang yang berdekatan. Bukan sahaja menawarkan harga tinggi berbanding dengan kedai-kedai emas yg ternama tapi proses ujian ketulenan dibuat depan mata saya.

Barulah saya tahu barang-barang kemas ni ketulenannya berbeza-beza pada bahagian yg berbeza.

Ada 23k, 22k, 20k dan 18k dalam koleksi barang-barang kemas arwah ummi seberat 446 gram ni.

Jadi saya amat berpuashati dan yakin tiada sebarang bentuk penipuan atau manupulasi harga pada penentuan nilai bagi setiap item yang saya jual ni.

Syabas Public Gold!! Layanan dan ketelusan dari sudut penilaian setiap item memang an eye opener pada saya.

Bukan sebab saya dealer dan nak promote PG ye tapi sebab pengalaman baru yang saya dapat ni sangat wow bagi saya.

Sebelum ni kalau pergi ke kedai emas pekedai akan ambil barang kemas, bawa ke belakang dan datang semula dengan harga yang ditawarkan. Kita tak tahu basis apa yang digunakan melainkan hanya assume semua di nilai sebagai emas terpakai 916.

Jadi, bagi sesiapa yang nak menjual semula emas-emas tuan/puan saya amat syorkan ke cawangan Public Gold berdekatan.

Kredit: Puan Sharifah Arba’ayah
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟱𝟬𝗸 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻

Yang dah 5 hingga 10 tahun bekerja sebagai executive. Gaji sekarang sektar RM5k - RM15k sebulan. Secara purata.

Mungkin ada yang lebih.

Pengalaman saya bekerja dulu, rancang nak simpan RM1000 sebulan. Hujung tahun, tak ada nya RM12,000 dalam bank.

Tak pernah cukup. Susah nak capai target.

Bila mereka cuba menabung dalam bentuk emas secara fizikal. Target 1 Dinar sebulan, tapi 12 bulan biasanya ada 100gram.

Simpan emas ni seronok untuk tambahkan simpanan. Ada lebihan cash RM100, menabung RM100. Ada lebih RM5000, menabung RM5000. Sedar-sedar simpan dah cecah 200gram. Nilainya sekitar RM50k.

Memang betul, emas ni ubat mujarab untuk orang yang boros dan ada impian untuk penuhkan tabung dengan tempoh masa lebih singkat.

Klik https://publicgold.me/rozitayakkop untuk mula menabung emas
Dapatkan ilmu, baca sampai habis ya..

Nampaknya masih ada mangsa yang menanggung kerugian kerana terperangkap dalam scam pelaburan yang bertopengkan emas.

Walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan pakar pelaburan untuk mendidik rakyat tentang scam – ini termasuklah video di medsos – masih ada mangsa yang terperangkap dalam scam pelaburan yang bertopengkan emas, dan seterusnya menanggung kerugian.

Sebagai contoh, satu kes penipuan berlaku di Tawau pada bulan Disember lepas dimana 300 individu telah kerugian lebih RM5 juta. Mangsa diperdaya melalui tawaran pelaburan emas oleh sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan lumayan sebanyak 5 peratus sehingga 15 peratus dalam tempoh 10 hari atau RM25 bagi setiap satu gram emas dilaburkan.

Teruja dengan keuntungan dijanjikan, ada diantara mangsa yang menggadai tanah, menjual aset selain mengeluarkan wang simpanan untuk dilaburkan. (Sesiapa yang mempunyai sedikit ilmu tentang pulangan pelaburan akan tahu yang claim pulangan 15 peratus dalam tempoh 10 hari secara konsisten adalah satu pembohongan.)

Kes terkini ialah dimana seorang warga emas di Ipoh menanggung kerugian RM6 juta melalui satu skim pelaburan emas yang ditawarkan melalui medsos. Malangnya, skim itu tidak wujud pun.

Modus operandi scammers ini sama sahaja. Mereka menjanjikan pulangan yang super hebat - contoh 15% sebulan – dan menggunakan emas sebagai topeng untuk mengaburi mata mangsa. Walaupun semakin ramai orang yang membuka mata tentang kewujudan scammer begini, tetapi apa yang pasti ialah masih ada orang yang sama ada tidak tahu menahu tentang pelaburan atau tamak atau kedua-duanya sekali. Dan jumlah mereka ini sudah cukup untuk para scammer mengaut untung besar daripada operasi gelap mereka.

Jadi disini saya nak minta tuan puan dan adik-adik ambil perhatian. Jika sesuatu skim emas itu:

a)  Menjanjikan pulangan harian/mingguan/bulanan
b)  Pulangannya pula super menarik, contoh 10% atau 20% sebulan
c)  Emas itu dalam bentuk digital semata-mata (tidak ada emas fizikal ditangan pelabur)

Memang confirm skim itu adalah scam. Tak kiralah orang yang mempromosi skim itu Dato, Lebai, Dr atau kaum keluarga anda sendiri, skim itu scam. Jadi larikan diri anda, dan wang anda sejauh mungkin daripada mereka ini. Buat ini, dan anda akan berterima kasih kepada saya satu hari nanti!

Sila kongsikan post ini dengan rakan, rakan sekerja dan keluarga anda. Semoga ia dapat menolong anda supaya tidak menjadi mangsa scammer.

Kredit Nota : Tuan Azizi Ali
Selamat sejahtera semua,

⚜️ *WELCOME NEW CUSTOMERS*⚜️

Program *’Welcome New Customers (WNC)’* adalah program santai bicara tentang potensi dan kelebihan Public Gold & PGMall. Pelanggan juga boleh bertanya apa sahaja yang tidak faham tentang Public Gold & PGMall (Q&A).

1️⃣ *Slot Pertama : Apa Pelanggan Perlu Tahu?*
Speaker 1 : Cik Nur Fatma Syazana binti Mohd Hilmi (Priority Dealer)

2️⃣ *Slot Kedua : Bina Pendapatan Pasif di PG Mall*
Speaker 2: Dr Nur Anith Aminuddin (Priority Dealer)

Moderator : Encik Wan Mohd Najib bin Wan Ibrahim (Master Dealer)

Tarikh : *3 Februari 2024 (Sabtu)*
Masa : *9.00 Malam*
Lokasi : *Zoom Meeting*
https://us02web.zoom.us/j/8983655937?pwd=MzRMUzArQ0wzUmhVZUJHbmVxMThvdz09

Program ini terbuka kepada semua pelanggan-pelanggan dibawah rangkaian #PG1M dan paling penting ianya dibawakan secara PERCUMA.

Marilah _sama-sama_ kita meriahkan program ini.

Disertakan background zoom untuk digunakan dengan senyuman.

Terima kasih.

#PG1M Public Gold
_’Melahirkan Insan Celik Emas’_
Ini kasih benar PENIAGA JALANAN,
Oleh Tn Khaja Nazimudeen

teruskan..

Seorang penyimpan emas yang mana sebelum ni pernah beli emas dibawah bimbingan saya, semalam beliau hubungi saya dan bagitahu nak jual emas.

Jumlah keseluruhan emas yang beliau jual adalah lebih kurang 200gram. Tujuan jual emas adalah kerana nak buat tambahan kos bina rumah di kampung.

Ini pertama kalinya jual emas, sebab selama ni beliau hanya beli dan simpan saja. Penyimpan emas saya ni adalah seorang "peniaga jalanan" saja. Bisnes kecil-kecilan, bukan bisnes import eksport pun.

Tapi saya sangat salute kecekalan beliau, dimana bila ada lebihan daripada untung niaga tu beliau kumpul sikit-sikit duit tu dan kemudian tukarkan kepada emas.

Saya kenal penyimpan emas ni dari tahun 2016 kalau tak silap saya, sejak awal kenal memang beliau konsisten beli dan simpan emas sehingga hari ini.

Apa yang saya nak sampaikan daripada kisah penyimpan emas saya ni kepada tuan puan semua ada 4 perkara;

1) Simpan emas matlamat perlu jelas
- Penyimpan emas ni matlamat simpanan beliau adalah nak bina rumah kediaman.

2) Pendapatan kecil bukan alasan tidak menyimpan
- Penyimpan emas saya ni seorang peniaga jalan yang hanya sekadar jual air tepi jalan saja, tapi itu bukan alasan buat beliau untuk tidak menyimpan.

3) Konsisten menabung emas
- Kalau nak membina kekayaan dengan emas, perkara perlu dilakukan adalah konsisten menabung, fokus kepada matlamat dan kejar kumpul gram emas untuk kita capai matlamat.

4) Kecairan emas mudah
- Dengan Public Gold urusan jual beli emas mudah, serah duit dapat emas, serah emas dapat duit (t&c).

Semoga penyimpan emas saya ni dipermudahkan segala urusan, dan boleh terus menabung emas semula.😊

Kredit: Khaja Nazimudeen

☺️
Hati-hati ya kawan-kawan 😊
Usia beliau dah hampir 60 tahun, tapi beliau masih konsisten menabung emas dalam akaun GAP. Hari ini beliau berkongsi jumlah tabungan emasnya dengan saya.

Waktu mula-mula beli emas dengan Public Gold, beliau dah keluarkan fizikal sebab kurang yakin simpan emas dalam akaun dan saya sendiri memang galakkan penyimpan emas saya keluarkan emas fizikal. Tapi kalau risau simpan emas di rumah, boleh sahaja biarkan dalam akaun GAP. Simpan dalam akaun ni, sebanyak mana atau selama mana, tidak ada sebarang caj akan dikenakan kepada penyimpan emas.

Hari ini nilai emas dalam akaun beliau menghampiri RM75,000. Bila-bila masa beliau boleh keluarkan emas fizikal, tapi beliau memilih untuk kekalkan gram emas tersebut dalam akaun sahaja.

Emas dalam akaun GAP patuh syariah kerana ia bukan emas digital sebaliknya akaun yang disandarkam emas fizikal dan kita mempunyai akses penuh untuk keluarkan fizikal pada bila-bila masa.

Kredit nota: Tuan Mohd Nazim Badruddin