NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
PUBLIC GOLD BAYAR CASH ON THE SPOT RM 29,300

Alhamdulillah.

Tadi saya dihubungi seorang pemilik emas jenis X . Beliau bagitahu nak jual emasnya dan nak dapatkan cash segera.

Saya tanya kenapa tak jual semula kepada kedai yang dia beli.

Dia kata, kedai tersebut ambil murah 100 gram tu 28,200 sahaja dan kena tunggu 2-3 hari sebab kedai takde cash sebanyak itu sekarang.

Saya pun cadang jual terus kepada PG. Harga PG lebih mahal RM 29,300. Dah untung RM 1100. Dan saya kata, staf akan bagi cash terus hari ini.

Dia pun terus setuju. Saya guide beliau sebab beliau di KL. Saya di Taiping. Alhamdulillah. Dia terus ke Menara PG di Jalan Tun Razak dan saya minta staf bantu uruskannya.

Alhamdulillah. Selesai. Tak sampai 1 jam pun berurusan, PG bayar terus kepada pelanggan saya ini sebanyak RM 29,300.

Alhamdulillah. Syukur.

Beli emas tak perlu delay-delay.
Jual emas pun duitnya tak perlu delay-delay.

Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat tunai.

Begitu.

Kredit nota: Tuan S M Salim Sharif

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi saya,      
https://publicgold.me/rozitayakkop
UNTUK SIMPANAN JANGKAPANJANG
- Bukan Barang Kemas -

Majoriti ramai orang saya dapati salah anggapan tentang emas bentuk perhiasaan (barang kemas).

Mereka menganggap barang kemas adalah emas yang sesuai untuk dibeli dan disimpan sebagai simpanan atau pelaburan.

Sebenarnya barang kemas direka khas untuk berhias bukannya untuk disimpan sebagai pelaburan.

Kalau beli untuk perhiasaan, tak apa teruskan. Itu tidak jadi masalah.

Emas perhiasaan direka khas untuk tujuan berhias. Harga barang kemas sebenarnya jauh lebih mahal berbanding emas berbentuk jongkong atau dinar.

Kenapa?

Ia disebabkan barang kemas ada kos upah tukang.

Setiap rekaan barang kemas ada kos tambahan yang dikenakan setiap kedai emas. Lagi rumit pertukangannya, lagi mahal kos upahnya. 

Cuma kadang-kadang ada yang mempromosikan "TANPA UPAH" tapi hakikat sebenar telah diserapkan sekali dalam harga emas tersebut.

Itu belum lagi diambil kira spread (beza harga beli dan jual) pada barang kemas. Ia boleh dimanipulasi oleh tokey kedai emas. Kebiasaannya spread 18% - 25% (bergantung kedai).

Sebab itu kena tahu apa matlamat dan tujuan sebenar kita beli emas.

Kalau bertujuan tukar duit untuk disimpan jangkapanjang adalah lebih baik beli emas berbentuk jongkong atau dinar.

Ini kerana emas berbentuk jongkong atau syiling memang direka khas untuk tujuan simpanan atau pelaburan.

Harganya murah, spreadnya kecil (biasa 10% ke bawah), tiada caj upah tukang. Dan kebiasaanya harga tidak boleh di manipulasi oleh si penjual.

Sebelum membeli emas, biarlah bermula dengan ilmunya dulu agar kita tidak terkeliru di masa akan datang.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi saya di whatsapp.          
https://publicgold.me/rozitayakkop
Pencapaian Public Gold sejak tahun 2008.

Kini mempunyai 1.2 juta pelanggan berdaftar.

Sales revenue mencecah RM15 Billion.

Komisyen RM250 juta keseluruhan telah dibayar kepada semua dealer Public Gold.

65 tan emas fizikal telah dijual.

35 tan emas jualan balik dibeli.

20 Gold ATM Machine di seluruh Malaysia.

Public Gold merupakan syarikat pengeluar emas utama yang dipilih oleh rakyat Malaysia sejak 2008.

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi saya di       
https://publicgold.me/rozitayakkop
Tn Syukor Hashim bersama Tn Azizi Ali dan Dr Azizul Azli
Nota dari Mentor Tn Syukor Hashim
14 Januari 2024

Gais.

Kenapa pakar kewangan seperti tuan Azizi Ali dan Dr. Azizul Azli Ahmad bersama Public Gold dan bukan syarikat emas lain?

Mereka bagitau, dealer-dealer emas syarikat lain pun ada approach mereka.

Namun setelah mendengar cerita tentang produk syarikat berkenaan, mereka memilih untuk bersama Public Gold.

Sebab bisnes Public Gold nie mereka mudah faham.

Sebab straightforward ajer model bisnes Public Gold nie.

Anda beli emas, anda dapat emas fizikalnya.
Simple

Anda jual emas maka anda dapat balik duit.
Simple.

Kalau beli dalam akaun, anda boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram. Mudah.

Dengan Public Gold, anda tidak menghadapi risiko pihak ketiga.

Apa maksud risiko pihak ketiga?

Risiko pihak ketiga merujuk kepada potensi kerugian kepada pelanggan yang mungkin timbul daripada tindakan, keputusan, atau keadaan yang berkaitan dengan pihak lain.

Dengan kata lain, jika tersalah pilih syarikat, anda mungkin tak boleh tidur lena 😴

#NotaEmasSyukorHashim
Tips penyimpan emas berjaya 2024.

1. Ada matlamat yang jelas, sebagai contoh; dana menunaikan haji, dana beli hartanah, dana perkahwinan atau dana anak belajar.

2. Pastikan gram emas anda bertambah setiap bulan (konsisten).

3. Jika harga emas jatuh banyak (tengok graf kat goldprice.org) maka ambil peluang beli extra gram. Invest besar untuk untung besar.

4. Ingat. Walaupun harga emas naik tinggi dalam jangkamasa panjang, namun ia takde guna kalau anda hanya ada 10gram (amount kecil sangat)

5. Pastikan anda ada hak milik penuh keatas emas nie. Contohnya beli fizikal dan sinpan sendiri ataupun beli akaun simpanan emas yang anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa.

Selamat menyimpan emas dengan senyuman 😄

#NotaEmasSyukorHashim
#TabungSimpanan

MULAKAN DENGAN 10% SAHAJA.
Oleh Dr Azizul Azli

Semalam ada soalan dari kak Noorbani Hussain bertanya.

"Banyak mana kita harus menyimpan?"

Saya selalu pesan, mulakan dengan 10%, jika masih bujang ushakan jadi 30%-45% buat simpanan.

Kita belum ada komitmen rumahtangga. Kita belum ada komitmen hutang besar biasanya.

Semakin besar simpanan kita, semakin banyak pilihan hidup kita.

Kita boleh travel,
Kita boleh beli emas dan simpan,
Kita boleh beli hartanah,
Kita boleh pilih nak kahwin dengan sesiapa pun 😌

Kawan kawan,

Elakkan buat hutang kecuali dua benda besar ini. Rumah dan kenderaan.

Ada ejen emas ajar, buat hutang 'membeli emas'. Lari laju laju sampai hilang bayang.

Ada ejen bank ajar, buat hutang Personal Loan untuk simpan dalam ASB atau buat simpanan. Lari selaju kelajuan cahaya dan hilangkan diri.

Ada sifoo hartanah ajar, beli rumah sekali 3 dengan multiple submissions lebih untung, risiko kita tanggung. Dia kekal untung. Lari sejauh mungkin.

Apa sahaja ajaran yang mengajak buat hutang, dengar boleh percaya jangan dulu.

Zaman ini ramai manusia bernafsu buaya, nampak beriman tapi siapa leka bakal menjadi makanan mereka.

Kemaskini risiko hidup sebelum nak buat hutang.

Azizul Azli Ahmad

----
Rancang perjalanan dalam menabung emas tahun 2024.

Mulakan dengan 10% setiap bulan.
Gaji RM1000, simpan RM100, hujung tahun dapat +- 3.6xx gram

Gaji RM2000, simpan RM200, hujung tahun dapat +- 7.2xx gram

Gaji RM3000, simpan RM300, hujung tahun dapat +- 10.8xx gram

Gaji RM4000, simpan RM400, hujung tahun dapat +- 14.5xx gram

Gaji RM5000, simpan RM150, hujung tahun dapat +- 18.1xx gram

Bila dah berjaya konsisten 10% setiap bulan, pasti jumlah terkumpul hujung tahun adalah lebih banyak.

Apa-apa pun kena mulakan dulu. Jangan asyik mengkaji. Dah berapa tahun mengkaji?
Apa hasilnya?

Masih "0" kan...

Jangan buang masa lagi..
https://publicgold.me/rozitayakkop
Perkongsian rakan dealer dari Brunei Sumayyah

Beliau Tolong jual kan barang kemas lama customer..

Emas 22k (64.7g) and emas 18k (7.15g)

Hasilnya - RM18k tunai!!

Masyallah untung sangat!

Hari ni PG beli pada harga :
Emas 999- RM296
Emas 916 - RM271

Korang boleh walk in ke branch PG seluruh negara on office hour kecuali Menara PG Jalan Tun Razak dibuka setiap hari kecuali Public Holiday.
Ini harga 1 Dinar tahun 2014 RM590

Masa ini orang kata harga emas mahal. Sekarang harga 1 Dinar sekitar RM1400 ±, orang tetap kata mahal.

Tapi bagi penyimpan emas yang ada ilmu, belian secara paksa waktu ada duit itulah paling penting. Sebab apa?

Sebabnya, mereka tahu bahawa harga emas akan terus naik untuk jangka masa panjang dan waktu itu jika mereka tak paksa untuk membeli sebagai simpanan, mereka akan rasa rugi.

Faham dah kan. Jom simpan emas sekarang !!
Saya doakan tuan-puan dapat memiliki emas 100 gram ini suatu hari nanti

Pada Jun 2018 harganya sekitar RM17,500
Hari ini 100 gram yang sama telah naik kepada RM32,700
Dalam tempoh itu naik sebanyak 87%

Kalau jual balik hari ini, untung bersih selepas tolak spread ialah RM 12,900. Lagi lama simpan lagi banyak untung.

Tips nak dapat 100 gram mudah je. Mulakan dulu dengan bajet yang ada.

Nak siapkan sebuah rumah, bermula dengan sebiji bata. Nak ada 100 gram bermula dengan 1 gram pertama 🥰
Mahaguru Emas Malaysia En Syukor Hashim...beliau adalah mentor kami dalam dunia emas.

Tanya apa saja soalan, mesti beliau boleh jawab. Pengalaman menjadi dealer pertama Public gold sejak 2008, suatu pengalaman mahal.

Tugas kami sebagai dealer adalah membantu masyarakat menyimpan emas dgn cara yg betul, mudah dan patuh syariah.

Scam pelaburan emas terlampau byk di Malaysia.

Bagaimana cara nak elak diri terjerat dgn scam?

Baca buku, tambah ilmu ❤️
KESALAHAN KEWANGAN MENGIKUT USIA

Pada saya diusia 35-40 tahun kita sepatutnya dewasa dalam bab kewangan.

Jika kita masih masuk skim yang menipu, kena scam, percaya pada emas delay lagi, yakin boleh kaya dengan skim kutu, percaya duit boleh digandakan dengan cepat.

Kita sebenarnya belum matang bab kewangan.

Ada orang kampung, langsung tak belajar bab kewangan. Tetapi mereka matang bab kewangan. Mereka tahu mana baik, mana tipu.

Saya selalu pesan, jika kita ada perasaan tamak. Peluang kita untuk ditipu sangat tinggi dan besar.

Kawan kawan,

Semak usia kita, apakah kita hanya kaya pada jumlah usia tetapi tidak matang dalam berfikir bab kewangan kita.

Fokus pada satu atau 2 pelaburan sahaja dulu bagi mahir dan pandai, jangan nak masuk semua.

Berkawanlah dengan orang yang baik dan betul agar kewangan kita baik.

Tahun 2024 ini, belajarlah menyimpan emas agar hidup kita tak lemas. Gegadis suka lelaki banyak emas nie gais!

Kredit nota: Tuan Azizul Azli Ahmad

Jom, https://publicgold.me/rozitayakkop
DINAR EMAS
PUBLIC GOLD

Dinar sangat sinonim dengan seekor kambing. 1 dinar mampu membeli seekor kambing dari 1400 tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Hanya dengan 4.25g emas, kekal nilai & kuasa beli membeli seekor kambing.

Penyimpanan emas dengan ilmu dan matlamat, bukan sekadar membeli 1 dinar malahan banyak matlamat kewangan Kita yang boleh dicapai dengan menyimpan emas khususnyaa dinar ini.

Aqiqah = 1 dinar ( seekor kambing)
Dana kecemasan= 20 dinar
Dana Pendidikan = 50 dinar
Dana umrah/haji = 10 dinar
Dana perkahwinan = 5 dinar
Dana persaraan = 20 dinar

Matlamat di atas hanya sebagai ilustrasi panduan. Setiap daripada kita mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza.
Jika mampu menabung lebih dan perlukan dana yang lebih maka boleh setkan matlamat yang lebih.

Di akaun Emas GAP tuan puan dapat mengumpul gram emas untuk di keluarkan dalam bentuk emas fizikal mengikut matlamat tuan puan.

Jom buka akaun GAP public gold.
https://publicgold.me/rozitayakkop
Jika ada di antara sahabat atau orang sekeliling kita simpan emas, jangan keji atau cemuh mereka. Mereka bukan “gila” dunia tetapi ada kisah di sebalik simpanan emas mereka itu.

Pengalaman saya melihat banyak perkara positif tentang emas.

Antaranya:

1️⃣ Orang yang tak pernah ada simpanan duit walaupun telah bekerja selama 10 tahun. Tetapi apabila mulakan simpanan emas, mereka sebenarnya “berduit”.

2️⃣ Orang yang boros tahap kayangan. Bila cek jumlah duit dalam bank sedihnya “zero”. Jadi mereka mula alihkan duit kepada emas dan sedikit sebanyak “tabiat” boros itu hilang. Hanya tahu shopping emas.

3️⃣ Orang yang ada matlamat untuk dana pendidikan anak-anak. Kata mereka, ketika mereka sambung belajar dulu, ibu bapa mereka di kampung berkorban banyak “harta” untuk jual dan gadai, salah satunya emas.

4️⃣ Orang yang suka menyimpan duit dan tiada masalah dengan simpanan. Tetapi bila mula menyimpan emas, simpanan itu lebih bersinar kerana lebih bernilai.

5️⃣ Orang yang jadikan emas sebagai batu loncatan untuk miliki aset lain seperti rumah. Emas dijadikan deposit miliki rumah.

Kawan-kawan,

Banyak lagi contoh hendak diberikan kerana setiap daripada penyimpan emas ini mempunyai kisah yang berbeza dan menarik.

Tetapi saya ada 1 kisah yang sangat menyentuh hati saya iaitu seorang bapa yang mempunyai RM1 sahaja dalam dompet ketika berjumpa dan bercerita tentang masalah kewangan. Kesihatan kewangan beliau sangat menakutkan sehingga beliau memaksa diri menyimpan Emas. Emas tersebut digunakan untuk membayar sedikit demi sedikit hutang beliau. Bagus kan?

Emas bukan membuatkan kita “gila” tetapi emas membuatkan kita lebih waras dalam berfikir.
Kredit : Ezzy & Zaza

Berminat untuk mulakan simpanan emas?
https://publicgold.me/rozitayakkop