NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Anda baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas?

Ini panduan daripada Tuan Azizi Ali Mentor Wang Mentor Kewangan Malaysia dan juga merupakan seorang Jutawan.

Sebelum anda memulakan pelaburan (apa-apa sahaja pelaburan seperti saham, hartanah, emas, perak, cryptocurrency dan bermacam-macam lagi) terdapat beberapa proses yang perlu anda lalui.

Lima prinsip asas adalah seperti berikut:

1. Buat kajian tentang pelaburan tersebut. Belanja duit untuk membaca 10 buku tentang pelaburan tersebut. Pada peringkat ini anda mungkin mendapati pelaburan tersebut mungkin tidak sesuai dengan anda.  Namun jika anda rasa tertarik dengan pelaburan tersebut dan ingin bermula maka pergi ke langkah yang kedua.

2. Mulakan dengan modal kecil. Anda perlu merasa pengalaman membeli, menyimpan atau menjual pelaburan tersebut. Contohnya mula buka akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dengan RM100 atau mula membeli emas fizikal 1 gram atau 5 gram atau 1 dinar.

3. Konsisten. Ini adalah tips yang penting terutama untuk pelaburan yang ada naik turun harga. Anda mesti konsisten supaya anda boleh rasa pengalaman membeli ketika harga sedang naik atau sedang turun.

4. Selepas selesa dengan langkah 2 dan 3. Maka langkah yang keempat adalah melabur dengan banyak. Ini kerana prinsip pelaburan adalah melabur banyak = untung banyak.

Contoh melabur banyak adalah melabur 50% daripada lebihan tunai yang anda ada setiap bulan. Katakan harga emas naik 50% dalam masa 3 tahun, jika anda melabur RM10,000 maka anda cuma untung RM5,000 dalam masa 3 tahun, namun jika anda melabur RM1 juta, maka anda akan untung RM500,000 dalam 3 tahun.

5. Pelaburan seperti emas (termasuk saham, hartanah, minyak, bitcoin dan bermacam-macam lagi) ada turun naik harga. Jika harga emas turun, jangan panik. ini adalah normal. Anda perlu lihat pelaburan emas adalah untuk jangka panjang (3 tahun ke atas).

Harap 5 tips ini dapat membantu anda.
6 TIPS MEMANFAATKAN EMAS BAGI ORANG BERNIAGA.

Duit yang kita dapat daripada gaji, upah, komisen, untung berniaga dan sebagainya memang perlu ditukar segera kepada bentuk aset supaya ianya tidak habis begitu saja.

Aset yang paling mudah untuk dimiliki, senang diurus dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi ialah emas.

Bagi orang yang berniaga - apa saja perniagaan samada online atau offlinesaya nak kongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh memanfaatkan emas untuk pelbagai tujuan.

1. Apabila anda ada emas di tangan, anda boleh jadikan ia sebagai modal pusingan perniagaan.

Pergi saja ke mana-mana Ar-Rahnu untuk anda mendapatkan pinjaman tunai bercagarkan emas milik anda.

2. Biasanya upah simpan sekitar 1% sebulan akan dikenakan atas pinjaman tersebut.

3. Dengan tunai itu, anda boleh gunakan untuk aktiviti perniagaan dan menjana keuntungan daripadanya.

4. Asingkan terlebih dahulu modal asal daripada pendapatan untuk menebus balik emas yang digadai tadi.

5. Apa saja bahagian keuntungan yang diperolehi hendaklah ditolak 1% jumlah upah simpan emas. Lebihannya barulah dikira sebagai untung bersih.

6. Sebahagian (atau semua lebih baik) daripada untung bersih tadi, tukarkan pula ia menjadi emas supaya akhirnya, selain daripada untung dalam perniagaan, anda juga berjaya mengumpul aset dalam bentuk emas sedikit demi sedikit.

Banyak kelebihan yang anda akan dapat jika mengamalkan tips ini. Antaranya ialah :

1. Modal anda tidak hilang. Ia sentiasa terpelihara dalam bentuk emas.

2. Duit untung tidak bocor dibelanjakan kerana sentiasa ditukar menjadi emas.

3. Anda akan mengumpul aset dalam bentuk emas sedikit demi sedikit. Secara tidak sedar kekayaan dapat dibina.

4. Apabila simpanan emas anda sudah cukup 85 gram dan dikenakan zakat, maka zakat yang dibayar akan menambahkan keberkatan perniagaan anda.

Saya pernah berjumpa dengan seorang kontraktor di Kelantan.

Katanya, bila dia dapat payment untuk projek, maka dia akan alihkan sebahagian keuntungan dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, tips ini menyebabkan dia bertambah kaya.

Alasan beliau adalah seperti berikut.

“Tuan, ramai rakan-rakan kontraktor saya, bila mereka dapat payment yang banyak, mereka mula gelap mata.

Masa itulah diorang cenderung nak tukar kereta, pergi melancong ke negara jiran main golf sambil mencari cikaro.

Maklumlah poket penuh. Jadi kepala diorang tu ligat banyak.

“Jadi, untuk mengelakkan duit saya habis, maka saya tukar sebahagian profit jadi emas. Kemudian saya simpan dalam safe deposit box”

“Jika pusingan modal kurang, saya tak perlu susah hati, sebab emas yang saya simpan tu boleh digadaikan.

“Memandangkan arrahnu boleh bagi pinjaman 6 bulan maka saya tak perlu fikir bayar apa-apa selama 6 bulan. Bila saya dapat payment projek maka saya akan tebus balik emas tu”

“Lama kelamaan, emas saya akan jadi semakin banyak” ujar beliau lagi.

Jika anda seorang bisnesman, belajarlah daripada kisah ini.

Ia boleh membantu anda dalam jangkamasa panjang.

Jom mulakan, saya bantu https://publicgold.me/rozitayakkop

Dapatkan e-book percuma di sini,
https://publicgold.me/rozitayakkop/ebook
Ini goldbar 100gram emas 24K bernilai RM31,200.

5 tahun lepas sekeping 100gram ni baru RM17,200.
Kenaikan item ni sebanyak 81.40% dalam masa 5 tahun.

Emas adalah tentang masa.
Simpan emas kena banyakkan bersabar.

Cara simpan emas simple je.
menabung, peram dan lupakan.

Masih boleh tidur lena setiap malam.
Sedar tak sedar, harga dah naik.

Tak perlu monitor turun naik harga macam bursa.
Tak perlu bayar kos maintenance seperti rumah.
Takde cukai.

Mudahkan?

Semoga bermanfaat. 💪

Jom mula simpan EMAS sekarang, tekan links dibawah ini :-
https://publicgold.me/rozitayakkop

Dapatkan e-book percuma di sini,
https://publicgold.me/rozitayakkop/ebook

Terima kasih 😊😊😊
RISIKO SIMPAN RINGGIT

Harga emas jatuh dan ringgit jatuh tak sama dan jangan disamakan.

Kalau ringgit jatuh, orang akan takut simpan ringgit. Samada mereka jual atau tak terima ringgit sebagai bayaran.

Berbeza dengan emas.

Bila harga emas jatuh, orang pakat serbu kedai emas. Itulah waktunya orang berpesta beli aset mahal pada harga murah.

Jadi kalau ada duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun), tukarkan ke dalam bentuk emas.

Tak perlu lagi bimbang risiko kejatuhan nilai macam kejatuhan ringgit.

Nak mula simpan emas Public Gold, dapatkan e-book swbagai panduan di
https://publicgold.me/rozitayakkop/ebook

Boleh terus daftar akaun percuma di sini,
https://publicgold.me/rozitayakkop
Nota dari Mentor Tn Syukor Hashim
16 November 2023

Malam nie harga emas melonjak naik 14 usd/oz.

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, malam nie telah keluar satu report iaitu “US weekly jobless claim”

Jobless claim nie menunjukkan bilangan orang yang isi borang claim insurans untuk menerima manfaat hilang pekerjaan.

Laporan ini akan menunjukkan samada pasaran buruh US kuat atau lemah.

Ok, intipati laporan malam nie adalah seperti berikut:

1. Anggaran 220 ribu orang akan claim
2. Namun data sebenar adalah 231 ribu orang claim.

Jadi data sebenar adalah lebih 13 ribu daripada anggaran.

Jadi ia menunjukkan pasaran buruh lemah dan memberi gambaran ekonomi US melemah. Justeru itu, emas melonjak naik.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
ALASAN! ALASAN! ALASAN!

Berikut adalah beberapa alasan mengapa sesetengah orang tidak melabur:

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur dalam Bitcoin, mereka jawab “It’s too volatile”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur dalam unit amanah, mereka jawab “It’s too slow”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur dalam saham, mereka jawab “It’s manipulated by insiders”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur dalam emas, mereka jawab “It’s a relic investment”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur dalam ASB, mereka jawab “It’s too boring”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur dalam hartanah, mereka jawab “Harganya terlalu tinggi”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur, mereka jawab “Saya terlalu muda untuk melabur”!

Bila ditanya mengapa mereka tak melabur, mereka jawab “Saya sudah tua; jadi tak ada gunanya untuk melabur”!

Apakah alasan ‘terbaik’ yang anda pernah dengar?

Kredit : Tn Azizi Ali
10gram Gold Bar  boleh buat apa?

Okey ini adalah 10gram gold bar emas
Public Gold.

So,Apa yang boleh buat dengan 10gram
Gold Bar ini.

Baca , sampai habis

PERTAMA💥
Kalau nak kahwin simpan 10 keping emas
10gram ni,Nanti boleh kahwin tanpa hutang.

KEDUA💥
Korang simpan 11 keping emas 10gram ni
Nanti korang boleh buat bayar deposit rumah
Rumah yang harga RM300,000 dan ke atas.
seronok kan .

KETIGA💥
Seterusnya untuk dana kecemasan
Korang simpan 15 keping emas 10gram ni
supaya dana kecemasan korang tu cukup untuk 1 family.

KEEMPAT💥
Dana pendidikan anak-anak ,
ibu-ayah boleh simpan 15  keping emas 10gram ni,supaya anak-anak kita nanti boleh sambung belajar tanpa buat hutang.

KELIMA💥
Yang terakhir untuk dana persaraan
korang simpan 65 keping emas 10gram ni,Supaya nanti boleh bersara dengan selesa.
okey,kita simpan emas ni kena ada matlamat yang jelas

Keputusan dan tindakan you hari ini akan menentukan apa yang you akan dapat.

Kredit: Pn Zuzue

Jom mulakan,
https://publicgold.me/rozitayakkop
Gais. Cammana nak rasa seronok simpan emas? Apa kaedahnya?

Sebelum tu. Nak tanya? Kenapa kita seronok tengok bola? Apa yang best sangat?

Jawapan. Sebab ada palang gol. Palang gol membolehkan pemain-pemain membuat jaringan gol. Itulah matlamat sebenar main bola. Untuk gol.

Kalau takde palang gol, apa akan jadi? Akan terus hilang keseronokan main bola. Malah ia jadi tak logik nak tengok bola. Langsung tak best.

Sama juga dengan aktiviti membeli/melabur dan menyimpan emas. Ia seronok dibuat jika anda set gol...

tanpa set gol macammana nak rasa seronok?

Tips! Bagaimana cara nak set gol dan simpan emas.

Mula-mula anda kena fikir apa gol dalam hidup anda? Nak simpan dana kecemasan 6 bulan gaji? nak kahwin? Nak backpack pusing dunia? Nak bersara dengan selesa? Nak beli rumah impian? Nak beli rumah 10 biji untuk investment? Atau nak simpan untuk dana pendidikan anak-anak.

Bila dah jelas gol tu, barulah clear sket nilai duit yang anda perlu ada bagi merealisasikan impian itu. Saya tahu, ia mesti mencecah 6 angka ke 7 angka kan? kan? kan?

Pastu cuba fikir, berapa masa yang anda perlukan untuk mencapai nilai simpanan tersebut. Saya pasti. Mesti akan memakan masa bertahun-tahun kan?

Mungkin gol anda memerlukan jangka masa panjang (4 tahun++)  dan ada gol anda yang memerlukan jangka masa pendek (1-3 tahun)

Lepas itu, buat strategi untuk simpan sebanyak mungkin duit anda dalam bentuk emas. Buat simpanan automatik seperti Standing Instruction atau belian secara 10 bulan Easy Payment Purchase.

Kenalpasti kehendak dan keperluan. Tinggalkan kehendak, beli benda-benda perlu. Duit lebihan tukar dalam bentuk emas.

Kemudian lihat gram emas anda bertambah banyak dan enjoy!

Pastikan gram emas anda bertambah setiap bulan ye. Konsisten/istiqamah.

#NotaEmasSyukorHashim
#OrangMudaTetapiKaya

https://publicgold.me/rozitayakkop

Dapatkan lebih info dlm e-book ini,
https://publicgold.me/rozitayakkop/ebook
Bagaimana EMAS membantu anda dalam menyimpan?

Emas adalah aset yang sesuai untuk dijadikan “Forgotten Saving” iaitu simpanan yang dilupakan. Caranya mudah, simpan dan lupakan.

Nasihat pakar kewangan, Tuan Azizi Ali,

“Orang yang tidak menyimpan, tidak akan kaya”

Ramai daripada kita susah untuk menyimpan duit setiap bulan sebab tiada disiplin dalam menyimpan. Pantang nampak duit dalam poket, mesti nak berbelanja. Belum hujung bulan, duit simpanan hilang tak dapat dikesan.  Di sinilah emas memainkan peranan yang penting sebagai simpanan yang dilupakan supaya tidak terguna dalam berbelanja.

Cara paling mudah, mulakan simpanan 1 gram 1 bulan. Beli, simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Hujung tahun, dalam akaun dah ada 12g emas. Inilah duit simpanan kita bulan-bulan sebenarnya. Selamat daripada dibelanjakan kepada perkara yang tak penting.

“Aku boleh simpan duit setiap bulan, buat apa beli emas”

Tahniah jika anda konsisten boleh menyimpan duit. Bezanya, dalam jangka masa panjang, nilai emas meningkat manakala nilai matawang kertas yang kita gunakan semakin merosot akibat inflasi yang berlaku.

Sebagai contoh kita ada simpanan RM10,000. Dalam masa 10 tahun, walaupun angka duit masih sama RM10,000 tetapi nilainya telah merosot dan kuasa beliannya menurun.

Berbeza dengan emas yang nilainya sentiasa kukuh dan bernilai kerana nilai emas bergantung kepada ketulenan dan beratnya manakala duit kertas pula hanyalah kertas yang dipaksa menjadi bernilai oleh kerajaan yang memerintah.

Harga emas jatuh ➡️ ia tetap emas dan bernilai.

Nilai matawang jatuh ➡️ ia hanyalah kertas.

Semoga bermanfaat.
𝘽𝙚𝙧𝙖𝙥𝙖 𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙚𝙧?

Sebenarnya ia bergantung kepada matlamat kita.

So the only push factor untuk kita konsisten menyimpan emas adalah focus kepada Goals atau Matlamat masing2.

First step lepas buka akaun emas, set matlamat yg jelas, and just FOCUS Contoh:

🎯 Dana pendidikan anak 200gm
🎯 Dana persaraan 1000gm
🎯 Deposit beli rumah 100gm
🎯 Hantaran kahwin 50gm

Susah ke nak achieve target simpanan tu?
Tak susah kalau kita ada high determination, disiplin and fokus nak achieve matlamat tadi.

So macam mana cara nak konsisten simpan emas ni? Ni cadangan saya:

1. Target simpan 1gm 1 bulan. Setahun dapat 12gm.
2. Target simpan 9gm sebulan. Setahun dapat 108gm.

So contohnya anak muda yang nak kumpul belanja duit hantaran perkahwinan tu, cuba guna teknik di atas. Insya Allah cepat dapat kumpul 50gm tu bila kumpul emas.

Sebab duit senang nak terbelanja. Tapi duit bila dah ditukar kepada EMAS, confirm kekal lama sebab kita sayang nak jual.

Dapat sesuatu? Klik

https://publicgold.me/rozitayakkop
RISIKO SIMPAN RINGGIT

Harga emas jatuh dan ringgit jatuh tak sama dan jangan disamakan.

Kalau ringgit jatuh, orang akan takut simpan ringgit. Samada mereka jual atau tak terima ringgit sebagai bayaran.

Berbeza dengan emas.

Bila harga emas jatuh, orang pakat serbu kedai emas. Itulah waktunya orang berpesta beli aset mahal pada harga murah.

Jadi kalau ada duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun), tukarkan ke dalam bentuk emas.

Tak perlu lagi bimbang risiko kejatuhan nilai macam kejatuhan ringgit.

Dapat ilmunya?

Jom mula menabung emas hari ini 🥰

https://publicgold.me/rozitayakkop
Bila waktu terbaik beli emas?

Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.

Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah.

Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.

Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark.

Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.

https://publicgold.me/rozitayakkop
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah  telah bersabda:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

Kalau dominan Israel dan US jatuh, ia collapse sekali dengan banking system. Termasuklah emas-emas digital.

Alih sebahagian dalam bentuk fizikal. Dalam pegangan tangan kita.

Kredit : Hafizul Hakim

Jom mulakan simpanan emas, klik
https://publicgold.me/rozitayakkop
Keluarga Dinar Public Gold

1/2 dinar = 1.125 gram
1 dinar = 4.25 gram
5 dinar =21.25 gram
10 dinar = 42.5 gram

Semua dinar berketulenannya 999.9

Bagaimana cara memilikinya?
Ada 3 cara.

1. Outright purchase (cash and carry)
2. Belian Epp10x (bayar 10 bulan).
3. Keluarkan daripada akaun GAP anda.

Harga emas sekarang menarik. Lebih kurang RM324 segram.

https://publicgold.me/rozitayakkop
Nota dari Mentor Tn Syukor Hashim
18 November 2023

Masuk kedai eco kejap tadi.

Saya masih ingat zaman kedai eco dipanggil kedai 2 ringgit.

Lepas tu logo mereka pun seolah-olah 2.00, menggambarkan harga barang mereka 2 ringgit.

Namun inflasi menyebabkan kedai eco pun naik harga RM2.40, jadi RM2.00 tu memang kenangan silamlah jawabnya.

Maksudnya barang naik harga 20%.

Sekarang nie ada ura-ura beras putih tempatan akan naik harga.

Pengilang minta harga naik kepada RM3.20 sekilo berbanding harga sekarang RM2.60 sen sekilo sekarang.

Pengilang cakap harga ini tak disemak sejak 15 tahun sedangkan kos pengeluaran padi semakin meningkat.

Gais.

Ada 2 perkara yang boleh menyebabkan kesan berantai inflasi jika ia naik harga.

Iaitu food dan energy (makanan dan tenaga).

Inflasi yang tidak terkawal boleh menyebabkan rakyat naik minyak.

#NotaEmasSyukorHashim