Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.15K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Di akhir tahun 2020 ni , aku tutup dengan simpanan emas. Dan yang pastinya di awal tahun 2021, aku akan buka dengan simpanan emas juga.. 😍😍😍In syaaAallah..

Kawan.... simpanlah emas untuk simpanan tua kita sebab emas adalah aset yang mudah di beli dan mudah dijual serta penyimpan nilai yang terbaik.

Selamat Tahun Baru Buat Semua. Semoga tahun 2021 lebih baik untuk kita semua..

#kakinaPublicGold
#TabungEmas

TAHUN LEPAS BERAPA?

Tiap kali bila muncul tahun baru, kita di pamerkan dengan harga emas tahun lepas, dan kita bergumam

"Kenapalah tak beli dulu ya"

"Murahnya harga dulu ya"

Kita pujuk hati dengan kata, nantilah ada duit lebih aku beli simpan.

Awal tahun 2019 harga emas satu gram cuma RM198 dan semalam harga emas ditutup dengan harga RM270.

Kita masih gumam bibir geram dan sedikit kecewa sebab belum bermula beli emas untuk simpanan keluarga.

Zaman mak saya katanya, emas dijual guna ukuran mayam. 1 mayam emas baru RM15.00 katanya.

Semayam adalan 3.37 gram emas! Itu zaman dulu dulu, jangan dikenang kisah silam. Nanti kita kecewa.

Kawan kawan yang baik,

Hari ini harga emas 1 jan 2021 bermula dengan RM272 segram.

Ingat, ini tahun baru 2021 kita yang punya. Bukan milik corona lagi.

Jadi, apa kata kita mulakan tahun baru hari ini dengan cubaan beli 1 gram emas.

Jika rasa 1 gram kecil sangat belajar beli 1 dinnar, 5 dinnar atau 10 dinar sebagai permulaan tahun baru.

Tak puas juga apa kata beli terus sekilo emas?

Padan muka.

Kita tengok harga januari tahun 2022 jadi berapa pula .

Boleh jadi naik boleh jadi turun, itulah pelaburan .

Dari jadual ini ada sekali turun tahun 2015. Bermakna dari 12 unjuran ada sekali turun dan 11 naik.

"Ah besok besok lah beli"

Apa kata kita beli 1 emas sempena 1 januari 2021 sebagai motivasi diri tahun baru.

Orang beli Honda City dapat duit dividen ASB dan KWSP, kita beli emas sampai lemas.

Biar tahun ini lebih bersinar dari tahun 2020 yang lalu.

Kita beli dan belajar simpan emas baik baik. Genap setahun kita lihat perbezaan harganya pula.

Ada berani?

Setakat azam kurus dan putih itu biasa. Azam kita mula simpan emas wawasan hari pertama tahun baru ini.

Belajar beli emas disini kawan kawan



bit.ly/FREE_RegisterPGMall

Gadis manis dan jelita ini akan bantu anda ada emas pertama.

https://heylink.me/mazlifah


#AzamSampaiJadiEmas
Kalau impian ingin berjalan 1000 meter sehari, ia bermula dengan langkah pertama.

Kalau impian ingin mendaki gunung yang tinggi, ia bermula dengan dakian yang kecil.

Kalau impian ingin bermula menyimpan emas, ia bermula dengan 1 Gram Pertama.

Orang cerdik pandai selalu berpesan, "tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua". Kita ubah kepada "tak dapat simpan banyak, jangan tak simpan langsung".

Begitulah
Channel photo updated
Channel name was changed to «TIPS KEWANGAN DAN ILMU EMAS PUBLIC GOLD (Kak Ina/Mazlifah) 😍»
OFFER SAMPAI HARI AHAD YA
Jika mulakan dgn GAP
.. Mcm mna keuntungan dikira.. Maksudnya.. Cth sy simpan rm10 ribu... So akn dpt berapa dan bila blh ambil?

Ada yang beratnya macam ni ya.. Jom kita dengar jawapan BAGI soalan ini...
Audio
Audio from Mazlifah/Kak Ina/Mami
10 F A K T A G O L D B A R / D I N A R

Emas bentuk goldbar dan dinar adalah aset fizikal yang boleh dibuat simpanan dan pelaburan untuk masa depan.

Saya kongsikan 10 fakta yang berkaitan dengan goldbar dan dinar yang kita perlu tahu:

1. Emas yang berketulenan 999.9 (24K); emas tulen yang tiada unsur campuran logam yang lain. Ada sebahagian dinar berketulenan 916 dan 917.

2. Harga per gram emas lebih murah tanpa upah tukang (workmanship fee) yang tinggi, biasanya kos pembuatan emas dipanggil sebagai caj premium.

3. Berbentuk petak untuk goldbar dan berbentuk bulat (coin) untuk dinar. Berat seragam untuk 1 dinar adalah 4.25 gram.

4. Ada pelbagai saiz yang bersesuaian dengan bajet kita; goldbar boleh dimiliki dengan hanya serendah 0.1 gram dan dinar boleh dimiliki dengan serendah ¼ dinar.

5. Goldbar dan dinar boleh digadai di arrahnu dan boleh dapat gadaian (pinjaman) yang lebih tinggi. Had pinjaman dan kadar upah simpan berbeza bergantung untuk setiap arrahnu.

6. Goldbar dan dinar sahlaku untuk dijual di mana-mana kedai emas di seluruh dunia, harga belian balik berbeza untuk setiap kedai. Sebaiknya jual balik emas di kedai/syarikat emas yang kita beli dulu untuk dapatkan harga yang lebih tinggi.

7. Susut nilai (spread) goldbar dan dinar adalah rendah berbanding barang kemas, nak untung cepat dan maksimum boleh simpan goldbar dan dinar.

8. Cara penyimpanan goldbar dan dinar sangat mudah; boleh simpan sendiri di rumah atau boleh sewa ‘safety box’ di mana-mana bank yang menyediakan servis ini.

9. Ada pelbagai edisi dan corak untuk dibuat koleksi simpanan, boleh dijadikan hobi yang menguntungkan di masa depan.

10. Simpan goldbar dan dinar diwajibkan bayar zakat jika simpanan kita cukup 85 gram (20 dinar) dalam masa setahun, zakatnya adalah 2.125 gram (½ dinar).

10 fakta diatas perkara asas yang kita perlu tahu sebelum kita membeli emas goldbar dan dinar, bila dah ilmu mudah untuk kita buat pertimbangan dengan lebih baik.

Jangan beli emas ikut-ikut orang, belilah emas ikut pada poket kita sendiri dan ilmu yang kita ada. Insyaallah dengan ilmu dan tindakan yang betul kita boleh sama-sama buat untung dengan emas.

Konsep kaya dengan emas; “slowly but surely.”

nota: goldbar atau dinar? Ada dua-dua lebih baik.

Nak belajar memilikinya? jom saya bantu:

www.wasap.my/60134506989/MulaSimpamEmas

#kakinaPublicGold