Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.17K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
TIP MENJADI ORANG YANG MENARIK.

Tips ini semua di ambil dan dikumpul dari posting Puan Ainon setiap pagi. Kalau hampa boleh baca sampai habis, hampa memang MENARIK.😂😍

1 - Suka bercakap baik dan berbuat baik kepada sesiapa yang kebetulan ada di depannya.

2 - Menggunakan media sosial sebagai tempat menjalin hubungan baik, bukan tempat merungut dan marah-marah.

3 - Pandai menggembirakan hati orang yang menolong biarpun pertolongan itu amat kecil.

4 - Suka memuji kebaikan dan kelebihan orang lain di belakang mereka.

5 - Mudah setuju dengan pendapat dan pandangan rakan bual. Pandai bercakap ikut flow perbualan.

6 - Pura-pura macam tidak pernah nampak salah silap dan kelemahan orang lain. Cakap hal baik-baik saja.

7 - Apabila berbual-bual, bibir kita berfungsi serupa 'feel good channel'.

8 - Apabila berterima kasih, sebut ayat lengkap. Contoh: "Terima kasih sebab ingat saya yang sedang demam."

9 - Sentiasa mahu mengucapkan kata-kata booster yang sedap didengar.

10 - Tidak suka merungut. Tidak suka komplen. Tidak suka tengok salah silap orang.

11 - Suka senyum, ini cerita lain.
Suka membuat orang tersenyum, ini cerita lain.

12 - Semasa menulis posting, kita senyum. Biasakan sambil menaip, sambil senyum. Begitulah gaya selebriti.

13 - Peminat kita mahu membaca kata-kata boosters yang membuat mereka hepi.

14 - Apabila menulis posting, bayangkan semua orang yang membaca posting kita adalah peminat kita.

15 - Apabila menulis di FB, bayangkan kita seorang selebriti yang mahu menulis untuk bacaan peminat kita.

Contoh boomerang effect:

Dia kata, "Wah! Awak makin cantik!" Kita balas, "Awak pun apa kurangnya. Sejak dulu tetap cantik."

16 - Lakukan boomerang effect. Apabila orang mengkomplimen kita, kita komplimen dia pula!

17 - Apabila kita tengok orang itu macam down, ucapkan kata-kata booster kepadanya.

18 - Contoh kata-kata boosters: "Bagusnya.", "Sedapnya.", "Eloknya.", "Seronoknya.", "Saya suka."

19 - Apabila setuju, cakaplah kita setuju. Apabila tidak setuju, simpan dalam hati. Jaga hubungan baik.

20 - Ucapkan kata-kata yang berfungsi macam pil booster. Orang yang mendengar rasa hepi dan naik semangat!

21 - Apabila berbual tiada keluh-kesah, tiada komplen, tiada merungut-rungut.

22 - Kepada orang yang tak berapa rapat, beri komplimen setahun sekali sudah cukup.

23 - Ucapkan komplimen secara private, yakni tidak ada orang lain yang mendengar.

24 - Belajar mengucapkan kata-kata komplimen, iaitu pujian kecil.

25 - Pilih kata-kata kita. Bercakap dengan menggunakan kata-kata yang orang suka mendengarnya.

26 - Tidak semua orang tampan dan cantik. Tapi semua orang boleh menjadi orang yang menarik.

27 - Orang itu anggap kita rakan bual yang interesting. (Kita pula anggap dia rakan bual amat boring, asyik cerita hal dirinya saja!)

28 - Manusia berminat dengan dirinya sendiri. Berilah dia peluang bercerita tentang dirinya sendiri.

29 - Kita boleh menjadi orang yang interesting. Cuma bezanya apakah percakapan kita interesting, itu saja.

30 - Fitrah manusia, dia suka mendengar bunyi yang keluar dari mulutnya sendiri! Kikiki....

31 - Kita jangan bercerita seputar diri kita. Kita dorong orang itu supaya dia bercerita tentang dirinya.

32 - Kita jangan banyak bercakap. Kita mesti pandai dorong orang itu supaya dia yang banyak bercakap.

33 - Dalam menjalin hubungan baik, menjadi orang yang interesting itu lebih penting daripada menjadi orang yang handsome.

34 - Perkenalkan kawan kita kepada kepada kawan kita supaya mereka berkenalan dan mendapat manfaat.

35 - Apabila mendengar ucapan, kita menjadi orang pertama memberi tepukan.

Jika ianya bermanfaat sila klik LIKE dan SHARE

Dikumpul oleh MAZLIFAH @ KAK INA

#SenyumPastiAndaAkanNampakMenarik
#kakinaPublicGold