Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.12K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Soalan lazim berkenaan GAP PUBLIC GOLD

1. Selepas belian, berapa lama tempoh boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Emas fizikal boleh terus dikeluarkan dari akaun GAP selepas Public Gold update
pembelian tersebut ke dalam GAP Statement di website www.publicgold.com.my.
Public Gold ambil masa 2 hari bekerja untuk proses.

2. Bagaimana cara keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Sebaiknya telefon cawangan Public Gold terdekat terlebih dahulu dan beritahu jenis item dan bilangan item yang nak dikeluarkan dari akaun GAP. Kalau stok dah ready, boleh terus datang ambil.
Kalau stok belum ready, minta mereka “reserve” stok dan contact semula bila stok
baru dah sampai.
Kalau urgent, boleh contact mana-mana 18 cawangan Public Gold lain yang ada ready
stock untuk keluarkan emas tu.

3. Apa dokumen yang kena bawa untuk keluarkan emas fizikal?
Perlu tak simpan slip pembayaran asal?
Bawa (1) kad pengenalan dan (2) duit caj premium sahaja. Slip pembayaran asal tak
diperlukan sebab ia sudah disimpan dalam sistem Public Gold.

4. Boleh tak buka akaun GAP untuk anak berumur bawah 18 tahun? Berapa minimum umur untuk buka GAP?
Boleh. Tak ada umur minimum. Bayi baru lahir pun boleh buka Akaun GAP. Cuma
untuk 18 tahun ke bawah, perlu buka AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa. Pilih salah
seorang penama bersama, samada akaun bersama ibu atau bersama bapa.

5. Boleh tak beli emas GAP dengan hanya RM100?
Boleh, kaedah itu sudah disahkan patuh syariah. Tapi saya syorkan beli mengikut
gandaan 1 gram supaya mudah kiraannya. Genapkan gram terdekat.

6. Kalau nak jual emas GAP, adakah perlu keluarkan emas fizikal terlebih dahulu?
Tak perlu. Boleh terus jual secara online. Login web > My GAP > Buy Back.

7. Berapa caj pengeluaran yang dikenakan semasa keluarkan emas fizikal dari GAP?
Bayar caj premium sahaja atas SETIAP KEPING (bukan setiap gram) mengikut jenis
item yang nak dikeluarkan.

8. Kalau keluarkan emas fizikal, berapa baki minimum perlu tinggalkan dalam akaun GAP? Boleh tak keluarkan kesemua emas dari akaun?
Boleh keluarkan kesemunya tanpa tinggalkan baki. Tetapi paling baik tinggalkan baki
minimum 1 gram supaya akaun GAP tersebut kekal aktif. Kalau keluarkan semua
tanpa tinggalkan baki, Public Gold anggap akaun GAP itu ditutup (sama macam akaun
bank juga). Bila nak buat belian akan datang, Public Gold kenakan caj activation fee
RM50. Jadi saya syorkan tinggalkan bagi 1 gram, kecuali memang dah tak nak beli
melalui GAP pada masa akan datang.

9. Adakah syarat wajib kena beli setiap bulan?
Tak ada. Kita bebas untuk beli dan jual pada bila-bila masa tanpa had.

10. Berapa lama tempoh masa dibenarkan simpan dengan Public Gold? Berapa had kuantiti emas? Dan berapa cajnya?
Tiada had masa, dan tiada had kuantiti. Ianya PERCUMA.

11. Adakah harga GAP lebih mahal berbanding pembelian non-GAP?
Tak tentu. Harga emas GAP disemak setiap pukul 12.00 malam, manakala harga emas
pembelian biasa (non-GAP) disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.
Kalau harga emas dunia menaik, biasanya harga GAP lebih murah. Kalau menurun,
biasanya harga GAP lebih mahal.

12. Apa item yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP?
Semua jenis dinar dan gold bar (kecuali item gold bar 0.5 gram) LBMA, Bungamas dan
Tai Fook. Sebahagian foto item emas tersebut boleh lihat DI SINI.

13. Boleh tak saya keluarkan item “dinar” dari akaun GAP?
Boleh. Asalkan cukup gram dalam akaun GAP. 1 dinar = 4.25 gram. Maksudnya kena
ada sekurang-kurangnya 6 gram dalam akaun GAP supaya dapat tinggalkan minimum
1 gram dalam akaun.

14. Bolehkah emas fizikal yang sudahpun dikeluarkan, dimasukkan semula ke akaun GAP?
Tak boleh. Kena jual emas tu dulu, kemudian beli balik masuk ke akaun GAP. Kaedah
begitu merugikan.

15. Bolehkah wakilkan kepada orang lain untuk keluarkan emas fizikal dari akaun GAP bagi pihak kita?
Tak boleh. Sama macam akaun bank, hanya pemilik akaun sahaja dibenarkan keluar
emas fizikal dari mana-mana cawangan Public Gold. Walaubagaimanapun anda boleh guna kaedah GIT. Emas anda dipos kerumah anda. Caj dikenakan.

16. Adakah GAP dilindungi insuran?
Ya. E
mas GAP disimpan di safe deposit box di bawah kendalian Public Safe
(www.publicsafe.com.my). Dan ianya dilindungi insuran.

17. Apakah bukti emas yang disimpan di dalam GAP itu wujud?
Buktinya, kita boleh keluarkan emas itu bila-bila masa dari mana-mana 18 cawangan
seluruh Malaysia. Kalau item yang kita pilih belum ada ready stock di cawangan
terdekat, kita diberi pilihan:
a. tunggu stok baru sampai dari HQ, atau
b. keluarkan daripada cawangan lain, atau
c. pilih item lain yang sama berat dengannya.

18. Kalau berlaku apa-apa kepada Public Gold, bagaimana cara keluarkan emas tersebut?
Pertama sekali, kena jelaskan apa yang dimaksudkan dengan “berlaku apa-apa” itu.
Sebarang perkara yang luar jangka, kita pun tak dapat jangka apa yang berlaku.
Sebagai contoh tahun 2015, berlaku krisis kewangan di Greece yang menyebabkan
duit di bank pun tak dapat dikeluarkan! Ia perkara luar jangka.Jadi kalau rasa 'tak lena tidur' simpan emas dengan Public Gold, kita boleh keluarkan emas tersebut dan simpan sendiri sahaja. GAP lebih sesuai untuk siapa yang takut risiko simpan emas sendiri, dan percayakan Public Gold untuk simpankan.

19. Kalau berlaku kematian, bolehkah waris keluarkan emas tersebut?
Boleh. Syaratnya, ahli waris mesti bawa Surat Kematian & Surat Kuasa Pentadbir
Harta Pusaka. Ini prosedur biasa mengurus harta si mati sama seperti akaun bank.

20. Boleh nak tengok emas yang kita beli itu?
Boleh tengok item-item emas itu di cawangan Public Gold, tetapi pembelian GAP bukanlah membeli ITEM, tetapi kita membeli GRAM emas. Emas yang kita beli itu disimpan dalam bentuk “pool” bersama dengan pembeli yang lain.Katakanlah kita membeli 5 gram, dan kesemua pembeli GAP seluruh Malaysiaberjumlah 100kg, maka Public Gold akan simpankan 100kg emas dalam pelbagai saiz di Public Safe Deposit Box (di Penang). Kita memiliki 5 gram daripada 100kg itu.
Bila nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, waktu itu barulah kita pilih apakah
jenis item yang mahu dikeluarkan. Boleh pilih samada (1) gold bar 1 gram x 5 keping,
atau (2) gold bar 5 gram x 1 keping. Bila dah keluarkan dari mana-mana cawangan
Public Gold, maka bahagian kita akan dihapus (dalam rekod) daripada 100kg itu.

Persoalan anda masih belum terjawab?
Kurang penjelasan? Keliru? Atau nak daftar terus? Boleh hubungi saya.
TIPS PAJAKAN

1 - Pilih item yang hanya cukup cukup untuk jumlah yang hanya kita perlukan sahaja sebagai gadaian. Contoh jika kita memerlukan wang sekitar RM500, jadi pajak emas sekitar 1dinar sahaja. Sebab kalau pajak yang besar nanti duit selebihnya pasti kita akan belanja habis kan..

2 - Kalau kita ada item yang kecil2 dan yang besar, lebih baik pilih item yang kecil-kecil berbanding yang besar.

Contohnya jika kita perlu pajak 50gram emas. Lebih baik kita pajak yang 10gram 5 keping dengan surat yang berasingan berbanding yang 50gram sekeping.

Sebabnya bila kita pajak yang 10gram 5 keping memudahkan kita untuk menebus kembali sekeping sekeping dan ini akan mengurangkan kos upah simpan.

3 - Sebelum pajak emas itu, snap gambar dan simpan, sekurang-kurangnya jika kita tak mampu untuk bayar pinjaman itu, kita boleh iklankan untuk dijualkan pada kawan kawan -kawan terdekat kita.

4 - Jika tak mampu untuk bayarkan jumlah pinjaman sekaligus, kita boleh aja bayar pinjaman itu secara ansuran setiap bulan atau pada bila-bila masa kita ada duit.

5 - Pastikan sebelum buat pajakan itu, kita ada perancangan kewangan bagaimana untuk menebus pajakan itu.

6 - Jika sudah cukup tempuh untuk kita tebus barangan yang dipajak itu tapi kita masih belum mampu untuk buat bayaran, kita boleh aja buat pertukaran surat perjanjian atau tukar surat.

7 - Jangan sesekali pajak emas beli emas, pajak lagi dan beli lagi kemudian pajak lagi dan beli lagi. Ini bermakna anda bakal kehilangan semua emas anda jika tiada sumber untuk menebusnya.

Jika ianya bermanfaat boleh klik SHARE untuk manfaat bersama.

#kakinaPublicGold
Berat : 8.78 - 8.85g
Length : 17cm
Lebar : 0.7cm
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Ini adalah ringkasan peristiwa-peristiwa yang menggerakkan harga emas sepanjang 2 minggu pertama tahun 2020.

Jika anda boleh melihat bagaimana peristiwa-peristiwa tertentu boleh menggerakkan harga emas (samada naik atau turun) maka anda boleh jadi pelabur emas yang baik :)

A - Jeneral Iran Qasem Soleimani telah dibunuh dalam serangan dron pada hari Jumaat 3/1/2020. Memandangkan pasaran saham ditutp pada hujung minggu maka kesan serta merta tidak dapat dilihat. Pada masa ini Iran telah mengancam untuk membalas dendam ke atas Amerika dan Donald Trump pula memberi amaran akan bertindak balas jika Iran menyerang aset/sekutu/kepentingan Amerika. Ketegangan geopolitik meningkat.

B - Harga emas meningkat dengan mendadak apabila pasaran dibuka, kesan daripada ketegangan Iran vs US. Ketika ini Iran berkabung 3 hari. Harga emas kemudian menurun kerana tiada reaksi dari Iran.

C - Harga emas meningkat dengan mendadak pada 8/1/2020 (USD1611 usd/Oz) akibat bedilan roket daripada Iran ke atas markas tentera Amerika di Iraq. Market takut kerana serangan ini boleh menjadi punca konflik yang lebih besar antara Iran dan US.

D - Harga emas kembali turun setelah market mendapat tahu bahawa serangan ini tidak mengorbankan nyawa tentera US dan Iran telah memberikan amaran awal 6 jam sebelum melancarkan serangan roket keatas pengkalan tentera tersebut. Iran kemudian mengeluarkan kenyataan tidak mahu konflik ini berpanjangan. US juga tidak mahu konflik ini berpanjangan. Jadi tiada tindakbalas senjata dari US. Market lega dengan perkembangan positif ini dan harga emas kembali reda (menurun). Tiada risiko perang.

E - Pada 10/1/2020 laporan pekerjaan US dikeluarkan. Jumlah pekerjaan yang dicipta di US pada bulan disember adalah 145 ribu berbanding jangkaan 162 ribu (miss target). Jadi harga emas naik kerana data laporan pekerjaan yang kurang memberansangkan.

F - Financial market mendapat berita bahawa US dan China akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 pada 15/1/2020 Ini dilihat sebagai petanda positif bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara US dan China.

Pada hari Isnin 13/1/2020 US telah mengeluarkan laporan yang menyatakan mereka tidak lagi melabelkan China sebagai pemanipulasi matawang. Ini sekaligus memberikan reaksi positif kepada pasaran saham dan matawang Yuan dan ia mengakibatkan harga emas jatuh.

Sekian laporan prestasi harga emas untuk 2 minggu 😀
Sapa yang nak lock ni cep t ya. Sebab lagi 2 hari dah nak tutup dah. Harga murah ni dan boleh pakai lasak serta cantik meletop.. Masa ni harga murah lagi depa buka promosi ni.Lani harga emas dah naik.. Nak cepat pm kak ina ya.. Sebulan RM240 sahaja.
Contoh bayaran bulanan