Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.14K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Harga 1kg emas secara purata sejak tahun 2021. Pada 23Mei 2024 1kg emas dah cecah RM385,000

Tapi hari ni 1 kg dah jatuh harganya ke RM373K sahaja.

Banyak kejatuhan ya, patut la ramai yang lock 1 kilo..
PRICE UPDATE πŸ₯³

Harga emas kembali mendaki, probably akan naik kepada Rm380 segram jika trend ini berterusan.

Boleh top up GAP masing-masing malam ni sebelum 12am ya! πŸ˜€
3 SEBAB ORANG SIMPAN EMAS

Sebab ke-3 paling ramai kata ya.

1️⃣ Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2️⃣ Emas boleh dicagarkan di ar-rahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan. Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3️⃣ Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja. Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit. Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

Begitulah.

Nak mulakan serendah RM100 pun boleh. Klik sini, saya bantu 😊
.
#PG1M
Walaupon harga emas meningkat kepada RM380/gm hari ni, tapi anda masih jimat berbanding harga emas tertinggi RM399/gm

Jimat RM19/g!

Apa faktor harga emas menjunam sehingga RM19 per gram?

1️⃣. Bank China stop beli emas besar-besaran.
2️⃣. Data pekerjaan US tunjukkan peningkatan.

2 faktor ini yang menyebabkan harga emas dunia turun. Dapat sesuatu?

Dari harga tertinggi RM399/g ke RM380/g hari ini,
Peluang beli aset emas pada harga diskaun!

Nak mulakan simpanan emas boleh terus wasap saya
http://kakinapublicgold.wasap.my/

Harga emas diikat dengan USD. Setiap kali ada news besar mengenai ekonomi US, ia mempengaruhi harga emas dunia.

Harga tengah on the way naik, sebab tu jangan bertangguh lagi πŸ˜€
Price Alert πŸ₯³

Harga emas fizikal tengah jatuh ke paras Rm379.70

Masa terbaik untuk lock epp10 bulan atau buat belian secara full payment.

Apa itu kaedah epp 10 bulan?

https://boards.com/a/z1nt3k.vEFBo5
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Minggu ni minggu gaji. Hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Kalau start simpan awal tahun, sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Jom kita mulakan bersama-sama menyimpan emas demi masa depan.

Semoga bermanfaat.
Photo from Mazlifah /Kak Ina
1gm = RM385
2gm = RM770

Tak mampu simpan 1gm, boleh menabung serendah Rm100 dan tambah simpanan bila-bila masa mengikut bajet masing-masing insya allah

Jika belum ada akaun GAP, boleh baca info dan daftar percuma di sini:

https://publicgold.me/Mazlifah5184/akaun-gap
Gold saver yang paling senior tak silap berumur 69 tahun. Beliau bahasakan diri sebagai 'auntie'. Masa mula-mula nak simpan emas dulu ayat pertama beliau, "auntie rasa macam dah terlalu lewat nak mula simpan emas. "

Saya jawab tak perlu rasa terlewat auntie.
Sebab simpan emas ni sama je macam simpan duit. Anytime is always the best time untuk kita menyimpan betul tak?
Memang kita perlu menyimpan untuk capai pelbagai impian.

Harga emas sentiasa meningkat saban tahun. Jika kita dah bersara, kita boleh simpan emas untuk hari-hari tua dan wariskan simpanan emas untuk anak cucu.

Bagi yang masih muda, manfaatkan masa yang ada untuk agresif menyimpan dari awal.

Harga emas akan terus meningkat menjadi sejarah. Jadi rebut peluang hari ini.

All the best semua!
ASB ATAU EMAS?

Saya suka petik kata Pakar Kewangan No 1 Malaysia, Tn Azizi Ali.

1. Sepertimana yang kita semua maklum, syarikat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah membuat pengumumun yang dividen Amanah Saham Bumiputra ASB pada tahun 2023 ialah 5.25%.

2. Angka 5.25% ini adalah lebih tinggi daripada dividen pada tahun 2022 iaitu 4.6% dan juga kadar faedah purata yang ditawarkan oleh Fixed Deposit pada tahun 2023 iaitu 2.85%.

3. Based on keadaan ekonomi Malaysia dan di luar negara, saya rasa dividen 5.25% ini adalah reasonable. It could be better, but kira OK lah.

4. Berikut adalah dividen ASB dari tahun 2013 hingga ke tahun 2023. Seperti yang anda boleh lihat, dividen ASB pada tahun 2013 hingga ke tahun 2017 adalah tinggi – 8.7% pada tahun 2013 dan 8.5% pada 2014. Angka ini kekal di atas 7% sehingga tahun 2018.

5. Tetapi situasinya berubah bermula pada 2019. Dividen ASB pada tahun 2019 jatuh kepada 5.5%, dan malah kekal di bawah angka ini pada tahun-tahun berikutnya termasuk 5.25% pada tahun 2023.

6. Grafik ini membuktikan apa yang saya sebut dan sarankan sejak dua tiga tahun lepas.

Tuan puan, adik-adik, zaman kegemilangan ASB – bayaran dividen7% - 8% sudah berakhir. Dan lebih pentingnya tidak akan kembali lagi.

7. Oleh kerana inilah situasinya, strategi pelaburan kita juga perlu diubahsuai untuk menangani situasi semasa. Kita tidak boleh mendiamkan diri dan membiarkan wang itu dalam ASB semata-mata kerana ianya boleh merugikan kita dan keluarga kita.

8. Saya tidak berkata kita perlu keluarkan semua wang ASB kita. Tidak!

Simpan sedikit wang dalam ASB – saya syorkan untuk tinggal wang bernilai 3 bulan belanja dalam ASB sebagai dana rizab, dan hijrahkan wang selebihnya kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.

9. Salah satu pelaburan yang saya maksudkan di sini ialah emas fizikal.

10. Memandangkan emas telah memberikan pulangan 8%-10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan – angka ini lebih tinggi daripada pulangan ASB – tindakan untuk menghijrahkan sebahagian wang kita dalam ASB kepada emas merupakan tindakan yang betul, bijak dan menguntungkan.

11. Jadi hijrahkan wang untuk dana persaraan anda, dana IPT anak-anak anda, wang untuk deposit beli rumah dan malah wang untuk menunaikan haji ke dalam emas fizikal.

Nak mula menyimpan emas

https://publicgold.me/Mazlifah5184/akaun-gap

Saya bantu ☺️
Selamat Hari Raya Korban buat semua keluarga dan sahabat di telegram.

Semoga Allah menerima ibadah korban kita

Di doakan agar Allah SWT pilih kita untuk tunaikan ibadah haji satu hari nanti πŸ•‹ Aamin.

Mazlifah /Kak Ina ❀️
Dulu rasa kena ada RM1300 dulu untuk daftar haji, lepas dah daftar menung kejap sebab nak cukupkan kos tu rasa hampir mustahil! Dah la kos meningkat kan?

Cuba tukar mindset, dari target RM13k (Haji Muassasah), target untuk capai 10 Dinar.

10 Dinar bersamaan 42.5gram.

Tahun 2000, kita perlukan 225 gram untuk tunaikan haji. Tahun lepas sekitar 40 gram, tahun ni sebenarnya berkurang lagi ke 29 gram!

Jadi kalau ada 10 Dinar memang lepas sangat lah untuk tunaikan ibadah Haji. Ada lebihan lagi.

Konsisten saja menabung emas inshaAllah target kita lebih mudah tercapai walaupun berlaku peningkatan harga barang & perkhidmatan. Sebab emas kalis inflasi.

Paksa diri menabung 1 bulan 1 gram atau buat AutoDebit 10% dari gaji. Lepas beberapa bulan konsisten inshaAllah akan rasa nak tambah lagi emas lagi dan lagi.

Kredit: Pn Syafiqah