Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Siapa nak bekukan duit dalam RM80,000 untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas, saya suggest gold bar 250 gram ni. Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji (4% - 6%).

Bahkan masa dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi. Itulah sebab kenapa pakar kewangan no. 1 Malaysia (Tuan Azizi Ali) sarankan hijrahkan duit dari ASB kepada emas.

Dulu ubi, sekarang beras.
Dulu ASB, sekarang emas!

Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.

Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

#TipKayaDenganEmas

Sumber : En Mohd Zulkifli
10 tahun lalu harga sekeping 10 dinar (42.5 gram, emas 999.9) ni sekitar RM7,000. Hari ni harganya sekitar RM14,000.

Di sebalik harga emas naik, sebenarnya kita kena bayar duit lebih banyak untuk dapat emas yang sama. Bila nilai duit makin jatuh, bukan sahaja emas, semua barang pun makin mahal.

Kalau nak simpan duit dalam jangka panjang, jangan simpan dalam bentuk duit kertas (di bank). Simpanlah dalam bentuk emas. Nilai kekayaan kita akan selamat dari dikikis oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Duit kertas dicipta bukan untuk disimpan, tapi bagi memudahkan transaksi. Duit yang nak disimpan, tukarkan kepada emas.

Bila emas-emas dah banyak, tukarkan sebahagian kepada hartanah yang boleh berikan cashflow positif (sewaan berbaloi) setiap bulan.

#TipKayaDenganEmas
Antara faktor utama membuatkan harga emas naik sampai 20% tahun 02023 disebabkan kejatuhan ringgit. Ringgit jatuh ke paras terendah sejak kejatuhan pada 1998. Dengan kata lain, kuasa beli ringgit makin kecil. Nak protect simpanan kita jadi kesan kejatuhan ringgit, tukarkan kepada emas. Peace of mind... InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
Saya boleh relate when people said,

“tunggu gaji masuk baru boleh jalan-jalan”.

Sebab saya dulu pun macam tu. Tak ada tabungan, dan tak rancang kewangan dengan baik.

Dapat gaji bulan tu, habis semuanya bulan tu juga. Ibarat kais sebulan makan sebulan.

Bila tersedar, saya mula menabung. Kalau kos jalan-jalan RM1,200, saya akan menabung RM100 sebulan. Cukup 12 bulan, saya boleh jalan-jalan bila-bila masa. Tak perlu tunggu gaji.

Teorinya macam tulah...

Tapi realitinya berbeza. Tabungan saya selalu bocor. Simpan, simpan, korek balik. Tak pernah cukup nisab nak bayar zakat.

Macam tulah bertahun-tahun...

Jadi saya mula belajar menabung emas (dengan ilmu) melalui #AkaunEmasGAP . Duit simpanan jangka panjang, saya akan simpan dalam bentuk emas.

Bila cukup capai target dan sampai masa nak pergi jalan-jalan, saya boleh jual emas-emas tu.

Tapi kalau mampu tebus dalam masa 6 - 12 bulan, saya tak akan jual. Saya akan arrahnu je emas-emas saya.

Dengan cara macam tu, tabungan emas saya makin lama makin bertambah.

My gold saving right now dah ada untuk survive 1-2 tahun if mengganggur.

Syukur Alhamdulillah. Asbab ilmu yang Tuhan bagi saya kenal tentang emas. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

#TipKayaDenganEmas
#testimonipenyimpanemas
Beli emas, mesti dapat emas (fizikal). Emas tu kena ada di tangan kita sendiri, 100% di dalam kawalan kita sendiri.

Siapa nak cuba-cuba selain ni, dia akan belajar pengalaman mahal dalam pelaburan emas.

Nasihat ni saya sudah ulang-ulang lebih 10 tahun.

Tak kisah beli dari company mana sekalipun, beli emas mesti dapat emas. Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat kertas, bukan dapat surat pajak, bukan sekadar dapat janji keuntungan bulan bintang.

Bukan... Beli emas, mesti dapat emas. Titik!

#TipKayaDenganEmas
Rasa nak luruh jantung bila technical glitch Google ni tersebar. Ringgit RM6.24 untuk USD1, jatuh 30% dalam satu malam!

Kalaulah ianya benar-benar berlaku, ia malapetaka besar pada kekayaan kita seluruh rakyat Malaysia. Kekayaan kita hilang 30% dalam satu malam (kecuali yang sudah ditukarkan kepada emas)!

Siapa yang ada hutang luar negara, peniaga-peniaga yang import barang luar negara, dia kena bayar 30% lebih mahal hanya dalam satu malam!

Pastinya huru-hara akan berlaku dalam negara. Banyak syarikat mungkin akan bungkus. Rakyat akan hilang pekerjaan. Masalah sosial akan meningkat secara mendadak...

Syukurlah ialah cuma technical glitch (itu pada pembacaan saya).

Apa-apa pun, kita kena bersedia.

Lepas saya tengok ringgit jatuh 30% pada tahun 2015, saya tak lagi yakin letakkan duit simpanan jangka panjang dalam ASB atau Tabung Haji.

Bila berlaku kejatuhan ringgit, kekayaan kita terjejas teruk walaupun bukan salah kita.

Itulah sebab kena Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali sarankan sekurang-kurangny 10% - 15% kekayaan kita patut ditukarkan kepada emas.

Kalau berlaku kegawatan, simpanan emas kita tetap bertahan. Ringgit jatuh mendadak, harga emas naik mendadak juga.

Dan berita buruknya, kalau kegawatan benar-benar terjadi, ia datang tanpa amaran!

#TipKayaDenganEmas
RM340 segram !
Lagi rekod baru, harga emas tertinggi dalam sejarah!

Ringgit jatuh, harga emas naik.
Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun, harga emas Malaysia naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Itulah sebab mereka yang simpan emas tak resah sangat bila ringgit jatuh. Sebab mereka dah protect kekayaan mereka dengan emas. #TipKayaDenganEmas

Jom simpan emas sekarang!
https://publicgold.me/Mazlifah5184
Bukti harga emas naik lebih 500% dalam masa 20 tahun. Nak beli emas untuk simpanan jangka panjang, tak perlu bimbang pasal harga.

Lagi 10 tahun, setiap kita akan bangga share bukti beluan kita pada tahun 2024.

Masa tu semua orang akan komen, "Wah... Murahnya harga emas tahun 2024. RM350 jer per gram!"... Masing-masing excited tengok resit emas tahun 2024.

Yang baru nak bermula waktu tu, timbul rasa menyesal kenapa tak mula menabung emas tahun 2024.

Sekarang kita masih ada pilih. Samada tahun 2034 nanti jadi sebahagian daripada mereka yang bangga tunjuk resit belian atau mereka yang menyesal kenapa tak bermula.

Bila berkait dengan emas fizikal ni, menyesal beli lebih baik daripada menyesal tak beli...

Kredit Tn Mohd Zulkifli Shafie

#TipKayaDenganEmas
“10 Dinar sebagai Mas Kahwin untuk Isteri Tercinta”

Alhamdulillah syukur. Impian 3 tahun lepas untuk jadikan 10 dinar sebagai Mas Kahwin jadi kenyataan.

Nak tahu tak kenapa saya jadikan 10 dinar emas ini sebagai mas kahwin untuk isteri saya ?

Kalau nak tahu, baca posting ni sampai habis. Jangan lupa share supaya ramai lagi yang dapat manfaat.

Yang pertama 10 dinar ini adalah simbolik kepada hari perkahwinan saya dan isteri.

Jadi 10 dinar ini pasti isteri saya akan simpan lama dan tidak akan jual sama sekali.

Yang kedua nilai dan harga 10 Dinar Emas ini akan terus meningkat setiap tahun.

Contohnya, 3 tahun lepas 10 dinar ini harganya cuma RM11000++ sahaja. Tapi hari ni dah cecah RM14000++ ringgit.

Yang ketiga saya pilih emas sebab saya tahu kalau bagi duit pasti lambat atau cepat akan habis digunakan.

Lagi satu nilai wang kertas akan terus merosot setiap tahun kerana inflasi sedangkan nilai emas akan terus meningkat dan akan terus beri keuntungan untuk jangka masa panjang.

Jadi inilah 3 sebab kenapa saya pilih emas sebagai mas kahwin.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Mohamed Ridwan

#TipKayaDenganEmas
Pesanan dari mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie bila menabung emas fizikal, tak perlu bimbang tentang harga. Yang penting kena pastikan kepingan-kepingan emas kita sentiasa bertambah.

Asalkan menabung untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Nanti lepas beberapa tahun, setiap kita pasti akan menyesal kenapa tak beli emas lebih banyak hari ni. Yang dah lama menabung emas pasti ada pengalaman ni.

#TipKayaDenganEmas
𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐟𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥?

Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain daripada itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic!

#TipKayaDenganEmas
RM200 tu rasa kecil bila berbelanja. Tapi rasa besar bila menabung.

Satu masa dulu saya tak tahu cari duit extra walaupun cuma RM10 sebulan. Yang saya tahu cuma tunggu kenaikan gaji setahun sekali sahaja...

Tapi bila belajar berbisnes, dapat extra income RM100 - RM200 sebulan pun saya rasa dah besar.

Pertama, ia lebih besar dari tunggu kenaikan gaji.

Kedua, sebab setiap duit yang saya dapat, saya langsung tak sentuh duit bisnes kecuali untuk tambah tabungan sahaja.

Waktu tu saya rasa hairan tengok kenapa kawan-kawan yang sama-sama berbisnes mudah give-up. Padahal income mereka (dalam bisnes) lebih kurang income saya.

Income beberapa ratus sebulan tu tak memotivasikan mereka.

Mungkin sebab compare dengan gaji dia, maka dia rasa tak berbaloi.

Tapi saya compare dengan jumlah yang mampu saya tabungkan.

Dapat tambah tabungan beberapa ratus sebulan tu besar sebenarnya.

Dari situ saya belajar sesuatu; siapa yang dah mula menabung, dia akan lebih hargai setiap duit yang dia dapat.

Dia tak perlu tunggu dapat duit banyak untuk rasa bersemangat.

Walaupun dapat extra (atau berjaya dijimatkan) cuma RM200 sebulan, RM200 tu besar bila berjaya tambah tabungan.

Kalau setahun, maksudnya tabungan kita bertambah sebanyak RM2,400 (RM200 x 12 bulan).

Banyak tu...

Itulah antara keajaiban bila mula menabung.

Sebab tu lah nak menabung jangan tunggu duit lebih... Setiap kali dapat gaji, menabunglah dulu sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.

Dan berbelanjalah selebihnya...

Walaupun permulaannya kita akan korek balik tabungan tu, tapi tengoklah satu per satu keajaiban berlaku pada kewangan kita khusus bagi siapa yang dah mula menabung dalam bentuk emas. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
NAK TUNGGU HARGA TERBAIK MEMBELI EMAS?

"Harga emas mahal sekarang. Sesuai lagi ke beli emas?"

"Harga emas cecah harga tertinggi sekarang. Saya nak tunggu harga emas turun baru saya beli..."

"Harga emas turun sekarang, kalau beli sekarang saya takut harga turun lagi. Saya nak tunggu harga turun lagi baru saya beli..."

"Harga emas dah naik, menyesal tak beli banyak masa harga murah hari tu! Agak-agak harga emas akan turun lagi tak?..."

"Saya stop beli emas dulu sebab lepas harga emas naik tahun 2020, harga emas turun... Tapi sekarang harga emas dah tinggi... Menyesal saya stop beli emas dulu..."

Penyesalan dan ketakutan yang tak sudah-sudah...

Sebenarnya patut beli emas masa harga turun atau masa harga naik?

Dua-dua pun bukan terbaik...

Sebenarnya orang beli emas bukan masa harga naik. Dan bukan juga masa harga turun.

Tapi bila ada ilmu...

Siapa ada ilmu, dia tahu apa yang dia buat.

Bila ada ilmu, harga naik pun kita beli. Harga turun kita beli lebih banyak. Kita borong!...

Siapa ada ilmu, bila harga emas naik, dia tahu harga emas sekarang lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Dia beli emas bukan untuk jual bulan depan. Tapi untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Walau harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, dia tahu sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga naik secara purata sekitar 10% setahun.

Ia lebih baik berbanding biarkan duit dalam ASB atau Tabung Haji (dalam jangka panjang).

Harga emas akan terus naik dalam jangka panjang disebabkan faktor yang melekat dengan sistem duit (wang fiat) itu sendiri, iaitu inflasi dan penurunan nilai mata wang.

Bila faham pasal emas, ia bukan lagi soal harga. Tapi berapa gram atau berapa keping emas yang berjaya kita kumpul.

Kalau ada emas lebih banyak, confirmlah lebih kaya.

Tentang kenaikan harga, ia cuma persoalan masa sahaja.

Asal beli emas untuk simpanan jangka panjang, tak perlu risau pasal harga.

Ada duit, beli sahaja...

Beberapa tahun akan datang, sesiapa pun akan rasa menyesal sebab tak beli emas lebih banyak pada harga hari ni!

Kekesalan ni akan sentiasa kita dengar saban tahun daripada mereka yang sentiasa nak tunggu harga terbaik untuk beli...

Sedangkan harga terbaik tu tak siapa akan tahu kecuali ianya dah jadi sejarah...

#TipKayaDenganEmas
Tahun 2015 dulu, emas 100 gram cuma RM15,000.

Hari ni 100 gram emas dah cecah RM42,000.

Kenaikan 180% dalam 9 tahun.

Itulah sebab saya selalu cakap, beli emas tak perlu risau pasal harga. Yang penting berapa banyak gram dah yang kita ada.

Asal itu duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Tak perlu risau pasal inflasi, kemerosotan ringgit atau ketidakstabilan ekonomi dan politik (yang menjejaskan nilai kekayaan kita).

#TipKayaDenganEmas

Kredit Su
MACAM MANA NAK TAHU HARGA EMAS AKAN NAIK ATAU TURUN?

Tak siapa tahu bila harga emas akan naik dan akan turun dengan pasti.

Banyak orang boleh buat jangkaan, tapi belum tentu jangkaan tu tepat.

Jadi lebih baik tak perlu buang masa buat jangkaan harga emas naik turun.

Yang pastinya, harga emas confirm naik dalam jangka panjang - disebabkan faktor inflasi dan kemerosotan nilai duit kertas.

Harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Kalau nak beli emas, pastikan beli dengan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm akan ada turun naik. Tapi untuk jangka panjang, harga emas confirm akan naik.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia jauh lebih baik berbanding simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji.

Kalau nak kaya dengan emas, paling penting kena pastikan jumlah gram emas bertambah setiap bulan. Menabunglah secara konsisten.

Bila ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya.

Kenaikan harga cuma persoalan masa sahaja.

Kalau harga barang keperluan pun confirm akan naik jangka panjang, inikan pula emas (aset fizikal).

#TipKayaDenganEmas
MACAM MANA NAK TAHU HARGA EMAS AKAN NAIK ATAU TURUN?

Tak siapa tahu bila harga emas akan naik dan akan turun dengan pasti.

Banyak orang boleh buat jangkaan, tapi belum tentu jangkaan tu tepat.

Jadi lebih baik tak perlu buang masa buat jangkaan harga emas naik turun.

Yang pastinya, harga emas confirm naik dalam jangka panjang - disebabkan faktor inflasi dan kemerosotan nilai duit kertas.

Harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Kalau nak beli emas, pastikan beli dengan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm akan ada turun naik. Tapi untuk jangka panjang, harga emas confirm akan naik.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia jauh lebih baik berbanding simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji.

Kalau nak kaya dengan emas, paling penting kena pastikan jumlah gram emas bertambah setiap bulan. Menabunglah secara konsisten.

Bila ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya.

Kenaikan harga cuma persoalan masa sahaja.

Kalau harga barang keperluan pun confirm akan naik jangka panjang, inikan pula emas (aset fizikal).

#TipKayaDenganEmas
Cantik atau hensem sahaja tak cukup. Kena tengok beberapa perkara lain lagi kalau nak pilih pasangan hidup.

Macam tu jugalah emas pelaburan. Harga paling murah tak cukup kalau nak untung. Kena tengok lagi 4 kriteria lain lagi untuk dapat keuntungan optimum.

Saya kupas secara terperinci dalam Tiktok Live saya tadi.

Emas Public Gold bukanlah paling murah. Tapi pakej terbaik untuk kita dapat keuntungan optimum dari emas pelaburan.

#TipKayaDenganEmas
Memanglah tak cantik. Sebab cover plastik luar tu memang untuk kita tarik keluar (koyak).

Koyak sahaja plastik tu, nampak cantiklah emas ni...

Dulu PG (#PublicGold) terima feedback, emas yang customer terima ada kesan calar. Kesan calar tu terjadi masa proses packaging sebab tergesel sesama emas tu sendiri.

Jadi PG buat cover plastik luar supaya kita terima dalam keadaan cantik. Bila dapat emas ni, koyak sahaja plastik luar ni.

Mesti nampak cantik! InsyaAllah...

Lagi satu, siapa nak sentuh dan belek-belek emas tu, boleh kopek dan keluarkan sahaja emas tu dari sarung.

Tak perlu risau. Nilai emas tu tak terjejas langsung bila nak jual balik kepada PG.

PG jamin beli balik pada harga tinggi (ikut harga PG Buy semasa) walaupun emas ni walaupun dah keluarkan dari sarungnya, calar, lekuk atau kemek.

Tak ada masalah. Penyimpan emas boleh simpan emas di dengan peace of mind. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas
Emas ni menyesal beli lebih baik daripada menyesal tak beli. Menyesal beli sekejap sehaja. Harga emas yang turun pasti akan naik balik.

Tapi menyesal tak beli akan selamanya. Kita tak mungkin dapat beli balik pada harga rendah sebagaimana tahun-tahun sebelum ni.

Kalau ada duit simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, tak perlu fikir panjang. Tukarkan sahaja kepada bentuk emas.

Menyesal beli lebih baik daripada menyesal tak beli...

#TipKayaDenganEmas
Simpan emas banyak-banyak ni untuk apa?

Macam-macam boleh buat selain dari "beli harga rendah jual harga tinggi".

Emas boleh dijadikan dana kecemasan. Boleh dijadikan modal pusingan bisnes. Boleh dijadikan modal kembangkan kekayaan dalam hartanah. Boleh dijadikan dana naik haji. Boleh dijadikan backup belanja hangus. Dan boleh guna untuk settle hutang lebih awal.

Bagi orang muda, boleh guna untuk modal kahwin tanpa perlu buat loan, atau deposit beli rumah seawal usia.

Sejak 2010 mendidik masyarakat tentang emas, sudah terlalu banyak murid-murid saya yang kaya hasil menabung emas.

Boleh search sahaja #TestimoniPenyimpanEmas.

Siapa yang ada pengalaman, boleh share di ruang komen sebagai inspirasi untuk rakan-rakan kita yang baru nak bermula. InsyaAllah.

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie

#TipKayaDenganEmas