Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Perak Road 9
Tentang kaedah EPP atau ansuran
Simpan emas secara istiqamah setiap bulan.
Mampu 1gram simpan 1 gram, mampu 2 gram , simpan 2 gram dan kalau mampu simpan 1dinar, simpan 1 dinar setiap bulan dengan istiqamah.
Tak perlu bazir emosi tengok naik dan turun harga emas.

Dapat gaji terus simpan ikut kemampuan melalui GAP. Dan pada akhirnya buat kos pemurataan . Lebih berbaloi.

Simpan jangan tak simpan.
Bukan untuk orang lain tapi untuk kita juga.
Kalau bukan kita yang simpan ,
siapa lagi nak simpan untuk kita dan keluarga kita. kan....

#kakinaPublicGold
Salam /Salam sejahtera buat semua.

Selamat hari Israq Mikraj untuk semua yang beragama islam.

Di sempena Israk Mikraj ni jom kita sambung perjuangan Nabi Muhammad saw dalam memperjuangkan ekonomi kita dan keluarga kita.

Rancang kewangan keluarga kita bermula hari ini sehingga hujung nyawa demi kesejahteraan kita, pasangan dan anak-anak kita. Yang belum berkeluarga mulalah belajar dari sekarang.

Kita mula simpan 1 dinar atau 10 gram dulu sebagai langkah pertama. Bagi yang dah mula, ayoh kita tambah lagi simpanan kita, sebab kita tak tahu apa apa berlaku di masa depan nanti. Jadi kita buat persediaan.

Simpan 1 dinar atau 10 gram buat kaedah ansuran 6 kali atau 10kali, simpan sikit-sikit secara istiqamah. Jadual pembayaran ada di bawah ni jika kita lock 1 dinar atau 10 gram.

Langkah pertama untuk bermula adalah dengan membuat pendaftaran dengan PublicGold dengan klik link di bawah ni dan isi detail yg diperlukan.

https://bit.ly/REGISTERPGM

Register new customer Public Gold

Kemudian follow je video di bawah ni untuk lock ya.

Haaa.. masih lagi tak faham.. Tunggu apa lagi wasap terus kat kak ina ya.. In syaaAllah kak Ina bantu sampai jadi. 😍😍
Dari Bukit Jambul ke Menara 11 tingkat!
.
Kepada penyimpan emas PG dan yang belum simpan emas PG, Ini ialah Menara Public Gold di Jalan Tun Razak ( TRX). PG beli tingkat berapa? PG beli satu bangunan tu terus, termasuk sekali dengan semua makhluk halus yang ada kat situ
( korang jangan bukan-bukan, aku cakap pasal semut, cicak, lipas ajer tau 🤭)
.
Apa ada kat sini

Oo sangat best
.
Masuk ajer boleh nampak GOLD ATM MACHINE yang boleh keluar emas direct dari mesin, alerr macam korang keluar duit kat atm tu la..
.
kat sebelah dia ada COFFEE lounge err pandai jer aku bagi nama, sebab lupa nama dia, yang pasti tempat lepak yang ada jual kopi level-level stabak. Sapa ada hutang kopi dengan saya boleh belanja kat sini kehkehe
.
Tingkat 1, ada EXPERIENCE CENTRE. Kat sini nak bagi korang cuci mata tengok koleksi jongkong emas dan juga barang kemas 916, korang boleh test test pakai manala tau nak raya ni kan , test dulu. Gamak tak bleh tido korang datang balik beli ek!!
.
Tingkat 2, biasanya ada PGMall karnival setiap bulan, bulan ni akan diadakan pada 25/26 Februari, sabtu dan ahad. Tak payah bawa duit cash, korang bawa henfon dan pastikan dalam online banking, grab pay, dan apa apa pay korang banyak duit. Risau korang terlajak shopping macam aku 🤭🤭
.
Parking, ehhh jangan risau, bawah basement ada parking , rate rakyat marhein . Jika dah penuh korang gie sebelah menara AA tu , bagi salam dekat penunggu dekat situ cakap korang nak tumpang parking dan bayar pakai touch n go ( penunggu tu aku tipu ajer gagah korang baca kan)
.
Ok sila datang beramai ramai semasa karnival, barulah meriah

#MenaraPG
Kak ina buat live di TikTok dan fb page pukul 8.40am. Sapa yg free boleh join. In syaaAllah kak Ina kongsi ilmu. Semoga bermanfaat😁
Harga emas naik mencanak ni.. Wow.. Bagi yang nak simpan dalam GAP, elok la simpan sekarang. Sebab selepas pukul 12 tengah malam nanti harga GAP akan naik ke RM292/gram
Betul ke emas ni boleh jadi ‘penyelamat’ di saat kita susah?

Mestilah betul!

Sebab emas ni adalah satu-satunya aset yang sangat mudah dicairkan.

Emas sangat mudah ditukarkan kepada tunai dan mengambil masa yang sangat singkat untuk dijual atau digadaikan berbanding tanah dan rumah. 

Jadi ianya sangat sesuai digunakan di saat  kecemasan.

Apa buktinya?

Lihat saja di sekeliling kita. Penuh dengan Kedai Ar-Rahnu dan pajakan emas. Tak susah pun nak cari. Tinggal pilih saja yang mana berkenan di hati.

Bawa saja emas ke sana dan kita boleh jual atau gadaikan emas untuk dapatkan tunai dengan segera.

Itulah fungsi emas. Penyelamat di saat kita susah.

Kalau ada kata-kata sinis yang mengatakan kononnya kita ‘tak berduit’ kerana terpaksa jual atau gadaikan emas, abaikan saja.

Sebenarnya bukan kita tak ‘berduit’ cuma duit itu kita simpan dalam bentuk emas. Bila-bila masa saja kita boleh tukarkan ia kepada 'duit'.
.
Dalam satu keratan akhbar SINAR, bertarikh  14 Oktober 2021, dikongsikan kisah di mana ramai wanita di India menjual semua gelang-gelang emas mereka untuk dapatkan wang tunai demi kelangsungan hidup!

Alhamdulilah mereka ada emas sebagai ‘super hero’ mereka. Cuba bayangkan jika mereka tiada emas, betapa sukarnya kehidupan mereka.

Kesimpulannya,
Jika kita belum lagi mulakan simpanan emas, jangan bertangguh. Ayuh, simpan sungguh-sungguh!

Pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali menyarankan setiap orang perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pendapatan.

Dana kecemasan seharusnya  dalam bentuk aset yang mudah dicairkan seperti tunai. Jadi emas adalah jawapan terbaik.

Dapat sesuatu?

#PG1M
Bank Run di US menyebabkan harga emas naik mendadak.

Bank Run tu apa?? Bank lari ka??

Bank Run ni adalah bila krisis dalaman yang berlaku dalam bank in sendiri yang akan menyebabkan ketidakpercayaaan customer terhadap bank itu. So ini akan menyebabkan customer berpusu2 ingin keluarkan duit mereka dari bank secara serentak.

Sebenarnya bank bukannya ada duit yang banyak pun dalam simpanan mereka. Duit yang kita simpan dalam bank tu sebenarnya digunakan dalam berbagai untuk pusingan modal bank. “Hampa jangan ingat duit yang hampa simpan dalam bank, tersimpan rapi dalam bank tu tau”😀

Bank akan memberi pinjaman pada custumer yang lain dengan menggunakan duit kita la.

So bila ramai-ramai pergi nak keluarkan duit dari bank memang la bank itu akan collapse. Jadi ini yang berlaku di Bank Silikon Valley di US yang menyebabkan kebanyakkan pelabur-pelabur besar beralih arah dari duit ke emas . Ini jugalah yang menyebabkan harga emas naik mendadak ke RM293/gram. Harga tertinggi untuk tahun ini.

Sebab tu la pakar kewangan menyarankan sekurang-kurangnya 30% dari kekayaan kita simpan dalam bentuk emas sebagai back up ataupun insurans kekayaan kita.

Dan inilah juga yang kak Ina selalu nasihatkan nak simpan emas , simpan emas fizikal. Kalau simpan emas dalam bentuk paper gold , kalau bank bankrup, samalah juga gold kita tak nampak rupa..😀

Ini juga pernah berlaku pada tahun 2008 terhadap Lehman Brothers di US dulu.

Ini juga berlaku di Malaysia pada tahun 1998 tu di MBF Finance, masa tu kak Ina berkerja di bank tu, sangat menakutkan bila semua customer menyerang bank sampai pecah pintu bank. Masa tu Kak Ina ada dalam bank tu, takut sangat.😢Kami terpaksa bekerja sampai pukul 3am pada masa tu dan masa tu nak balik rumah pun takut. Takut customer serang kami.😀

#PengalamanSendiri
#kakinaPublicGold