Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.13K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Kak ina tak akan hubungi personal customer atau sesiapa pun melalui telegram. Kecuali customer to mesej dulu melalui telegram
Ambil Peluang ini.. untuk menjana income bersama PublicGold
Beli emas jangan sampai lemas

1 - Nak beli emas, jangan la dengan duit yang kita nak guna dalam jangkamasa terdekat. Nanti kita lemas.

2 - Nak beli emas jangan la hanya ikut-ikutan, kena ada matlamat. Dah beli emas kena cari ilmu. Kalau tiada ilmu nanti kita lemas.

3 - Nak beli emas jangan la sampai kita buat pinjaman. Pastinya kita akan lemas.

4 - Nak beli emas jangan la dengan duit belanja dapur sampai dapur tak berasap. Cukup la beli sebulan segram atau serendah RM100 dengan akaun GAP secara istiqamah. Itu yang terbaik dan pastinya tak akan lemas.

5 - Beli 1 dinar atau 1 gram, jangan la anggap ianya sebagai pelaburan. 1 dinar atau 1g hanya layak dianggap sebagai simpanan.

6 - Ada yang beli emas dengan semua duit gajinya, kemudian dipajak dan gunakan duit pajakan sebagai duit perbelanjaan. Katanya dengar nasihat si penjual emas. Ini sebenarnya hanya tebalkan poket si penjual. Akhirnya anda pasti mati lemas sebab tak dapat bayar duit pajakan.

7 - Gunakan pajakan untuk pajak emas, beli emas dan pajak lagi, beli dan pajak lagi. Akhirnya anda bukan sahaja lemas tapi akan koma terus.

8 - Pastikan beli emas yang ada emas fizikalnya. Jangan beli emas yang janji dapat dividen setiap bulan. Pastinya tak sampai setahun, anda akan mati lemas..πŸ˜„

9 - Beli emas yang boleh di pajak dan mudah dijual balik dan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Agar kita tak lemas mencari tempat untuk menjualnya.

Pakar kewangan Azizi Ali, sarankan simpanlah emas sekurang-kurangnya 10% dari kekayaan kita.

#kakinaPublicGold
GROUP SUPPORT YANG DI SEDIAKAN OLEH TEAM MyPG

1- Page FB MyPG
https://www.facebook.com/Mypg-102864698570292/


2 - Group Telegram Bank Content MyPG

https://t.me/joinchat/xlOsmDvKTd80ODc1



3 -https://www.youtube.com/channel/UCCtsrkog6NfiPhVYK5zBN0A

You tube channel MyPG

4. https://t.me/IlmuEmasKakIna

Join group telegram kak Ina untuk maklumat dan ilmu serta updated terkini tentang emas dan PublicGold di link channel telegram di bawah ni.


5 - https://t.me/Emas916PGJEWEL

Minat dengan barang kemas sila join channel telegram ni
Forwarded from TABUNG EMAS PUBLIC GOLD😍
Forwarded from TABUNG EMAS PUBLIC GOLD😍
UPDATE HARGA EMAS

06 JANUARI 2022

MYR 100 = 0.3717 gram
MYR 269 = 1.0000 gram

Harga Terendah 2021:
MYR 240 (9 Mac 2021)

Harga Tertinggi 2021:
MYR 277 (6 Jan 2021)

Harga Tertinggi Keseluruhan:
MYR 304 (8 Ogos 2020)

UPDATE HARGA PERAK

MYR 100 = 26.1097 gram
MYR 383 = 100 gram

Yang berminat dengan simpanan dan pelaburan emas dan perak boleh contact
http://kakinapublicgold.wasap.my/
Ramai yang tanya kat Kak Ina beli emas ni untuk apa ya selain beli harga rendah dan jual harga tinggi?

Kak Ina dah pernah buat posting ni tapi masih ramai yang bertanya jadi kak in buat siaran ulangan ya. Tak kan astro aja yang buat siaran ulangan kan..

Jom kita buat ulangkaji.

1 - Banyak fungsi simpanan emas ni bukan sekadar beli harga rendah jual harga tinggi.

2 - Utk mengelakkan kebocoran duit. Setengah orang jenis yang tak boleh simpan duit, ada aja duit, habis digunakan jadi jalan terbaik untuk penyakit boros ni adalah dengan menyimpan emas. Jadi dia dapat mengurangkan sikap borosnya dan lama kelamaan hilang penyakit borosnya.

3 - Simpan kekayaan dia dari terus dimakan inflasi atau kejatuhan nilai ringgit. Memamg kita nampak dan rasa simpan duit di bank selamat dari segi nombornya tapi dari segi nilainya tidak. Sebab duit kita semakin lama semakin susut nilainya. RM10k hari ni tak akan sama dengan RM10k 10tahun akan datang. Barang yang kita boleh beli dengan nilai 10k hari ni kita tak dapat beli 10 tahun akan datang.

4 - Duit kita pernah jatuh nilainya sebanyak 50% pada tahun 1998 . Tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilai pun sekurang kurangnya emas ada di tangan kita dan selagi kita tak jual, kita tak akan mengalami kerugian.

5 - Sebelum menyimpan emas kita wajib ada dana kecemasan selama 3-6 bulan gaji. Jadi bila ada kecemasan kita tak perlu jual emas kita sebelum masanya dan kita boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

6 - Sebagai wang antarabangsa - jika kita ke Mekah atau ke negara2 lain boleh aja bawa emas dan jual di sana, sebab emas diterima di seluruh dunia, bawa la ke manapun emas laku. Ada juga yang ke Mekah jual emas di sana dan dia kata lebih menguntungkan dari dia dia tukar duit kita ke rial..

7 - Jika apa berlaku di negara kita, sekurang2nya kita ada emas di tangan dan boleh di bawa lari. Cth macam orang2 Vietnam lari ke negara lain, mereka bawa emas utk menampung kehidupan mereka di negara lain. Jika bawa buku TH atau duit kita memang tak laku di negara lain. Jadi simpanlah kekayaan kita sekurang2nya 10% dalam bentuk emas. Bukannya suruh simpan semua kekayaan kita dalam bentuk emas. ( Tapi kak ina simpan lebih sebab kak ina lebih yakin emas berbanding RM - biarlah tak ada deviden pun tapi aku ada aset) Negara-negara yang pernah mengalami peperangan mereka memang tak percaya pada sistem pembankkan mereka.

8 - Jika kita nak jadi pelabur iaitu beli harga rendah dan jual harga tiinggi, kita perlu ada kemahiran analisis teknikal harga iaitu membaca kenaikan harga. Jadi dia tahu bila masa terbaik utk beli dan bila masa terbaik untuk jual. Tapi silapnya kita, bila masa terbaik untuk jual, kita p beli sebab beli secara ikut -ikutan, bila orang kata untung beli emas sebab emas sedang naik dan naik, kita pun turun beli, tiba2 harga jatuh merudum, terus kita bgtau semua orang yang beli emas rugi sebab harga tak naik2.. sedangkan itu adalah kesilapan kita sendiri.

9 - Tapi kesilapan itu sebenarnya boleh dibetulkan dengan membeli lebih banyak emas ketika harga merudum utk buat pemurataan. Tapi kita dah serik dan tak nak beli lagi sebab kita kurang ilmu sebenarnya.

10 - Emas seeloknya kita beli sikit -sikit setiap bulan secara istiqamah. Contoh: sebulan segram atau sebulan 1dinar sebab macam ni senang kita nak buat kos pemurataan berbanding beli 10grm lepas tu setahun tak beli dah.

11- Emas amat bermakna untuk mereka yang diistiharkan muflis. Sebab kadang -kadang kita diistiharkan muflis bukan disebabkan kita tapi disebabkan kita jadi guarantor..
Bila diistiharkan muflis semua duit di bank, tanah, rumah dan harta2 yg lain dibekukan kecuali EMAS. Jadi ini juga salah satu sebab kenapa kita kena simpan emas.

12 - Emas juga tak ada dalam mana-mana sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas. Bagi orang-orang kaya depa memang suka simpan emas untuk lari dari pentafsiran harta kekayaan mereka.

13 - Tentang zakat, bayar aja sebab janji Allah pasti 1 yang kita beri 10 yang Allah ganti.
Sebenarnya banyak lagi fungsi emas ni.Tapi kalau Kak Ina tulis panjang -panjang pun, hampa bukannya baca sampai habis kan..hihihi.

#SimpananEmasUntukMasaDepan
#PriaMachoPastiSimpanEmas

#kakinaPublicGold
Malam ni Cikjun akan berikan sedikit preview berkenaan seminar yang bakal dilaksanakan pada 15/1/2022 di Setia City Convention Centre berkenaan Consumerchant PGMall, Buat Duit dengan Shopping Online
ini adalah masa dimana anda mengubah paradigma shopping yang selalunya dianggap perabis duit kepada
1. shopping untuk membina income
2. shopping untuk membina network perniagaan
3. shopping untuk membina pasif income
3 perkara ini cuma ada dalam consumerchant PGMall!
lets do it together!

https://www.facebook.com/groups/220569319183571

Jonaina Nordin
Forwarded from Value for your money & Barang Kemas 916 (Mazlifah omar)
Join Seminar pagi ni di page fb Public Gold International pukul 10.30 am.

Join Tau terutama untuk orang baru yg nak tahu macammana nak beli, product apa yag ada, jom join ya
Kepentingan Emas Dalam Kewangan

Kalau nak dikelaskan, emas boleh dikelaskan sebagai SIMPANAN, ia bukan PELABURAN dalam erti kata sebenar. Ia tak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG. Fungsi utamanya melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik (dan juga gangguan emosi).

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu disimpan, dan ada bahagian yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. Walaupun nampak lebih bijak kalau semua duit lebihan digunakan untuk β€œPELABURAN” tetapi kita juga berhadapan risiko PELEBURAN!

Tujuan utama Kak Ina simpan emas untuk SELAMATKAN nilainya. Biar tak berkembang pun tak apa simpanan itu, yang penting, kuasa belinya tak hilang sebagaimana duit kertas. Untuk kembangkan nilai, Kak Ina gunakan duit lain yang dikhaskan untuk pelaburan lain. Sebelum kita bercakap KEMBANGKAN nilai, bukankah lebih bijak kita adakan bahagian yang boleh SELAMATKAN nilainya dahulu?

Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Cadangan Kak Ina selepas cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji atau ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi 6 bulan pendapatan atau lebih. Duit dalam Tabung Haji atau ASB itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang.

Simpanan emas ada risiko HARGA naik turun, tetapi Tabung Haji dan ASB juga ada risiko NILAINYA naik turun. Kekadang kita rasa simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB lebih selamat dan tak ada risiko, tetapi sebenarnya itu silap. Duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga (walaupun nombornya kekal) terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM10,000 hari ini pastinya tak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. Ia makin mengecil.

Jadi Kak Ina berpegang kepada nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu.

Menyimpan emas mungkin tak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita dari jatuh miskin!

Simpan la emas demi menjamin masa depan anak -anak anda..

#kakinaPublicGold