Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.12K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PROMOSI harga murah boleh buat 10 kali ansuran
Forwarded from TABUNG EMAS PUBLIC GOLD😍
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cara LOCK ITEM MELALUI KAEDAH EPP ATAU Full PAYMENT
Forwarded from TABUNG EMAS PUBLIC GOLD😍
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cara pembayaran epp atau full payment melalui FPX
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CARA Top UP GAP atau Pembelian Pertama GAP
Forwarded from Bank Content JE24K
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Bank Content JE24K
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CARA CHECK NO FON BRANCH DAN BUAT APPOINTMENT
Forwarded from Bank Content JE24K
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham) (Azril Hisham)
Emas kalau jatuh harga ianya tetap emas, jual di mana-mana tempat emas tetap ada harga.

Duit kertas kalau jatuh nilai, ianya akan kembali kepada sifatnya yg asal hanya sekeping kertas.

Simpan duit untuk jangkamasa pendek, selebihnya simpan dalam bentuk aset seperti rumah, tanah atau emas.

Aset akan bernilai pada masa depan, aset boleh tukar jadi duit bila kita perlu. Cuma nak kena pandai pilih aset yg sesuai untuk memudahkan kita jual balik nanti.

Pandai cari duit kena pandai urus duit, ramai yg pandai cari duit tapi tak ramai yg pandai urus duit. Pandai cari dan urus duit barulah bijak! 😊
Assalammualaikum semua. Nanti dalam pukul 10.40 am.. Kak Ina akan buat fb live tunjukkan barang Dari 1 gram ke sekilo.... Jom tengok...
PROMOSI FB LIVE BERAKHIR MALAM INI YA..
10 KESILAPAN PELABUR EMAS

Dalam pemerhatian Kak Ina terdapat 10 kesilapan pelabur emas yang sangat merugikan pelabur itu sendiri..
Untuk megelakkan daripada kerugian , Kak Ina bantu supaya pelabur emas dan perak jangan melakukan benda yang boleh merugikan anda..Dibawah ni ada 10 kesilapan utama:-

1 - Membeli Emas Perhiasan sebagai Pelaburan

Barang PERHIASAN tidak sesuai sebagai PELABURAN.Barang kemas hanya digunakan untuk perhiasan wanita BUKANNYA SEBAGAI PELABURAN. Kalau nak beli barang kemas cukup la hanya sebagai perhiasan sahaja.Ini adalah disebabkan
- Barang kemas spreadnya adalah tinggi sekitar 25% -35% . Kecuali barang kemas yang dikeluarkan oleh Sri Ayu sebab ianya dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.
- ada kos upahnya dan boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas.
- Harganya lebih tinggi.

2 - Beli Emas Dengan Duit Yang Nak Digunakan Dalam Masa Terdekat

Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang atau sederhana seelok2nya 3 tahun ke atas setahun. Jadi jangan beli emas dengan duit yang hendak digunakan dalam jangkamasa terdekat. Gunakan duit lebihan anda untuk membeli emas atau duit simpanan tetap anda..Sekarang lebih mudah dengan adanya GAP oleh Public Gold anda lebih mudah untuk menyimpan sedikit-sedikit. Dapat gaji aja boleh terus selamatkan dulu 1gram emas melalui GAP.

Kalau anda beli emas hari ini dan hendak menjualnya sebulan selepas itu.. memang anda akan rugi spreadnya sekitar 5-10%.Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam jangkamasa terdekat ini akan menganggu tidoq anda sebab memikirkan graf harga emas.

3 - Melabur Tanpa Ilmu Hanya Terikut-ikut.

Sebenarnya BUKAN EMAS ITU YANG MEMBUAT KITA KAYA TAPI ILMU TENTANG EMAS ITU YANG MENJADIKAN KITA KAYA DAN BERJAYA.. IN SYAA ALLAH. Lagi tinggi dan banyak ilmu.. lagi banyak untung yang kita boleh buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun... Bacalah sekurang2nya 1 buku mengenai pelaburan emas atau cuba hadirkan diri di m seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang pelaburan emas.. Jangan hanya jadi ikutan kawan-kawan sahaja.

4 - Membeli Emas Pelaburan Di Kedai Emas.

Harga lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e.www.fgjam.org.my. dan banyak syarat yang dikenakan seperti tak boleh hilang resit atau tak boleh rosakkan seal dan sebagainya. Kalau rosak atau buka seal emas itu dinilai sebagai used gold dengan susut nilainya sekitar 25%.

5 - Buat Pinjaman Untuk Beli Emas

Sebenarnya untuk buat pelabuaran kita mengunakan duit lebihan yang tak digunakan.. bukannya dengan membuat hutang untuk membeli emas. Duit lebihan itu dari tidak digunakan dan dimakan inflasi , lebih baik kita gunakan untuk pelaburan. Kak Ina tak galakkan anda membuat pinjaman untuk beli emas, kalau masa tahun 2008 hingga 2011.. teknik pinjaman memang berbaloi sebab harga emas meningkat dengan begitu cepat tapi buat masa ni harga emas tak menentu. Kecuali pinjaman ini hanya boleh dibuag oleh orang yg memang susah mendisiplinkan diri utk menyimpan wang secara konsisiten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dengan membeli emas , dapat " paksa" diri menyimpan.
Pelaburan emas dengan pinjaman anda akan terdedah dengan risiko turun naik harga emas yang akan menyebabkan tidor anda tak lena..

6 - Nak Buat Belian Pertama Nak Tunggu Harga Paling Rendah. Mmmmmmm..

Selagi anda tak buat belian pertama macamana anda nak tahu bila harga emas rendah dan tinggi..sebab anda belum ada penanda aras tersendiri.Anda sepatutnya beli dulu sekurang2nya 1 dinar dan tunggu serta buat monitor perkembangan harga. Sebenarnya penganalisis teknikal harga emas pun tak tahu bila harga emas paling rendah. Ini kan kita yang baru nak mula beli.

7 - Pajak Emas Tanpa Alasan Kukuh Dan Kurang Ilmu Pajak Yg Betul

Teknik memanipulasi emas cara menggunakan Arrahnu hanya sesuai dalam 2 keadaan sahaja.
◆ Harga emas turun banyak secara mendadak.
◆ Duit pinjaman Arrahnu hanya digunakan untuk benda yang mendatangkan hasil contohnya untuk pusingan modal dalam perniagaan.
Tips untuk memajak di Arrahnu adalah satu item satu surat pajak, untuk memudahkan kita tebus satu persatu.
INGAT 1 SURAT PAJAK, 1 ITEM EMAS SAHAJA.
DAN JANGAN LUPA SNAP PICTURE ITEM YANG KITA NAK PAJAK TU UNTUK MEMUDAHKAN KITA NAK JUAL KALAU TAK DAPAT BAYAR DUIT PAJAK.

8 - Menjual Emas Salah Tempat

Untuk mendapat lebih keuntungan dan dapat spread yang rendah , jual emas yang anda beli di syarikat yang anda beli.
Contoh. Beli emas Public Gold jual balik pada Public Gold sebab spreadnya hanya sekitar 6% -9% sahaja, berbanding kalau anda jual di kedai emas yang lain spreadnya menjadi 25%. Rugikan.. Kalau beli di Poh Kong jual balik kepad poh kong jangan jual kepada sri ayu.Walaupun pada hakikatnya emas diterima oleh semua kedai2 emas diseluruh dunia. Untuk kurangkan spread jual pada syarikat yang mengeluarkannya.

10 -Membuka seal plastik
Banyak emas pelaburan diletakkan seal kekal. Kalau buka seal itu bermakna emas tu akan jadi used gold. Sesetengan kedai emas tidak menerima emas yang dibuka sealnya atau kemek, salar atau sealnya rosak.
Kalau seal tak boleh dibuka bermakna kita tak boleh memajak emas itu, sebab kebanyakkan arrahnu akan buka seal tu untuk uji ketulenannya.
Syiling Kijang Emas keluaran BNM , dijual tanpa seal tapi tak boleh hilang sampul dan resitnya. Dan pastinya tak boleh kemek , calar dan sebagainya.
Pamp Suise juga tidak boleh dibuka sealnya.. buka seal bermakna susut nilainya 25%
Emas Public Gold versi lama , diberi jaminan akan membeli balik emas tu samaada kemek, calar selagi beratnya sama emas akan diambik dengan susut nilai sekitar 5% -9%.
Emas Public Gold versi baru LBMA berseal tapi kalau nak pajak boleh ke arrahnu pos sebab arrahnu pos menerima tanpa membuka sealnya.
Atau sealnya dibuka sekalipun oleh arrahnu yang lain Public Gold akan menerima balik dengan susut nilai yang hanya 15% sahaja.

Kebanyakan kesilapan yang berlaku disebabkan ramai yang jenis ikut-ikutan sahaja tanpa ada ilmu yang betul dalam pelaburan emas ini.Lagi tinggi ilmu seseorang lagi banyak keuntungan yang boleh dibuatnya.. jadi jangan hanya ikut seseorang sahaja.. kita perlu mencari ilmu.
Untuk tingkatkan ilmu, Kak Ina cadangkan beli buku dan baca dan hadirkan diri ke Seminar y ng di adakan oleh PublicGold secara percuma di seluruh Malaysia , Singapura dan Indonesia.

MEMANG TAK AKAN SAMA ORANG BERILMU DENGAN ORANG YANG KURANG BERILMU, WALAUPUN BUAT BENDA YANG SAMA TAPI CARANYA BERBEZA.

Carilah Ilmu hingga ke liang lahad.. dan semoga ilmu yang kita cari ni menjadikan kita jutawan dunia dan akhirat.
Jika bermanfaat apa yang kak ina tulis ni sila LIKE dan SHARE agar semua dapat ilmu yang bermanfaat.

☆☆SHARING ADALAH SATU SEDEKAH☆☆

#kakinaPublicGold