Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
*Peringatan mesra buat semua*

Bank Dunia dengan rasminya mengumumkan kemelesetan ekonomi tahap global.

Seperti yang dijangkakan. Kita sekarang berada dalam fasa kemelesetan ekonomi tahap global dengan kemelut covid-19 dimana semua bisnes di seluruh dunia menutup sementara operasi mereka.

Bank Dunia juga berkata yang kemelesetan ekonomi ini mungkin lebih teruk dari krisis kewangan tahun 2008/09.

Jadi negara mana yang dapat keluar dari kemelut covid-19 paling cepat maka negara itu akan dapat pulih lebih cepat.

Bank Dunia menjangkakan paling cepat ekonomi dunia akan pulih 2021.

Sebab itula Bank Negara Malaysia & Kerajaan Malaysia memberikan 6 bulan moratorium kepada kita semua. Bukan 1/2 bulan sahaja.

Harga untuk 6 bulan moratorium ini adalah sebanyak RM100 billion. Bukan biasa biasa tau!

Sekarang bukanlah masa untuk bergaduh antara golongan-golongan T20/M40/B40, siapa dapat lebih siapa dapat kurang, nak amik morotorium ke tak atau “panic buying”.

Sekarang adalah masa untuk kita menilai semula tahap kewangan dan bukannya *panic buying* kita sepatutnya buat *panic savings*.

Kepada yang masih ada pekerjaan bersyukur dan dalam masa sama tawakal. Jangan rasa selesa. Sebab apa-apa pun boleh terjadi.

1. Potongan gaji.
2. Diberhentikan kerja.

Korang kena bersedia mental dan fizikal. Banyak bisnes tak kira besar atau kecil terjejas. Ada yang kemungkinana akan kecikkan bisnes atau gulung tikar.

Sekarang adalah masa untuk kita tingkatkan cash reserves kita & potong benda-benda yang tidak diperlukan.

Buat perkiraan balik berdasarkan *Keperluan Vs Kehendak*.

Sebab kita pun tidak tahu berapa lama lagi PKP ni. Ramai menjangkakan yang PKP akan dilanjutkan lagi maybe sampai habis Ramadhan.

Kenapa?

Based on kajian oleh JP Morgan, covid 19 akan memuncak pertengahan April iaitu tarikh extension of PKP kita.

Dan kalau kita lihat sekarang, semakin ramai orang yang kena jangkitan corona ini.

Apa yang dapat saya pesan adalah:

1. Mula berjimat cermat. Tingkatkan cash reserves anda & bijak berbelanja.

2. Amik 6 bulan moratorium yang diberikan oleh bank untuk naikkan cash reserves anda.

3. Amik RM500 dari KWSP tiap-tiap bulan sebagai wang kecemasan anda.

4. Potong belanja-belanja yang tidak diperlukan.

5. Bersyukur dengan apa yang anda ada & bantulah mereka yang memerlukan jika anda mempunyai lebihan.

Disaat kita pening nak masak apa hari ini, ada keluarga di luar sana yang nak beli susu anak pun duit takde 😭 apatah lagi nak hidang makanan.

Bersyukurlah kawan-kawan jika anda masih ada bumbung di atas kepala, beras di rumah. Kerana ada yang tidak bernasib baik seperti anda.

*Sharing is caring*🌹
#stayatHome
#stopcovid19
Gais.

Bagaimana untung dengan emas?
Jawapan: Beli dan simpan.

Tunggu sehingga harga emas naik. Lepas tu boleh jual untuk dapat untung.

Seorang customer saya ada buat belian 100 gram tahun 2017 (18/11/2017)

Waktu nie harga RM18,765.00

Hari ini, jika emas 100 gram ini dijual semula, harga belian balik adalah RM22708.00

Berapa kenaikan harga?

RM22708 - RM18765
= RM3943
Bersamaan 21%

Jangkamasa? 2 tahun 5 bulan

Inilah contoh mengira keuntungan dengan pelaburan emas.

p/s: beliau masih memegang emas ini dan belum bercadang untuk menjualnya 💪
Malam nie saya kena study balik kitab LBMA.

Ia berkenaan persatuan pedagang emas terbesar dunia iaitu London Bullion Market Association.

Untuk pengetahuan anda, pasaran jual beli emas terbesar dunia adalah di London. Kedua adalah New York.

Ini adalah pasaran emas pukal dan bukan untuk jual beli individu.

Kalau nak beli emas kat geng-geng LBMA nie, kuantiti minimum beli emas adalah 1000 Oz ( dalam 31.10 kilogram) dan untuk perak, minima belian adalah 50,0000 Oz silver ( lebih kurang 1.5555 tan).

Jadi kita rakyat marhein tak shopping kat sini.

Kalau geng kayangan pun belum tentu boleh shopping kat sini kihkihkih 😝

Untuk kita rakyat marhein, kita beli kat syarikat seperti Public Gold. Sebab Public Gold boleh layan belian serendah 0.5 gram emas atau pun RM1.

Kalau nak harga emas spot yang murah tu, boleh la order kat LBMA. Tapi nak bawa balik Malaysia masih ada kos transportation, insurance dan security.

Sebab itu, almost impossible untuk beli emas pada harga spot gold.

Sebab penjual akan jual pada harga runcit sebab mereka ada banyak kos-kos sampingan seperti fabrikasi, packaging, transportation, insurance, profit margin, overhead dan lain-lain lagi.

Jadi, jika anda pelabur bijak, pilihlah penjual yang harga jualannya dekat-dekat dengan harga spot gold.

Contohnya Public Gold.

Harga spot gold sekarang ialah RM243.00 segram manakala harga 10 gram Public Gold adalah sekitar RM2578 (termasuk premium)

Ini hanya 6.1% diatas harga spot gold.

Memang berbaloi 😁👍
Tak mampu 100 gram,
Boleh try 50 gram,

Tak mampu 50 gram,
Boleh try 10 gram.

Yang penting kita bermula..
Assalammualaikum dan Pagi semua. Semoga sentiasa ceria walau apa pun keadaan kita.

Pagi ni jangan lupa FB LIVE kak Ina pukul 11 pagi ya.Kita sama-sama tunggu ya.. Ada lucky draw untuk di menangi ya.

Link untuk daftar lucky draw.

Lucky Draw Campaign
*Peringatan mesra buat semua*

Bank Dunia dengan rasminya mengumumkan kemelesetan ekonomi tahap global.

Seperti yang dijangkakan. Kita sekarang berada dalam fasa kemelesetan ekonomi tahap global dengan kemelut covid-19 dimana semua bisnes di seluruh dunia menutup sementara operasi mereka.

Bank Dunia juga berkata yang kemelesetan ekonomi ini mungkin lebih teruk dari krisis kewangan tahun 2008/09.

Jadi negara mana yang dapat keluar dari kemelut covid-19 paling cepat maka negara itu akan dapat pulih lebih cepat.

Bank Dunia menjangkakan paling cepat ekonomi dunia akan pulih 2021.

Sebab itula Bank Negara Malaysia & Kerajaan Malaysia memberikan 6 bulan moratorium kepada kita semua. Bukan 1/2 bulan sahaja.

Harga untuk 6 bulan moratorium ini adalah sebanyak RM100 billion. Bukan biasa biasa tau!

Sekarang bukanlah masa untuk bergaduh antara golongan-golongan T20/M40/B40, siapa dapat lebih siapa dapat kurang, nak amik morotorium ke tak atau “panic buying”.

Sekarang adalah masa untuk kita menilai semula tahap kewangan dan bukannya *panic buying* kita sepatutnya buat *panic savings*.

Kepada yang masih ada pekerjaan bersyukur dan dalam masa sama tawakal. Jangan rasa selesa. Sebab apa-apa pun boleh terjadi.

1. Potongan gaji.
2. Diberhentikan kerja.

Korang kena bersedia mental dan fizikal. Banyak bisnes tak kira besar atau kecil terjejas. Ada yang kemungkinana akan kecikkan bisnes atau gulung tikar.

Sekarang adalah masa untuk kita tingkatkan cash reserves kita & potong benda-benda yang tidak diperlukan.

Buat perkiraan balik berdasarkan *Keperluan Vs Kehendak*.

Sebab kita pun tidak tahu berapa lama lagi PKP ni. Ramai menjangkakan yang PKP akan dilanjutkan lagi maybe sampai habis Ramadhan.

Kenapa?

Based on kajian oleh JP Morgan, covid 19 akan memuncak pertengahan April iaitu tarikh extension of PKP kita.

Dan kalau kita lihat sekarang, semakin ramai orang yang kena jangkitan corona ini.

Apa yang dapat saya pesan adalah:

1. Mula berjimat cermat. Tingkatkan cash reserves anda & bijak berbelanja.

2. Amik 6 bulan moratorium yang diberikan oleh bank untuk naikkan cash reserves anda.

3. Amik RM500 dari KWSP tiap-tiap bulan sebagai wang kecemasan anda.

4. Potong belanja-belanja yang tidak diperlukan.

5. Bersyukur dengan apa yang anda ada & bantulah mereka yang memerlukan jika anda mempunyai lebihan.

Disaat kita pening nak masak apa hari ini, ada keluarga di luar sana yang nak beli susu anak pun duit takde 😭 apatah lagi nak hidang makanan.

Bersyukurlah kawan-kawan jika anda masih ada bumbung di atas kepala, beras di rumah. Kerana ada yang tidak bernasib baik seperti anda.

*Sharing is caring*🌹
#stayatHome
#stopcovid19
Antara nombor dan nilai yang mana menjadi pilihan anda?

Jika pilih duit sebagai simpanan jangkamasa panjang, nombornya sentiasa naik tapi sayang sekali nilainya semakin menurun atau jatuh.

Tapi jika pilih emas sebagai simpanan jangkamasa panjang nilainya tetap sama zaman berzaman. Nilai 1 dinar tetap bernilai 1dinar zaman berzaman dan tetap boleh beli barang yang sama dengan nilai 1dinar itu.

Contoh yang paling mudah adalah seekor kambing boleh dibeli dengan 1dinar sejak 1400tahun yang lalu sehingga sekarang tetap sama 1dinar.

Tapi ini tidak boleh dilakukan dengan duit yang anda simpan. Dengan duit hanya dalam masa 5 tahun sahaja , kuasa belinya boleh jatuh 50%. Dan berlainan mengikut negara masing masing. Jika berlaku krisis ekonomi atau krisis politik atau berperang sudah pastinya nilai duit boleh menjadi sifar. Langsung tidak bernilai tapi ini tidak pernah berlaku pada emas.

Walau banyak manapun kekayaan anda, pastikan sekurang -kurangnya 30% di simpan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu EMAS.

#kakinaPublicGold
#PGJE24K
Nak simpan duit dalam jangka panjang, jangan simpan di bank. Itu rugi sebab makin lama nilainya makin kecil. Lebih baik simpan duit tu dalam bentuk rumah, tanah dan emas.

Rumah, tanah, dan emas; harganya boleh dikatakan confirm naik dalam jangka panjang disebabkan duit kertas kuasa belinya confirm makin lama makin susut.

Emas adalah yang terbaik antara rumah , tanah dan emas. Sebab emas adalah mudah dicairkan dan mudah disimpan.Boleh di pajak bila terdesak nak guna duit segera. Boleh simpan sikit -sikit walaupun sebulan RM100 dah boleh simpan.

Simpan emas, sebenarnya sama macam simpan duit juga. Cuma dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya dalam jangka panjang.

#kakinaPublicGold
#SebulanSegramAjaPun
Forwarded from Value for your money & Barang Kemas 916 (Mazlifah Kak Ina)
Photo from Mazlifah@Kak Ina PG034720
Assalammualaikum dan PAGI semua. In syaaAllah pagi ni Kak Ina akan buat fb live berkenaan simpanan emas. Sebab ramai yang dok tanya boleh ka emas kita nak beli sebulan segram atau RM100?.. Jadi pagi ni Kak Ina buat live berkenaan "Simpanan Emas".

Yang berminat nak tahu, boleh join live Kak Ina ya...pukul 11am pagi ini.

#kakinaPublicGold
Forwarded from Value for your money & Barang Kemas 916 (Mazlifah Kak Ina)
6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan

Harga emas dah naik sedikit berbanding 2, 3 bulan lepas. Sesiapa yang nak ambil keuntungan, dah boleh jual sekarang. Siapa beli emas 3 bulan lepas, kalau jual hari ni, saya anggarkan keuntungan bersih at least 3% (dalam tempoh 3 bulan). Ia lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB (untuk situasi ini). Walaupun harga dah naik, saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah “penyimpan emas”, saya bukan “trader”. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.

Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.

Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

Emas kalis inflasi
Mudah dicairkan – emas adalah tunai
Kekayaan di tangan kita
Boleh dijadikan modal pusingan
Ia aset mudah alih – mobile
Kekayaan bertahan lama

#1 – Emas Kali Inflasi

Zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ni, harga 1 dinar sekitar RM670. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari. Nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?

2 – Senang Ditukar Kepada Tunai

Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas tu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas tu ke oversea pun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.

3 – Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seinggit dulu? Bank Negara dah buat penetapan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Duit yang meyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas.

4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain
(atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab tu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan tu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak jer emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
emas pasar siti khadijahEmas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu ialah simpanan dan modal pusingan mereka. Ia bukan sekadar perhiasan.

5 – Emas Aset Mudah Alih

Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Masa peperangan panjang antara US dan Vietnam, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
emas kim than vietnamEmas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu.

6 – Kekayaan Bertahan Lama

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Dan saya sendiri tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. (Saya tak perlu kira setiap tahun sebab emas tu juga saya jadikan stok pusingan bisnes emas saya. Sebagai peniaga emas, saya membayar zakat perniagaan emas, bukan zakat simpanan emas).
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.
suka kumpul simpan emasKesan psikologi berbeza bila simpan emas.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.