Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.12K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

dinar gold bar 24k lbmaBeli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu resit, automatik jadi dealer. Untuk tengok foto-foto emas keluaran Public Gold, KLIK DI SINI.

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai intoducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer saya mati.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.


Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
Untung berganda bila bantu orang lain (komisyen jualan).
Untung simpan emas bila harga emas naik.
Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.
Wallahu a’lam.
Kepentingan Emas Dalam Kewangan

Kalau nak dikelaskan, emas boleh dikelaskan sebagai SIMPANAN, ia bukan PELABURAN dalam erti kata sebenar. Ia tak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG. Fungsi utamanya melindungi kekayaan kita daripada hilang disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik (dan juga gangguan emosi).

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu disimpan, dan ada bahagian yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. Walaupun nampak lebih bijak kalau semua duit lebihan digunakan untuk “PELABURAN” tetapi kita juga berhadapan risiko PELEBURAN!

Tujuan utama Kak Ina simpan emas untuk SELAMATKAN nilainya. Biar tak berkembang pun tak apa simpanan itu, yang penting, kuasa belinya tak hilang sebagaimana duit kertas. Untuk kembangkan nilai, Kak Ina gunakan duit lain yang dikhaskan untuk pelaburan lain. Sebelum kita bercakap KEMBANGKAN nilai, bukankah lebih bijak kita adakan bahagian yang boleh SELAMATKAN nilainya dahulu?

Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Cadangan Kak Ina selepas cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji atau ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi 6 bulan pendapatan atau lebih. Duit dalam Tabung Haji atau ASB itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang.

Simpanan emas ada risiko HARGA naik turun, tetapi Tabung Haji dan ASB juga ada risiko NILAINYA naik turun. Kekadang kita rasa simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB lebih selamat dan tak ada risiko, tetapi sebenarnya itu silap. Duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga (walaupun nombornya kekal) terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM10,000 hari ini pastinya tak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. Ia makin mengecil.

Jadi Kak Ina berpegang kepada nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu.

Menyimpan emas mungkin tak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita dari jatuh miskin!

Simpan la emas demi menjamin masa depan anak -anak anda..

#kakinaPublicGold
PG Jewel is at Public Gold Sungai Petani.

SUNGAI PETANI , PG Jewel KEMBALI LAG. Jom CUCI MATA dengan barang kemas 916 PROMOSI JUALAN HEBAT ini.


Ikutilah maklumat seperti dibawah;

Lokasi : Public Gold Sungai Petani Branch
Alamat: 24, Jalan Kampung Baru, Taman Patani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Masa: 9am - 9pm
Tarikh: 10/01/2019 (Jumaat)

JOM SERBU KE PUBLIC GOLD SUNGAI PETANI BRANCH pada hari tersebut

Kami juga terima bayaran kad kredit dan FPX tanpa kos tersembunyi.

Cepat share berita baik ini kepada rakan-rakan anda.
😎Jangan terlepas peluang keemasan ini.

HARGA HANYA RM198/ gram sahaja. MURAH ooooo!!

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kak Ina melalui wasap atau cal di 0134506989
Sokano BKS001 5pcs Non-Stick Baking Pan Set for Baking Cake Cupcake Pizza Loaf Bread Bakeware Tool Baking Mould https://pgmall.my/Sokano-BKS001-5pcs-Non-Stick-Baking-Pan-Set-for-Baking-Cake-Cupcake-Pizza-Loaf-Bread-Bakeware-Tool-Baking-Mould3604571332686?referralPgCode=mazlifahomar%40gmail.com#.XhqGUAMp_PY.whatsapp



Pagi ni kak ina rekemen 5 pcs non stick Pan..

Ada 5 pcs ya. Harga hanya RM19.90. Postage RM4. Harga sebenar RM58. *Tinggal lagi 14 sahaja* Sapa cepat dia dapat ya.

Klik kat link ni sahaja. Yang belum oernah daftar boleh sign up dulu ya. Ada masaalah boleh pm kat kak ina ya. Sentiasa akan membantu anda semua.😍
Assalammualaikum

Jika anda berminat untuk beli barang yang murah dan berbaloi harganya boleh join group di bawah ni..

Barang yang murah. setiap hari akan ada 10barang yang di jual dengan harga yang lebih 50% diskaun.

PG Mall

https://chat.whatsapp.com/JKpFUGrIgBWKoa4NKhX41u
Gais,

Nak dengar cerita 100 Dinar Emas? Ini adalah salah satu pengalaman menarik pernah berlaku kepada saya 😃

Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). Mungkin 2012 ke tahun 2013.. hanya Allah yang tahu.. saya terlupa tahunnya.

Ceritanya begini... Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul Dinar Emas.

Asal dia ada duit... dia akan beli Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli Dinar Emas.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten dengan hobi mengumpul Dinar Emas sehinggalah...

dalam sedikit-sedikit mengumpul Dinar Emas akhirnya dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas (1 Dinar x 100 biji).

Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini. Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas. Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama). Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.

Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.

Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"

"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.

"Saya nak beli tanah?" jawab dia...

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset 👍😃😃" Balas saya.

Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Rasa macam murah kan? Iyerlah... kalau banding dengan harga tahun 2020 nie.. memanglah murah berbanding harga 6-7 tahun lepas.

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya. Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping. Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun. Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah. Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
🎉Tahun Baru Cina 2020 ini, PG Jewel akan bagi PREORDER SPECIAL DEAL lagi🎉
Rantai tangan jagung HANYA *RM2369 NETT* sahaja

🎉Lagi woww, promosi ini boleh buat *EPP 10*Maksudnya sebulan HANYA bayar dalam RM240 sahajaSangat sangat budgetMana boleh cari harga chun macam ini selain daripada PG Jewel

🔥CEPAT LOCK PRE-ORDER INI🔥
*Stock terhad sahaja

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi atau whatapps www.wasap.my/+60134506989
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
*Special Preorder - Rantai Jagung*
Cepat lock dengan HOB anda dengan detail berikut
Nama:
Ic:
Email:
Phone:
Address:
Introducer:
Payment : EPP 10x
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Soalan lazim berkenaan GAP PUBLIC GOLD

1. Selepas belian, berapa lama tempoh boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Emas fizikal boleh terus dikeluarkan dari akaun GAP selepas Public Gold update
pembelian tersebut ke dalam GAP Statement di website www.publicgold.com.my.
Public Gold ambil masa 2 hari bekerja untuk proses.

2. Bagaimana cara keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?
Sebaiknya telefon cawangan Public Gold terdekat terlebih dahulu dan beritahu jenis item dan bilangan item yang nak dikeluarkan dari akaun GAP. Kalau stok dah ready, boleh terus datang ambil.
Kalau stok belum ready, minta mereka “reserve” stok dan contact semula bila stok
baru dah sampai.
Kalau urgent, boleh contact mana-mana 18 cawangan Public Gold lain yang ada ready
stock untuk keluarkan emas tu.

3. Apa dokumen yang kena bawa untuk keluarkan emas fizikal?
Perlu tak simpan slip pembayaran asal?
Bawa (1) kad pengenalan dan (2) duit caj premium sahaja. Slip pembayaran asal tak
diperlukan sebab ia sudah disimpan dalam sistem Public Gold.

4. Boleh tak buka akaun GAP untuk anak berumur bawah 18 tahun? Berapa minimum umur untuk buka GAP?
Boleh. Tak ada umur minimum. Bayi baru lahir pun boleh buka Akaun GAP. Cuma
untuk 18 tahun ke bawah, perlu buka AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa. Pilih salah
seorang penama bersama, samada akaun bersama ibu atau bersama bapa.

5. Boleh tak beli emas GAP dengan hanya RM100?
Boleh, kaedah itu sudah disahkan patuh syariah. Tapi saya syorkan beli mengikut
gandaan 1 gram supaya mudah kiraannya. Genapkan gram terdekat.

6. Kalau nak jual emas GAP, adakah perlu keluarkan emas fizikal terlebih dahulu?
Tak perlu. Boleh terus jual secara online. Login web > My GAP > Buy Back.

7. Berapa caj pengeluaran yang dikenakan semasa keluarkan emas fizikal dari GAP?
Bayar caj premium sahaja atas SETIAP KEPING (bukan setiap gram) mengikut jenis
item yang nak dikeluarkan.

8. Kalau keluarkan emas fizikal, berapa baki minimum perlu tinggalkan dalam akaun GAP? Boleh tak keluarkan kesemua emas dari akaun?
Boleh keluarkan kesemunya tanpa tinggalkan baki. Tetapi paling baik tinggalkan baki
minimum 1 gram supaya akaun GAP tersebut kekal aktif. Kalau keluarkan semua
tanpa tinggalkan baki, Public Gold anggap akaun GAP itu ditutup (sama macam akaun
bank juga). Bila nak buat belian akan datang, Public Gold kenakan caj activation fee
RM50. Jadi saya syorkan tinggalkan bagi 1 gram, kecuali memang dah tak nak beli
melalui GAP pada masa akan datang.

9. Adakah syarat wajib kena beli setiap bulan?
Tak ada. Kita bebas untuk beli dan jual pada bila-bila masa tanpa had.

10. Berapa lama tempoh masa dibenarkan simpan dengan Public Gold? Berapa had kuantiti emas? Dan berapa cajnya?
Tiada had masa, dan tiada had kuantiti. Ianya PERCUMA.

11. Adakah harga GAP lebih mahal berbanding pembelian non-GAP?
Tak tentu. Harga emas GAP disemak setiap pukul 12.00 malam, manakala harga emas
pembelian biasa (non-GAP) disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.
Kalau harga emas dunia menaik, biasanya harga GAP lebih murah. Kalau menurun,
biasanya harga GAP lebih mahal.

12. Apa item yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP?
Semua jenis dinar dan gold bar (kecuali item gold bar 0.5 gram) LBMA, Bungamas dan
Tai Fook. Sebahagian foto item emas tersebut boleh lihat DI SINI.

13. Boleh tak saya keluarkan item “dinar” dari akaun GAP?
Boleh. Asalkan cukup gram dalam akaun GAP. 1 dinar = 4.25 gram. Maksudnya kena
ada sekurang-kurangnya 6 gram dalam akaun GAP supaya dapat tinggalkan minimum
1 gram dalam akaun.

14. Bolehkah emas fizikal yang sudahpun dikeluarkan, dimasukkan semula ke akaun GAP?
Tak boleh. Kena jual emas tu dulu, kemudian beli balik masuk ke akaun GAP. Kaedah
begitu merugikan.

15. Bolehkah wakilkan kepada orang lain untuk keluarkan emas fizikal dari akaun GAP bagi pihak kita?
Tak boleh. Sama macam akaun bank, hanya pemilik akaun sahaja dibenarkan keluar
emas fizikal dari mana-mana cawangan Public Gold. Walaubagaimanapun anda boleh guna kaedah GIT. Emas anda dipos kerumah anda. Caj dikenakan.

16. Adakah GAP dilindungi insuran?
Ya. E
mas GAP disimpan di safe deposit box di bawah kendalian Public Safe
(www.publicsafe.com.my). Dan ianya dilindungi insuran.

17. Apakah bukti emas yang disimpan di dalam GAP itu wujud?
Buktinya, kita boleh keluarkan emas itu bila-bila masa dari mana-mana 18 cawangan
seluruh Malaysia. Kalau item yang kita pilih belum ada ready stock di cawangan
terdekat, kita diberi pilihan:
a. tunggu stok baru sampai dari HQ, atau
b. keluarkan daripada cawangan lain, atau
c. pilih item lain yang sama berat dengannya.

18. Kalau berlaku apa-apa kepada Public Gold, bagaimana cara keluarkan emas tersebut?
Pertama sekali, kena jelaskan apa yang dimaksudkan dengan “berlaku apa-apa” itu.
Sebarang perkara yang luar jangka, kita pun tak dapat jangka apa yang berlaku.
Sebagai contoh tahun 2015, berlaku krisis kewangan di Greece yang menyebabkan
duit di bank pun tak dapat dikeluarkan! Ia perkara luar jangka.Jadi kalau rasa 'tak lena tidur' simpan emas dengan Public Gold, kita boleh keluarkan emas tersebut dan simpan sendiri sahaja. GAP lebih sesuai untuk siapa yang takut risiko simpan emas sendiri, dan percayakan Public Gold untuk simpankan.

19. Kalau berlaku kematian, bolehkah waris keluarkan emas tersebut?
Boleh. Syaratnya, ahli waris mesti bawa Surat Kematian & Surat Kuasa Pentadbir
Harta Pusaka. Ini prosedur biasa mengurus harta si mati sama seperti akaun bank.

20. Boleh nak tengok emas yang kita beli itu?
Boleh tengok item-item emas itu di cawangan Public Gold, tetapi pembelian GAP bukanlah membeli ITEM, tetapi kita membeli GRAM emas. Emas yang kita beli itu disimpan dalam bentuk “pool” bersama dengan pembeli yang lain.Katakanlah kita membeli 5 gram, dan kesemua pembeli GAP seluruh Malaysiaberjumlah 100kg, maka Public Gold akan simpankan 100kg emas dalam pelbagai saiz di Public Safe Deposit Box (di Penang). Kita memiliki 5 gram daripada 100kg itu.
Bila nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, waktu itu barulah kita pilih apakah
jenis item yang mahu dikeluarkan. Boleh pilih samada (1) gold bar 1 gram x 5 keping,
atau (2) gold bar 5 gram x 1 keping. Bila dah keluarkan dari mana-mana cawangan
Public Gold, maka bahagian kita akan dihapus (dalam rekod) daripada 100kg itu.

Persoalan anda masih belum terjawab?
Kurang penjelasan? Keliru? Atau nak daftar terus? Boleh hubungi saya.
TIPS PAJAKAN

1 - Pilih item yang hanya cukup cukup untuk jumlah yang hanya kita perlukan sahaja sebagai gadaian. Contoh jika kita memerlukan wang sekitar RM500, jadi pajak emas sekitar 1dinar sahaja. Sebab kalau pajak yang besar nanti duit selebihnya pasti kita akan belanja habis kan..

2 - Kalau kita ada item yang kecil2 dan yang besar, lebih baik pilih item yang kecil-kecil berbanding yang besar.

Contohnya jika kita perlu pajak 50gram emas. Lebih baik kita pajak yang 10gram 5 keping dengan surat yang berasingan berbanding yang 50gram sekeping.

Sebabnya bila kita pajak yang 10gram 5 keping memudahkan kita untuk menebus kembali sekeping sekeping dan ini akan mengurangkan kos upah simpan.

3 - Sebelum pajak emas itu, snap gambar dan simpan, sekurang-kurangnya jika kita tak mampu untuk bayar pinjaman itu, kita boleh iklankan untuk dijualkan pada kawan kawan -kawan terdekat kita.

4 - Jika tak mampu untuk bayarkan jumlah pinjaman sekaligus, kita boleh aja bayar pinjaman itu secara ansuran setiap bulan atau pada bila-bila masa kita ada duit.

5 - Pastikan sebelum buat pajakan itu, kita ada perancangan kewangan bagaimana untuk menebus pajakan itu.

6 - Jika sudah cukup tempuh untuk kita tebus barangan yang dipajak itu tapi kita masih belum mampu untuk buat bayaran, kita boleh aja buat pertukaran surat perjanjian atau tukar surat.

7 - Jangan sesekali pajak emas beli emas, pajak lagi dan beli lagi kemudian pajak lagi dan beli lagi. Ini bermakna anda bakal kehilangan semua emas anda jika tiada sumber untuk menebusnya.

Jika ianya bermanfaat boleh klik SHARE untuk manfaat bersama.

#kakinaPublicGold
Berat : 8.78 - 8.85g
Length : 17cm
Lebar : 0.7cm
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Ini adalah ringkasan peristiwa-peristiwa yang menggerakkan harga emas sepanjang 2 minggu pertama tahun 2020.

Jika anda boleh melihat bagaimana peristiwa-peristiwa tertentu boleh menggerakkan harga emas (samada naik atau turun) maka anda boleh jadi pelabur emas yang baik :)

A - Jeneral Iran Qasem Soleimani telah dibunuh dalam serangan dron pada hari Jumaat 3/1/2020. Memandangkan pasaran saham ditutp pada hujung minggu maka kesan serta merta tidak dapat dilihat. Pada masa ini Iran telah mengancam untuk membalas dendam ke atas Amerika dan Donald Trump pula memberi amaran akan bertindak balas jika Iran menyerang aset/sekutu/kepentingan Amerika. Ketegangan geopolitik meningkat.

B - Harga emas meningkat dengan mendadak apabila pasaran dibuka, kesan daripada ketegangan Iran vs US. Ketika ini Iran berkabung 3 hari. Harga emas kemudian menurun kerana tiada reaksi dari Iran.

C - Harga emas meningkat dengan mendadak pada 8/1/2020 (USD1611 usd/Oz) akibat bedilan roket daripada Iran ke atas markas tentera Amerika di Iraq. Market takut kerana serangan ini boleh menjadi punca konflik yang lebih besar antara Iran dan US.

D - Harga emas kembali turun setelah market mendapat tahu bahawa serangan ini tidak mengorbankan nyawa tentera US dan Iran telah memberikan amaran awal 6 jam sebelum melancarkan serangan roket keatas pengkalan tentera tersebut. Iran kemudian mengeluarkan kenyataan tidak mahu konflik ini berpanjangan. US juga tidak mahu konflik ini berpanjangan. Jadi tiada tindakbalas senjata dari US. Market lega dengan perkembangan positif ini dan harga emas kembali reda (menurun). Tiada risiko perang.

E - Pada 10/1/2020 laporan pekerjaan US dikeluarkan. Jumlah pekerjaan yang dicipta di US pada bulan disember adalah 145 ribu berbanding jangkaan 162 ribu (miss target). Jadi harga emas naik kerana data laporan pekerjaan yang kurang memberansangkan.

F - Financial market mendapat berita bahawa US dan China akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 pada 15/1/2020 Ini dilihat sebagai petanda positif bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara US dan China.

Pada hari Isnin 13/1/2020 US telah mengeluarkan laporan yang menyatakan mereka tidak lagi melabelkan China sebagai pemanipulasi matawang. Ini sekaligus memberikan reaksi positif kepada pasaran saham dan matawang Yuan dan ia mengakibatkan harga emas jatuh.

Sekian laporan prestasi harga emas untuk 2 minggu 😀