#TabungGadaiEmas
Untuk pengetahuan semua, emas adalah "aset tidak beku" yang mana bila kita dah beli dan simpan, kecairan kepada tunai adalah yang paling mudah.
Ada dua cara untuk kita dapatkan tunai dengan emas iaitu samada kita jual semula atau tak perlu jual iaitu pajak (gadai) saja.
Saat kecemasan jika kita perlukan tunai untuk pinjaman jangkamasa pendek, memajak emas adalah cara terbaik.
Hari ini saya nak kongsikan kepada semua tips untuk pajak (gadai) emas di arrahnu.
Apa tipsnya, teruskan baca 👇
• Pilih Waktu Sesuai
- Nak guna duit sebagai pusingan modal niaga yang menguntungkan.
- Nak buat modal belanja hangus, tapi kenalpasti terlebih dulu sumber duit untuk bayar semula pinjaman. Kalau tak ada sumber, jual semula adalah lebih baik.
• Pinjam hanya yang perlu saja jangan berlebihan supaya mudah nak langsaikan pinjaman.
• Pecahkan beberapa surat pajakan supaya mudah nak tebus. Jika ada masalah kewangan mendatang kita boleh tebus satu-satu dulu.
• Kenalpasti caj upah simpan paling rendah dan disemak dari masa ke semasa.
• Asingkan siap-siap duit upah simpan (6 bulan) selepas dapat pinjaman supaya kalau kita tak ada duit nak tebus dalam tempoh 6 bulan dengan duit yang dah diasingkan tu boleh buat bayaran upah simpan. (Bergantung agensi arrahnu).
• Tebus emas secepat yang mungkin supaya kita tidak rugi bayar caj upah simpan. Lagi lama tempoh pinjaman lagi banyak caj yang dikenakan. Caj upah simpan biasanya dikira per bulan.(bergantung agensi arrahnu)
• Hati-Hati kalau pajakan emas yang berbalut plastik kekal (berseal). Sebab majoriti arrahnu akan buka pembalut untuk diuji ketulenan. Bila pembalut dah dibuka kadar spread emas tu akan tinggi. Jadi semak terlebih dulu terma dan syarat setiap agensi arrahnu. (Arrahnu pos Malaysia tak buka seal untuk produk PG).
• Cari arrahnu yang tiada rekod dalam CCRIS. Majoriti arrahnu yang berkaitan dengan bank biasanya ada rekod dalam CCRIS. Jika nak pajak juga dibank pastikan kita tinggalkan rekod pinjaman yang baik supaya tak akan menyusahkan kita dimasa depan. (Arrahnu pos Malaysia tiada rekod CCRIS).
• Tangkap gambar emas yang kita nak pajak terlebih dulu, jika kita tak mampu nak tebus emas tu kita ada jalan terakhir iaitu jual "surat pajak". Cari pembeli supaya emas tidak dilelong dan nama kita tidak "blacklist"
Inilah tips asas sebelum kita memajak emas di arrahnu. Arrahnu ini ada baik dan ada buruknya.
Jadi nasihat saya, sebelum nak memulakan tindakan, semak dulu apa keperluan dan kemampuan kita sebelum memajakkan emas supaya kita tidak susah di lain hari.
Kongsikan supaya lebih ramai dapat manfaatnya.