Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
#TabungEmas

KELEBIHAN EMAS

Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.

Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.

Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri,dirasuk syaitan untuk membeli pelbagai jenis barang.

Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh

Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.

Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.

Selebihnya,kalau bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.

Simpanan emas sangat bermanfaat.Disaat negara menimpa musibah kejatuhan ekonomi dan kejatuhan ringgit malaysia, maka kita boleh menyimpan kekayaan dari terus dimakan inflasi.

Kita dapat mengimbangi kekayaan kita dengan inflasi semasa dengan menyimpan aset. Sebagai contoh hartanah dan emas adalah aset terbaik.

Memang kita rasa simpan duit di bank lebih selamat dari segi kuantitinya tapi tidak dari segi nilainya.

Kalau kita tengok RM 10k hari ni tidak akan sama nilainya RM10k 10tahun akan datang.

Barang yang kita beli dengan harga 10k hari ni ,tidak akan dapat dibeli 10tahun yang akan datang..bukan kita tak hadap, tapi minda kita belum terbuka.

Pada tahun 1998, nilai mata wang kita pernah susut nilainya hingga 50% tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilainya pun sekurang-kurangnya emas ditangan kita.

Selagi kita tidak menjualnya selagi itu kita tidak akan rugi.

Emas juga boleh dijadikan sebagai wang antarabangsa. Sebab emas tiada sempadan tempat dan masa. Emas sangat bernilai diseluruh pelusuk dunia.

Sebagai pelabur pula, emas boleh dijadikan pelaburan tetapi pastikan kita beli dalam bentuk yang lebih besar contohnya yang 100g, 250g atau 1kg.

Beli masa harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Baru dikatakan bijak.. Beli dan simpan bila cukup masa kita jual..

Emas juga boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan sama ada untuk peniaga kecil mahupun besar.

Dengan menjadikan emas sebagai modal pusingan, peniaga dapat pastikan yang modalnya tidak tergunakan tanpa sengaja terutama bagi peniaga yang bermusim.

Emas juga tidak ada dalam mana-masa sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas..

Orang yang diistiharkan muflis juga boleh simpan dan beli emas tanpa pengetahuan bank atau pihak lain.

Emas ni boleh dibeli dan dijual secara runcit...sikit-sikit la.. Jadi bagi mereka yang susah hendak menyimpan duit, simpanlah emas sikit-sikit pun tak pa.. Lama-lama jadi bukit..

Beli sebulan segram dah memadai. Kemudian dari simpanan emas tukarlah jadikan ia sebagai pendahuluan pembelian rumah pertama 🏠anda dan rumah-rumah seterusnya.

Simpanlah sebulan segram, jika mampu sebulan 1dinar, jika lebih mampu beli la sekilo untuk dijadikan sebagai pelaburan..😄

Mulakan simpanan hari ni demi masa hadapan. Bak kata pepatah Simpanan menjamin masa hadapan kita. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda yang rugi.

Jangan takut untuk mengorak langkah. Bermula dari sekarang supaya tidak menangis kemudian hari.
#TabungEmas

SIMPAN DUIT ATAU EMAS?

1. Keduanya kita perlu ada dan simpan. Jangan berlebihan simpan duit nanti akan dimakan oleh inflasi juga.

Begitu juga emas, jangan berlebihan menyimpan.

2. Maka duit kita sebaiknya ditukarkan menjadi aset aset yang baik dan sihat.

3. Pastikan tempat kita simpan duit beri pulangan lebih dari kadar inflasi iaitu 4% setahun sebaiknya.

"Jika saya ada RM100,000 berapa saya perlu tukar jadikan emas?"

Sebaiknya hanya antara 10%-30% sahaja dari nilai tunai yang kita ada.

4. Tukar duit jadi emas semuanya juga tidak bagus. Kita perlu ada nilai tunai ditangan juga untuk kecemasan.

Kawan kawan,

Hidup ini soal pilihan,

Tak suka simpan duit, simpan emas.

Tak suka emas, simpan hartanah.

Tak suka simpan hartanah, simpan saham.

Tak suka saham, beli kereta. Ini paling best sebab boleh bawa kemana mana. Orang pun suka kita.

Buatlah apa yang kita suka sebab ia masa depan kita, bukan masa depan Hana Dalish.

Keputusan kita hari ini, penentu siapa kita dimasa depan.

credit: Azizul Azli

#Kongsikan agar kita nampak apa jangkaan kita 5 tahun dari sekarang. Belajarlah menyimpan untuk keluarga kita.

#Belajar simpan emas agar tak lemas bersama disini kawan kawan

klik link dibawah untuk mula simpan emas

https://linktr.ee/hidayatPG
https://linktr.ee/hidayatPG
https://linktr.ee/hidayatPG
#TabungEmas

"Dah menyimpan emas?"

"Belum, aku tengah tunggu harga cantik baru beli"

"Wah bijak kau, banyak ker nak beli?"

"Tak derlah banyak Hana Dalish, nak try 1 gram dulu"

"Takat 1 gram bezanya RM3-RM4 je sehari, mahal lagi bulu mata kau Musalmah Markonah Bustamam"

"Yer la barulah untung kan?.

Kawan kawan,

Mari betulkan cara melihat emas.

Ada dua jenis manusia, satu beli emas untuk tujuan PELABURAN EMAS.

Satu beli emas untuk tujuan PENYIMPAN EMAS.

Pelaburan Emas hanya beri pulangan baik jika simpan 5 tahun lebih dan keatas.

Jika kita simpan dalam jumlah yang kecil, bila berlaku naik turun harga kita akan untung sekitar RM50-RM100 sahaja. Itu belum tolak susut nilai lagi.

Penyimpan Emas, mereka hanya fokus untuk ada sejumlah emas buat simpanan keluarga mereka.

Mereka ada impian untuk ada 1 kilogram emas dengan membeli dan menyimpan emas secara konsisten. Matlamat mereka agar keluarga mereka ada 1 kilo emas sebelum bersara.

Berbeza bukan?

Maka jadi PENYIMPAN EMAS dan PELABUR EMAS adalah dua perkara berbeza.

Belajar menabung emas agar kita tak lemas kawan kawan

Menyimpan lah.

#Kongsikan untuk kita lihat bagaimana emas berfungsi sebagai penyimpan nilai yang baik.

#Maaf cari gambar EX5 lawa tak jumpa. 😋
#TabungEmas

"Rugi dik harga emas tengah jatuh nie, jangan beli"

"Bergantung kita nak jadi apa Kak Musalmah Kirana, Jika nak jadi Pelabur Emas, Penyimpan Emas atau Peniaga Emas kita tak rugi"

"Tapi orang kata rugi beli waktu harga jatuh nie"

"Waktu harga turunlah kita beli, hartanah pun macam tu kak. Bila harga turun kita beli rumah yang kita mampu"

"Rugilah emas yang akak beli dulu?"

"Rumah yang akak beli dulu, bila jatuh harga apakah bilik dah kurang satu?"

"Rumah pulak!"

"Sama juga dengan emas, jika harga turun apakah cincin atau dinar kita hilang dari simpanan kita satu bentuk? . Selagi kita tak jual ia kekal bernilai pada kita"

Kawan kawan yang baik,

Harga emas mulai turun, belajar menyimpan emas sikit sikit sampai jadi bukit bukau.

Pasang impian untuk satu keluarga ada sekilo emas sebelum bersara.

Ada impian belajar simpan emas dengan baik dan betul?

Boleh belajar dan bermula disini kawan kawan www.wasap.my/60132154954

#Kongsikan agar adik adik kita belajar Menabung Emas untuk masa depan meraka bukan kita.