Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
“Apa beza Dinar dengan Jongkong Emas (Gold Bar)?"

𝐏 𝐄 𝐑 𝐁 𝐄 𝐙 𝐀 𝐀 𝐍 :

💠 𝐑𝐮𝐩𝐚 𝐁𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤

𝑫𝒊𝒏𝒂𝒓 mempunyai bentuk yang bulat atau berbentuk syiling. Sejak zaman Nabi Muhammad SAW, Dinar telah digunakan sebagai mata wang Islam.
𝑱𝒐𝒏𝒈𝒌𝒐𝒏𝒈 𝑬𝒎𝒂𝒔 berbentuk Segiempat.

💠 𝐆𝐚𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭

𝑫𝒊𝒏𝒂𝒓 mempunyai gandaan berat yang mempunyai perpuluhan seperti berikut iaitu 1/4 Dinar = 1.06gm, 1 Dinar = 4.25gm, 2 Dinar = 8.50gm
𝑱𝒐𝒏𝒈𝒌𝒐𝒏𝒈 𝑬𝒎𝒂𝒔 pula dalam gandaan genap bermula 1gm, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 250gm dan 1 kilo.

𝐏 𝐄 𝐑 𝐒 𝐀 𝐌 𝐀 𝐀 𝐍 :

💠 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢

𝑫𝒊𝒏𝒂𝒓 dan 𝑱𝒐𝒏𝒈𝒌𝒐𝒏𝒈 𝑬𝒎𝒂𝒔 by Public Gold mempunyai kualiti emas yang sama iaitu emas 999.9 atau 24 Karat.

💠 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚
Harga emas pergram adalah sama.

💠 𝐊𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Kedua-duanya memberi keuntungan yang sama mengikut berat masing-masing.

Kesimpulannya, kedua-duanya Dinar dan Jongkong Emas ini adalah emas yang mempunyai kualiti yang sama iaitu emas 999.9 dan yang membezakannya adalah rupa bentuk.

Ada orang suka mengumpul koleksi Dinar dan ada yang suka koleksi Jongkong Emas/Goldbar🥳🥳🥳
Pelbagaikan bentuk simpanan itu lebih baik🥰🥰🥰


#MyPG
#GrowTogether
Kalau Tak Nak Bayar Hutang Sebab Riba Macam Mana?

Dengan perkembangan teknologi di dunia, manusia lebih mudah mendapat kepada akses informasi jauh lebih cepat. Tetapi dengan terlalu banyak informasi boleh menjadikan "overloaded."

Baru-baru ini dalam satu perkongsian oleh seorang guru kewangan, beliau menjawab pertanyaan tentang, apa yang akan berlaku jika seseorang itu tidak mahu membayar kembali hutang kenderaan atas alasan kenderaan tersebut total loss kerana banjir baru-baru ini.

Jawapannya, bank akan menyenarai hitam kan peminjam tersebut dan akan susah membuat pinjaman lagi pada masa akan datang.

Tetapi apa yang lebih saya ingin kongsikan adalah, ada komen dari seorang penonton yang menulis seperti berikut:

"Kalau tak nak bayar hutang sebab riba?"

Soalan ini bagi saya agak lucu. Tetapi jawapan yang diberikan sangat "deep."

Jawapannya adalah seperti berikut:

"Tak nak bayar hutang sebab riba = Jangan buat hutang. Jangan jadi penunggang agama, mengelak dari hutang atas alasan riba."

Tajam, tapi bagi saya memang betul.

Selepas membaca soalan dan jawapan ini, saya tidak dapat menafikan apa yang orang barat sudah tulis tentang wang.

Dalam buku The Psychology of Money memang menjelaskan,

"Pandangan manusia terhadap wang berbeza antara satu orang dengan satu orang yang lain. Apa yang pelik bagi kita, normal bagi orang lain, apa yang pelik bagi orang lain adalah normal bagi kita."

Bila kita bicara tentang wang, boleh kita sama kan dengan pembelajaran kita di dalam kelas satu masa dahulu.

40 murid.
Sekolah yang sama.
Guru yang sama.
Suasana persekolahan yang sama.

Tapi keputusan peperiksaan berbeza.

Sebab, pemahaman terhadap mata pelajaran itu berbeza, suasana di rumah berbeza, cara kehidupan berbeza. Apa yang difahami oleh mereka yang score A dalam sesuatu subjek, tidak akan difahami oleh mereka yang gagal dalam subjek tersebut.

#emas #mypg #kewangan