Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
Cuba bayangkan kalau kita beli emas setiap bulan 1 gram sejak 20 tahun lepas, tahun 2000. Harga pada waktu itu sekitar RM35 segram. Selepas 20 tahun, ada 240 gram emas yang nilai dia RM62 ribu.

Hanya nak menjentik minda saya dan minda kawan-kawan semua. Emas tak pernah murah. Dia naik, turun sikit tu biasa. Yang penting kita konsisten tukar sikit duit kepada emas untuk:

1. Serap inflasi disebabkan jatuh nilai Ringgit
2. Harta yang kekal nilai
3. Harta simpan dan lupa untuk jangka masa sederhana dan panjang

Saya sendiri bermula tahun 2015 ketika umur 23 tahun. Alhamdulillah, hari ni ada customer saya yang berumur 17 tahun mulakan simpanan emas. Mula dengan berapa yang ada, saya start dengan RM100 je. Tapi saya tak pernah rasa terlambat sebab akan datang pun boleh ada 20 tahun lagi kalau belum ajal mati awal.

Kredit : Syawal Ameron
CARA TERBAIK SIMPAN 1 GRAM 1 BULAN

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana 18 cawangan PG. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan.

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas.

Berminat? komen dibawah
Harga Emas naik!. Nak jimat mula sekarang, sebelum pukul 12pm.

Harga masih RM258/gram. Esok harga dijangka RM262/gram.

Lekas wasap ke www.wasap.my/60132154954/sayanaksimpanemas
Pada saya jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah. Beli, beli dan beli saja.

Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Saya bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas.

Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas.

Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal.

Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanya ada nombor dan kertas sahaja.

Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya.

Saya belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak.

Belum pernah.

Jadi pada saya, jangan peduli harga emas itu dulu.

Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu.

Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya. InsyaAllah.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga.

Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2010 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan.

Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas.

Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!

Kredit : Zulkifli Shafie
Bila kerajaan umum ada bantuan bantuan kewangan akan disalurkan, kita rasa gembira kan?

Saya pun begitu. Cuma dalam diam kita diperhatikan, duit yang bakal masuk tu seolah-olah dapat dihidu individu penipu. Awas!!!
.

Ini 5 tips elak ditipu sewaktu buat pembelian emas:

1️⃣ Tahu tujuan beli emas. Duit bantuan dan simpanan lebih sesuai diguna beli jongkong atau dinar sebab bila kita nak cair jadi cash semula ia lebih tinggi nilai (spread nipis)

2️⃣ Ambil tahu harga semasa. Jangan tertarik dengan harga murah tapi emas pula tiada jaminan ketulenan.

3️⃣ Pilih syarikat yang ada kredibiliti. Kena tengok siapa partner syarikat dan review pelanggan yang ada pengalaman dengannya.

4️⃣ Emas tak pernah beri dividen tetap. Bila ada duit banyak kita mudah terpengaruh dengan pelaburan dan perkataan "untung".

5️⃣ Beli emas secara pakej. Maksudnya bukan sekadar murah tapi kena tengok spread emas, cawangan banyak, stok tiada had, dan mudah jual semula.
.

Jaga-jaga kawan, duit kita bukan anak raja atau hartawan. Dapat duit kena urus dengan tenang.
Tahniah dik. Mak kau memang bijak. Dia dah buatkan tabungan untuk kau awal-awal lagi.

Moga terus konsisten tambah 1gram 1bulan. Nanti bila nak masuk U, jual je emas yang dah terkumpul. Tak perlu mohon PTPTN.

Haa gitu.
Boleh mulakan simpanan dalam akaun emas GAP pada RM265 per gram.

Hubungi saya untuk bimbingan: www.wasap.my/+60132154954/daftarGAP
Banyak cara untuk kita usahakan simpanan kita. Mahu tak mahu sahaja untuk mulakan.

1. Belanja kurang daripada pendapatan
2. Ubah Gaya hidup “minimalist”
3. Cari cara tambah pendapatan sampingan
4. Kurangkan makan minum diluar
5. Mulakan tabung warna
6. Rancang perbelanjaan harian, mingguan, bulanan
7. Kurangkan hobi main henpon, cari hobi yang boleh buat duit.
8. Beli yang perlu sahaja, bukan kehendak
9. Pergi kerja naik motosikal.
10. Bawa bekal ke ofis.

Ada banyak lagi cara. Cukup 10 ini sahaja dulu. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua ye.
KUMPUL EMAS PERGI UMRAH.

Salah satu kegunaan emas ialah, kita boleh menjadikannya sebagai alat untuk mencapai impian kita dengan lebih cepat.

Sebagai contoh, jika kita bercita-cita untuk menunaikan umrah, kita boleh memanfaatkan emas dalam mencapai cita-cita kita itu.

Jika kita menyimpan dalam bentuk duit, biasanya sangat susah untuk konsisten kerana kita akan tergoda untuk berbelanja. Hasilnya, duit tambang pergi umrah susah untuk dicukupkan.

Berbeza dengan emas.

Jika kita mengumpul emas, naluri untuk menambah gram lebih kuat daripada membelanjakannya. Jadi, cita-cita kita tadi akan bertambah mudah untuk dicapai.

Untuk pergi umrah, saya cadangkan untuk anda kumpul sebanyak 10 dinar. 10 dinar ini boleh kumpul 1 dinar 1 bulan atau kumpul sedikit demi sedikit melalui Akaun Emas GAP.

Boleh mula RM100 atau 1gram.

Anda boleh pergi umrah bila-bila masa menggunakan 10 dinar tersebut.

Bagi yang belum bermula, boleh whatsapp saya untuk bimbingan: www.wasap.my/+60132154954/daftarGAP
APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Antara kelebihan GAP ialah:

1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

3. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

4. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.

5. Tiada komitmen bulanan.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my
Harga Emas 03.12.2020 = RM265/gram
(Gold Bar / Dinar ; 999.9)

🍯 Nak mula simpan emas? Lekas klik sini:
👉🏻 www.wasap.my/60132154954/sayanaksimpanemasT
#TabungEmas

KELEBIHAN EMAS

Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.

Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.

Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri,dirasuk syaitan untuk membeli pelbagai jenis barang.

Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh

Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.

Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.

Selebihnya,kalau bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.

Simpanan emas sangat bermanfaat.Disaat negara menimpa musibah kejatuhan ekonomi dan kejatuhan ringgit malaysia, maka kita boleh menyimpan kekayaan dari terus dimakan inflasi.

Kita dapat mengimbangi kekayaan kita dengan inflasi semasa dengan menyimpan aset. Sebagai contoh hartanah dan emas adalah aset terbaik.

Memang kita rasa simpan duit di bank lebih selamat dari segi kuantitinya tapi tidak dari segi nilainya.

Kalau kita tengok RM 10k hari ni tidak akan sama nilainya RM10k 10tahun akan datang.

Barang yang kita beli dengan harga 10k hari ni ,tidak akan dapat dibeli 10tahun yang akan datang..bukan kita tak hadap, tapi minda kita belum terbuka.

Pada tahun 1998, nilai mata wang kita pernah susut nilainya hingga 50% tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilainya pun sekurang-kurangnya emas ditangan kita.

Selagi kita tidak menjualnya selagi itu kita tidak akan rugi.

Emas juga boleh dijadikan sebagai wang antarabangsa. Sebab emas tiada sempadan tempat dan masa. Emas sangat bernilai diseluruh pelusuk dunia.

Sebagai pelabur pula, emas boleh dijadikan pelaburan tetapi pastikan kita beli dalam bentuk yang lebih besar contohnya yang 100g, 250g atau 1kg.

Beli masa harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Baru dikatakan bijak.. Beli dan simpan bila cukup masa kita jual..

Emas juga boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan sama ada untuk peniaga kecil mahupun besar.

Dengan menjadikan emas sebagai modal pusingan, peniaga dapat pastikan yang modalnya tidak tergunakan tanpa sengaja terutama bagi peniaga yang bermusim.

Emas juga tidak ada dalam mana-masa sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas..

Orang yang diistiharkan muflis juga boleh simpan dan beli emas tanpa pengetahuan bank atau pihak lain.

Emas ni boleh dibeli dan dijual secara runcit...sikit-sikit la.. Jadi bagi mereka yang susah hendak menyimpan duit, simpanlah emas sikit-sikit pun tak pa.. Lama-lama jadi bukit..

Beli sebulan segram dah memadai. Kemudian dari simpanan emas tukarlah jadikan ia sebagai pendahuluan pembelian rumah pertama 🏠anda dan rumah-rumah seterusnya.

Simpanlah sebulan segram, jika mampu sebulan 1dinar, jika lebih mampu beli la sekilo untuk dijadikan sebagai pelaburan..😄

Mulakan simpanan hari ni demi masa hadapan. Bak kata pepatah Simpanan menjamin masa hadapan kita. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda yang rugi.

Jangan takut untuk mengorak langkah. Bermula dari sekarang supaya tidak menangis kemudian hari.
EMAS IALAH PELABURAN YANG BERDIRI SENDIRI

Saya suka dengan perkongsian Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan Malaysia. Ini juga salah satu sebab saya simpan emas.

Kata beliau, semua aset akan terikat kepada sesuatu, seseorang atau beberapa sistem.

Sebagai contoh, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada prestasi penerbitnya. Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan.

Tetapi emas berdiri sendiri kerana tidak terikat kepada aset kewangan lain. Ia tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem.

Jadi ia adalah wang dalam dirinya sendiri.

Tambahan lagi, ia tidak perlu sebarang laporan atau geran pegangan. Jadi, jika anda tidak memberitahu, tak seorang pun akan tahu berapa banyak atau adakah anda mempunyai emas.

Selanjutnya, emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti sebenarnya. Ini tidak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah.

Anda mungkin ingat anda memilikinya, tapi cuba anda tidak bayar cukai tanah untuk beberapa tahun, dan anda akan dapati siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu! Iaitu Kerajaan!

Dah faham kan? Bila kita simpan emas, kekayaan itu sepenuhnya di tangan kita.
Tempat terbaik kita jual emas adalah tempat kita beli emas tersebut. Tapi ada yang tak beli emas mereka sendiri jual.

Nak tahu solusi untuk masalah ini? Jual pada Public Gold, mereka akan beli emas pelbagai jenama. Tapi Public Gold beli dengan harga sedikit murah berbanding Public Gold beli jenama Public Gold sendiri.

Nak beli emas, tak boleh fikir tentang harga beli yang murah sahaja, tetapi kena fikir juga waktu nak jual balik.

Sebelum beli emas, tanya adakah mereka akan beli balik emas yang dijual kepada kita? Kalau beli balik, berapa spreadnya? Public Gold akan beli balik dengan spread antara terendah. Atas kertas, spread sekitar 6% sehingga 10%.

Nak mulakan beli emas, boleh hubungi saya. Dengan Public Gold, nak beli mudah dan nak jual pun mudah.

Begitulah.
5 Sifat Istimewa Emas 🏆

1⃣ Emas boleh lebur di takat 1063°C. Kalau di bawah suhu ni, Emas tak boleh cair.

2⃣ Walaupun ia dibakar, ia tetap jadi ketulan emas semula, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik.

3⃣ Emas adalah konduktor elektrik yang sangat baik.

4⃣ Emas tak ada tarikh luput. Dari zaman dulu sampai sekarang, semua orang terima emas. Nilai Emas tak bergantung dengan kerajaan untuk diperlakukan.

5⃣ Emas bernilai dalam apa jua bentuk. Dalam bentuk debu sekalipun ia tetap ada harga yang dipandang bernilai oleh manusia.

Sebab itulah emas dikatakan penyimpan nilai kekayaan dan harta yang sebenar.
Memandangkan dah hujung tahun so jom kita belajar sikit rahsia 1 dinar untuk selesaikan roadtax & insurans kereta 🚗

ok mula² kita lihat masalah dahulu. bila hujung tahun kita akan runsing nak bayar roadtax & Insurans(RI). mana nak spend untuk melancong lg..mall pun banyak sale hujung tahun ni.. ceritanya cash tak banyak...ok dah faham masalah?

Ar-rahnu adalah jalannya 🥳
step :

1. beli 1 dinar kemudian peram dinar tu.

2. sampai masa nak bayar RI kita pergi PAJAK di mana² ar-rahnu

3. tebus semula sebelum tempoh matang secara jelasnya kita "andaikan" 1dinar kita berharga 1000 mudah kira sbb genap.. so jika pergi pajak kita akan dapat cash 600/650/700 ringgit mengikut peratus% nilai marhun pajak gadai tersebut.. dengan cash tu kita pergi bayar RI kita..katakan RI 400..bayarlah 400 roadtax & insurans tu...
lps byr RI kita masih ada baki kan?? 700-400=300... baki terpulang nak tebus balik/melancong/shopping..caranya lihat pada kekuatan kewangan kita untuk tebus balik dinar tadi dalam tempoh 6 bulan akan datang. pastikan tebus semula bayar sikit² termasuk upah dekat rahnu sampai dapat balik 1dinar kita tadi.

so, kita hanya perlu beli sekali sahaja 1dinar untuk kita pusingkan tiap² tahun utk bayar RI kita. faham kan? sambung lagi..

katakan next year dinar dah dah jd 1200..pajak lagi bayar RI dan kita akan nampak baki akan lebih dari tahun sebelumnya.. hanya dgn 1 dinar yg kita beli awal² tadi sahaja.. tak perlu siap duit seketul tiap² tahun untuk fikir roadtax & insurans.

skrg masalah nak bayar roadtax/insurans selesai...tapi sedar tak sedar nilai dinar kita meningkat.. jangan jual dinar tu..gunakan berulang² tiap tahun pajak-byr RI-tebus.
sistem ni halal. cari pajak gadai islam.Public Gold sendiri ada arrahnu dijamin halal

www.wasap.my/60132154954/1dinar