Nota Emas HidayatAfiqah
379 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
Pengalaman Ar Rahnu POS Bangi

1. Disebabkan emas PG diterima tanpa soal oleh Pos Malaysia , saya cuba Ar-Rahnu POS. Betul, dia tak test pun emas tu guna densimeter tadi.

2. Emas 999, 1 dinar ini beratnya 4.25gram , nilai marhun ialah RM 1060.46

3. Pinjaman yang diberikan ialah sebanyak 80% dari RM1060.46 , jadinya dapat RM 848 lepas penggenapan.

4. upah simpan ialah RM 54.53 untuk 6 bulan, bersamaan RM 9.08 sebulan bersamaan 12.8% setahun. Kalau saya tebus emas ni bulan depan, saya perlu bayar balik RM 848 + RM 9.08 .
kalau tebus lepas 6 bulan, saya perlu bayar balik RM 848 + RM 54.53.

5. Upah simpan ini jauh lebih murah dari interest rate credit card 18% setahun. Emosi juga jauh beza. Ramai orang tak disiplin bayar hutang kredit kad, tapi boleh tebus emas lebih awal dari tempoh yang diberikan. tebus awal, lagi murah la upah simpan.

6. Jangan Ar-Rahnukan emas tanpa solid plan utk tebus, masuk CCRIS ya. sama macam anda tak bayar coway unifi pun masuk CCRIS juga. Urus gaji, ada baki. Rancang kewangan 🙂

p/s: Musim raya ni ramai parents buka akaun emas simpan duit raya anak. Public Gold simpankan emas dalam akaun tanpa upah simpan, tanpa yuran. Osem kan 🥰

#edit: lepas baca komen, Ar-Rahnu POS dan koperasi tak masuk CCRIS, arrahnu bank sahaja.
ada yg tanya, boleh extend pinjaman sampai 12 bulan ? jawapan boleh tapi kena bayar upah simpan yg 6 bulan dulu sebelum extend. 😊

Cc:Kamalia Alyah