GoldnDinar_DeenaZamri
53 subscribers
1.26K photos
92 videos
75 files
447 links
Active Dealer Public Gold- Buy & Investment Gold
Download Telegram
Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9


Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.
Pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵 <== 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟵𝟵𝟵.𝟵
Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama.

Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold?
Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.
Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.
Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?
Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

Kredit to #NotaEmasSyukorHashim
Gais,

FBlive saya yang lepas telah ditonton oleh hampir 1400 orang. Terima kasih saya ucapkan.

Topik yang saya kongsikan bertajuk: 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮.

Topik ini penting sebab ia lebih kepada persediaan mindset pelabur emas.

Saya berkongsi ilmu ini berdasarkan pengalaman 13 tahun berkecimpung di dalam bidang ini.

Pelaburan emas boleh diletakkan di dalam kategori pelaburan jangka masa panjang.

Dengan kata lain, semakin lama anda boleh melabur di dalam emas. Semakin besar peluang anda membina keuntungan.

Namun, walau pun emas meningkat dalam jangka masa panjang, ia bukannya naik straight line. Ia bergerak dalam bentuk ombak yang turun naik (tengok ajer gambar)
Kalau tak tahan ombak, nescaya akan mabuk laut gais.
Muntah hijau 🤮

Kemudian, saya juga berikan analogi berikut. Pelabur emas ibarat pelari maraton. Ia adalah acara larian jarak jauh.

1. Ciri-ciri maraton adalah ia larian jarak jauh. (42 kilometer). Bila berjaya habiskan 42 kilometer, baru dikira lulus dan tamat dengan jayanya.

2. Tidak ada orang lari maraton dengan memecut dari awal sampai 42 kilometer gais. Itu acara larian 100 meter.

3. Ia memerlukan anda lari secara konsisten sebab jaraknya jauh.

Gais. Pelaburan emas akan memberikan ganjaran kepada mereka yang faham perkara ini.

Saya pernah berjumpa dengan pelabur yang cakap pelaburan emas rugi. Sebab dia bagi contoh beli emas tahun 2011 ketika harga tertinggi.

Uiks! takkan beli emas satu kali aja, lepas tu tunggu naik? Itu bukan melabur. Itu namanya berjudi (gamble).

Saya sendiri beli emas ketika harga tinggi 2011 Dan saya beli bila harga menurun tahun 2012 - 2015. Naik ke turun ke, saya beli aja. Kalau harga menaik, itu adalah averaging up. Kalau harga turun, itu adalah averaging down.

Sebab itu saya langsung tak kisah pasal harga emas.

Yang penting adalah GRAM MESTI BERTAMBAH.

Itu KPI penyimpan emas berilmu 😃


Credit to :
#NotaEmasSyukorHashim