GoldnDinar_DeenaZamri
54 subscribers
1.26K photos
92 videos
75 files
447 links
Active Dealer Public Gold- Buy & Investment Gold
Download Telegram
[11/02, 3:41 pm] Zamri: #TabungJimat.
.
SELAMAT DATANG 2022
.
Jika kita tidak mampu TAMBAH PENDAPATAN tahun baru ini, kita KURANGKAN PERBELANJAAN. Baru kita jadi jejaka tampan & jelitawan.
.
1. Batalkan langganan Astora anda, tengok extravaganza bukan boleh jadi kaya raya kawan.
.
2. Guna lampu led, mahal mulanya saja. Bila bill elektrik datang kita mula rasa lega.
.
3. Kurang guna hp, banyakkan berbicara dan kuat kerja. Jangan mengumpat, banyak dosa.
.
4. Berhenti beli majalah, akhbar dan mastika. Bacaan online sahaja pun dah pening kepala.
.
5. Hentikan keahlian kelab rekreasi yang mahal gila, padang taman masih hijau dan percuma. Gegadis juga ramai selalu disana.
.
6. Bandingkan harga sebelum beli & belah terus, kita tak rugi sebenarnya.
.
7. Guna email ianya percuma, tak perlu surat, kertas, meja dan mata pena.
.
8. Beli barang dapur dalam jumlah banyak di Mydin, ianya lebih sempurna dan bergaya.
.
9. Kurangkan wang dalam dompet bila jalan jalan. Semakin banyak wang yang ada, semakin lawa semua benda yang kita jumpa. Semakin mengada ngada nak beli semua.
.
10. Banyakkan duduk dirumah dari di pasaraya, semua benda cantik ada disana termasuk promoter jelita yang sudah berusia.
.
11. Perpustakaan itu percuma, jangan asyik nak beli Majalah Magga, URTV, Wanita, Nona dan Impiana.
.
12. Jangan ke restoran sebaliknya ke gerai saja, ia bukan dosa. Api yang dia guna sama sahaja warnanya.
.
13. Pergi kedai seminggu sekali, bukan setiap hari, beli dan buat simpanan sendiri. Beli sikit sikit jadikan kita rugi.
.
14. Patuhi peruntukan belanja anda, tak guna ada i-phone segala jika setiap belanja tidak dicatat dalamnya.
.
15. Beli pakaian hujung musim, habiskan stok yang sediada. Kalau dah kacak macam Bangla, pakai apa pun tetap bergaya.
.
16. Barang terpakai bukan dosa, bundle pun ada yang baru juga. Jangan pandang sebelah mata. Kalau dah cinta, pakai apa tetap sayang punya.
.
17. Sewa bilik jika kita masih bujang, jangan melaram dari bilik depan hingga belakang. Kita sedang membazir ruang.
.
18. Jangan beli kereta jika masih bujang, hantu jembalang tak akan tumpang. Kalau hati dah sayang, Honda 2 roda pun tak mengapa.
.
19. Berhenti kesalun dan spa rawatan, potong timun letak dimata. Lepas guna, jadikan ulam. Padan muka sapa yang makannya.
.
20. Teliti kembali takaful anda, jangan sampai lebih belanja. Jika dah lebih 10%, berhenti saja. Ajen mesti benci saya .
.
21. Bawa bekal tak mengapa, kita bukan sekolah tadika. Orang tahu kita berjimat, bukan mintak duit mereka.
.
22. Air kosong tetap sihat dan beri tenaga. Minum saja, jangan mengada ngada. Air hipsters mahal gila!
.
23. Jangan merokok dan isap vape merata rata, nanti orang ingat muka kita macam ekzos kereta.
.
24. Naiklah kenderaan awam, banyak awek ada didalam. Mula mula memang segan, lama lama hati tertawan.
.
25. Kawasan perumahan yang murah itu masih banyak. Beli kos rendah dan sederhana, dah stabil baru beli yang ada kolam dan laman didalamnya. Jangan terus beli Semi D.
.
26. Tukar pada jenama lebih murah, jenama Mydin, evonsave dan Tesco tidak bersalah.
.
27. Hanya ada satu kad kredit dengan had terendah saja, jika banyak kita cenderong belanja bella amora. Sedangkan rumah belum ada.
.
28. Mintak diskaun sebelum bayar, tak salah kita mencuba. Untung untung dapat makanan percuma.
.
29. Beli bila ada diskaun sahaja, jubah mahal lupakan segera. Pakai saja jubah lama, jika beriman tetap ke syurga.
.
30. Tukar kenderaan kepada viva atau axia. Minyak tangkinya jimat gila!, Isi sekali tak habis habis pusing kemana mana.
.
31. Melawat tempat yang percuma. Zoo Negara mahal giler sejak mereka bela Panda. Muzium Negara lebih terjaga. Nak percuma Tugu Negara dan Planitium Negara ada.
.
32. Beli untuk kita guna, bukan untuk kelihatan bergaya. gegadis tak suka lelaki bergaya tetapi sebenarnya papa kedana.

Dari: Dr Azizul
[11/02, 3:44 pm] Zamri: Tips Simpan Emas

Mula dengan amaun yang terendah secara konsisten dahulu. Minima RM100.

⛔️ Jangan start BIG, tapi bulan depan dah nak jual semula. Sebab dah sengkek. Yang ini ramai orang muda masih berpenyakit macam ni.