GoldPedia by Shera Aiyob
155 subscribers
619 photos
10 videos
279 links
YOUR GOLD EDUCATOR
Download Telegram
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ).

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis.

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat US.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok saja reaksi harga pada malam ni)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar US dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai ‘pelindung nilai’ terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, terutamanya tambah gram GAP waktu harga tengah rendah ni.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Kredit nota: Tuan Syukor Hashim
🔐 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚! 𝐒𝐞𝐜𝐮𝐫𝐞 𝐓𝐀𝐂 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐆𝐨𝐥𝐝 📌

Lindungi akaun anda dengan lebih selamat dan mudah!

𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓, semua transaksi melalui Public Gold memerlukan 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐜𝐮𝐫𝐞 𝐓𝐀𝐂 melalui Aplikasi Public Gold. 👏🏻

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan keselamatan akaun anda dan mencegah penyalahgunaan maklumat atau akses yang tidak sah.

Belum aktifkan kemudahan Secure TAC? Aktifkan sekarang agar transaksi lebih mudah dan selamat!

🔗 Sila imbas QR kod atau tekan pautan di bawah untuk ketahui langkah pengaktifan Secure TAC:
https://my-cdn.publicgold.com.my/image/catalog/information/PG_App_Activate_Secure_TAC.pdf
𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦?

Ramai orang tersangkut kat soalan ni.

Sampai ada yang bertahun tak mula-mula simpan emas sebab asyik tunggu harga turun. Tunggu “masa paling sesuai”. Tunggu kononnya harga paling murah.

Tapi sebenarnya, itu silap paling biasa.

Hakikatnya…
Tiada satu zaman pun orang anggap harga emas tu murah.

Tahun 2010 – RM140/g pun orang kata mahal.
Tahun 2020 – RM280/g pun orang risau.
Tahun 2024 – RM500/g pun masih ada yang tanya, “Patut beli ke tunggu?”

Apa yang kita nampak “mahal” hari ni,
beberapa tahun akan datang kita akan tengok balik dan kata:
“Eh, kenapalah aku tak mula masa tu…”

Sebab tu, waktu terbaik beli emas bukan bila harga paling rendah…
Tapi bila anda ada duit lebih, yang memang tak nak sentuh sekurang-kurangnya 2 tahun.

Nak mula dengan cara paling selamat?

Beli je 1 gram pertama.
Jadikan itu benchmark. Dari situ, baru kita belajar dan faham pola harga emas naik ke, turun ke, kita sendiri akan nampak dari pengalaman sendiri.

Kredit nota: Tuan Mohd Fadzli Bin Lockman
Aset Sesuai Untuk Semua Golongan

Emas ni aset tak kenal umur, pangkat, atau pekerjaan.
Suri rumah boleh simpan.
Pelajar pun boleh.
Yang dah pencen pun lagi digalakkan

Kenapa sesuai?
Sebab emas tak ada diskriminasi macam wang kertas. Lintas saja sempadan negara wang kertas kita dah tak laku. Kena tukar dulu

Masalahnya bila tukar berbeza nilai. Kalau sama tak apa. Kalau masuk eropah seringgit kita sama dengan 20 sen dia je.

Emas ni sangat adil.
Nilainya sama di mana-mana.
1 gram tetap 1 gram, tak kisah siapa yang pegang.

Pergerakan harga juga sama.
Kalau harga dunia naik semua negara emas naik.

Lagi satu, emas senang difahami.
Tak perlu mahir pelaburan pun.
Simpan saja, lama-lama nilainya makin naik.

Tak kira gaji besar atau kecil yang penting istiqamah menyimpan. Siapa ada banyak dialah yang beruntung.

Dengan adanya tabung GAP kita boleh menabung emas menggunakan apps sahaja dan boleh keluarkan fizikal jika kita nak pegang fizikal.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman
Wang US vs Wang Emas

Pakar-pakar ekonomi dan kewangan menyebut bahawa semua mata wang di dunia adalah terbitan daripada mata wang US Dollar. Ini kerana US Dollar telah menjadi mata wang rizab utama bagi bank-bank pusat di seluruh dunia.

Oleh itu, apa sahaja krisis ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat pasti memberi kesan kepada ekonomi negara lain.

Mungkin anda pernah dengar ungkapan ini:

“Sekali ekonomi US batuk, Malaysia demam seminggu.”

Begitulah besarnya pengaruh ekonomi Amerika Syarikat.
(Sumber: Buku Fatwa Mengenai Wang Kertas)

Untuk melindungi kekayaan daripada terkesan dengan krisis ekonomi seperti ini, simpanlah emas fizikal sebagai aset perlindungan. Emas terbukti lebih kukuh dan stabil berbanding wang kertas.

Apa jua yang berlaku, kita tak perlu risau kerana jumlah gram dalam simpanan kita tetap sama, ketulenannya juga kekal terjamin.

Bahkan dalam keadaan ekonomi semakin teruk, harga emas kebiasaannya semakin naik. Emas juga boleh dibawa ke mana sahaja dan tetap diterima di seluruh dunia.

Emas adalah 'wang antarabangsa' yang tidak memerlukan pengiktirafan mana-mana negara.
Keteguhan nilainya sudah terbukti sejak berzaman.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman