GoldPedia by Shera Aiyob
155 subscribers
619 photos
10 videos
279 links
YOUR GOLD EDUCATOR
Download Telegram
Ada apa dengan 50g ni

💥Boleh jadi tabung pendidikan anak-anak
💥Boleh jadi sumber modal besarkan perniagaan sedia ada
💥Boleh jadi insurans kesihatan dan kemalangan
💥Boleh jadi tabung umrah atau pelancangon
💥Boleh jadi jambatan penghubung ke syurga Allah

Apa sahaja yang kita rancang dan impikan dengan seketul logam kuning ni, semuanya bermula dengan NIAT.

NIAT kitalah akan pandu kita kemana arah tuju "kenderaan" yang kita bawa.

Jangan lupa refresh kembali NIAT kita jika dahulu dah tersalah setup wazenya.

Nota Kasih Sayang - Tanpa langkah pertama takkan ada langkah kedua dan seterusnya.

Begitu juga emas. Tanpa gram yang pertama takkan ada gram yang seterusnya.

Jom. Kita boleh bermula dengan 1g atau minima RM100 melalui akaun GAP.

Senyum.
Apa yang bagusnya simpan emas di Public Gold ni?

Kalau kawan-kawan perasan makin ramai pembimbing emas PG dilahirkan dan mereka ni (termasuklah saya) sering menasihati kawan-kawan, saudara mara untuk simpan emas.

Apa matlamat Public Gold sebenarnya? Nak scam orang ke?

Sahabat, Public Gold bukan dibina untuk scam orang, sebaliknya PG teguh berdiri kini kerana perkara berikut:-

📌Memastikan orang biasa-biasa macam kita untuk ada simpanan emas sendiri. 1g 1bulan 1family 1 dealer atau sebulan RM100 melalui akaun GAP. Secara tak langsung membantu masyarakat marhaein membeli ikut kemampuannya. Melalui akaun GAP penyimpan emas tidak terikat untuk membuat pembelian bulanan. Mereka bebas untuk membeli pada bila-bila masa di saat mereka mampu.

📌 Sistem pembelian atas talian yang ditawarkan oleh PG juga amat mesra rakyat. Aplikasi PG boleh dimuat turun di telefon bimbit masing-masing dan pembelian emas boleh dibuat 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Jadi sebagai rakyat biasa sistem ini amat memudahkan dan menjimatkan masa tenaga dan wang.

📌 Melalui pembimbing emas, PG telah membantu ramai orang kebanyakan diluar sana melalui penyebaran ilmu emas. Ilmu simpanan dan pelaburan emas sebenar dipasakkan ke dalam minda pembimbing emas agar mereka boleh menyampaikan kembali ilmu tersebut kepada rakyat biasa di luar sana agar tidak mudah tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya berkaitan emas.

📌 Selain itu, PG juga menawarkan satu platform untuk mereka yang berminat untuk menjadi pembimbing emas dan membina empayar perniagaan secara profesional dan tersusun. Secara tidak langsung, PG membantu ramai orang yang mahu memiliki kedai emas sendiri dengan modal yang sangat minima. Melalui platform ini ramai usahawan dilahirkan dan akhirnya membantu membina negara.

📌 Public Gold tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada penyimpan emas atau kepada para pembimbing emasnya. Public Gold adalah sebuah kedai emas moden yang gigih membantu rakyat Malaysia untuk membuat simpanan dan pelaburan melalui platform emas. Public Gold tidak menawarkan program MLM atau skim cepat kaya. Modus operandinya adalah sah dan mengikut undang-undang.

Maka itu, usah berasa ragu-ragu dengan Public Gold. Teruslah bertindak hari ini. Mulakan simpanan 1kg emas kita hari ini. Bertindak sekarang!
Bina Aset Masa Depan Dengan Emas

Bagi anda yang baru bekerja ataupun yang dah lama bekerja tetapi belum ada simpanan, mulalah membina aset masa depan anda dengan menabung emas.

Membina aset memerlukan wang.
Membina aset yang besar pasti memerlukan wang yang banyak.

Tetapi dengan emas, kita dapat menabung sedikit demi sedikit
Kita gunakan kelebihan faktor MASA.

Simpan secara KONSISTEN setiap bulan dalam tempoh MASA yang panjang.
Pasti kita akan berjaya

Hari ini kita simpan RM100, dapat 0.23xx gram
Simpan RM100 setiap bulan selama 1 tahun, dapat ±2.8xxx gram
Simpan RM100 setiap bulan selama 2 tahun, dapat ±5.6xxx gram
Simpan RM100 setiap bulan selama 5 tahun, dapat ±14.xxxx gram

Jika hari ini kita belum mampu untuk membeli 14 gram (±RM6,000) secara tunai, kita masih berpeluang memilikinya dengan faktor MASA.

Set target untuk 5 tahun akan datang
Simpan setiap bulan sekurang-kurangnya RM100.
Kita akan dapat ±14 gram emas,

Lazimnya bila sudah nampak kelebihan simpanan emas dalam perjalanan 5 tahun membina aset, sudah pasti lebih banyak gram emas yang terkumpul. Ini telah terbukti oleh ramai penyimpan emas sebelum ini.

Mulakan hari ini!
Mulakan di awal tahun 2025.

Pasti diri kita pada masa depan akan berterima kasih atas keputusan yang kita buat hari ini.
Anda baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas?

Ini panduan daripada Tuan Azizi Ali Mentor Wang Mentor Kewangan Malaysia dan juga merupakan seorang Jutawan.

Sebelum anda memulakan pelaburan (apa-apa sahaja pelaburan seperti saham, hartanah, emas, perak, cryptocurrency dan bermacam-macam lagi) terdapat beberapa proses yang perlu anda lalui.

Lima prinsip asas adalah seperti berikut:

1. Buat kajian tentang pelaburan tersebut. Belanja duit untuk membaca 10 buku tentang pelaburan tersebut. Pada peringkat ini anda mungkin mendapati pelaburan tersebut mungkin tidak sesuai dengan anda. Namun jika anda rasa tertarik dengan pelaburan tersebut dan ingin bermula maka pergi ke langkah yang kedua.

2. Mulakan dengan modal kecil. Anda perlu merasa pengalaman membeli, menyimpan atau menjual pelaburan tersebut. Contohnya mula buka akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dengan RM100 atau mula membeli emas fizikal 1 gram atau 5 gram atau 1 dinar.

3. Konsisten. Ini adalah tips yang penting terutama untuk pelaburan yang ada naik turun harga. Anda mesti konsisten supaya anda boleh rasa pengalaman membeli ketika harga sedang naik atau sedang turun.

4. Selepas selesa dengan langkah 2 dan 3. Maka langkah yang keempat adalah melabur dengan banyak. Ini kerana prinsip pelaburan adalah melabur banyak = untung banyak.

Contoh melabur banyak adalah melabur 50% daripada lebihan tunai yang anda ada setiap bulan. Katakan harga emas naik 50% dalam masa 3 tahun, jika anda melabur RM10,000 maka anda cuma untung RM5,000 dalam masa 3 tahun, namun jika anda melabur RM1 juta, maka anda akan untung RM500,000 dalam 3 tahun.

5. Pelaburan seperti emas (termasuk saham, hartanah, minyak, bitcoin dan bermacam-macam lagi) ada turun naik harga. Jika harga emas turun, jangan panik. ini adalah normal. Anda perlu lihat pelaburan emas adalah untuk jangka panjang (3 tahun ke atas).

Harap 5 tips ini dapat membantu anda.
1 Hari 1 Ilmu Emas

Bila dalam dunia emas, satu perkara yang perlu pegang rapat-rapat ialah emas tidak pernah murah.

Berapa pun harga kita masih akan cakap harga mahal.

Sebabnya emas tidak pernah murah.

Jika emas murah, ianya tidak sesuai disimpan. Kita simpan emas sebab kita tahu emas makin mahal.

Simpan banyak banyak ya.
Perjalanan Penyimpan Emas.
1. Target 100 gram
2. Konsisten

Jumlah gram emas ialah 0.26. Waktu ini baru register akaun GAP Public Gold, buat belian emas RM100.

Apabila faham, bagaimana emas boleh menyelamatkan duit simpanan dlm bank asyik bocor, jumlah gram semakin bertambah.

Dah capai 6 gram.
Konsisten #1gram1bulan

Berjaya simpan 12 gram.
Sebelum ini, simpan duit sebulan RM300, hujung tahun tak dapat kekalkan simpanan RM3600.

Sebab?
Asyik korek akaun bank. Tetapi simpan emas dalam akaun GAP, simpanan boleh capai 12 gram.

Alhamdulillah dah capai 33 gram.

Target 36 bulan untuk capai 100 gram. Terus saja niat 100 gram dan konsisten alihkan 10% daripada gaji ke bentuk emas.

Apabila dapat bonus atau dividen terus topup gram emas dalam akaun GAP.

Wah...gram emas semakin bertambah menjadi 33gram.
33 gram bernilai +- RM13000

Dapat sesuatu ?
3 SEBAB ORANG SIMPAN EMAS

Sebab ke-3 paling ramai kata ya.

1️⃣ Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2️⃣ Emas boleh dicagarkan di ar-rahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan. Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3️⃣ Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja. Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit. Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

Begitulah.
Bila dapat kumpul begini, rasa bersemangat kan?

Kuncinya adalah,
Konsisten,
Konsisten,
Dan konsisten.

Bila kita dapat simpan begini, kita akan tarik nafas lega jika berlaku apa-apa kecemasan.

Nilai sekeping 1Dinar (4.25gram) ialah RM1800 sekeping.

Jika 9 keping bermaksud Nilai adalah *RM16,200.*

Setuju tak, nak simpan *16 ribu* memang susah tetapi percayalah nak simpan 9keping x1Dinar ni sangat-sangat mudah.

1 Dinar boleh bayar 10 kali tau. Serendah RM180 sahaja sebulan.

Jom Bertindak!
GAJI DAN EMAS

5 perkara ini yang perlu kita tahu:

1. Apabila hari gaji, bina tabiat untuk reward diri dulu. Rugi. Kerja setiap bulan, tapi takde reward atas kerja kita buat.

2. Reward diri dengn alih 10% gaji kepada simpanan aset. Ini yang selalu orang-orang kaya buat. Simpanan bertambah dengan aset yang kita miliki.

3. Ada ASB dan Tabung Haji itu bagus. Tak salah. Simpanan RM bertambah tetapi value tetap susut. 3-4% akibat inflasi. Why not cuba simpan dalam bentuk aset seperti emas. Mudah cair, simpanan paksa dan yang penting, sebagai aset.

4. Macam mana kita nak tahu simpanan kita itu bagus? Mudah sahaja. Lagi lama kita simpan, lagi tinggi “value” nya. Rumah, tanah dan emas kategori aset yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

5. Rumah dan tanah mungkin sukar nak beli setiap bulan. Perlukan modal besar. Tapi emas, boleh kan. 1 gram 1 bulan memadai.

Begitulah.
4 Sebab Anak Muda Wajib Simpan Emas

Anak muda yang telah ada pendapatan sendiri, terus mulakan simpanan emas anda:

1️⃣ Tabung Kahwin
Simpan emas dari awal untuk tampung belanja kahwin bila tiba masanya.

2️⃣ Dana Kecemasan
Simpan emas untuk dana kecemasan, antaranya kemungkinan tiada pekerjaan dalam satu jangka masa yang lama. Emas dapat dicairkan untuk menampung komitmen dalam situasi tersebut.

3️⃣ Deposit Rumah
Simpan emas untuk deposit beli rumah pertama. Boleh juga digunakan untuk menampung pelbagai deposit untuk kontrak sewaan rumah.

4️⃣ Melindung Inflasi
Simpan emas untuk lindung wang daripada kesan inflasi. Kenaikan harga emas dapat lindung nilai matawang daripada kesan inflasi.

Simpan emas sejak daripada awal. Ini satu daripada cara untuk urus kewangan masa depan dengan lebih baik.