GoldPedia by Shera Aiyob
155 subscribers
619 photos
10 videos
279 links
YOUR GOLD EDUCATOR
Download Telegram
*ALERT HARGA NAIK*

Harga emas tengah naik lagi sebanyak RM4 dari RM466 ke RM470 per gram sekarang.

Jika harga ini kekal, harga di GAP juga bakal memecah rekod harga tertinggi (all time high) sekali lagi esok.

Pastikan topup akaun emas GAP sebelum harga dikemaskini tengah malam nanti.

Harga emas tengah ‘selfish’ sekarang. Tak tunggu langsung.
Gais.

Harga Emas Cecah Rekod Tertinggi, Kemudian Menjunam – Apa Sebenarnya Berlaku?

Baru-baru ini, harga emas melonjak ke paras $3,168 per auns troy — tertinggi dalam sejarah!

Namun selepas itu harga emas menjunam lebih $100 dalam sesi dagangan yang sama.

Apa yang berlaku?

Jawapan: Pengumuman Presiden Trump mengenai tarif baharu pada 2/4/2025 menyebabkan pelabur-pelabur panik dan jual emas untuk menampung kerugian dalam aset lain, biasanya kerugian dalam pasaran saham.

China pula membalas dengan mengenakan tariff sebanyak 34% ke atas produk US dan ini memburukkan lagi situasi.

Gais.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam pasaran. Ia selalu berlaku.

Menurut Commerzbank, harga emas biasanya akan pulih semula selepas kejatuhan mengejut sebegini.

Tambahan pula, pasaran menjangka 2 perkara akan berlaku (1) Fed akan turunkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas tahun ini, (2) tarif oleh Trump dijangka menaikkan inflasi di US.

Namun, ada berita yang menarik iaitu — emas dikecualikan daripada tarif! Tapi ini juga mungkin memperlahankan aliran emas fizikal ke AS.

Apa maksudnya untuk anda sebagai penyimpan emas fizikal?

Bagi saya, Ini mungkin peluang terbaik untuk pelabur emas fizikal membeli ketika harga jatuh banyak — tapi pastikan anda tahu strategi anda.

Antara strategi yang boleh digunapakai adalah beli emas secara konsisten dan borong jika harga jatuh banyak (jika anda ada lebihan duit).
DUIT RAYA ANAK SIMPAN DI MANA?

Ini antara platform di mana ibubapa menyimpan duit Raya anak - anak.

Semua platform ini bagus kerana ada kesungguhan untuk menyimpan

Duit Raya ini disimpan untuk jangka masa panjang, untuk masa hadapan mereka terutamanya sebagai dana Pendidikan

Jika ambil kira usia bermula dari Prasekolah hingga ke Tingkatan 5, tempohnya adalah 12 tahun.

Berdasarkan ini sahaja, emas adalah satu platform yang lebih sesuai kerana purata kenaikan harganya boleh melebihi 10%.

Tahun 2024, purata kenaikan harga emas adalah sekitar 20% tau.. Jauh meninggalkan platform kewangan yang lain.

Jadi, ambil langkah bijak. Jika sebelum ini simpan Wang kertas, ini kali kita tukar kepada emas!

Jangan bertangguh. MULAKAN SEKARANG.

Daftar dan mula awal, tak kalut. Nanti dah kumpul duit Raya, kita topup lagi dan lagi.
Harga emas makin meningkat saat ini. Adakah anda masih menunggu?

Ini 6 sebab kenapa anda tidak boleh lagi bertangguh!

📌 Sejarah harga emas 20 tahun sentiasa meningkat
* Sejarah telah membuktikan bahawa harga emas mempunyai trend peningkatan jangka panjang. Ini menjadikan emas sebagai pelaburan yang berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang.

📌 Harga emas sekarang mahal, masa hadapan akan jadi lebih mahal
* Membeli emas sekarang merupakan langkah yang bijak untuk mengelakkan daripada membayar harga yang lebih tinggi pada masa hadapan.

📌 Krisis dan kecelaruan dunia makin jelas:
* Dalam masa-masa ketidakpastian, kita perlu mempertimbangkan aset emas untuk melindungi kekayaan kita.

📌 Nilai wang kertas semakin lemah diburukkan oleh INFLASI:
* Inflasi mengurangkan kuasa beli wang kertas tetapi emas cenderung untuk mengekalkan nilainya atau bahkan meningkat nilainya semasa inflasi.

📌 Permintaan tinggi. Semua orang suka emas:
* Orang perseorangan, peniaga, bank dan industri sangat bergantung dengan emas. Permintaan yang tinggi ini, digabungkan dengan bekalan emas yang terhad, boleh mendorong harga emas lebih tinggi.

📌 Jutawan juga simpan emas.
* Ramai jutawan dan pelabur berpengalaman sedar akan nilai emas sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan mereka. Mereka memahami bahawa emas boleh bertindak sebagai pelindung nilai dan aset selamat.
* Dalam erti kata lain, tindakan mereka membuktikan bahawa emas adalah satu aset penting untuk mengekalkan dan mengembangkan kekayaan.

Jadi, jangan bertangguh lagi.
MULAKAN HARI INI
MULAKAN SEKARANG!
Gais,

malam ni harga emas naik sangat banyak, hampir USD94.96 / oz.

Ini gara-gara tindakbalas China dan EU membalas tarif US.

China mengenakan tariff 84% ke atas produk US.

EU mengenakan tariff balas 21 billion euro ke atas produk US.

Pasaran kucar-kacir dan emas meroket luar biasa.

Harga gold bar 10 gram dah cecah semula RM480.30 per gram.

Harga GAP masih RM472 per gram.

Jadi kalau ada modal, top up GAP malam ni sebelum jam 12 tengah malam pada harga RM472 segram.

Jimat banyak!

Kredit nota: Tuan Syukor Hashim