Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
TIPS MENYIMPAN EMAS

Dah bertahun kerja masih tiada simpanan? Simpan awal bulan, sebelum hujung bulan duit dah lesap dan bocor?

Simpanan anda tidak kekal lama? Itu perkara biasa bagi mereka yang cuba simpan duit kerana kita kalah dengan emosi berbelanja.

Sedangkan menyimpan adalah asas untuk bina kekayaan. Mula tukar bentuk simpanan kepada emas.

Kita faham beli emas tukarkan nilai duit ke bentuk yang lebih baik. Ada emas tetap ada duit. Ada duit belum tentu ada emas.

Boleh mula dengan belian terus atau melalui program kumpul emas (GAP) serendah RM100.

Lagi bagus terus buat auto-debit. Simpanan akan jadi konsisten💪
Berikut adalah 2 masa terbaik untuk menjual emas anda.

1. Apabila anda telah mencapai objektif pelaburan anda

Kebanyakan kita melabur di dalam emas fizikal untuk mencapai objektif tertentu. Sebagai contoh: mengumpul deposit untuk membeli rumah atau pun mengumpul dana untuk menunaikan Haji atau pun membayar kos IPT anak-anak.

Jadi apabila objektif itu sudah di capai, inilah masa yang terbaik untuk menjual emas tersebut kepada PG, dan mendapatkan wang tunai.

2. Apabila anda memerlukan wang ketika kecemasan

Dari masa kesemasa, kita akan melalui masa-masa yang gelap, situasi yang mencabar dan malah, masa-masa kecemasan. Jika wang dalam Dana Rizab kita tidak mencukupi untuk menghadapi masalah tersebut, anda boleh saja menjual emas anda. Dapatkan cash, dan tangani masalah tersebut.

Dapat sesuatu?
Berniagalah apa saja. Hasilnya tukarkan ke dalam bentuk emas.

Ramai orang boleh ajar macamana nak dapat duit lebih. Ada banyak bisnes yang kita boleh buat untuk jana pendapatan tambahan.

Cumanya, masalah kita tak selesai jugak.

Takde duit, masalah tak cukup duit. Ada duit, masalah habis duit.

Masa duit sikit, duit habis sikit. Masa duit banyak, duit habis banyak.

Jadi, apa yang kita buat selama ini. Semuanya sia-sia belaka.

Buat macam-macam bisnes untuk tambah pendapatan. Bila pendapatan bertambah, duit habis macam selalu jugak.

Duit memang nalurinya ialah berbelanja. Bila ada duit, kepala kita akan jadi kreatif untuk habiskan duit tersebut.

Jika kita selalu gagal simpan duit, cuba ubah cara kita simpan duit daripada simpan dalam bentuk duit kepada simpan dalam bentuk emas.

Tak cuba, tak tahu. Dah cuba, barulah rasa seronok.

Menyesal pun ada. Sebab tak cuba dari dulu lagi.

Simpan la emas sebagai alternatif simpanan tunai. InsyaAllah simpanan kekal lebih lama, aset bertambah berkali ganda dan yang lebih penting lagi, kita tak akan mudah jadi papa kedana.

Orang ada duit, belum tentu ada emas. Orang ada emas, pasti ada duit.

Ingat tu!
🌟 Program MGM - Member Get Member

Bermula 1/2/2024 sehingga 31/3/2024 saya melancarkan program MGM 🔥

Ganjaran: RM10 tunai untuk setiap seorang pendaftaran baru dengan pembelian emas minima RM100

🌟 Caranya:
1. Kongsikan detail tentang akaun emas Public Gold dan daftar percuma di link ini:
http://publicgold.me/deelldahlia
2. Berikan details di bawah kepada saya setelah simpanan emas berjaya:
1️⃣Recommender: Nama & PGcode
2️⃣New member : Nama penuh

‼️ Syarat:
1. Recommender adalah gold saver direct deelldahlia
2. Daftar menggunakan link pendaftaran di atas
3. Terbuka untuk pendaftaran akaun dewasa atau junior ( bawah 18)
4. Berikan details untuk claim RM10 hanya setelah new member berjaya membuat simpanan emas pertama, minima RM100

Ada soalan? Klik:
http://www.wasap.my/60193310103/membergetmember

Terima kasih😍
Emas Public Gold wang Antarabangsa.

Seperti sebelum ini, bila mengerjakan ibadah Umrah saya hanya bawa cash yang sedikit.

Saya tidak risau sebab saya bawa beberapa keping Dinar dan emas wafer 1g bersama-sama saya.

Masuk satu kedai emas dia menawarkan SR950 untuk sekeping dinar saya. Saya senyum. Terbukti emas boleh jadi duit bila-bila masa. Tapi saya tak jual.

Kedai kedua lebih menarik,
"Public Gold... Bagus!" Kata pak Arab ni.

Dia tawarkan SR970 = RM1240 kepada saya.

Wow
Apa lagi...saya setuju la. Sebab dia ambil lebih tinggi

Kredit: Hj Sham
3 tips jika umur anda di bawah 30 tahun:

1. Simpan sebanyak mungkin mata pendapatan anda. Bermula dengan 10% sebulan, dan tambah angka ini apabila anda menjadi lebih bijak dan berilmu. Naikkan ke 20%, 30% dan malah 50% sebulan.

2. Tambahkan ilmu kewangan dan pelaburan dengan membaca buku tentang kedua topik ini. Target 1 buku sebulan dan kemudian 1 buku seminggu.

3. Melabur sebahagian besar wang simpanan anda (dari langkah 1) ke dalam emas fizikal seperti goldbar dan dinar.

Jika anda lakukan 3 tip ini, by the time umur anda 30, anda bukan sahaja mempunyai wang dan mengaut untung, anda sudah cukup ilmu untuk menyahut cabaran-cabaran yang lebih menarik dan mencabar. You are ready to take-off!

Kredit nota: Tuan Azizi Ali
Tahniah penjawat awam dapat bonus madani hari ni.

Semua mesti tersenyum gembira kan!

Nak kekalkan kegembiraan alihkan 10% dalam bentuk aset emas supaya simpanan itu kekal dan bukan semua bonus dibelanjakan 😊

Cara top-up gram emas akaun GAP:
https://t.me/GolDeell/709
E m a s  &  D u i t  K e r t a s

1️⃣ Emas digelar wang antarabangsa dan ia laku di seluruh dunia.

Berbeza wang kertas hanya sah laku dalam negara sendiri sahaja. Jika anda keluar negara, anda perlu menukar wang kertas ikut negara yang anda kunjungi.

2️⃣ Emas tiada tempoh luput. Emas yang dibeli oleh datuk nenek dan moyang 7 keturunan kita pun masih laku hingga kini.

Berbanding wang kertas ada expired date. Contoh coin 1 ringgit dulu sudah digazetkan tidak laku untuk digunakan. Duit kertas not RM500 juga sudah tidak digunakan lagi.

3️⃣ Emas bernilai walaupun patah, bengkok, kemek dan hancur kerana nilai emas disukat pada berat gramnya.

Emas seketul 100 gram jika dipotong 2 maka ia akan menjadi 50 gram setiap satu.

Berbanding duit kertas not 100 jika dikoyak kepada 2 bahagian , setiap bahagian tersebut menjadi 0 tiada nilai.

4️⃣ Emas aset selamat. Nilainya tidak terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Apabila berlaku ketidaktentuan pasaran dan saham, orang mula beralih kepada emas. Sebab itu emas digelar “safe haven asset”

5️⃣ Emas menyimpan nilai. Terbukti sejak 1400 tahun lalu emas mampu kekalkan kuasa beli .

Berbeza dengan wang kertas , tidak mampu menyimpan nilai malah nilainya susut jangka panjang ditelan inflasi.

6️⃣ Emas mempunyai nilai intrinsiknya sendiri, nilainya tidak disandarkan kepada mana-mana kerajaan atau institusi atau sesiapapun.

Berbeza matawang kertas , di cetak, diberi dan diperakukan nilai oleh kerajaan. Runtuhnya kerajaan bermakna runtuh juga matawang kertas tersebut sama seperti matawang kertas daun pisang zaman Jepun di Tanah Melayu dulu.

Kredit: Pn Rusmeyati
Tahniah buat sahabat dealer kami Cikgu Mohamed Ridwan dan Puan Shikin mendirikan rumah tangga dan di ijab qabul kan semalam.

Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah

Cantik betul dinar ni dijadikan sebagai hantaran kahwin mereka. Nampak classy dan elegant. Dan yang penting, kekal bernilai sepanjang zaman

Untung sangat anak muda jadikan dinar sebagai hantaran atau mas kahwin sebab nilainya meningkat dan ia aset kalis inflasi.