Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
Selamat datang ke channel GolDeell. TETAPKAN MATLAMAT MENYIMPAN EMAS!

Priority Dealer
DeellDahlia
PG00090935
Channel photo updated
Yuhuuuu....😍
Assalamualaikum&hai...

Tawaran ISTIMEWA kepada SEMUA😍

REBATE RM10 untuk akaun GAP EMAS Dewasa( 18 tahun& ke atas)

REBATE RM20 untuk akaun GAP EMAS Junior (bawah 18 tahun)

Untuk pengetahuan semua.. akaun Emas boleh diaktifkan dalam masa 24 jam selepas daftar PG CODE dengan belian emas serendah RM100.

Jadi...sis da PAYUNG RM10 dan RM20...untung taw...

*Hari ini sahaja...terhad kepada 50 orang yang terawal sahaja*

Jom sebarkan pada kawan2..sedara mara...adik..kakak...abang...ibu..ayah

Priority Dealer a.k.a your introducer
DeellDahlia
PG00090935
Sharing dari sifu saya, Tn Hj. HH :

7 Strategi Bebas Dari Hutang

Saya suka kongsikan ilmu bebas hutang. Ini antara ‘step’ saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai.

Kalau terpaksa berhutang untuk beli sesuatu, itu bermaksud kita tak mampu. Jadi, kumpul duit dulu kemudian dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contoh, hutang kad kredit (interest 18% setahun) kena settlekan dulu sebelum loan kereta. Elak terperangkap term, “bayar minima”.

Jadi, cuba senaraikan semua hutang yang ada mengikut kadar #Interest paling tinggi.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas untuk simpan duit yang akan digunakan untuk buat full-settlement hutang-hutang yang ada.

Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.

Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.

Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest.

Tak nak bazirkan duit hasil titik peluh, hanya untuk bayar bunga!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus syarikat untuk bayar hutang! Kena mujahadah la sikit. Tekan nafsu berbelanja.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.

Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah.

Jadi, saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit ‘installment’ bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement ‘loan’ kereta sebanyak RM600 sebulan, simpanlah dalam akaun Dana Full-settlement Hutang tadi.

Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

#SHARE jika bermanfaat

#HafizulHakim #KewanganSihat
Sis saya tak pernah dengar la tentang public gold ni,
Er..er..bukan scammers kan..

Me: Bukan dek non...hihihi, jika nak tambah keyakinan ,sis cadang cuba pergi mana2 pejabat pos, arrahnu , bank muamalat atau mana2 Koperasi Tentera arrahnu,tanyakan tentang emas Public Gold kepada mereka ,terima tak emas PUBLIC GOLD? 🥰

Lepas tu,boleh jumpa/wasap sis,n sis tunjuk cara buat simpanan di Public Gold. Dah boleh simpan dengan senang hati..

🏵🎗🏵🎗

Daftar akaun emas anda! Hari ini boleh mula serendah Rm100

Klik wasap.my/60193310103/naksimpanEMAS
Klik wasap.my/60193310103/naksimpanEMAS


DeellDahlia PG00090935
Priority Dealer Public Gold
Just wanna say...
PROUD OF U BROTHA💪


MISI BEBAS HUTANG

Alhamdulillah, tercapai hasrat saya untuk setelkan semua hutang pengajian setelah sahaja tamat belajar di universiti. Saya ambil masa 2 tahun buat simpanan khas untuk bayar balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan simpanan emas saya sepanjang tempoh belajar. Inilah caranya...

Saya nak kongsikan pengalaman saya dan buktikan bahawa dengan menyimpan emas secara konsisten saya dapat buat simpanan dan setelkan hutang PTPTN setelah sahaja tamat belajar. Tak sempat kena bunga-bunga cinta.
Sebelum saya melangkah masuk ke alam univerisiti, saya sudah berfikir macam mana caranya untuk aaya sambung belajar tanpa menggunakan duit umi abah saya dan dapat uruskan yuran pengajian sendiri. Saya tiada pilihan lain dan pilih untuk ambil PTPTN, dan bisnes saya tidak stabil sangat lagi pada masa itu, cukup untuk bayar makan minum dan bayar internet setiap bulan sahaja, saya tidak berani dan tak sempat untuk berikan komitmen yang penuh untuk bayar yuran sendiri. Itulah sebab saya ambil PTPTN

Kisah saya sepanjang belajar di universiti, saya buat pelbagai kerja dan bisnes semasa di universiti. Bukan sekadar belajar, tapi saya juga mencari pengalaman dan peluang untuk saya capai apa yang saya impikan. Semasa belajar juga saya belajar untuk berjimat semampu yang boleh kerana ingin membina simpanan sebanyak mungkin. Saya telah letak target paling kurang pun kena ada minimum 50 gram simpanan emas untuk bayar balik pinjaman PTPTN.

Cara pertama saya lakukan adalah dengan mencari peluang perniagaan semasa di univerisiti bagi memenuhi hasrat untuk membuat simpanan emas minimum 2 gram setiap bulan. Apabila dapat untung berniaga saya akan beli emas secara konsisten setiap bulan. Minimum saya letak target beli 2 gram emas, ada kadang-kadang dapat beli lebih 2 gram setiap bulan, ada kadang-kadang saya dapat beli emas kurang 2 gram setiap bulan. Tapi apabila di totalkan semua ianya menjadi satu jumlah yang besar setelah saya konsisten selama 2 tahun sepanjang tempoh pengajian saya semasa diploma di UPSI.

Apabila tamat sahaja saya belajar di univerisiti di peringkat diploma, saya sudah ada simpanan emas yang memang betul-betul dikhaskan untuk buat bayaran balik pinjaman PTPTN, malah simpanan emas saya telah melebihi target yang sebenar. Saya tidak takut dan tidak ragu-ragu apabila saya beli dan simpan emas. Duit saya lebih selamat dan bertahan lama dalam bentuk emas, duit susah nak bocor dan susah untuk habis apabila duit kita digunakan untuk beli emas sebagai simpanan. Ada duit belum tentu ada emas, ada emas sudah tentu ada duit. Inilah kata-kata saya yang selalu saya pegang dan bagitau kepada orang ramai supaya orang ramai faham tentang emas yang sebenar.

Pada awal permulaan saya beli emas dan simpan emas semasa di universiti, harga purata emas pada masa itu hanya RM180-RM190 sahaja untuk 1 gram, hari ini harga emas sudah capai RM250/gram dan pernah cecah sehingga RM304/gram hujung tahun lepas. Sungguh untung saya jumpa cara ini untuk saya fungsikan simpanan saya untuk setelkan hutang dengan simpanan emas. Situasi ini ibarat saya berjaya beli dan simpan emas 50 gram dalam masa 2 tahun dengan modal RM9000++ sahaja, tapi apabila saya jual balik emas tersebut pada hari ini saya dapat lebih kurang RM12,500++. Saya sudah dapat extra keuntungan simpanan saya dalam masa tak sampai 3 tahun, malah ada lagi duit lebih. Inilah rahsia emas sebagai simpanan yang orang ramai tidak nampak terutamanya anak muda yang masih belajar di universiti.

Alhamdulillah, hari ini saya telah ada income sendiri hasil daripada bisnes saya bersama Public Gold dan lain-lain bisnes sampingan, saya tidak perlu lagi buat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat degree, segalanya saya dapat guna duit sendiri hasil daripada bisnes dan simpanan saya. Semasa saya menulis posting ini saya telah mula sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda di semester pertama dan saya tidak minta satu sen pun duit dari Umi dan Abah saya untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran belajar di peringkat ijazaha sarjana muda ini.
Saya hanya minta mereka doakan saya semoga terus maju jaya.

Kini adalah masa untuk saya pula "memberi" kepada mereka, tapi ianya masih tidak cukup lagi untuk dibandingkan dengan pengorbanan mereka untuk saya sebelum ini. Ia hanya sebagai satu hadiah untuk mengukirkan senyuman dan moga terus doakan kejayaan untuk anaknya. Terima kasih umi abah, saudara mara, sahabat, rakan-rakan dan kepada semua yang selalu bersama dan mendoakan saya. Terima kasih juga kepada Public Gold, bisnes yang saya lakukan sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah hari ini.

Nasihat saya untuk rakan-rakan dan untuk adik-adik yang akan sambung dan masih belajar, rancanglah kewangan sebaik mungkin, cuba paksa dan disiplinkan diri untuk buat simpanan sebanyak mungkin. Jangan banyak memberi alasan, cubalah untuk mencari peluang. Simpanlah emas sebagai simpanan untuk bayaran balik pinjaman sekiranya buat pinjaman. Jika tidak ambil pinjaman sekalipun, cuba juga untuk buat simpanan untuk hari akan datang, apabila tamat sahaja pengajian kita sudah ada sejumlah simpanan yang boleh membantu kita dalam melakukan apa jua perkara di hari mendatang.

Cubalah... InsyAllah...

-Azam Amiri
Mengejar Misi Financial Freedom
INI BETUL-BETUL..BUKAN COBAAN

🌄7 years ago...kalau nak tau masa ni h@rga naik📈📈📈

TAPIIIII beliau TEKAD jugak utk beli sbb takut harga akan naik lagi dan lagi dan paling menakutkan duit yang disimpan BOCOR.😱😭

Dan Alhamdulillah keputusan tu adalah TERBAIK🥰 R.M 153/gram...
(Sekarang 250/gram)

Masa TERBAIK beli EMAS adalah 20thn lepas, MASA ITU TELAH BERLALU
..SO.. masa TERBAIK kedua adalah SEKARANG ‼️

Jangan diulang lagi penyesalan sama 10-20thn akan datang‼️‼️‼️

Always remember GOLD is a long term saving/ investment...

Lagi lama diperam lebih BANYAK UNTUNGNYA😘

Mulakan sekarang...biarpun hanya serendah RM 100(+-0.4gram)...
Syaratnya KONSISTEN
🎯🎯🎯
barulah nampak hasilnya😘

Jom yg berminat utk sy guide dapatkan tabungan EMAS 😘

Jgn risau.FOC je. Sy nak semua orang start buka mata menabung matawang SEBENAR..wang ciptaan Allah.. matawang yg digunakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan akan KEKAL sehingga hari kiamat‼️
In Syaa Allah

Priority Dealer
DeellDahlia
PG00090935
wasap.my/60193310103/naksimpanEMAS
03 APRIL 2021

Public Gold GAP
MYR 100 = 0.4000 gram
MYR 250 = 1.0000 gram


⬇️MYR 240 09 MAC 2021
⬆️MYR 277 06 JAN 2021

🔝MYR 304 07 OGOS 2020