Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
Soalan: Saya berminat menyimpan emas fizikal.

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum saya membuat simpanan emas fizikal?

Jawapan: Sebelum menyimpan dalam emas fizikal, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

Berikut adalah analisis terperinci faktor-faktor tersebut:

1. Apakah matlamat anda?

Adakah anda melabur untuk melindung nilai kekayaan anda (hedging)?

Atau pun untuk keuntungan jangka panjang? atau sebagai aset kecemasan?

Memahami tujuan pelaburan akan membantu anda memilih bentuk emas yang sesuai, seperti jongkong atau dinar emas (purely investment)

Anda boleh pilih barang kemas jika ingin gabungan pelaburan dan boleh dipakai.

2. Terdapat 3 bentuk Emas Fizikal.

i. Jongkong Emas: sesuai untuk pelabur serius. Sebab jongkong emas boleh menjangkau sehingga 1 kilogram.

ii. Dinar Emas atau Syiling Emas: Ia mudah dicairkan dan sesuai untuk pelabur kecil-kecilan.

iii. Barang Kemas: Mempunyai kos tambahan seperti upah tukang dan mungkin kurang sesuai jika anda nak buat pelaburan. Namun kalau nak pakai, memang sesuai pilih barang kemas.

Remarks: Setiap jenis emas mempunyai kos yang berbeza, jadi penting untuk memilih yang selaras dengan matlamat pelaburan anda.

3. Pilih Ketulenan yang betul.

Untuk kita di Malaysia, saya recommend ketulenan 999.9 dan 916.

999.9 (24 karat): Emas tulen, terbaik untuk pelaburan.

916 (22 karat): Campuran emas dan logam lain, biasanya untuk barang kemas.

Ketulenan menentukan nilai emas, jadi pastikan membeli emas yang mempunyai sijil ketulenan (seperti daripada jenama terkenal atau institusi kewangan).

4. Ambil kira kos-kos tambahan seperti:

i. Spread Harga: Perbezaan antara harga beli dan jual emas.

ii. Upah Tukang: Kos tambahan untuk barang kemas, yang tak diambil kira semasa anda menjual balik.

iii. Kos Penyimpanan: Caj peti simpanan keselamatan untuk mengurangkan risiko kehilangan jika disimpan sendiri.

Faktor-faktor ini boleh mengurangkan keuntungan jika tidak diuruskan dengan bijak.

5. Harga Pasaran Emas Dunia.

Harga emas dipengaruhi oleh banyak faktor global seperti nilai mata wang, kadar faedah US, pembelian bank pusat, inflasi dan ketegangan geopolitik.

Tengok harga emas dunia di website goldprice.org dan bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh penjual di Malaysia.

Harga emas yang dijual di Malaysia akan lebih tinggi dari harga emas dunia sebab penjual pun nak untung.

Namun, berhati-hati jika harga emas yang dijual terlalu tinggi.

Sebagai contoh.

Harga emas spot gold di goldprice.org adalah RM388 segram (28/1/2025)

Public Gold jual RM414 - RM420 segram manakala lain jual RM500 segram. Jadi sila buat perbandingan.

6. Sumber Pembelian.

Pastikan amda beli emas dari sumber yang sah.

Contohnya beli dari terus Public Gold dan dapat resit belian rasmi.

Tujuan, supaya anda tidak terdedah kepada risiko penipuan emas palsu oleh peniaga online atau pihak ketiga.

7. Kecairan Emas (mudah dijual balik)

Pastikan emas yang anda beli mudah dicairkan jika perlu wang segera.

Contohnya emas Public Gold boleh dijual kat branch atau pun dijual kepada dealer-dealer sah Public Gold di seluruh Malaysia.

8. Faham risiko emas fizikal.

i. Risiko emas adalah harganya boleh naik turun (biasanya turun) dalam jangka masa pendek (kurang setahun)

ii. Emas tidak memberikan pulangan dividen. Anda untung hanya bila harganya naik.

iii. Penyimpanan emas fizikal terdedah kepada risiko kehilangan atau kecurian.

Kesimpulan

Simpanan emas fizikal memerlukan perancangan teliti, termasuk memahami kos tersembunyi, memilih sumber pembelian yang dipercayai, dan memastikan penyimpanan selamat.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda boleh meminimumkan risiko dan memaksimumkan potensi keuntungan daripada pelaburan emas

Sumber: NESH
ASET FIZIKAL MAMPU MILIK

Tanah dan rumah antara aset yang bagus untuk jangka masa panjang. Makin lama harganya makin meningkat tinggi.

Cuma kalau nak beli tanah
dan rumah, tidak boleh dibeli sedikit sedikit. Modal juga bukan sedikit, proses pun agak cerewet.

Nak beli tanah.
Bulan ni nak beli tanah 3 kaki persegi dulu, bulan depan saya tambah lagi, mungkin 15 kaki lagi kot.

Rumah tak boleh beli berperingkat. Saya nak beli dapur dgn toilet dulu bulan ni, nanti ada duit saya beli pula bilik tidur utama dan bla bla bla...

Boleh gitu? Kalau ada tempat yg boleh, sila PM saya ya. Nak juga membeli niatnya..

Nak beli rumah atau tanah, tentunya perlukan urusan bersama pihak bank, guaman dan prosesnya
memakan masa.

Kena sediakan dokumen berkaitan dan sebagainya.
Tunggu pengesahan ccris ctos adakah layak atau tidak nama kita.

Semakan dan perkiraan juga dibuat sama ada kita ni layak miliki aset tersebut dgn gaji dan komitmen bulanan sedia ada..

Jadi sebelum beli aset yang
mahal, yg perlu mengikuti pelbagai terma dan syarat serta proses pembelian.

Apa kata mula dulu dengan
aset mahal juga. Tapi boleh dibeli, dimiliki secara berdikit-dikit atau secara kecil-kecilan seperti emas dan perak.

Bila simpanan emas (perak) dah banyak dan hampir separuh nilai hartanah dan rumah idaman, sila jual emas, (perak) tersebut.

Barulah loan pun tak pakai banyak, bulanan poket tak senak. Ada lebihan, beli dan simpan semula logam mulia ciptaan Yang Maha Esa.

Emas dan perak adalah aset fizikal yang paling mampu milik. Dengan adanya platform Public Gold sejak hampir 17 tahun lalu, proses jual beli yg mudah, semua dihujung jari.

Sesiapa pun sekarang ini mampu memiliki wang antarabangsa ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. .

Tak mampu belian secara tunai, boleh Epp. Tak sanggup komitmen bulanan, ada akaun simpanan.
Apa lagi alasan?
Duit?
Serendah RM100 je pun kawan...

Tahniah kepada rakan-rakan
yg dah mula simpan emas.

Anda belum mula? Jom saya bimbing
https://publicgold.me/deelldahlia/akaun-gap
πŸš€ Rekod Baru Harga Emas πŸš€

6 Februari 2025 : RM444/g

Harga emas mencatatkan rekod baru All Time High (ATH).
Harga spot gold tertinggi juga dicatatkan hari ini iaitu USD2882/oz

1 Januari 2025: RM409/g
6 Februari 2025: RM444/g
Kenaikan sebanyak RM35/gram iaitu 8.5%!!

Tahniah kepada semua yang konsisten menabung emas.

Bagi yang belum, usah bertangguh lagi.
Mulakan simpanan emas anda sekarang.
Hubungi saya, saya akan bantu sebaiknya.

https://publicgold.me/deelldahlia/akaun-gap
1. Semua orang bersetuju yang harga barangan termasuk harga makanan dan minuman telah naik dengan ketara jika dibandingkan dengan harganya 5 tahun dan sudah tentu 10 tahun lepas. Mungkin kita boleh beli nasi lemak dengan harga RM2 10 tahun lepas. Tetapi saya rasa amat susah untuk mencari nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 sekarang. Kalau ada pun, portionnya adalah seciput sahaja.

2. Satu lagi kepastian ialah harga barangan akan naik lagi di masa hadapan. Jadi kita mungkin akan terpaksa membayar RM20 untuk sebungkus nasi lemak beberapa tahun dari sekarang.

3. Kita boleh marah dan komplain tetapi realitinya kenaikan harga barangan i.e. inflasi akan terus menerus berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi basically di serata dunia.

4. Jadi daripada duduk sahaja, marah atau komplain, lebih baik dan malah lebih menguntungkan jika kita bertanya diri kita, β€œAdakah caranya di mana saya boleh mendapat manfaat daripada inflasi ini?”

5. Dan berita baiknya, ialah β€œAda!” Salah satu daripada langkah yang kita boleh ambil untuk mendapat manfaat daripada inflasi ialah dengan melabur wang kita ke dalam aset yang meningkat nilai dengan peredaran masa. Tiga daripada aset tersebut ialah hartanah terpilih, kripto terpilih dan emas pelaburan.

6. Jadi kita bukan sahaja boleh menyelamatkan kuasa belian wang simpanan kita daripada di baham inflasi tetapi malah mendapat manfaat daripada inflasi dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan dalam akaun simpanan, FD, Tabung Haji dan malah ASB ke salah satu atau lebih pelaburan yang saya sebut tadi.

7. Jadi jangan tunggu lagi - hijrahkan wang anda dengan secepat mungkin supaya anda dan keluarga tidak menjadi mangsa inflasi.

Sumber: Tn. AA
Berita baik untuk semua! πŸŽ‰ Gold ATM baru kini dibuka di KDE Bandar Perda & KDE Kepala Batas! πŸ“ Mula mengumpul emas dengan mudah, selamat, dan pantas. Kunjungi kami hari ini dan mulakan koleksi emas anda! πŸ’Žβœ¨

#GoldATM #KDE #PenyimpananEmas #LokasiBaru #KDEBandarPerda #KDEKepalaBatas
BERAPA LAMA DIVIDEN ASB ANDA BOLEH BERTAHAN?

Baru sahaja dapat dividen RM3 000, tiba-tiba bulan depan dah habis?! Terbeli barang-barang yang langsung tak diperlukan. Lebih menyedihkan lagi jika terguna lebih daripada nilai dividen itu sendiri.

Ini adalah hakikat yang dihadapi oleh semua orang. Bertahun-tahun terima dividen, tetapi wang itu habis digunakan untuk belanja yang tidak memberikan manfaat jangka panjang.

Pernahkah anda terfikir untuk mengalihkan dividen tersebut ke dalam aset yang lebih bernilai dan bertahan seperti emas?

1. EMAS PELINDUNG NILAI
Inflasi menyusutkan nilai duit anda, tetapi nilai emas KEKAL, malah ianya meningkat jika disimpan lama.

2. SUSAH BOCOR
Simpanan emas ini sukar untuk β€˜dikorek.’ Tidak seperti duit yang mudah terguna untuk perkara tidak perlu.

3. KEKAYAAN TERJAMIN
Tiada risiko pihak ketiga untuk mengesahkannya kerana nilai emas berdiri sendiri dan diterima dimana-mana.

Ayuh alihkan dividen kepada bentuk aset emas πŸ₯°

Jom saya bantu
https://bit.ly/deelldahlia
Item yang lebih sesuai kalau beli emas untuk pelaburan ialah Gold bar 100 gram & ke atas. Nilainya dalam RM42k sekarang. Nak dapatkan emas tu, tak perlu bajet besar. Boleh kumpul sikit-sikit dengan cara EPP10 atau Akaun GAP.

Sebabnya harga per gram lebih rendah, caj premium lebih murah, spread lebih nipis.

Kalau bajet beli emas cuma 1 gram, anggaplah sebagai tabungan, bukan pelaburan.

Nak mudah dan murah, menabung melalui Akaun Emas GAP. Menabung sikit-sikit dan letak target keluarkan item paling kecil gold bar 5 gram atau item 1 dinar (4.25 gram).

Jelas?

Semoga bermanfaat😊
πŸ“š Sejarah Kenaikan Harga Emas: Apa Yang Kita Boleh Belajar?

Salah satu kelebihan emas adalah kestabilannya sebagai aset jangka panjang. Lihat saja data ini:

πŸ‘‰ Tahun 2000: RM35/g
πŸ‘‰ Tahun 2025: RM447/g

Dalam tempoh 24 tahun, harga emas meningkat lebih daripada 12 kali ganda! Walaupun ada turun naik dalam jangka pendek, trend emas sentiasa menaik dalam jangka panjang.

Kenapa Emas Naik Nilainya?
1️⃣ Inflasi: Bila nilai mata wang menyusut, emas jadi pelindung kekayaan.
2️⃣ Permintaan Global: Emas diperlukan dalam pelbagai sektor, termasuk teknologi & pelaburan.
3️⃣ Kepercayaan Terhadap Emas: Emas diiktiraf di seluruh dunia sebagai aset bernilai tinggi.

Apa Pengajaran Untuk Kita?

Jangka Pendek: Jangan panik dengan turun naik harga.

Jangka Panjang: Fokus kumpul gram emas secara konsisten.

Kalau anda masih simpan duit sahaja tanpa lindung nilai, anda sebenarnya terdedah kepada risiko inflasi. Emas boleh menjadi penyelamat untuk mengekalkan nilai simpanan anda.

Mulakan simpanan emas anda dengan mendaftar secara percuma di siniπŸ‘‡
https://publicgold.me/deelldahlia
Salah satu faktor yang mendorong kenaikan harga emas adalah peperangan antara Russia dan Ukraine.

Namun, semalam CBN News melaporkan bahawa Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa AS akan menjadi pengantara untuk merundingkan gencatan senjata dengan Moscow berhubung perang Rusia dengan Ukraine.

Ia meningkatkan jangkaan bahawa konflik itu mungkin berakhir dalam masa terdekat.

Harga emas memberikan reaksi negatif apabila turun sebanyak 33.90$ sebelum ditutup kepada 2882.74$ se Oz.
Hi korang, untung sapa ada akaun Public Gold, boleh beli *BARANG KEMAS 999* dengan *susut nilai 10% je..*

PGJEWEL - 999

Tahu tak, Public Gold ada mengeluarkan produk barang kemas 999 dengan teknologi 5G Hard Gold.

- Susut nilai 10% sahaja. (Fixed)
- Boleh buat pengeluaran dari Akaun GAP. Login di https://pgjewel.my/collection/new-arrival
- Lebih banyak produk 999 di sini https://pgjewel.my/collection/raya-collection

🌻Login guna PG code dan password yang sama di website/apps PG.

P/S: Bagi yang belum ada akaun PG/ PG code boleh create username sini dahulu

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00090935&is_dealer=1

Atau terus je *SIGN UP* DI PGJEWEL - 999 https://pgjewel.my/account/register

Pada ruangan *Introducer PG Code* tulis PG00090935 dan akan keluar nama DAHLIA UDIN NIAH BINTI BAHARI sebagai introducer anda.. Apa2 hal anda boleh rujuk saya untuk info