Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
BENARKAH TEKNIK AR-RAHNU BOLEH GANDAKAN JUMLAH SIMPANAN EMAS?

Ini jawapan jujur saya berdasarkan 13 tahun pengalaman sebagai dealer dan penyimpan emas:

1. Teknik pajak ar-rahnu tak boleh tambah gram emas. Pajak tu maksudnya tambah hutang.

2. Nak tambah gram emas, kena tambah ilmu, menabung secara konsisten, dan tingkatkan pendapatan supaya dapat tingkatkan jumlah tabungan.

3. Kos pajakan tu mahal. Sekitar 14% setahun. Ia tak berbaloi. Ia murah sikit berbanding caj kad kredit yang dikenakan oleh bank.

4. Kalau teknik pajak gadai benar-benar dapat membuatkan semua penyimpan emas kaya raya, dah lama saya ajarkan kepada semua. Sebab saya pun nak penyimpan-penyimpan emas di bawah saya kaya dengan emas.

5. Teknik pajak gadai selalu dimanipulasi oleh peniaga-peniaga emas supaya mereka dapat jual emas lebih banyak kepada kita. Akhir sekali kita bukan dapat emas lebih baik, sebaliknya menanggung hutang lebih banyak.

6. Kalau dia orang tu ada 1 kilo emas dalam ar-rahnu, sebenarnya emas yang sempurna milik dia tak sampai 300 gram pun. Lagi 700 gram tu dia terhutang dengan ar-rahnu.

7. Teknik manipulasi emas dengan pajakan ar-rahnu memang ada, tapi risiko rugi lebih besar daripada potensi untung. Kalau untung, untunya cuma secupak. Tapi kalau rugi, ruginya segantang!

Jadi baik beli emas gunakan kaedah biasa sahaja. Konsisten sahaja menabung emas, khususnya melalui #AkaunEmasGAP. Dan kalau nak lebih konsisten, menabung secara GAP Auto-Debit.

#TipKayaDenganEmas

Sumber: Mohd Zulkifli Shafie
PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI

Mereka yang simpan emas tak akan rugi.

Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Hasil pemerhatian kenapa simpan emas tak akan rugi;

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunkan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2. Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas…

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. In Syaa Allah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! In Syaa Allah…

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Nak sy bantu simpan emas?
Jom wasap 0193310103
Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai 'life boat' dan 'insuran kekayaan' keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah... Sediakanlah payung sebelum hujan.

#TipKayaDenganEmas #1kilogram1keluarga
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Bila nak menabung emas fizikal, jangan peduli pasal harga tinggi rendah. Yg penting, konsisten menabung emas. Beli, beli dan beli saja.

Sejak dulu lagi, setiap tahun pun orang cakap harga emas sekarang mahal. Tapi lepas beberapa tahun, orang masih cakap perkara sama. Harga emas mahal berbanding tahun sebelumnya.

Kalau tunggu harga rendah, alamat sampai ke sudah kita tak menabung emas.

Mereka yang tahu pasal emas, harga tinggi dia beli, harga rendah dia beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Sebenarnya siapa dah pernah beli emas sebelum ni (dengan ilmu), dia mesti sangat peka tentang harga. Sebab dia dah ada benchmark tersendiri.

Dia faham; harga rendah tahun ni tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Dia sangat realistik tentang harga.

Mereka yang belum faham (pasal emas), dia sibuk sangat dengan harga tinggi rendah. Dia takut terbeli harga mahal…

Sebenarnya bukan sahaja takut harga mahal, harga turun pun dia takut. Harga naik takut, harga turun lagi dia takut!

Dia sentiasa dalam ketakutan...

Akhir sekali, emas tak ada, duit simpanan pun habis!

Dia fikir emas ini sama macam saham (atau aset kertas lain) - yang cuma ada nombor dan kertas sahaja.

Padahal emas sangat berbeza. Emas ni aset fizikal. Nilainya terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Selagi emas itu ada di tangan kita, selagi tu kita tak akan rugi (bahkan kekal kaya).

Belum pernah ada dalam sejarah mereka yang jatuh lingkup sebab simpan berkeping-keping emas. Belum pernah.

Tapi banyak berlaku dalam sejarah, orang simpan duit kertas yang banyak, tapi jatuh lingkup walaupun (duit) kertas itu masih di tangan dia…

Jadi jangan peduli harga emas. Apa yang lebih penting, letak target simpan 1keluarga1kilogramEmas dulu. Menabunglah secara KONSISTEN. Itu yang lebih penting.

Bila ada emas, maksudnya kita ada duit. Bila ada emas yang banyak, confirmlah kita lebih kaya. In Syaa Allah.

Sebaliknya mereka yang bimbang sangat dengan harga, akhir sekali tak ke mana-mana juga. Emas dia takut nak beli, duit simpanan pun habis juga!

Sekarang, tak perlu modal besar untuk beli emas. Kita boleh menabung emas dengan bajet RM100 sahaja melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.

Nak ada gold bar 100 gram (nilai sekarang lebih RM30k), tak perlu tunggu ada duit RM30k baru boleh beli. Tapi boleh start menabung sikit-sikit. Bila cukup gram, keluarkan kepingan-kepingan emas ikut pilihan kita.

Sekarang bukan lagi waktunya hanya orang banyak duit sahaja boleh beli emas.

Dengan #PublicGold, now everyone can buy gold!

#TipKayaDenganEmas

Kredit: Tuan Zulkifli Shafie
Dividen ASB 2023.

Bersih 2.75% lepas tolak zakat 2.5% (5.25 - 2.5 = 2.75%).

Sebelum sentuh dividen, pastikan potong bahagian zakat dulu. Selebihnya reinvest (kalau nak kaya). Jangan tarah (belanjakan) dividen tu.

Kalau tarah, sebenarnya kita semakin miskin. Walaupun nombor bertambah, tapi lepas tolak kadar inflasi 2.5% - 4.0%, sebenarnya kekayaan kita tak bertambah pun.

Duit dividen tu, beli emas melalui #AkaunEmasGAP untuk simpanan jangka panjang. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara puratanya naik sekitar 10% setahun.

#TipKayaDenganEmas
10 tahun lalu harga sekeping 10 dinar (42.5 gram, emas 999.9) ni sekitar RM7,000. Hari ni harganya sekitar RM14,000.

Di sebalik harga emas naik, sebenarnya kita kena bayar duit lebih banyak untuk dapat emas yang sama. Bila nilai duit makin jatuh, bukan sahaja emas, semua barang pun makin mahal.

Kalau nak simpan duit dalam jangka panjang, jangan simpan dalam bentuk duit kertas (di bank). Simpanlah dalam bentuk emas. Nilai kekayaan kita akan selamat dari dikikis oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Duit kertas dicipta bukan untuk disimpan, tapi bagi memudahkan transaksi. Duit yang nak disimpan, tukarkan kepada emas.

Bila emas-emas dah banyak, tukarkan sebahagian kepada hartanah yang boleh berikan cashflow positif (sewaan berbaloi) setiap bulan.

#TipKayaDenganEmas
Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat saya sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic! #TipKayaDenganEmas
Bila menabung emas fizikal, tak perlu bimbang tentang harga. Yang penting kena pastikan kepingan-kepingan emas kita sentiasa bertambah.

Asalkan menabung untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Nanti lepas beberapa tahun, setiap kita pasti akan menyesal kenapa tak beli emas lebih banyak hari ni. Yang dah lama menabung emas pasti ada pengalaman ni.

#TipKayaDenganEmas