Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
3 tips jika umur anda di bawah 30 tahun:

1. Simpan sebanyak mungkin mata pendapatan anda. Bermula dengan 10% sebulan, dan tambah angka ini apabila anda menjadi lebih bijak dan berilmu. Naikkan ke 20%, 30% dan malah 50% sebulan.

2. Tambahkan ilmu kewangan dan pelaburan dengan membaca buku tentang kedua topik ini. Target 1 buku sebulan dan kemudian 1 buku seminggu.

3. Melabur sebahagian besar wang simpanan anda (dari langkah 1) ke dalam emas fizikal seperti goldbar dan dinar.

Jika anda lakukan 3 tip ini, by the time umur anda 30, anda bukan sahaja mempunyai wang dan mengaut untung, anda sudah cukup ilmu untuk menyahut cabaran-cabaran yang lebih menarik dan mencabar. You are ready to take-off!

Kredit nota: Tuan Azizi Ali
Tahniah penjawat awam dapat bonus madani hari ni.

Semua mesti tersenyum gembira kan!

Nak kekalkan kegembiraan alihkan 10% dalam bentuk aset emas supaya simpanan itu kekal dan bukan semua bonus dibelanjakan 😊

Cara top-up gram emas akaun GAP:
https://t.me/GolDeell/709
E m a s  &  D u i t  K e r t a s

1️⃣ Emas digelar wang antarabangsa dan ia laku di seluruh dunia.

Berbeza wang kertas hanya sah laku dalam negara sendiri sahaja. Jika anda keluar negara, anda perlu menukar wang kertas ikut negara yang anda kunjungi.

2️⃣ Emas tiada tempoh luput. Emas yang dibeli oleh datuk nenek dan moyang 7 keturunan kita pun masih laku hingga kini.

Berbanding wang kertas ada expired date. Contoh coin 1 ringgit dulu sudah digazetkan tidak laku untuk digunakan. Duit kertas not RM500 juga sudah tidak digunakan lagi.

3️⃣ Emas bernilai walaupun patah, bengkok, kemek dan hancur kerana nilai emas disukat pada berat gramnya.

Emas seketul 100 gram jika dipotong 2 maka ia akan menjadi 50 gram setiap satu.

Berbanding duit kertas not 100 jika dikoyak kepada 2 bahagian , setiap bahagian tersebut menjadi 0 tiada nilai.

4️⃣ Emas aset selamat. Nilainya tidak terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Apabila berlaku ketidaktentuan pasaran dan saham, orang mula beralih kepada emas. Sebab itu emas digelar “safe haven asset”

5️⃣ Emas menyimpan nilai. Terbukti sejak 1400 tahun lalu emas mampu kekalkan kuasa beli .

Berbeza dengan wang kertas , tidak mampu menyimpan nilai malah nilainya susut jangka panjang ditelan inflasi.

6️⃣ Emas mempunyai nilai intrinsiknya sendiri, nilainya tidak disandarkan kepada mana-mana kerajaan atau institusi atau sesiapapun.

Berbeza matawang kertas , di cetak, diberi dan diperakukan nilai oleh kerajaan. Runtuhnya kerajaan bermakna runtuh juga matawang kertas tersebut sama seperti matawang kertas daun pisang zaman Jepun di Tanah Melayu dulu.

Kredit: Pn Rusmeyati
Tahniah buat sahabat dealer kami Cikgu Mohamed Ridwan dan Puan Shikin mendirikan rumah tangga dan di ijab qabul kan semalam.

Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah

Cantik betul dinar ni dijadikan sebagai hantaran kahwin mereka. Nampak classy dan elegant. Dan yang penting, kekal bernilai sepanjang zaman

Untung sangat anak muda jadikan dinar sebagai hantaran atau mas kahwin sebab nilainya meningkat dan ia aset kalis inflasi.
BEZA...MEMANG BERBEZA

5Dinar vs 5Dirham

1. Dinar=emas Dirham=perak

2. 1Dinar=4.25gram
1Dirham=2.975gram

3. 5Dinar=21.25gram
5Dirham=14.875gram

4. 5Dinar=RM7200++
5Dirham=RM115

5. 5Dinar=5 ekor kambing
5Dirham=5 ekor ayam

Kedua-duanya adalah 'real money' bukannya wang kertas. Wang kertas hanya digunakan untuk transaksi harian dan rugi jika disimpan dalam jangka masa panjang.

Kita tak nampak inflasi yang telah merompak nilai duit. Kuasa beli wang kertas tak kan sama malah makin menyusut. Manakala, dinar dan dirham mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun dulu. Emas penyimpan nilai yang baik.

Semoga bermanfaat.

Introducer,
deelldahlia
Dana pendidikan anak-anak merupakan simpanan jangka masa panjang. Lebih untung dan berbaloi jika disimpan dalam bentuk emas. Public Gold telah menyediakan platform yang memudahkan ibu/bapa membuat simpanan untuk anak-anak. Tambahan pula, sudah boleh bind account. Jadi, mudah untuk ibu/bapa topup gram emas anak-anak. Boleh daftar akaun emas anak di sini. Percuma sahaja!
Contoh list lucky draw dan cara pemenang bertuah dipilih:

Senarai Penyimpan emas FEB-MAC yang simpan emas serendah RM300 dan ke atas

contoh
1. Dahlia topup emas 2hb Rm100 tak layak
2. Dahlia topup emas 5hb Rm100 dan 3hb Rm200 tak layak
3. Dahlia topup emas 10hb Rm300 1 tiket
4. Nurul lock 1 dinar layak 4 tiket
5. Ahmad lock 10gram layak 11 tiket
5. Najwa lock 5 dinar layak 24 tiket

Full list saya akan extract dari system tamat 31 Mac nanti 😍
Kronologi buat BuyBack di Menara PG

22/2 jam 2.00 petang
Scan QR code guna app PG je, untuk dapatkan nombor giliran BuyBack di level 1 Menara Public Gold.
Canggih kan... Paperless. Semua dihujung jari je.

22/2 jam 2.05 petang
Nombor dipanggil. Buat proses Buyback..
Senang je... Bagi ic, bagi goldbar. Sign, Cap jari.

22/2 jam 2.13 petang
Selesai..
Akaun bank cik sepul guna RHB. Staff inform 3-4 hari waktu bekerja.
Jika MBB, 1-2 hari waktu bekerja.
Cik sepul ok je... Sebab PG Trusted kot.. apa da hal..

24/2 jam 7 pagi
Check akaun, dah ada dah dalam akaun.
Bila check transaksi, 23/2 rupanya dah masuk...

Power la Public Gold .. Laju...
Urusan kat kaunter pun kurang 15 minit je.
.
.
.
Hasil Buyback ni boleh la buat tambah tambah untuk beli kelengkapan sekolah...
Kali ni belanja sekolah keras sikit.

Kelengkapan sekolah rendah
Kelengkapan sekolah agama
Kelengkapan sekolah menengah.
.
.
.
Ni antara sebab cik sepul simpan emas..
Boleh jual balik jika nak pakai duit..
Ni la dikatakan DANA KECEMASAN.
Tak perlu nak pinjam pinjam.

Buyback yang buat ni 1g je. Dapat la RM309..

Goldbar tu hasil keluar dari AKAUN GAP.
Boleh buat seratus seratus setiap kali nak saving GAP.
Bukannya belian outright purchase.
Bukannya belian lumpsum.

Korang agak agak la kan... jika buat Buyback guna goldbar kat atas tu.. untung ke tak untung..? 😊

Mohd Syaiful
Rasa macam tak adil. Kita kerja kuat-kuat, menabung duit banyak-banyak, rupa-rupanya nilai kekayaan kita sentiasa turun naik.

Kalau naik, kita happy. Tapi selalunya nilainya makin turun dari tahun ke tahun.

Nilai RM50 dua puluh tahun dulu jauh bezanya dengan sekarang.

Dulu, kalau bawa RM50, boleh shopping penuh satu trolley. Tapi sekarang cuma dapat barang satu plastik.

Ke mana hilangnya barang-barang satu trolley tu?

Jawabnya dia dirompak oleh inflasi dan dikikis oleh kejatuhan nilai ringgit dalam jangka panjang.

Walaupun nombor masih sama, tapi nilainya sudah hilang. Rupa-rupanya kita tertipu dengan nombor!

Bila saya faham pasal perkara ni, duit simpanan jangka panjang saya tukarkan semuanya kepada emas.

Zaman Nabi s.a.w dulu, 1 dinar (syiling emas 4.25 gram, ketulenan 999.9) boleh beli seekor kambing. Sekarang pun 1 dinar (nilai sekitar RM1,400) pun masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, kuasa beli emas masih bertahan. Tak terjejas langsung!

Tapi nilai duit kertas, jangan bincang pasal nilainya bertahan selama 1,400 tahun. Tempoh 10 tahun pun kejatuhan nilainya sudah jauh bezanya...

Nombor masih sama, tapi kita makin miskin...

Nak simpan duit dalam jangka panjang, simpanlah emas. Duit yang nak pakai dalam jangka masa terdekat, biarkan dalam ASB atau Tabung Haji tak ada masalah...

#BukuWangEmas
Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?

Kali ini saya nak terangkan beza antara Public Gold dengan kedai emas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas.

Pertama sekali anda mesti faham ada DUA tujuan beli emas iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan.

a. Emas perhiasan: gelang, cincin, rantai.
b. Pelaburan/Simpanan: jongkong emas dan dinar emas.

====

1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.

Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kuong, Wah Chaen dan Habibi Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang.

Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah (workmanship cost) ke atas semua barangnya. Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal.

Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, mereka turunkan kos upah sedikit. Katanya bagi discount.

Kedai emas yang untung bukan pembeli. Boleh faham setakat ni kan?

Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).

Harga Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST.

Public Gold pula menjual jongkong emas dan dinar dengan tiada kos upah dan tidak dikenakan GST.

Bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).

Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang kemas melalui Aurora Italia. Emas 18 karat dan mempunyai 3 jenis gelang AURORA ITALIA (emas kuning), Aurora Blanc (emas putih) dan Gelang Leather.

2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM (Persatuan emas Malaysia).

Untuk pengetahuan anda, kedai emas guna harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).

Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold.

Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook.

Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.

Nota: Harga per gram di kedai emas RM360/gram manakala Public Gold kini RM340/gram.

3. Jual semula emas di Kedai Emas Merugikan Orang Ramai

Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas.

Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, boleh rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold.

Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.

Di Kedai emas, kalau nak juak balik emas biasanya dikenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas.

Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa.

Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.

4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam .

Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.

Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.

Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold.

Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual.

Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan.

Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.

=====

Nak beli emas sebagai tabung kecemasan 3 bulan gaji atau dana pendidikan anak, klik:

Wasap.my/60193310103
Wasap.my/60193310103
Wasap.my/60193310103

deelldahlia
Semoga bermanfaat kepada semua.