Nota Emas DeellDahlia #GolDeell
56 subscribers
1.06K photos
49 videos
3 files
361 links
Download Telegram
Benar kata mentor.

Sebagai penyimpan emas, kita perlu fokus kepada pertambahan gram. Harga naik ke..turun ke...kita tambah gram mcm biasa. Sebab...kita hanya dapat simpan emas sewaktu kita BERDUIT.

Ada yang sanggup monitor harga emas 2 -3 tahun..tapi tak mula simpan emas. Mahal aje katenye. Duit yang nak disimpan tu...TERGUNA..TERBELANJA. Jangan bazirkan emosi dengan monitor harga kerana harga emas bukan dalam kawalan kita.

EMAS MERUPAKAN SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG (3 TAHUN KE ATAS)

Kita bukan pelabur berskala besar yang 'buy low, sell high'. Kita simpan emas dengan matlamat. Setiap orang ada pelbagai matlamat masing-masing.

Simpan...simpan...dan teruskan simpan. Sediakan payung sebelum hujan.
Ketika senang menjadi simpanan, ketika susah menjadi talian hayat

Begitulah.

Introducer,
DeellDahlia
Selamat ke pos berinsuran Public Gold?

Ya, In Syaa Allah selamat. Perkhidmatan postage mula dilaksanakan sejak Covid19 melanda. Satu-satunya syarikat emas yang tampil beri perkhidmatan postage berinsurans pada kadar minima.

Berat maksima boleh postage ialah 20 gram dan 5 dinar(21.25gram) sahaja.

Lebih dari itu customer boleh arrange appointment melalui apps Public Gold untuk collect sendiri.

#publicgoldinfo
#insurance
#BeliEmasDapatEmas
*Public Gold di Karnival Barangan Malaysia*

Bersempena dengan Kempen Beli Barangan Malaysia, Public Gold bersama dengan platform e-commerce kami iaitu PGMall akan berada di *IOI Grand Exhibition Center, bertempat di IOI City Mall Putrajaya*. ♥️

Bermula dari *10 pagi hingga 10 malam*! Jom ramai-ramai datang dan anda boleh menerokai pelbagai barangan buatan Malaysia dari segi makanan, kraftangan, pakaian dan sebagainya.

Anda juga boleh dapatkan baucar istimewa dari PGMall dan kenali lebih mendalam produk emas kami di Public Gold!

Jom! Jumpa anda di Booth nombor 2, dalam Karnival Barangan Malaysia nanti ya! ☺️

MASUK ADALAH PERCUMA! Jumpa anda disana!🔥🔥🔥

#PublicGold #KempenBeliBaranganMalaysia #KarnivalBaranganMalaysia #SapotLokal
Welcome on board adik Muhammad Harraz Ilyas dan Muhammad Iman.

Nenek buatkan tabungan emas untuk cucu.
Kasihnya nenek terhadap cucu.

Semoga terus konsisten menyimpan emas. Mula dari awal sebagai dana pendidikan untuk mereka nnt.

Nak mula menabung untuk anak-anak? Tekan link di bawah. Sy akan bantu sebaiknya.
http://wasap.my/60193310103/nakMulaSimpanEmas
Tahniah Puan Siti Rohaya.

Gram bertambah.

Simpan sikit-sikit....semakin lama semakin banyak. Semoga terus konsisten💪
PERBANDINGAN PAJAK GADAI, KAD KREDIT DAN PINJAMAN PERIBADI.

1. Mari kita hentikan budaya suruh anak menantu buat pinjaman peribadi buat balas jasa ibubapa. Berhutang dilarang agama, tiada asas halalnya.

2. Mari kita hentikan budaya beli emas untuk tujuan pajak gadai. Kadar kedai pajak biasanya untuk 6 bulan sahaja. 84% orang yang masuk pajak gadai gagal tebus barang mereka.

3. Berhenti buat renovasi guna duit pinjaman peribadi, bina simpanan sendiri untuk buat renovasi. Apakah kita rasa terhina duduk rumah tanpa renovasi yang cantik?

4. Jangan budayakan kad kredit sebagai alat Dana Kecemasan, apakah selama ini hidup tanpa kad kredit kita sentiasa cemas?

5. Jangan mintak anak anak buat hutang untuk kenduri perkahwinan mereka. Dahla pelajaran kita suruh mereka buat hutang sebab kita malas menabung untuk pendidikan mereka.

6. Kedai pajak hanya beri 70%-80% dari nilai emas. Jika emas kita nilai RM10,000. Kita akan dapat RM7k-8k sahaja. Tetapi kadar faedah dikira dari nilai emas. Kaya bukan?

7. Pernah rasa bayar hutang pinjaman peribadi sampai sekarang tak habis habis lagi dah bertahun?

Kawan kawan,

Zaman sebelum adanya pinjaman peribadi dan kad kredit, orang dulu dulu hanya terjebak dengan kedai pajak gadai sahaja. (Haram)

Zaman ini, hutang mula diberikan nama baru, kad kredit platinium, gold card, silver card, pay later, buy now, pay later dan banyak lagi.

Kita semua akan terjebak dengan hutang jika kita tak berhati hati.

Salam Jumaat dan berdoalah agar kita terhindar dari hutang.

Kredit: DR AAA
Public Gold GAP
RM 100 =  0.3012 gram
RM 332 = 1.0000 gram

Lowest: RM 275 (7 February 2023)
Highest: RM 338 (3 December 2023)

Last Updated: 16 December 2023
Public Gold GAP
RM 100 =  0.3030 gram
RM 330 = 1.0000 gram

Lowest: RM 275 (7 February 2023)
Highest: RM 338 (3 December 2023)

Last Updated: 17 December 2023
ASB, Tabung Haji atau Emas, mana lebih baik?

Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik.

Pulangannya konsisten sekitar 4% - 5% setahun.

Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walau apapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.

Purata kenaikan harga emas pula lebih tinggi iaitu 9-10% setahun.

The key is Diversification ❤️
Public Gold GAP
RM 100 =  0.3021 gram
RM 331 = 1.0000 gram

Lowest: RM 275 (7 February 2023)
Highest: RM 338 (3 December 2023)

Last Updated: 19 December 2023
DIVIDEN ASB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023.

Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.

Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB2023
Dividen ASB 2023.

Bersih 2.75% lepas tolak zakat 2.5% (5.25 - 2.5 = 2.75%).

Sebelum sentuh dividen, pastikan potong bahagian zakat dulu. Selebihnya reinvest (kalau nak kaya). Jangan tarah (belanjakan) dividen tu.

Kalau tarah, sebenarnya kita semakin miskin. Walaupun nombor bertambah, tapi lepas tolak kadar inflasi 2.5% - 4.0%, sebenarnya kekayaan kita tak bertambah pun.

Duit dividen tu, beli emas melalui #AkaunEmasGAP untuk simpanan jangka panjang. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara puratanya naik sekitar 10% setahun.

#TipKayaDenganEmas