Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.5K subscribers
4.4K photos
389 videos
17 files
3.5K links
🌐 Cikgu Fadli Online
https://cikgufadli.com/links/
Download Telegram
Soalan macam ni bagus. Murid-murid suka, aku pun suka. Murid pun cepat faham perkaitan antara peratus, perpuluhan dan pecahan.
👍1
Antara kreativiti murid-murid. Ada yang buat bentuk pedang, KLCC, kereta, bendera dan lain2. Memang bagus.
👍1
Masuk page 76, terus rasa otak jatuh kat lantai. Lepas tu cari tak jumpa. Hilang kucing wat lari.
👍1
Ni koleksi buku-buku latihan yang bagus untuk anak-anak kita. Dapatkan ya.

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/7pQyrAgWvE
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/8A3pFoDi9X
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/3KyZUx5FTs

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/8zcwFO0Wlp
👍2
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
21 September 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Meja guru aku berdekatan dengan dengan pantry. Sedang ralit siapkan RPH, terdengar la geng-geng cikgu perempuan borak.

"Akak dulu beli bread maker. Kemain semangat nak buat. Awal-awal beli sempat la buat beberapa kali, pastu dah masukkan dalam kotak, malas lah. Beli je lah roti"

"Saya pula beli mesin jahit. Semangat nak menjahit tu datang. Jahit sekali je, pastu tak sentuh dah".

Hahaha. Tergelak sendirian aku dengar depa berbual. Korang pun mesti ada beli barang yang guna sekali dua pastu peram. Atau langsung tak guna?

Aku dulu beria beli vacuum karpet yang keluar air bagai tu. Alaa, deep vacuum tu lah. Konon nak basuh karpet sendiri, sofa dan sebagainya. Nohhh, dok terperuk dalam stor ja. Guna vacuum biasa ja. Hahaha.

Yang pasti, kalau beli sambal Syukor Majid mesti akan guna (makan). Pasti habis licin. Pasti repeat order.

Beli sambal Syukor adalah perkara paling betul dan tak menyesal buat tau. Klik sini cepat : https://shope.ee/5V3LUK4h0t

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
👍1
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
23 September 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Mai jaga budak berkhemah di Hulu Langat. Aktiviti yang paling murid ingati pastinya burung hantu.

Kemain kuat mengaji dan zikir masing-masing. Hahaha.

Cuma tu la, dak dak jaman sunat lazer punya perkhemahan duduk dalam dorm cantik, tandas banyak, makan semua sedap orang buat, serba serbi lengkap.

Jaman dulu, kalau sebut berkhemah, memang duduk dalam khemah betul. Kena hari hujan habis basah kuyup kena tempias.

Kutip kayu api nak masak, ambik air sungai rebus buat air. Tinggi survival skill kita dulu-dulu. Dak dak la ni tak leh wat macam tu, ramai parent complain nanti.

Hmmm, zaman dah berbeza. Pagi dunia!

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
24 September 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Sekarang ni banyak je kes parent viralkan guru-guru yang kononnya denda anak mereka berlebihan.

Konon anak mereka terpaling baik dan suci. Sebenarnya, perangai budak-budak ni kadang berbeza di sekolah dan rumah.

Kadang memang biadab di rumah, biadab di sekolah juga. Bacalah luahan guru-guru tentang perangai anak murid yang biadab ni pula.

Cuma tu lah, cikgu-cikgu sekadar luah kat komen je luahkan apa yang mereka lalui.

Mereka tak viralkan murid tersebut, tak ada bust report polis, tak ada report Sispaa, bahkan dalam SSDM pun guru tak tulis kesalahan murid.

Mereka risau masa depan anak-anak murid mereka gelap dan susah.

Walau berkali-kali hadap perangai biadab dan kurang ajar murid, mereka tetap sabar mendidik dan mendoakan kejayaan murid mereka dalam setiap doa.

Jadi kepada ibubapa sekalian, jika pun pernah ada guru anak-anak kalian 'terlebih dan tersilap' dalam menghukum, jangan la cepat sangat report Sispaa, report polis dan viralkan guru-guru tersebut. Sehingga periuk nasi guru menjadi taruhan. 

Sesungguhnya banyak perangai biadab anak kita guru telan dan balas dengan doa.

Begitulah.

#MFS
.
T.me/EbookCikguFadli