Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.5K subscribers
4.38K photos
387 videos
17 files
3.48K links
🌐 Cikgu Fadli Online
https://cikgufadli.com/links/
Download Telegram
Adoi. Ramai pula pm suruh bedah soalan Tahun 5 dan Tahun 6 pula. Tak puas tengok saya menyinga dalam LIVE katanya. Haha. Okey, jom undi. Nak saya bedah soalan tahun berapa dulu?
Anonymous Poll
66%
Tahun 5
29%
Tahun 6
4%
Tak mau dahhh. Serik kena bebel dengan cikgu. 🤣
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
23 Januari 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Saya dah dapat soalan UASA Tahun 5. Ni dari sekolah lain ya. Adik Iriel Darwish dapat A ni. Seronok tanda kertas macam ni, kurang la jadi rimau tu. Haha.

Okey kawan-kawan, InsyaAllah hari Rabu jam 8 malam sesi BEDAH SOALAN UASA MATEMATIK TAHUN 5 ya.

Nanti saya share soalan lengkap, boleh print out or salin semula sebelum kelas bermula.

T.me/mohdfadlisalleh
Atas ni soalan Matematik UASA Tahun 5. Boleh download dan print ya.

Masa kelas nanti, Rabu jam 8 malam pastikan ada kertas ini untuk anak-anak semak bersama saya.

Rabu
24 Januari 2024
8 malam
FB Mohd Fadli Salleh

Share kat kawan-kawan lain yang ada anak tahun 5. Sama2 kita ulangkaji balik. 😊

T.me/mohdfadlisalleh
Markah Matematik Arshad Arumi, Form 1. 42% sahaja ni. Memang nak kena juga budak ni.

"Lepas ni Arshad pula ayah akan ajar macam Asyraff semalam".

"Aik. Abang kan Tingkatan Satu. Ayah tau ke Matematik sekolah menengah?" tanya Asyraff.

"Hellooooo. Ayah ni Matematik A dalam UPSR, A+ dalam PMR dan A1 dalam SPM okehhh," balas aku.

"Habis la abang pula kena marah lepas ni," Amar menyahut.

"Amar jangan nak sedap hati sangat. Soalan Tahun 1 Amar pun ayah bedah juga nanti," balas aku.

"Haaa, dengar tu Amar. Siap la Amar," Asyraff pula menakutkan Amar.

Amboi. Mentang-mentang dia dah lepas, dia takutkan orang pula eh.

Siapa ada anak Form 1? Nak join tak sesi bedah soalan UASA Matematik Tingkatan 1?

InsyaAllah kelas may be saya buat weekend ni kot. Tengok dulu masa free saya.

Apa pun, malam esok jam 8 malam saya bedah soalan UASA Tahun 5 dulu okey. Ready semua geng-geng Tahun 5.

T.me/mohdfadlisalleh
👍4🔥1