Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.49K subscribers
4.37K photos
387 videos
17 files
3.48K links
🌐 Cikgu Fadli Online
https://cikgufadli.com/links/
Download Telegram
Seriuslah pensel lejen ni wujud kembali sekarang? Oii, ni pensel lejen zaman 90an lagi.

Orang kaya ja mampu ada pensel ni dulu. Kami yang marhean ni terkelip-kelip mata tengok kawan yang ada pensel ni.

Punya la terliur nak juga. Tapi tak mampu. Tengok je kawan-kawan buat jet dengan pensel ni. Memang kagum dan teruja weh.

Salah satu impian masa kecik dulu nak ada pensel ni la banyak-banyak. Sampai ke tua hajat tu tak tercapai. Haha.

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
Boleh buat jet gini oooo. Berair mulut tengok kawan-kawan dok menunjuk. Kita nak minta pinjam depa tak bagi. Kedekut taik hidung masin punya kawan.

Impian setiap kanak-kanak lelaki dulu ni. Ada jual kat Shopee rupanya sekarang. Nah link : https://shope.ee/99xCzQ41hp

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
15 Oktober 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Antara soalan yang ada dalam buku Mathzier 1.0 Tahun 2. Satu page sampai 60 soalan.

Tiada soalan KBAT. Tiada soalan berbentuk ayat. Semua soalan direct yang perlu pada congak dan kiraan ringkas.

Ini asas penting anak-anak di Tahap 1. Kukuhkan asas utama dalam Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Dah kukuhkan asas baru belajar topik lebih tinggi arasnya.

Ni asas mereka lemah, soalan tentang asas sedikit, banyak soalan KBAT dan penyelesaian masalah pula. Last-last yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Begitulah.


#MFS

T.me/EbookCikguFadli
Soalan ni dapat kat murid tahun 4 atau 5 belum tentu mereka dapat jawab dalam masa yang ditetapkan tu. Padahal ni asas Tahun 2 tau.

Ramai murid tak hafal sifir. 😒

Satu page sampai 60 soalan darab yang perlu dijawab hanya dengan congak (dah hafal sifir).

Latih tubi sebegini bagus untuk kukuhkan ingatan murid dalam hafalan sifir. Ni pun buku Tahun 2 tau. Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
😒1
BAP masih ada ya. Ura-ura kata dah tiada BAP rupanya hanya rumour tak berasas. Alhamdulillah, ringan sikit bebanan mak ayah dalam persediaan sesi persekolahan tahun depan.

#MFS
πŸ‘1
Hebahan keputusan rayuan UPUOnline. Lepasan STPM/setaraf | Sesi akademik 2023/2024. Baca selanjutnya di: https://cikgufadli.com/rayuan-upuonline-2023/

Sumber: Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
18 Oktober 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Semalam seorang murid lelaki tahun 2 datang menangis dan mengadu.

"Cikgu. Faizal tahun 3 tu tolak saya. Karim pula pukul belakang saya".

Terus aku panggil murid yang terlibat, siasat dan kenakan tindakan terus. Dari kecil kena didik mereka jangan membuli. Gunakan kekuatan untuk lindungi dan bantu orang, bukan buli orang.

Cuma tu lah. Tak sangka aku guna ayat yang aku dengar dari cikgu aku 30 tahun lepas.

"Karim! Kenapa pukul belakang dia?"

"Faizal tu suruh"

"Kalau Faizal suruh makan taik kau pun makan taik?"

*Diam. Tunduk kepala. Geleng-geleng.

Fuh, tak sangka aku pula guna ayat last tu. Dan tak sangka masih mujarab ayat tu..

Power ayat dulu-dulu ni sampai berpuluh tahun masih berbisa. Entah-entah cikgu aku pun ulang ayat yang dia dengar dari cikgu dia 60 tahun dulu.

Cikgu dia pula dengar dari cikgu dia 120 tahun dulu. Entah-entah sejak zaman Parameswara lagi ayat tu digunakan.

Sekadar berentah-entah.

#MFS
- Kisah Sekolah Rendah -

T.me/EbookCikguFadli
😁1
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
19 Oktober 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Pendidikan Kesihatan Tahun 3. Topik Kenali Diri dan Selamatkan Maruah.

Satu topik yang sangat bagus diperkenalkan di sekolah rendah seawal tahun 1. Tahniah penggubal buku teks dan silibus ini.

Agak kekok nak jelaskan pada murid-murid, maklumlah isu ni masih dianggap taboo dalam masyarakat kita. Namun aku cuba jelaskan dengan cara paling simple dan alhamdulillah murid-murid faham.

Topik ni sangat-sangat penting untuk anak-anak kita belajar dan tahu.

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
Perbezaan inovasi Tudung Sekolah Dua Lapis #TudungSiComel πŸ₯°

Dua lapis yang dulu bukan yang sekarang~ 😍

Alhamdulillah kita telah menambahbaik tudung sekolah dua lapis kita dari masa ke semasa mengikut permintaan peminat Dua Lapis πŸ₯°

Kini lebih KEMAS, SELESA, LEMBUT, TAHAN LASAK, MUDAH BENTUK. βœ…

Anak-anak yang minat tudung dua lapis akan sukakan Dua Lapis TudungSiComel insyaa Allah ❀️

Bermula RM19.90 sahaja 😍

Kita ada pelbagai saiz dan warna, mommies boleh dapatkan di bawah ❀️

🀩 Boleh dapatkan Tudung Sekolah Dua Lapis di sini ya: https://tudungsicomel.com.my/TudungSekolahDuaLapis
.
❣️Utk dapatkan Free Postage bagi set combo 4 helai boleh hubungi :
https://www.wasap.my/60192591869/ComboTudungSekolahDuaLapis
.
❀️Jom daftar jadi dropship TSC di sini:πŸ‘‡
https://tudungsicomel.com/dropship/daftar/?love=1642
.
πŸ“±Sertai Channel telegram untuk updates dan promosi terkini:
https://t.me/TudungSiComelMy

Ingat #tudungsekolah, ingat #TudungSiComel
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
20 Oktober 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Ciri-ciri murid.

Situasi 1
Belum pun kelas bermula, dia mai cari cikgu dan tanya, 'Cikgu. Hari ni kita nak belajar apa?'

= Murid ni minat subjek dan guru tersebut.

Situasi 2
Cikgu melangkah je masuk kelas, terus murid A mai cakap, 'Cikgu. Hari ni cikgu cek kerja rumah kan?'

Murid B bisik, 'Jangan la tanya cikgu'.

= Murid A confirm siap kerja dan murid B tak siap kerja

Situasi 3
Cikgu lambat masuk kelas 10 minit. Mungkin tertukar jadual, mungkin sebelum tu ada meeting, mungkin waktu nak ke kelas ada parent tahan dan jumpa or pentadbir panggil.

Murid A dok bising merungut kenapa guru lambat, murid B lagi seronok dok main dan doa cikgu tak masuk terus lah.

= Murid A murid cemerlang, tapi kurang kawan. Murid B ramai kawan, biasanya aktif di padang, aktiviti perkhemahan dan seumpamanya. Dan biasa murid B ramai awek minat. Emmm, perempuan minat budak nakal sejak kecil okeh!

Cukuplah dulu 3 situasi. Kalau nak tulis semua situasi termasuk kat kantin, dalam jamban, jadi Kamus Dewan status aku ni.

#MFS
- Kisah Sekolah Rendah -

T.me/EbookCikguFadli
Belajar ilmu dalam buku teks, tetaplah belajar. Namun ilmu kemanusiaan, empati, tanggungjawab, memahami keperitan orang lain, ambil tahu isu semasa pun perlu belajar juga anak-anak.

Sesungguhnya ilmu bukan hanya terhad dalam buku teks sahaja. Membesarlah kalian menjadi insan berguna yang fikir tentang kesusahan orang lain juga.

Begitulah.

#freepalestine
#MFS

T.me/EbookCikguFadli
Embarking on a Magical Journey with β€˜Pet Show Flashcards’! Read more at: https://cikgufadli.com/year-1-unit-3-fun-animal-flashcards/

Source: Easy English with Madam Nagiha

T.me/EbookCikguFadli