Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.5K subscribers
4.4K photos
389 videos
17 files
3.5K links
🌐 Cikgu Fadli Online
https://cikgufadli.com/links/
Download Telegram
Tadi kena relief kelas 2UM. Mak ai, cantiknya kelas. Patut johan kelas tercantik saban minggu.

Hiasan cantik-cantik ni biasanya duit poket cikgu la dihabiskan. Bukan sepuluh dua habis ni. Bukan takat duit, masa dan tenaga pun habis.

Tapi dah minat kan. Mereka tetap buat juga.

Ni tema merdeka, nanti nak raya tema lain pula. Gituh tukar-tukar temanya.

Teringat kata otai dalam bidang pendidikan, Abang Mie Ubai,

"Hidupkan jiwa guru, hiduplah sekolah. Berjaya lah murid-murid".

Sebab tu KPM kena fokus hidupkan jiwa guru. Baru mereka semangat dan impaknya dapat dilihat nyata.

Dekatkan yang jauh dengan pasangan.

Isu warden, isu pengawas peperiksaan, isu bawa murid keluar, isu bebanan tugas tu selesaikan. Jaga kebajikan mereka, nescaya mereka bekerja dengan gembira dan hidup jiwa mereka.

Dan impak akhirnya akan dapat dilihat dengan kesungguhan mereka, dan kemenjadian murid yang baik.

Okey, jom lihat gambar-gambar jom!

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
Ni depan kelas, kat koridor. Pun dihias dengan tema Merdeka. Semua info lengkap diletakkan. Cantik, port ootd.
Gambar-gambar murid di print out dan letak kat sini. Suka murid-murid lihat. Mak ayah kalau datang tengok pun seronon lihat anak mereka diraikan oleh guru.
Siap ada binaan KLCC, ada frame bagai lagi. Bukan sikit usaha, masa dan wang ringgit habis ni.
Kelas dihias dengan bendera kecil dan besar. Yang laminate pun ada.
👍1
Meja guru. Ada speaker lagi untuk aktiviti dengan murid, nak connect Bluetooth ke apa. Tu dua piala dapat weh.
1
Sudut Hasil Kerja murid.
Pandangan papan putih. Dihias cantik. Rumput karpet dipasang.
Reading corner. Buku disediakan, murid bersila ke, meniarap ke, asalkan membaca.
PAK 21. Reward chart dan Parking Lot.
Meja murid pun ada alas berbentuk pendidikan. Senang budak ni buat Maths nanti. Sifir dah adaaa. Alas meja ni serendah rm4 je satu. Nah link https://shope.ee/3AfGR6gsnh
👍1
Aku bersama murid-murid Tahun 2 UM. Seronok semuanya nak bergambar juga.
👍2
"Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam," kata Sitiawa Mohd Noor kat aku semalam.

"Hebahan apa pula ni?" soalku kehairanan.

"Pagi tadi kan ada pertandingan melukis yang Dana Kita anjurkan kat Surau Al Amin. Seorang budak ni, lukisan dia cantik sangat. Tapi dalam lukisan tu dia tulis LGBTQ+. Terkejut saya," sambung Sitiawa.

"Serius lah?"

"Betul cikgu. Ni lukisan dia. Cantik kan? Tu dia tulis kat bawah tu. Saya tanya dia, kenapa tulis LGBTQ+ tu. Jawabnya itu trend sekarang.

Memang banyak dia tengok kat YouTube, TikTok tulis macam tu. Dia tulis lah. Bila tanya maksud LGBTQ+, dia tak faham apa pun"

"Berapa umur budak tu?"

"11 tahun cikgu".

So here it is. Aku kena tulis dan korang pakat sebarkan lah ya.

Sedikit demi sedikit mereka cuba pengaruhi anak-anak kita dengan budaya songsang ini. Kat YouTube Kids pun ada banyak video menghala ke benda ni. Ads bersepah promote benda ni.

Sebab tu aku sangat syorkan kalian langgan Durioo+. Platform Islamic untuk anak-anak kita yang bebas ads, bebas unsur lucah, ganas dan benda seperti ini.

Beribu video menarik ada dalam Durioo+. Setiap hariada video baru yang ditapis tau. Yang buat platform Durioo ni pengasas Omar & Hana serta Didi & Friends. Mesti anak-anak suka kartun dan video dalam tu.

Jom Langgan Durioo+ di sini ya : https://duriooplus.com.my/langgan

Join Telegram untuk update terkini:
T.me/DuriooPlus

Kami sekeluarga dah lama berpindah ke Durioo. Jom la sama-sama jom!

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
Seluar trek anak dah koyak? Nah ada shocking sale kat Shopee. RM6 sahaja. https://shope.ee/5pg3BqfteS
Buku-buku latihan Mathzier sedang sale 25% sekarang di Shopee. Tinggal kurang 2 jam je sale ni tamat ya. Klik sini segera https://shope.ee/1AuELq30CG
1
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
18 September 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 & 𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 & 4 tahun 2024 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 𝟭𝟱 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗷𝗮𝗺 𝟯.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Sumber: Majlis Amanah Rakyat

T.me/EbookCIkguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
19 September 2023

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Ada perkaitan Pecahan, Peratus dan Perpuluhan. Kreativiti murid juga dicungkil bila mereka bebas cipta corak apa pun.

Latihan sebegini memang merangsang minda murid-murid. Suka betul aku kalau soalan berbentuk macam ni.

Selak je muka surat sebelah, nohh soalan KBAT mai dahhh. Tambah, tolak dan pecahan setara dibuat dalam bentuk teka silangkata.

Dah la ada pecahan yang tak sama penyebut, terus ramai murid tak faham, pakat mai tanya belaka.

Ruangan pengiraan pun tak ada untuk samakan penyebut, memang kena congak. Murid laju boleh je jawab, tapi murid sederhana dan slow menung lama la page tu.

Last-last tiru kawan. 😅

#MFS
.
T.me/EbookCikguFadli
👍1