Coretan Emas Perak | PG Mall | Cikgu Gram | Farhan Razak
201 subscribers
4.37K photos
181 videos
5 files
2.22K links
Coretan & perkongsian ilmu emas/perak.
Bimbingan untuk buat duit dengan PG Mall.

PG00194050

My Website. 🔗

https://publicgold.me/cikgugram

Referral Link PG Mall. 🛒

bit.ly/REGPGMall

Whatsapp. 📞

http://www.wasap.my/601151539129/emasperak
Download Telegram
Perkongsian sahabat Dealer saya..

PROSES PEMBELIAN EMAS ACC GAP PUBLIC GOLD

Ramai customer saya, apabila topup GAP, dia gelabah biawak, sebab dalam account balance tak de naik pon gram yang dibeli.
.
Apabila anda membeli di Acc GAP, anda akan lalui beberapa fasa.

Fasa 1.
Daftar dan dapatkan PG code. Fasa ini paling kritikal, sebab anda kena cari dealer yang betul-betul faham dan aktif dengan Publicgold. Anda nak cari public figure, pakar kewangan, kawan baik, artis, agamawan, ya silakan. PG code anda, anda tentukan. Kalau saya, saya nasihatkan cari yang betul-betul aktif, arif, dan tahu tentang promo-promo semasa PG. Jangan dah daftar nanti mengendeng kat dealer lain. Haha.

Fasa 2.
Buat belian di Acc GAP.

Fasa 3.
Bila completed dan succesfull pembelian kita, gram tersebuat akan masuk ke PROCESSING. Ya, tak terus masuk dalam acc balance. Jadi bertenang lah ye. Ini bukan scam.

Fasa 4.
Apabila sistem dah captured payment dan tally dengan duit yang masuk, gram akan masuk APPROVED.

Fasa 5.
Selepas approved, 2-3 hari gram akan masuk ke acc balance. Pengalaman peribadi, paling cepat kurang 24 jam dah masuk fasa ni, paling lambat 3 minggu. Ini pengalaman sendiri ye.

Fasa 6.
Tebus emas fizikal di branch atau guna servis GIT (gold in transit).

Harap perkongsian ini jelas dan beri pencerahan kepada anda. Jika tak cerah lagi, baca semula di bawah mentol yang terbuka lampunya. Haha.
Perkongsian daripada mentor saya..

Rahsia pelabur emas berjaya adalah konsisten.

Yakni harga emas naik ke...
Harga turun ke...

Anda konsisten beli.
Terus jalan ke hadapan

Namun, ikut pengalaman saya, nak konsisten ini paling susah 😬

Jadi, untuk menyemai sikap konsisten. Anda kena ingat jangka masa panjang.

Kaitkan simpan emas dengan pendidikan universiti anak

Atau nak pergi menunaikan haji.

Atau dana nak beli tanah.

InsyaAllah anda boleh konsisten.
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya..

W E A L T H P R O T E C T I O N

Di hujung minggu ini saya nak cerita bab emas secara santai dan mudah nak faham, bila dah faham senang untuk buat tindakan. Emas ada banyak fungsi dalam kehidupan kita, salah satunya adalah sebagai pelindung kepada kekayaan kita.

Saya nak kongsikan 2 fungsi emas sebagai pelindung kekayaan;

1. Kita simpan emas untuk bersedia menghadapi waktu kecemasan yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku, emas akan sentiasa bersedia untuk dijadikan duit tunai dengan cara jual atau gadai.

2. Kita juga simpan emas untuk lindungi nilai duit kita dari inflasi dan kejatuhan ekonomi kita; seperti mana yang kita tahu bila ekonomi jatuh harga barang akan melambung naik.

Emas akan menstabilkan kenaikan harga emas dengan baik, bila harga barang naik harga emas pun turut naik. Bila dua-dua harga naik, kuasa beli penyimpan emas takkan berkurang.

Emas adalah pelindung kepada harta kekayaan kita yang sebenar, jika harta kita bernilai RM500 ribu pastikan 10% (RM50 ribu) dalam bentuk emas.

Banyak mana emas bernilai RM50 ribu? Lebih kurang 190 gram sahaja, kalau setiap kali simpan 10 gram hanya perlu simpan 19 kali sahaja. Tak mustahil kan?

Saya bagi pecahan kira-kira untuk harta bernilai RM500 ribu; rumah RM300k, ASB RM100k, kereta RM50k dan duit simpanan di Tabung Haji RM50k. Ini adalah kiraan asas belum termasuk rumah sewa atau aset pelaburan yang lain.

Alihkan cuma sebahagian harta ke dalam bentuk emas sebagai backup sebelum berlakunya apa-apa musibah kepada kewangan keluarga dan negara kita. Kita tak mampu untuk ubah kewangan negara tapi kita mampu untuk ubah kewangan keluarga kita.

Saya bagi analogi mudah untuk faham; kita pakai face mask di waktu sihat untuk melindungi kesihatan kita. Tiada guna pakai face mask banyak-banyak kalau kita dah jatuh sakit. Kita pakai alat bantuan pernafasan bila dah sakit. Adehhh!

Walaupun face mask cuma berharga RM1, ianya mampu menjaga kesihatan kita dengan baik dan mengelakkan kita habis duit yang banyak bayar bil hospital jika kita sakit.

Sama juga dengan situasi kita simpan emas, kita simpan emas di waktu kewangan kita sihat. Waktu berduit adalah waktu paling sesuai untuk kita simpan emas, simpan emas selagi boleh ikut poket kita sendiri.

“Emas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak”

Kesimpulannya penyimpan emas mempunyai ‘insurans’ kewangan jika berlaku apa-apa musibah kepada ekonomi. Hidup penyimpan emas yang ada simpan beratus gram lebih tenang dan berkualiti. Insyaallah.
Coretan daripada sahabat Dealer saya..

Emas sebagai salah satu alat simpanan, maksudnya begini.

1. Saya ajar orang ramai untuk manfaatkan emas sebagai simpanan dulu. Bukan pelaburan. Melainkan ada bajet RM20 ribu, baru boleh pertimbangkan untuk pelaburan.

2. Sebagai alat simpanan, sama seperti kita letakkan duit dalam bank, ASB ataupun TH.

3. Bezanya, emas adalah emas. Dia tiada kaitan dengan sistem kewangan negara ataupun dunia. Kalau apa-apa musibah berlaku kepada matawang ringgit atau dollar, emas tidak terpalit.

4. Di TH, ASB dan instrumen lain, semua akan dapat kesan dengan matawang.

5. Sebabnya emas sendiri memegang nilai. Katakan emas dibuat debu emas, setiap debu pun masih bernilai. Kalau duit, bukan saja debu, dipotong dua pun sudah tak laku.

6. Oleh itu, jadikan emas sebagai salah satu alat simpanan kita semua.

Duit kertas adalah matawang ciptaan manusia. Emas adalah matawang ciptaan Tuhan. Bak kata Robert T.Kiyosaki gold is God money.

Gitu...
Tuan boleh tunjukkan emas apa yang dijual di Public Gold?

Public Gold mempunyai pelbagai design jongkong & syiling emas. Kalau nak senaraikan semua memang terlalu banyak.

Jadi saya nasihatkan kepada customer atau prospect saya untuk fokus kepada GRAM emas dahulu.

Cara beli emas?

1. Cash & carry. Bayar & ambil emas di branch Public Gold untuk simpan sendiri.

2. Pembelian di website Public Gold. Full payment atau EPP (Easy Payment Purchase). Kemudian boleh ambil di branch Public Gold & simpan sendiri.

3. Akaun GAP (Gold Accumulation Program). Pembelian emas serendah RM100. Tiada komitmen bulanan. Emas yang anda beli bersandarkan emas fizikal & boleh dikeluarkan pada bila² masa di mana² branch Public Gold.

Public Gold akan tolong simpankan emas yang anda beli. Anda boleh tambah GRAM emas pada bila² masa di website atau aplikasi Public Gold. Mudah, pantas & efisien.

Sudah lebih setahun saya mula beli emas menggunakan akaun GAP, memang sangat mudah & memuaskan. Inilah hasil daripada simpanan emas saya dalam akaun GAP. Saya keluarkan sedikit emas fizikal supaya boleh pegang & lihat setiap hari untuk memotivasikan diri saya supaya konsisten membeli emas. Selebihnya saya simpan dalam akaun GAP, hati tenang, kepala tak pening pegang emas banyak². 😁
Perkongsian sahabat Dealer saya..

HARGA EMAS JATUH??

Kenapa harga emas jatuh pada jumaat lepas?

Perkara ini pun saya pun pada mulanya keliru juga kenapa blh jadi. Sebab ikut logic jika pendamic semakin parah, europe mula lockdown, serangan capitol di USA, mungkin mengakibatkan ekonomi mula nak slow down dan biasanya harga emas akan naik. Ya, harga emas memang naik sejak bermula lockdown secara worldwide pada suku pertama tahun 2020.

Boom...jumaat lepas harga emas jatuh teruk.

Mengikut bacaan saya di investing.com, kejatuhan ini disebabkan beberapa perkara. Saya terangkan dengan ayat mudah.

1) pelaburan institutional dunia mula tertarik dengan melabur dalam cryptocurrency terutama bitcoin. Dah kurang nak collect gold.

2) investor juga menarik keluar pelaburan emas dan melabur banyak ke “treasury yields” kira macam diaorang beli bond government.

3) President America yang baharu Joe Biden seakan memberi hint nak bagi bantuan usd2000 setiap rakyat US yang terkesan jadi mereka akan cairkan sikit gold US.

So kemana harga emas akan jatuh??

Lihat pada chart ikut trend masih bullish dan skrg dalam keadaan pullback. Dan tempoh pullback ini mungkin akan jejak pada area 1,766.00 bersamaan line fibo 50%.

Pada pencinta barang kemas emas dan ketulan emas boleh standby cash nak borong emas jika harga jatuh.

😁😁😁
Too good to be true?

Konsep profit sharing memang real gais. Cuba dulu baru tau. 😁👍

Kredit gambar: Syawal
Harga emas 12 Jan 2021. Mulakan beli emas sekarang & jadikan harga hari ini sebagai benchmark.

Yang dah ada PG code, boleh top-up GRAM emas dalam akaun GAP. Jangan lepaskan peluang KEEMASAN ni. 😁

Hubungi saya laju² untuk mula beli emas.

http://www.way/601151539129/SayaNakBeliEmas
Perkongsian sahabat Dealer saya..

Bila orang faham tentang simpanan emas mereka tak kisah pada harga. Mereka beli saja. Fokus mereka bukan pada harga tapi pada gram emas saja.

Orang yang tak faham tentang emas mereka biasanya akan alami 2 situasi ini;

Harga emas naik - susah hati
Harga emas turun - rasa macam nak mati

Bagi mereka yang tiada ilmu tentang emas jika harga emas naik, dia rasa susah hati sebab tangguh beli ketika harga rendah dan takut tak sempat beli.

Kalau harga emas turun pula dia rasa macam nak mati sebab beli sebelum ni harga tengah tinggi dan merasakan telah rugi.

Sebenarnya apa yang saya perhatikan orang yang berada dalam dua situasi ni selalunya mereka tiada ilmu tentang emas dan juga matlamat simpanan emas mereka tidak jelas.

Bagi yang faham tentang ilmu emas, kalau harga emas naik, dia tetap tersenyum sebab emas dalam simpanannya telah bertambah harga.

Biarlah harga emas nak naik setinggi mana sekalipun, mereka tetap akan beli, beli dan beli.

Kalau harga emas turun pun mereka tetap tersenyum dengan suka hati. Sebabnya mereka berpeluang menambah simpan emas lagi, lagi dan lagi pada harga rendah.

Tengok contoh gambar ini, orang yang faham tentang emas. Kebetulan ditakdirkan rezeki harga emas turun kembali hari ni, hamba Allah ni tambah terus 50 dinar (10 Dinar x 5) emas sebagai simpanan peribadi.
Contoh gambar Proforma Invoice.
Perkongsian daripada sahabat Dealer saya...

Dulu gold rush, skrg bitcoin rush haha...

However still emas yg static sebab Kita sendiri dpt nilai kan dulu dan harga skrg, lagipun bitcoin ini bukan saving like emas, bitcoin ini investment kalau harga cun jual balik kalau simpan lama takut harga jatuh.

Ini based on my understanding dan Ada buat beberapa research kat google.

Skrg ini memang gold tengah turun sebab pandemic covid dan masyarakat perluka. Wang banding emas jadi semua tukar kepada crypto .

However ini pandangan saya la, emas static kpd member seperti saya ini Masa yg untung kerana emas turun tgk pocket kalau cun kasih lock kat PG.

Crypto VS Emas Us
https://www.kitco.com/news/2021-01-08/Can-gold-price-drop-below-1-800-next-week-Here-is-what-s-behind-the-shocking-selloff.html